3 tahun dulu , setiap kali aku ke pasaraya.. aku mesti akan geleng kepala lepas tengok resit. Mau dekat RM400 sekali beli barang. Aduh... Penat otak pikir apasal mahal sangat barang zaman sekarang ni ? Bila balik rumah.. angkut barang letak kat dapur , macam macam ada. Penuh segala mak nenek peti yang di dapur tu. Ada sampai tak tau nak letak mana pun ada. Dan anak anak mula mengunyah sanbil tengok tv.
Dan sejujurnya , kerap aku ke klinik bawa anak anak dek kerana demam , batuk berkahak dan selsema. Standby duit ubat ubatan lak. Samada beli ubat di farmasi atau pun klinik. Risau kalau dibiarkan sebab si anak dara aku tu pernah masuk wad dek kerana jangkitan kuman di paru parunya. Bermula dari selsema kemudian batuk berterusan.
Sejak itulah aku ambil berat jika mereka sakit. Sepatutnya aku kena fikir bagaimana nak mencegah mereka dari jatuh sakit dengan menguatkan sistem imun mereka ! Bukan cari ubat jika mereka sakit. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Alhamdulillah.. kesedaran mengenai pemakanan sihat hadir. Aku mengubah diet pemakanan sekeluarga. Aku dan isteri kena tunjuk contoh terlebih dahulu. Anak anak memang payah kerana mereka dalam fasa ketagihan ! Aku dan isteri dalam fasa tidak sihat ! Nah... mereka dah nampak contoh.
Sekarang kalau ke pasar atau pasaraya , termenung nak beli apa. Tengok makanan atas rak sana sini dalam kategori 'tidak sihat'. Aduh... Akhirnya fokus pada makanan sebenar je dulu seperti ayam , ikan , telur ayam , sayur sayuran dan buah buahan. Amik pun stok untuk seminggu makan je dulu. Pastu baru tengok kategori makanan lain. Yang akan aku ambil ialah walnut , almond dan juga yogurt greek. Ni memang wajib la. Almond dan walnut ni , confirm leh sampai sebulan. Manakala yogurt greek ni, dulu aku je makan tapi sekarang... sekeluarga makan ! Hahaha.. memang tak cukup dah kalau beli satu bekas tu jer.
Untuk sarapan pagi, sebelum ni diorang akan makan roti putih , air coklat dan bekalkan roti krim ke sekolah. Tapi sekarang , tidak lagi. Telur rebus sebiji wajib setiap pagi. Almond dan walnut , memang aku paksa suh makan. Tak banyak pun.. Dalam 3 biji je gitu. Pastu baru kasi yogurt greek. Tu pun kalau ada dalam peti ais.
Pastu minum air halia secawan. Kekadang aku campurkan dengan tumeric , madu , cayenne pepper , lemon dan juga cuka epal. Bagus untuk tingkat sistem imun mereka. Ya... kita fokus pada kesihatan perut mereka. Dan ternyata berbaloi. Perut Qhaliff yang selama ni nampak membuncit, dah kelihatan leper jer. Tenaga dia pun makin bertambah ketika berlatih badminton.
Alhamdulillah.... selain itu.. dengan izin Allah , mereka juga dah jarang sangat nak jatuh sakit. Aku pun gitu. Wife je kelmarin kena selsema teruk. Tu pun sehari jer. Biasanya mau dekat seminggu gak dok sok sek sok sek ! Demam tidak , batuk pun tidak. Kalau tak , memang pakej dan sekurang kurangnya akan cuti 1-2 hari. Tu pun belum tentu sembuh.
Ubah gaya hidup... banyak manfaatnya !
Yogurt greek dicampur dengan pisang dan dark chocolate.
Cut gula, ultra process food , fast food ... untuk seminggu. Tengoklah kesan pada anak anak.
Oh ya... ni makanan untuk otak anak anak kita lak.
Bagi yang berhajat nak anak anak melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah rendah dan nak masuk SBP atau MRSM , nak tips kecermalangan ? Ramai dah berjaya hasil kelas kelas yang mereka hadir. Ternyata berbaloi dan ramai ibu bapa berpuas hati. Rezeki mereka. Alhamdulillah..