Grand Livina aku yang dibeli pada tahun 2012 , akhirnya memerlukan enjin baru. Terpaksa tukar kerana kerosakan yang agar besar. Sebelum ni aku dah repair. Sedikit demi sedikit. Tapi masalah kehilangan air di tangki simpanan tak dapat diselesaikan. Pernah aku jumpa mekanik otai. Katanya bahagian atas tu yang bermasalah. Kena buka enjin dulu baru boleh kesan punca. Cuma kosnya besarlah. Beribu. Aku ketika tu cam.. Woww ! Ribu tu. Baik tukar keta baru.
Bulan demi bulan.. kerja aku setiap hari ialah tambah air dalam tangki simpanan. Air akan hilang suku. Kalau cuaca panas, mau setengah hilang. Ini bukan petanda yang baik. Satu lagi masalah, bila hidupkan enjin , dia berbunyi bising. Sakit telinga. Begitu juga ketika memandu. Dah betulkan part tu. Siap tukar yang baru tapi lama kelamaan ,dia kembali.
Sehinggalah bulan September tahun lepas, wife aku yang memandu Livina ni ke pejabat bagitau , enjin tersentak sentak. Alhamdulillah , dia berjaya pulang ke rumah. Aku hubungi kawan aku yang juga seorang pegawai bomba. Part time mekanik. Dialah yang dok baiki kereta aku ni. Dia bawa pulang ke bengkel kereta miliknya.
Esoknya , dia bagitau aku.. punca. Dia kata kena buat top overhaul. Air masuk ke enjin dah ! Gasket bahagian atas tu pecah. Aku tanya pendapat dia jika tukar enjin. Dia kata terpulang pada aku. Samada nak buat overhaul atau tukar enjin. Cuma akan masa masa la. Dia cuma boleh buat bila dia cuti jer. Aku takda pilihan. Nak ke bengkel lain , risau lak kaw kaw kena charge. Hahahaha...
Kerja kerja tukar enjin dibuat. 3 kali kawan aku tu gi tukar enjin ! Katanya enjin yang dia tukar , bermasalah. Jadi dia tak nak aku dapat enjin bermasalah. Bila dah pasang.. test , problem ! Dia gi amik yang lain. Cari di kedai kedai half cut yang terletak di Sungai Buloh. Jauh gak la dari Sepang nak ke sana.
Sementara tunggu kereta tu siap , akulah yang hantar amik wife di pejabat. Aku tak kasi dia naik ERL. Aku masih hidup. Aku boleh hantar ambil dia dan anak anak. Tak pe.. aku susah sikit jer. Yang penting, aku uruskan semua.
Alhamdulillah... syukur kepada Allah. Penantian demi penantian, akhirnya siap ! Enjin ditukar. Radiator pun tukar sebab ada masalah juga. Kos , hampir RM5K ! Dan hasilnya , enjin yang aku dapat.. buat masa ni memang ok sangat. Jauh beza dengan enjin lama. Huhuhu.. Selesa memandunya. Lega rasa. Wife kembali memandu ke pejabat. Aku uruskan anak anak jer.
Tak nak amik kereta baru... Tak nak hutang baru !