BEN ASHAARI




Semalam , wife aku gi jumpa guru kelas KAFA Aariz. Alhamdulillah, Aariz ok dalam pembelajaran. Cuma dia nakal dalam kelas. Ikut sapa punya perangai , aku pun tak tau la. Aku dulu masa sekolah, seorang yang pemalu. Dalam kelas , aku senantiasa duduk seperti penyanyi nasyid. Tenang seperti orang beriman lagaknya. Hahaha.. konon ! Walhal akulah orang yang senantiasa hilang dari kerusi sendiri. Merayau jer.

Hari ni , wife mintak aku gi ke sekolah kebangsaan pulak.Asalnya dia yang nak gi tapi ada kerja penting di pejabat.. maka aku gi sorang jer. Aku risau sebenarnya nak gi sorang sorang ni. Takut nanti aku tanya macam macam soalan KBAT. Banyak nak tanya ni pasal anak anak. 

Jam 8 pagi. Aku bersiap. Kemas. Minyak wangi sembur sampai ke kaki. Biar aku meninggalkan jejak setiap kali melangkah. Haaa.. Streching dan pump skit kasi otot otot terbonjol keluar. Gerun skit cikgu tengok nanti. Haaaaa...

Sampai sekolah.. terus ke kelas Qhaliff dulu. Aariz ikut. Alamak.. ramai pulak mak ayah yang datang. Aku duduk di kerusi yang disediakan. Menanti. Mulut selawat dan istigfar tak berhenti. Risau. Risau aku celupar ! Hahaha.. 

Giliran aku tiba. Tulis nama aku di borang kehadiran dan juga nama anak. Amik keputusan. Lihat satu satu. 

" Ada apa apa lagi ke cikgu ? " tanya aku. Cikgu jawab takda. Dia cam pelik. Aku takda apa nak tanya ke ? Hahaha.. Aku nak tanya apa ? Takkan nak tanya kelakuan anak anak aku di sekolah. Kalau dia sendiri tak bercerita , aku takda apa nak tanya. Aku pun dulu pernah jadi cikgu dan pernah lalui pengalaman ni. Maka.. aku malas nak tanya. 

Kemudian aku ke kelas Zahra pula. Sini, aku perlu tahan mulut. Aku ada benda nak tanya tapi aku rasa lebih baik aku diamkan saja. Biarkan saja perkara itu berlalu. Giliran aku tiba.. Aku masuk. Proses seperti mana di kelas Qhaliff tadi. 

Aku belek keputusan. Aku pandang muka cikgu.. " Ni saya bawa pulang ya ? " tanya aku yang mana aku tahu dah jawapan dia. Cikgu dia angguk. 

" Terima kasih cikgu. " kata aku. Terkejut sedikit cikgu dia. Apakah aku tak nak tahu mengenai Zahra di dalam kelas ? Sejujurnya aku tak perlu nak tahu pun sebab aku boleh tahu berdasarkan keputusan peperiksaan dia. Aku tak nak cikgu cakap menda menda yang boleh memberikan impak negatif depan dia. Yang positif , aku tahu dah. Aku tahu mereka tak sempurna mana pun. Bukanlah pelajar cemerlang tapi aku tahu kemampuan mereka. Bak kata cikgu cikgu la.. mak ayah kena mainkan peranan di rumah. Maka aku tak perlulah nak dengar cikgu berpusing pusing mencari ayat untuk bercerita. 

Aku keluar. Ibu bapa lain terkejut tengok aku. " Dah ??? " kata sorang tu. Aku senyum. Dalam hati.. Takkan aku nak bersembang kosong dengan cikgu cikgu tu ? Sian pada mak ayah yang terpaksa lari dari pejabat untuk amik keputusan peperiksaan anak anak mereka. Sekurang kurangnya , aku dah jimatkan masa mereka. Alhamdulillah..

Wife telefon.. tanya perkembangan. Aku pun cerita la. Dia terkejut ??? Macam tak percaya apa yang aku kata. " Dah suruh datang amik keputusan.. amk je la.. " kata aku. Dan dia jawab.. " Haih.. memang tak harap la abang bab ni.. " dia gelak. 

Benarlah.. Nak anak anak cemerlang.. Mak ayah kena lebih berusaha membawa anak masing masing ke arah itu. Percayalah. 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Berat badan aku selepas Ramadan lepas , dalam 80kg gitu. Kalau naik pun skit jer. Aku masih lagi kawal pengambilan karbohidrat. Tapi sejak dua menjak ni , rajin pulak dok melepak kat mamak. Aku terjebak walaupun aku tak minum manis dan makan roti canai. Sayangnya, aku makan karbohidrat yang telah ditapis pulak ! Tak boleh nak tahan nafsu bila nampak rojak dan mee goreng mamak. Serius.. jangan ikut perangai ni. Kalau nak sihat dan turunkan berat badan , jauhilah dari kedai kedai makan yang mampu membuka selera makan korang ! Hak hak.. 

Berat badan aku naik dalam 2kg dalam 2 minggu. Aiyokk ! Memang nampak la kat mana dia naik dulu. Hahaha.. serius laa ! Hilang dah durian di perut aku. Terpaksa mula semula operasi membakar lemak lemak ni sebelum dia mengeras dan payah nak dicairkan. 

Camana nak buat ? Ada dua pilihan.. Puasa atau buat IF ? Mana mudah dan mana yang lebih sihat ? Kalau puasa.. buat puasa sunat Isnin Khamis. Kalau IF , buat hari hari tapi ada yang kata tak elok buat IF hari hari. Yang ni kena buat pembacaan sedikit. Banyak mazhab. Hahaha.. 

Isnin.. wife ajak buat puasa sunat. Aku on. Aku timbang berat dulu. 83kg ! Aiyok. Naik sekilo lagi. Apakah berat air atau berat taik ? Hahahaha.. Semoga dijauhkan la dari berat dosa. Sahur cuma telur rebus dan 2 biji kurma. Air suam. Terlupa nak minum air halia lemon. 


Sejujurnya , lama dah tak buat puasa sunat ni. Asyik buat IF jer. Tengahari makan. Saja nak elak dari makan pagi. Kasi usus relaks. Tapi selepas aku ternampak posting ni , aku terfikir.. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Apa yang DIA nak kita buat tu ada rahsia yang cukup indah dan sihat ! 

Kenapa tidak aku berpuasa je dari buat IF ? Memandangkan aktiviti harian aku buat masa ni tidaklah begitu mencabar dan cuaca pula senantiasa sejuk.. Rugi tak berpuasa.. kerana Allah. Jangan kerana nak nampak kurus atau nak turunkan berat badan. Kalau buat kerana Allah, tak terasa sangat laparnya. 

Nah... kenapa berpuasa ? Kita bersahur.Tengok pada gambarajah di bawah ni. Ketika sahur inilah asid perut aktif !  Dan waktu berbuka.. nah, kan cantik dah tu ! Kena pada masanya. Maka boleh elakkan dari berlakunya kerosakan perut kita. 

Kalau buat IF , pastikan jaga pemakanan kita. Banyakkan fiber , lemak sihat dan protein. 

Sahur . Jangan risau , boleh kira kalori guna aplikasi Dietiqa

Lepas gym , berat turun ke 80kg
Boleh guna penimbang canggih ni. Dapatkan di Lazada. Berbaloi ! 

Kesimpulan bagi aku, kalau tak mampu nak bepuasa.. buatlah IF. Belajar mengawal selera makan. Jangan keterlaluan dalam bab pemakanan ni. Ramai orang sakit sekarang ni kerana terlebih makan. Sebaiknya makan untuk hidup dan pastikan makanan yang nak dimakan tu , makanan yang sihat dan berkualiti. Jangan terpedaya pada rupa bentuk dan bau makanan yang melazatkan tapi tiada khasiat sama sekali. Tinggi dengan gula dan juga bahan bahan yang memudaratkan ! 

Sesekali ? Jika mampu kawal nafsu.. silakan.. Kalau tidak mampu , jauhkan diri atau akan terjebak. Pastinya pastu akan menyesal. Memang hidup sekali jer.. tapi jalan hidup bagaimana kita pilih ? Menikmati dunia atau bersederhana. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit. Begitulah. Aku nak cerita tapi kang takut dikatakan riak lak. Tapi kalau tak bercerita, camana nak berdakwah pada kawan kawan yang membaca blog aku ni. Hurm.. serba salah lak. Betulkan niat ? InshaAllah. 

Nak dijadikan cerita.. Dalam minggu ni, aku bawa Qhaliff dan Aariz ke masjd untuk bersolat Maghrib dan Isya'. Biasanya kami ke surau taman je. Tapi entah kenapa kali ni aku nak ubah sedikit jadual kehidupan mereka. Lepas Maghrib , boleh duduk dan dengar kuliah Maghrib sekali sementara menanti Isya. Dapat gak sedikit ilmu dunia akhirat. 

Qhaliff takda masalah nak ikut cuma Aariz je la. Dia tu ada KAFA sebelah pagi dan sekolah di sebelah tengahari pula. Memang akan penat giler la. Qhaliff takda KAFA. Aku tak sempat masukkan dia ke KAFA. Takda rezeki dia. Jadi aku kena fokus lebih dalam bab agama ni. Tak nak dia jadi macam aku. Jahil.

Semalam.. Aku ke masjid dengan Qhaliff jer. Aariz kepenatan. Diorang ada latihan sukan sekolah minggu ni. Dia tak larat nak ikut. Lepas solat Maghrib , seperti biasa aku cari tempat untuk duduk. Nak layan kuliah Maghrib. Qhaliff ikut sama. 

Aku terperasan ada sorang budak lelaki lalu depan aku sambil memandang Qhaliff. Mata bertemu mata. Qhaliff bisik kat telinga aku. 

" Daddy.. tu kawan Qhaliff kat sekolah. " katanya.

Aku pandang dia. " Gi la.. " jawab aku. Aku tahu apa dia nak dan aku berikan kebenaran. Dia pun bingkas bangun dan pergi ke kawan dia.  Diorang ke satu tempat duduk dan berbual di sana. Aku teruskan layan kuliah bertajuk Solat Sunat. Alhamdulillah.. dapat ilmu bermanfaat malam tadi. 

Aku terperasan sesuatu dalam masjid. Jemaah pun ramai malam ni. Rupa rupanya ada orang meninggal dunia. Jadi malam tu akan ada solat jenazah dan juga tahlil. Alhamdulillah... Qhaliff turut serta menunaikan solat jenazahnya yang pertama. 

Yang buat aku terkejut tu.. lepas solat Isya , dia dan kawan dia duduk depan keranda tanpa rasa takut. Kalau aku di usia dia dulu , memang akan takut la. Banyak sangat tengok cerita hantu. Jadi dah macam macam dalam kepala. Anak anak aku lak , memang aku tak membesarkan diorang dengan cerita cerita seram. 

Semasa nak solat jenazah.. aku tanya dia. " Tahu ke nak solat jenazah ? " . Dia jawab tahu. Alhamdulillah.. 

Selesai solat jenazah ada sedikit jamuan untuk jemaah. Qhaliff minta izin aku untuk ambil seketul kuih donut. Aku memang tak makan apa apa pun la. Heee... Lewat dah. Aku benarkan. Dia suka. Lama dah tak makan donut sebab aku memang tak kasi makan makanan yang bergula. 

Dalam perjalanan ke kereta , ada seekor kucing ikut. Dia mengiau meminta makanan. Qhaliff bagi sepotong donut dia. Kucing tu makan dan kembali minta lagi. Dia kasi semua. Menurut Qhaliff, dia cuma berjaya makan segigit jer. Hahaha.. 

" Allah nak kasi pahala kat Qhaliff la tu.. " kata aku. 

Balik rumah.. mandi. Tidur awal. 

Dan subuh ni.. Alarm atau penggera di handphone tak berbunyi.Terjaga. Tengok jam dah hampir jam 6. Aduh.. sempat ke aku nak ke masjid ? Teringat ada nasi lemak hari ni. Hahaha.. Aku cepat cepat mandi dan bergegas ke masjid. Azan pun dah berkumandang. Aku ada 10 minit untuk sampai. Sempat ke nak solat sunat 2 rakaat ? 

Alhamdulillah.. segalanya Allah permudahkan. Aku pun dapat bawa pulang sebungkus nasi lemak dan seketul karipap. Biasanya Qhaliff ikut sama dan bawa juga.  Nasi lemak tu untuk Zahra dan karipap untuk Aariz. Itu bahagian aku. Aku tak nak ambil lebih. Tak baik. Ada ramai lagi jemaah subuh. 

Alhamdulillah.. Betullah kata orang bijak. Kalau kita nak ubah perangai.. mulakan dengan gi solat subuh berjemaah. Itulah rezeki dari Allah yang sangat nikmat sekali. Bukan semua orang mampu buat. Dan syukur pada Allah.. disiplin aku ulang alik ke gym.. digunapakai untuk ke masjid. Heee.. dan terima kasih pada sang isteri kerana membenarkan aku guna kereta dia ke masjid. Sekurang kurangnya dia dapat gak pahala kerana aku memanfaatkan kenderaan tu.  Semua ni kena jawab kat akhirat kelak.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dulu , aku tak ambil berat semua ni. Malas nak kira pun. Bukan tepat sangat pun kiraan pasal kalori ni. Tapi bila difikir fikirkan, ada baik juga kalau ambil berat pasal kalori pemakanan harian kita ni. Bagi yang nak turunkan berat badan secara sihat mahupun nak naikkan berat badan , kena juga tahu apa yang kita makan. Berapakah kalorinya, kandungan fiber , protein dan juga gula. Khasiat sudah pastinya sangat penting. Sayangnya.. zaman ni , kita bedal dulu baru kita nak fikir pasal ni.

Bila badan dah membelon, atau Syawal dah nak menjelang.. mengelupur nak puasa bagai. Tapi yang diorang terlupa ialah akan bahayanya jika pengambilan makanan ni tidak diambil berat. Jangan dok pikir soal gemuk kurus tapi kesihatan tu !! Semakin ramai orang Malaysia obes malah ramai dah kena potong kaki dek kerana diabetis ! Tak kira usia yer..

Nak ambil tahu pasal kalori lak , satu hal. Takkan memanjang nak kena google cari jawapan atau nak tanya si penjual. Paling tidak pun , belek labelnya untuk mencari maklumat mengenai kandungan makanan tersebut.. Heee.. letih gak kan ?

Macam kuih ni... semalam gi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai sana, kelaparan. Mencari kedai makan , tak jumpa lak. Ada je yang dah bukak tapi dah terlepas. Yang ada gerai jual kuih muih depan mata. Nampak gaya.. memang ni je la yang akan dibeli untuk lapik perut.

Tapi sebelum tu.. aku ambil gambar untuk tahu kalori dan juga kandungan lain. 



Fuh.... cekodok ! Pisang tu sihat dah tapi bila digoreng bersama minyak , maka kalorinya akan jadi berganda. Karbohidrat tinggi , Lemak pun tinggi. Rasa rasa sesuai tak untuk mereka yang nak turunkan berat badan dan slim ? Bab khasiat tu.. korang pun tau la kan..Kalau goreng sendiri pakai minyak sawit, ngam... boleh belasah tapi skit je la makan. 

Pastu wife ajak dating berdua. Anak anak lepak bilik hotel. Sesekali kan ? Bawah hotel jer. Maka ke Secret Recepi la kitorang. Lama tak masuk SR ni. Maklumlah , harga pun bukan calang calang dah sekarang.

Teringin air chocolate ni. Rasanya dah bertahun aku tak minum. Kali ni nak rasa la skit. Kongsi dua. Dan sebelum tu amik gambar guna aplikasi Dietiqa. Nak tengok berapa kalorinya. Dan.. Perghhh ! Mau 2 jam aku naik treadmill untuk bakar balik kalori tu. Hahahha.. Tu bab kalori la.. Bab gula satu hal lagi. Bahaya wooo.. Tinggi banget !

Tak pe laa... bukan selalu pun kan ? Balik.. gi gym siang malam dan buat IF seminggu. Hahahaha... Adoilah.. Terus anxiety datang. 


Balik dah hotel.. Kembali semula jaga pemakanan. Nah , tengok la pemakanan harian aku. Air lemon kosong je berapa pun ? Tapi bagus untuk perut. Kalau letak serbuk halia sedikit , tak banyak pun naiknya. Yang penting , perut lawas membuang . Penting part lawas ni. Kalau tak lawas, tu yang jadi masalah besar ! 

Pastu makan telur rebus dalam 5 biji. Kurma 3 biji. Cukuplah tenaga sehingga tengahari nanti. Nak guna pakai workout di gym . InshaAllah.. 

Amacam ? Mudah tak ? Snap dan tahu dah kandungannya.. 





Jom guna aplikasi ni.. mudah sangat je. Klik Dietiqa untuk dowload aplikasi Dietiqa dan pastikan guna kod ni masa daftar.  Kod daftar  : W95JLM



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dulu aku takda perancangan nak nikah. Takut. Duit takda. Kerja pun tak menentu walaupun ada kerja tetap. Aku tak rasa aku akan 'tetap' dengan pekerjaan tu memandangkan aku jenis mudah jemu buat kerja yang sama.. setiap hari ! Jadi aku akan tukar tukar pekerjaan. 

Sampai satu masa.. aku terfikir, apakah aku tak nak ibu dan ayah aku ada cucu ? Diorang pun teringin nak bermain dengan cucu seperti mana atuk nenek yang lain. Tapi aku risau.. Apakah aku mampu membela anak orang dan anak sendiri ? Cukup makan pakaikah mereka nanti ? Dan paling merisaukan ialah pendidikan mereka. Aku tak nak mereka jadi seperti aku. 

Tapi inilah ujian buat kita di atas dunia ini. Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Kalau dah tau gaji banyak tu , kenapa nak disusahkan dengan mengejar kesenangan serupa orang lain ? Jika mak ayah aku boleh membesarkan anak anak mereka dalam keadaan sederhana , mengapa aku nak berfikiran seperti anak orang kaya ? 

Dan paling kita lupa ialah.. 


Anak sulung... 

Allah ada. Berserah pada Allah. Rezeki dariNya. Kita terlalu berfikiran negatif. Seolah olah tidak percaya kepadaNya.  Ramai takut nak kawin dan ada anak sebab pendapatan tidak mencukupi untuk membesarkan dan memberikan pendidikan sempurna buat mereka. Aku juga rasa begitu satu ketika dulu. Tapi aku terfikir.. apakah aku nak generasi tuk nenek moyang aku berakhir begitu saja ? Apakah aku tak nak umat Muhammad berkembang ? 


Dah boleh membantu pun sekarang ni. 

Anak anak kita ni saham kita bila kita dah mati kelak. Saham yang paling mudah. Mereka akan meneruskan apa yang kita didik mereka. Kebaikan yang kita beri, inshaAllah itulah juga pulangannya. Selebihnya, kepada Allah.. kita berserah ! Buat yang terbaik dan berdoa kepadaNya. Mengapa nak difikir fikirkan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kita cuma mampu merancang saja.. DIA akan tentukan.




 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (42)
    • ▼  Julai 2025 (1)
      • Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes