Alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit. Begitulah. Aku nak cerita tapi kang takut dikatakan riak lak. Tapi kalau tak bercerita, camana nak berdakwah pada kawan kawan yang membaca blog aku ni. Hurm.. serba salah lak. Betulkan niat ? InshaAllah.
Nak dijadikan cerita.. Dalam minggu ni, aku bawa Qhaliff dan Aariz ke masjd untuk bersolat Maghrib dan Isya'. Biasanya kami ke surau taman je. Tapi entah kenapa kali ni aku nak ubah sedikit jadual kehidupan mereka. Lepas Maghrib , boleh duduk dan dengar kuliah Maghrib sekali sementara menanti Isya. Dapat gak sedikit ilmu dunia akhirat.
Qhaliff takda masalah nak ikut cuma Aariz je la. Dia tu ada KAFA sebelah pagi dan sekolah di sebelah tengahari pula. Memang akan penat giler la. Qhaliff takda KAFA. Aku tak sempat masukkan dia ke KAFA. Takda rezeki dia. Jadi aku kena fokus lebih dalam bab agama ni. Tak nak dia jadi macam aku. Jahil.
Semalam.. Aku ke masjid dengan Qhaliff jer. Aariz kepenatan. Diorang ada latihan sukan sekolah minggu ni. Dia tak larat nak ikut. Lepas solat Maghrib , seperti biasa aku cari tempat untuk duduk. Nak layan kuliah Maghrib. Qhaliff ikut sama.
Aku terperasan ada sorang budak lelaki lalu depan aku sambil memandang Qhaliff. Mata bertemu mata. Qhaliff bisik kat telinga aku.
" Daddy.. tu kawan Qhaliff kat sekolah. " katanya.
Aku pandang dia. " Gi la.. " jawab aku. Aku tahu apa dia nak dan aku berikan kebenaran. Dia pun bingkas bangun dan pergi ke kawan dia. Diorang ke satu tempat duduk dan berbual di sana. Aku teruskan layan kuliah bertajuk Solat Sunat. Alhamdulillah.. dapat ilmu bermanfaat malam tadi.
Aku terperasan sesuatu dalam masjid. Jemaah pun ramai malam ni. Rupa rupanya ada orang meninggal dunia. Jadi malam tu akan ada solat jenazah dan juga tahlil. Alhamdulillah... Qhaliff turut serta menunaikan solat jenazahnya yang pertama.
Yang buat aku terkejut tu.. lepas solat Isya , dia dan kawan dia duduk depan keranda tanpa rasa takut. Kalau aku di usia dia dulu , memang akan takut la. Banyak sangat tengok cerita hantu. Jadi dah macam macam dalam kepala. Anak anak aku lak , memang aku tak membesarkan diorang dengan cerita cerita seram.
Semasa nak solat jenazah.. aku tanya dia. " Tahu ke nak solat jenazah ? " . Dia jawab tahu. Alhamdulillah..
Selesai solat jenazah ada sedikit jamuan untuk jemaah. Qhaliff minta izin aku untuk ambil seketul kuih donut. Aku memang tak makan apa apa pun la. Heee... Lewat dah. Aku benarkan. Dia suka. Lama dah tak makan donut sebab aku memang tak kasi makan makanan yang bergula.
Dalam perjalanan ke kereta , ada seekor kucing ikut. Dia mengiau meminta makanan. Qhaliff bagi sepotong donut dia. Kucing tu makan dan kembali minta lagi. Dia kasi semua. Menurut Qhaliff, dia cuma berjaya makan segigit jer. Hahaha..
" Allah nak kasi pahala kat Qhaliff la tu.. " kata aku.
Balik rumah.. mandi. Tidur awal.
Dan subuh ni.. Alarm atau penggera di handphone tak berbunyi.Terjaga. Tengok jam dah hampir jam 6. Aduh.. sempat ke aku nak ke masjid ? Teringat ada nasi lemak hari ni. Hahaha.. Aku cepat cepat mandi dan bergegas ke masjid. Azan pun dah berkumandang. Aku ada 10 minit untuk sampai. Sempat ke nak solat sunat 2 rakaat ?
Alhamdulillah.. segalanya Allah permudahkan. Aku pun dapat bawa pulang sebungkus nasi lemak dan seketul karipap. Biasanya Qhaliff ikut sama dan bawa juga. Nasi lemak tu untuk Zahra dan karipap untuk Aariz. Itu bahagian aku. Aku tak nak ambil lebih. Tak baik. Ada ramai lagi jemaah subuh.
Alhamdulillah.. Betullah kata orang bijak. Kalau kita nak ubah perangai.. mulakan dengan gi solat subuh berjemaah. Itulah rezeki dari Allah yang sangat nikmat sekali. Bukan semua orang mampu buat. Dan syukur pada Allah.. disiplin aku ulang alik ke gym.. digunapakai untuk ke masjid. Heee.. dan terima kasih pada sang isteri kerana membenarkan aku guna kereta dia ke masjid. Sekurang kurangnya dia dapat gak pahala kerana aku memanfaatkan kenderaan tu. Semua ni kena jawab kat akhirat kelak.