Buka Puasa di Bangi Golf Resort
Kelmarin , aku dan rakan rakan blogger dijemput ke majlis Media Testing Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Tak susah nak cari tempat ni kalau guna Waze.
Hurm… Lokasi strategik. Ruang solat , selesa .. Dan dewan makan pon , santai .. Berbuka puasa sesekali di tempat gini , rasanya berbaloi terutama bersama rakan rakan mahupun ahli keluarga.
Harga ? RM50 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak kanak ! Berbaloi tak ??? Aku tau korang nak tanya gitu.. Heeee.. Terus terang la kan , selepas aku menikmati juadah yang dihidangkan .. aku rasa tak nak balik woo !!! Semua sedap sedap ! Ada lebih 100 hidangan gitu ! Berbaloi jika bayar RM50 !
Antara hidangannya ? Heee.. Sila sila tengok sendiri ..
Ok ok … ni part paling dinantikan ramai ! Sedap woooooo !! Lembut je daging kambing ni ! Huhuhuh..
Ada banyak lagi juadah yang tak sempat aku nak amik gambar sebab dah terlalu lapar.. Heeee..
Muka muka sebelum menikmati juadah dan bawah ni , selepas makan ! Tengok la perbezaan muka… dan juga perut ! Hahahha..
Heee.. Aku puas makan kat sini ! Huhuhu.. Untuk bulan Ramadhan nanti, sila pastikan dah booking awal awal sebelum ke sini ! Kalau tak , anda kerugian .. Memang takde tempat punya !
Untuk menempah , sila hubungi Luliy Shalwani ( 016 267 8284 ) atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) , atau terus call 03 – 8925 3728
Alamat : Bangi Golf Resort , No 1 . Persiaran Bandar. 43650 , Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan.
Websites : www.bgrrest.com
Oh ya , mereka juga menerima tempahan untuk majlis majlis khas..
7 comments
aishhh apasal tak ajak kak liza? dulu suka pi sini... dulu2 laa.. la ni busy dgn sekolah anak2.
BalasPadamjuadah yang cantik-cantik belaka..
BalasPadamsendawa bau telur..tu baru sendawa haha..belum sendawa kambing lagi tu...alhamdulillah memang tak rugi ke BGR makan buffet .
BalasPadamok. dah jot down the contact person's phone no. tq 4 sharing..
BalasPadamKambing golek! Tak tahannnnnn!
BalasPadamrasa kambing tu masih berlegar dalam mulut... hahahaa
BalasPadamWahhh terbaikkk laaa ..sedapnyerr
BalasPadam