BEN ASHAARI



Nampak ada orang post satu video di Facebook.. mengenai seorang isteri ni gi rendam Playstation sang suami dalam bathtub dek kerana geram sangat pada dia ! Dia geram sebab sang suami tu abiskan duit beli menda alah tu dan main game sedangkan dia... haaa !

Aku baca komen.. katanya cerita ni ada kat Netflix ! Tajuk dia Familiar Wife. Alaa.... boringnya nak tengok cerita macam ni. Aku punya life pun dah macam tu lagi nak tengok life orang ! Hahahaha.. Maksud aku... life yang ada wife dan anak la.. 

Tapi ! 

Aku berubah fikiran selepas ternampak satu part ni ! Haaa.. Apakah ? Part di mana dia berpeluang mengubah kehidupannya yang lepas ! Maksudnya , dia boleh pergi ke masa lampau dan mengubahnya. Woww ! Best ni ! Hahahaa.. Camana dia boleh ke sana dan apakah kehidupan dia yang bakal dia lalui selepas mengubah mengikut apa yang dia inginkan ? Huhuhu... 


Aku tengok dah beberapa episod. Wife aku pesan jangan tengok tanpa dia. Aku tak tengok pun. Aku tertonton jer. Aku pasang kat tv dan biarkan je. Pastu aku tertonton laa.. Haaa ! Gitulah. Dan cerita ni banyak kebenaranya ! Sejujurnya aku kata.. mereka yang dah berkawin kena tengok la cerita ni. Ada part part yang membuatkan kita tertanya tanya dan mengiyakan. Huhuh.. 

Contohnya ? Hurm.. part masa bercinta, korang nampak pasangan korang asyik tersenyum jer. Tapi bila dah kawin, payah betul nak tengok dia tersenyum. Komitmen selepas berkahwin sangat berbeza berbanding ketika bercinta. Masa bercinta, kita boleh sorok macam macam... kewangan , masalah peribadi , masalah kerja dan sebagainya. Tapi dah kawin, benda benda gini , semua dibawa pulang ke rumah. Nak kawal bukan mudah. Dan akhirnya sapa jadi mangsa ? 


Wife aku ada tanya.. selepas tengok 2 episod.. Andai kata aku boleh ulang masa, apa yang aku nak ulang ? Aku jawab.. aku tak nak ulang masa. Allah dah tentukan jalan hidup aku yang DIA kehendaki. Apa yang aku lalui sekarang ini, ujian untuk aku. Aku cuma perlu berdoa dan minta diberikan yang terbaik untuk aku dan keluarga. 

Jika aku mengubahnya, apakah jalan ceritanya akan lebih baik atau kita akan lebih menyesal ? Apa yang kita patut buat ialah.. ubah apa yang ada di depan kita. Contohnya , masa dengan anak anak.. Banyakkan senyum dan paling penting , komunikasi dua hala perlu ada. Jangan pendam dalam hati ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku ingatkan biasa biasa je sambal daging dendeng ni. Masa dapat tawaran untuk review produk ni pun aku amik je sebab nak try test. Tapi bila dapat tau yang Sambal Daging Dendeng ni dah tersedia untuk dimakan , aku terus dapat idea ! Haaaa... aku nak cuba makan dengan buah kerdas @ genuak ni. Ramai tak reti makan buah ni dah ada yang kata tak tahan bau ! Hahahaha... aku cuba bau.. takda pulak bau dia ? Ke aku takda deria bau ? Hahaha.. 

Ok.. cerita banyak takda.. aku baca arahan kat belakang. Hahaa.. senang ! Tak perlu dimasak lagi. Ada 2 cara mudah.. satu , makan terus dengan plastik ! Yang ni kalau kau spesis T-Rex yang benar benar kebulur la ! Heee.. jangan nak.. jangan ! Sila koyakkan bahagian atas tu dan keluarkan sambal daging dendeng tu. Baru makan yer ! Atau.. boleh rendam dulu dengan air panas... macam aku buat dibawah ni. 

Aku buat semua ni ketika wife gi kerja. Kalau dia ada kat rumah...nanti dia hidang dengan pelbagai lagi lauk pauk. Aku tamo.. Aku nak simple je makan kali ni. Asal ada sambal daging dendeng ni dan juga buah kerdas , dah lebih dari cukup. Alhamdulillah.. 






Tu diaaa aih ! Dia punya penangan. Nampak sangat mudah giler bila ada Sambal Daging Dendeng yang dibuat oleh SumantraaFood ni. Home made yer. Memang power. Minyak dia pun sikit je tu. Kalau melimpah ruah minyak dia, memang aku tak makan la. Hahahaa.. 

Pedas ? Tak sangat pun. Tak bagus pedas pedas ni untuk perut kita terutama yang dah berumur. Kena jaga juga yer. Pedas Sambal Daging Dendeng ni , cukup cukup jer. Haaaa.. Aku suka ! Kalau makan ketika sahur tu , memang tak perlu risau la sepanjang hari. Maksud aku bila tersendawa tu, tak la perit rasa. Kira pedasnya boleh dibawa berbincang la sangat.

Begitu juga ketika travel... Ada orang takut nak makan kat luar kan ? Risau la kes Covid 19 ni tinggi mencanak. Tapi dek kerana nak travel gak , pastikan bawa Sambal Daging Dendeng SumantraaFood ni. Memang berbaloi sangat. Boleh diratah dengan roti gitu jer. 

Kesimpulan... sila la beli dan nikmati bersama keluarga. Berbaloi sangat. 

Camana nak beli ?? Ala.. aku pun tak tau. Hahaha.. Acah jeeee.. Ada beberapa cara nak beli. Dengan aku, bukan salah satu dari caranya yer. Heee.. Sat aku senaraikan camana nak beli dan juga infomasi berkenaan Sambal Daging Dendeng ni. 

Harga... murah je ! Boleh tengok sendiri dan nilaikan.. Hehehee. Kalau sedap, share la entri yer. Kalau tak sedap , bagitau aku.. Haa ! 

Website : http://sumatraafood.com.my 
Instagram  : https:/, /www.instagram.com/sumatraafoodhq/ 
Facebook :  https:/ /www.facebook.com/sumatraafoodhq 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Alhamdulillah.. lutut kaki makin sembuh. Bengkak tu makin surut dah. 2 hari ni aku ada baca pasal Sista Baker ni kat internet dan juga tengok cara rehab yang boleh aku buat sendiri. Fisio yang aku buat baru baru ni , sangat membantu. Oh ya... fisio ni bukan buat sekali terus ok tau ! Sekurang-kurangnya 2-3 kali , bergantung pada masalah kita tu. Aku sendiri buat 2 kali. Pertama ari tu, release tekanan pada bahagian belakang tu. Yang kedua , baru baru ini aku buat. Boleh tengok pada entri aku yang sebelum ni. Rajin rajin la membaca yer. Jangan tengok video jer. Heee..

Ok ok... Aku tengok ada kawan kawan yang mula jaga badan. Mereka fokus nak turunkan berat badan nak hilangkan boroi. Alhamdulillah. Terbaik ! Jangan biarkan boroi menjadi bayang bayang kehidupan kita. Benda boleh tinggalkan , kenapa nak usung ? Hahaha.. kan kan ?

Caranya ? Aku dah banyak kali cerita bab ni kat blog ni. Tapi tak pe.. aku suka je berkongsi cerita. Tips dan cara ni, bergantung pada orang dan juga tahap ilmu dia mahupun pengalaman hidup. Macam aku ni , level 1 jer. Takda kelayakan mahupun sijil nak ajar orang. Tapi pengalaman sejemput tu ada la. 

Macam aku ni, masalah utama ialah penjagaan makanan. Memang payah betul nak kawal ! Tapi bila dah disahkan ada tekanan darah tinggi, mengelupur la aku. Tu pun masih tak insaf. Bila tengok kawan kawan meninggal dunia dek kerana penyakit yang membunuh dalam senyap tu, aku rasa masa untuk ubah gaya hidup perlu ditegaskan lagi ! Jaga tidur dan jaga makan. Jangan bedal lagi makanan segera yang cukup tidak sihat tu. Sesekali.. ok ! 



Cukup setengah jam brisk walk.. Oh ya, kalau ada masalah lutut, elakkan berlari yer.. Heee.. Tunggu sembuh betul betul baru boleh dan pastikan guna kasut sukan yang betul. Jangan main belasah jer. Rosak lagi lutut tu. 

Di rumah.. aku buat recovery dengan guna ice pack ni. Memang melegakan sangat keradangan tu. Kalau rajin buat , inshaAllah lama lama ok semula bahagian lutut tu tapi tak hilang tau.. Dia boleh datang semula jika berlaku kecederaan ! Haaaa.. 


Nak kurus tapi takda masa nak bersenam ? Hurm.. teruk sangat ke sampai takda masa ? Pagi bangun kul berapa ? Malam tidur kul berapa ? Sempat tak main game kat rumah ? Atau sempat tak baca buku ? Haaaa...Nak bersenam ni ,tak perlu lama lama pun. Setengah jam sehari ok dah. Buat lepas solat subuh atau lepas Isyak. Kalau macam tu pon rasanya takda masa, lebih baik korang nilai balik kehidupan korang tu. Berbaloi ke tak ? 

Kemudian.. jaga makan. Alaaa.. kalau boleh berpuasa tu, mesti boleh jaga makan punya. Macam aku ni laa... Pagi hari , aku amik oats dan susu jer. Nak sado kan muscle tu, aku tambah la Isolean atau whey protein. Tak perlu banyak pun. 

Risau buah pinggang rosak ? Bang... amalkan pengambilan jus sayur buah atau paling tidak pun, bila makan tengahari tu , lebihkan sayur atau ulam ulaman. Semua tu bagus untuk buah pinggang. Melainkan jika dah ada masalah buah pinggang, maka jangan amik la. 

Tak susah pun sebenarnya nak jaga makan ni. Macam aku buat la.. nak makan sedap, aku makan pada hari Sabtu atau Ahad jer. Tu pun makan tengahari jer. Tapi pagi dan malamnya, aku tetap bersenam. Dan makanan tu pulak , pastikan garam , gula dan kandungan minyak serta lemak terkawal ! Jangan main bedal jer ! 



Hasil dari jaga badan ? Heee.. Bukan nak jadi pelakon pun tapi lebih pada kesihatan dan kepuasan diri. Bila tengok cermin tu, terasa la elok skit badan dan di zaman Covid 19 ni, kita memang dinasihatkan untuk jaga berat badan dan juga kesihatan. 

Tu je la aku boleh nasihatkan kat korang. Tak salah kasi macho dan cantikkan badan tu. Pasangan tengok pun suka walaupun dia tak cakap. Eleh.. tau sangat ! Hahahaha.. 

Dapatkan makanan tambahan yang boleh dipercayai di https://nutritionpro.my/ .


 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Kalau korang nampak posting Puan Atikah merawat aku di media sosial , mesti aku dalam kesakitan punya ! Huhuh.. Kali terakhir dia merawat aku, di tahun 2020. Masa tu dah pandemik. Aku bermasalah dengan leher dan juga bahagian atas badan. Masa tu, wife aku pun turut dapatkan rawatan sekali. 

Untuk pengetahun , Puan Atikah cukup pentingkan SOP. Heee.. dia pun ada anak kecil di rumah untuk dijaga. Maka SOP amatlah penting padanya. Sebelum dia nak datang rumah aku pun, aku siap swab test untuk beritahu dia yang aku sihat dan dia pun begitu juga. Alhamdulillah. 

Kali ni,, dia datang kerana masalah lutut aku kembali lagi. Silap aku sendiri ! Aku gatal nak main bola dan juga badminton macam orang muda ! Aku terlupa yang aku punya masalah dengan belakang lutut aku. Masa tu aku tak tau kenapa benda tu ada. Oh ya.. sebelum ni, Puan Atikah juga yang berjaya selesaikan masalah lutut aku. Sebab aku panggil dia datang lagi.. Heeee..

Masalah aku ? Hurm... ketidakstabilan otot di bahagian lutut tu. Ada yang kuat , dan ada yang lemah. Maka sebab tu tempurung lutut aku tak setempat. Bila aku solat, masa tu cukup terasa pedih la.Terutama masa duduk antara dua sujud dan kemudian nak bangun. Pergh.. meletup letup bunyinya. 



Kemudian dia terangkan masalah pada aku. Akhirnya aku faham masalah kaki aku ni. Ianya dinamakan Baker's Cyst atau Sista Baker dalam bahasa Malaysia. Apa itu Sista Baker  ? Sista baker adalah sista/kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa ketat di belakang lutut. Kesakitan boleh bertambah teruk apabila anda melipat atau menegakkan kaki sepenuhnya ataupun apabila anda sedang melakukan aktiviti. 

Berikut adalah infomasi yang aku dapat dari web Hello Doktor. 

Sista baker yang juga dipanggil popliteal cyst selalunya berpunca dari masalah lutut seperti artritis atau kartilaj/tulang rawan yang tercarik. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair yang akhirnya menghasilkan sista baker. Sista baker boleh menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa. Dengan merawat masalah sebenar, membantu untuk memberi kelegaan.

Bagaimana pesakit Sista Baker dirawat? Kadangkala sista ini akan hilang dengan sendiri, namun sekiranya ia membesar dan menyebabkan kesakitan, doktor akan menyarankan rawatan berikut:
  • Doktor akan menyuntik ubat corticosteroid, seperti cortisone ke dalam lutut untuk mengurangkan keradangan, Ini akan melegakan kesakitan,tetapi tidak mampu mencegah penghasilan sista semula.
  • Pengeringan/pengeluaran cecair. Doktor akan mengeringkan cecair daripada lutut menggunakan jarum. Ia dipanggil jarum aspirasi yang selalunya dilakukan dengan panduan ultrabunyi
  • Terapi fizikal. Meletakkan ais, membalut lutut dan menggunakan topong (crutches) boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak. Pergerakan dan senaman kaki boleh membantu untuk menguatkan otot di sekeliling lutut yang akan mengurangkan simptom dan memelihara fungsi lutut.
Sekiranya mampu, doktor akan merawat punca sebenar sista baker. Jika puncanya adalah tulang rawan yang tercarik yang menyebabkan penghasilan cecair sinovial berlebihan, doktor akan menyarankan untuk membuang atau membaiki tulang rawan tersebut.

Sista baker yang disebabkan oleh osteoartritis selalunya bertambahbaik dengan rawatan artritis. Pembedahan jarang sekali diperlukan. 

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sista Baker?

Patuhi prinsip R.I.C.E yang bermaksud rest, ice, compression and elevation. Rehatkan kaki anda, letakkan ais, mampatkan lutut dengan pembalut, dan tinggikan kaki terutamanya pada waktu malam.
Ambil ubat penahan sakit secara atas kaunter seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain), naproxen sodium (Aleve, lain-lain), acetaminophen (Tylenol, lain-lain) dan aspirin yang boleh membantu melegakan kesakitan. Patuhi arahan dos yang telah ditetapkan. Jangan ambil lebih daripada yang disarankan
Kurangkan aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian , akan mengurangkan kerengsaan pada lutut. Doktor boleh menyediakan panduan berkenaan aktiviti yang perlu dikurangkan dan aktiviti alternatif yang boleh dilakukan buat sementara waktu.

Puan Atikah membuat rawatan d bahagian depan dan belakang lutut aku. Memang terasa banyak kelegaan di situ. Kaki boleh dilipat dengan lebih baik dari sebelum ni. Di situ saja dia habiskan masa hampir 40 minit. Memang berkesan sangat. Terasa lega sangat.. 

Selesai part Baker's Cyst. Puan Atikah periksa leher aku lak selepas aku mengadu ada masalah dengan leher. Dia minta aku baring dan dia pegang leher. Soalan pertama dia, ' Ben ada anxiety ke ? " . Aku jawab ada. Aku dapat masa 1st PKP ari tu. Terlalu banyak membaca infomasi pasal Covid 19 dan juga abiskan masa di media sosial ketika tu punca aku dapat anxiety ni. Aku tanya camana dia boleh tahu ? Dia kata niii... dia pegang urat dia bahagian kiri leher aku. Cukup tegang dan keras. Bahaya katanya. Aku kena belajar kawal cara bernafas atau aku boleh tercekik ! Patutlah aku terasa begitu kebelakangan ni. Aku ingatkan aku salah bersenam ! Huhuh... Elakkan rasa stress katanya. 

Adeh.. Dia buat rawatan untuk legakan ketegangan. Terasa lega sangat. 


Sebelum dia pulang , dia ada bercerita mengenai Scoliosis pada aku. Dia bertanya pada aku apakah aku berminak nak anak anak aku diperiksa oleh dia ? Aku lagi la suka. Diorang nak naik sekolah tak lama lagi. Risau bawa beg berat berat dan beri impak pada tulang belakang mereka jika aku tidak ambil berat mengenainya. 

Mula mula Zahra pastu Qhaliff. Dua dua ok. Tapi bila sampai kat Aariz , dia tanya Aariz.. " Haaa, ni camana duduk ni ha ? ". Aku tahu dah. Memang berkali kali dah aku tegur Aariz bab cara duduk ni. Dia suka membongkok yang mana tak bagus sama sekali untuk tulang belakang dia. Nasib baik tak kronik. Huhuh.. 

Siap sesi untuk aku. Aku booking untuk sesi wife minggu depan lak. Dan ada beberapa orang kawan aku pun dah bertanya mengenai rawatan ni dan juga nak dapatkan sport massage dengan Puan Atikah. Diorang tanya camana ? Heee... aku jawab... boleh tidur lena pastu ! 






Berminat  untuk dapatkan rawatan ? Boleh hubungi terus di 011 55532903 ( Puan Atikah ) . 

Baca juga Kenapa tidak hadiahkan ini buat isteri anda ?
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kesihatan di zaman ni , sangatlah mahal harganya. Ramai dah mula ambil berat mengenainya. Ada yang tak kisah... tu mungkin hartanya menimbun ! Sakit, gi jumpa doktor jer terus. Tak pe la kan. Kena masuk wad pun , ok je. Duit banyak. 

Tapi aku tak nak ! Duit ada pun cukup cukup untuk nak hidup jer. Sebab tu aku pentingkan kesihatan. Bukan takut mati tapi tak banyak duit nak buat rawatan jika penyakit mai singgah ! Maka sebab tu aku menitikberatkan penjagaan kesihatan terutamanya pemakanan. 

Macam macam aku buat untuk pastikan kesihatan diutamakan dan yang pastinya, keluar sedikit kos untuk meningkatkan perlindungan badan aku sekeluarga. Tapi perlu ingat, golongan yang sudah lebih 40an macam aku ni perlu diutamakan. Maklumlah, jika kita tumbang.. sapa nak sara anak anak andai mereka masih kecil, kan ?

Antara yang terkini aku dan wife amalkan ialah pengambilan halia hitam. Lama dah aku dengar pasal kunyit hitam ni. Sekarang baru nak cuba. Kenapa sekarang ? Sebab ada VCafe ! Wife aku , golongan yang ketagihan kopi ! Hahahaha.. Setiap hari wajib nak kena minum kopi. Dan baru baru ni, dia ada buat pemeriksaan untuk diabetis... pergh , naik tinggi kau ! Terus dia takut dah tapi ketagihan tu tak boleh nak hilang terus macam tu. Kena ubah jenama kopi. Cari yang tak manis dah.

Sebab tu aku kasi dia VCafe. Kopi VCafe ni , bagusnya ialah campuran ialah mereka yang ada diabetis yang nak turunkan bacaan atau yang suka minum kopi tapi taknak kena diabetis, boleh amik VCafe. Baru baru ni aku bawa balik ke Kelantan , mak dan adik ipar suka minum. Katanya sedap. Nak order lagi kat aku. Adeh... 

Minum sepaket kopi Vcafe setiap pagi sebelum & selepas makan. Untuk diabetes tahap 2 disarankan ambil 2 paket sehari pagi dan malam.







Kelebihan kopi VCafe
  • Mesra Kencing Manis - Tiada gula pasir sebaliknya menggunakan"nano sweetener". Ekstrak tebu hitam yang mempunyai rasa manis tetapi tidak menaikkan gula dalam darah. Sesuai untuk yang rindu dan dah lama tak minum manis.
  • Ekstrak Halia Hitam - Memberikan tenaga, mengurangkan kolestrol & paras gula dalam darah. Meningkatkan keinginan seksual pada yang dah lama tak bersama.
  • Ekstrak Manggis - Memberi tenaga & sumber utama anti oksidan. Wajah akan nampak lebih berseri & segar.
  • Biji Kopi Premium Brazilian Arabica diimport khas dari Brazil tetapi di proses di Malaysia - Meningkatkan metabolisma. Menurunkan berat badan.
Manakala untuk aku lak.. aku amalkan VR4 ! Apa VR4 ni lak ? VR4 adalah ekstrak halia hitam yang mana menggunakan 100% Ekstrak Asli Halia Hitam. Halia Hitam ni dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Selain itu, halia hitam memberikan tenaga dalaman , mengurangkan kolestrol & paras gula dalam darah. Khas untuk lelaki , dapat meningkatkan keinginan seksual pada yang dah lama tak bersama.Dan untuk orang tua , bagus mengurangkan masalah sakit sendi  selain dapat membantu mengatasi arthritis dan penyakit sendi.


Sangat bagus untuk orang tua kita. Hadiahkan buat mereka dan untuk golongan yang sedang meningkat usia.. amalkan ! Bagi ibu mengandung , tak sesuai yer. Untuk pertanyaan lanjut , korang boleh terus whatsapp ke Dr. Razali di wasap.my/60126146893 .

Untuk pengetahuan korang , Dr. Razali juga Covid Survivor yang mana ketika dia dijangkiti virus Covid 19, dia amalkan pengambilan VR4. Masa aku jumpa dia baru baru ni, nampak cukup sihat dan segar orangnya walaupun dah berumur lebih 60 tahun ! Nampak macam 40an jer. Huhuh...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (43)
    • ▼  Julai 2025 (2)
      • Tips hilangkan lemak badan secara mudah !
      • Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes