Ok.. cerita dia macam ni. Baru baru ni, aku jumpa seorang kenalan di Facebook. Dia nak tunjukkan satu produk kesihatan memandangkan aku suka bercerita pasal kesihatan di media sosial. Aku bersetujulah untuk jumpa walhal aku tak tau pun amenda produk yang dia nak cerita pada aku tu.
Dan seperti yang dijanjikan , bertemulah kami. Terus bercerita pasal produk ni. Dia tunjuk beberapa testimoni mereka yang gunakan produk ni. Kebanyakkan golongan berumur dan bermasalah dengan sendi terutamanya lutut dan pinggang.
Lutut ? Terus aku berminat. Teringat pada mak aku yang ada masalah lutut dan juga kawan aku yang ada slip disc. Jika produk ni bagus , boleh aku syorkan pada mereka tapi dengan syarat.. aku kena pakai dulu. Aku spesis sukar nak percaya bulat bulat melainkan aku dah rasa sendiri.
Lagi pun aku sendiri ada masalah ngan lutut ni dek kerana cedera ketika main futsal. Setiap kali gi buat fisioterapi, mau dekat RM200 la jugak terbang. Itu yang membuatkan aku nak tau lagi pasal produk ni. Kalau membantu mengurangkan kesakitan , bagus la kan ?
Aulora Pants... seluar yang dah lama popular di Malaysia. Aku tak tau pun ? Hahaha.. Dia pun cerita mengenai produk ni dan kelebihan Bila dia kata seluar ni ada FIR ( Far Infra Red ) dan memberi kesan pada peredaran darah seluruh badan kita , aku angguk faham. Penting weh bila melibatkan peredaran darah ni. Peredaran darah sangkut , kita susah woo ! Boleh kena stroke ! Tu pasal ramai mati mengejut zaman ni.
Aku percaya keunikan serta teknologi Infra Red yang ada pada seluar Aulora ni serta manfaatnya sebab aku kan pengguna setia halia dan tumeric. Malah minyak urut yang aku guna setiap hari tu pun memberi kesan pada saraf. Melancarkan peredaran darah adalah sangat penting yer. Dulu aku tak percaya tapi bila dah sakit.. baru nak percaya ! Hahahaah...
Dia pun terus bercerita dan bercerita. Antara testimoni yang dia tunjukkan adalah dari Dato Siti Nurhaliza dan beberapa doktor pakar yang aku kenali di media sosial. Akhirnya dia hadiahkan aku dua pasang untuk aku cuba dulu.
Nanti aku kasi feedback atau pandangan aku mengenai seluar ni pada rakan rakan di media sosial. Tu je. Aku bersetuju. Belian di buat pada malam Selasa dan Jumaat malam , sampai depan rumah melalui DHL ! Laju woo.. Barang dari luar negara.
Di rumah.. aku tanya pada wife mengenai produk ni. Katanya ramai dah kawan kawan dia guna. Memang berbaloi katanya. Dah bertahun pun diorang pakai. Aku. cam er , kenapa aku tak tau ? Cuma harganya tu laa.. memang bikin terkejut tapi aku tak hairan pun sebab barang dari Japan ! Seluar jeans dari Japan pun harga memang beratus ! Bukan kaleng kaleng material.
Made in Japan. Biasanya barang dibuat dari sana , memang berkualiti tinggi.
Pakai seluar Aulora ni , automatik akan terasa seperti pakai knee guard juga ! Padu... Inilah yang aku rasa selepas aku sarungkan buat pertama kalinya ! Lutut aku yang dah 2 hari rasa sengal dek kerana main squat di gym, terasa lega sangat. Maaf ya, bukan pulih tau ! Kang korang ingat pakai seluar ni terus pulih sakit tu. Tak tak... dia membantu melegakan kesakitan. Mungkin darah dapat bergerak dengan baik kot lalu mengurangkan keradangan.
Bayangkan jika kita hadiahkan pada mak ayah kita yang ada masalah lutut ni. Katanya untuk yang ada slip disc pun bagus. Yang nak gi umrah , haji atau travel sana sini.. memang sesuai sangat pakai seluar ni. Nak pakai mudah.. nak bukan pun mudah !
Aku pakai semalaman. Tidur nyenyak sebab seluar ni memberikan kehangatan pada si pemakainya. Ada seperti haba suam suam panas tapi tidak membuatkan kita berpeluh sama sekali. Selesa jer. Dan subuh, bangun tidur dengan tenang walaupun semalam tidur agak lewat.
Ok.. ni pandangan pertama aku pakai untuk pertama kali seluar Aulora ni. Oh yaa... kalau korang jenis nak buat duit , korang boleh jadi agen sekali. Tak perlu pegang stok pun. Order je secara online. Aku tak tau sangat part ni. Kalau nak tau , wasap je. Nanti aku kasi pada kawan aku yang lebih arif. Dia dah bertahun tahun dalam bisnes Aulora ni. Yang aku tau.. seluar Aulora ni memang bagus. Dengan izin Allah.