Cermin mata patah ? Nak buat baru ? SOP camana ? - BEN ASHAARI

Cermin mata patah ? Nak buat baru ? SOP camana ?

Sebelum PKP ari tu , aku sempat ke Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang. Tujuan aku ialah nak buat cermin mata. Dah terasa Malaysia akan 'dilockdown' dek kerana Covid 19. Dan ianya menjadi kenyataan. Nak lagi best , ketika  PKP bermula, aku dah pun berada di Kelantan.  Sesungguhnya aku bernasib baik sebab aku dah buat cermin mata back up ! Hehehhe.. 

Bukan apa... jika takda cermin mata ,  kabur teruk mata aku. Tak la sampai tahap tak nampak apa tapi mata aku akan nampak semua orang cun jer ! Tu yang bahaya ! Laki perempuan cun jer ! Acaner tu ? Hahahha.. 

Cermin mata tu lak , aku buat yang gempak skit. Boleh pakai siang makan. Aku fokus pada untuk memandu. Tapi kalau duduk rumah nak tengok tv pun ok jer. Cuma kalau nak membaca tu , anak anak nanti kata aku mengada lak ! Hahaha.. 

Bingkai Adidas ( tengah jual murah ) dan lens separa gelap. Harga tak masuk akal ! Hahaha.. Ada power lagi tu ! Maka aku boleh memandu pada waktu panas , hujan dan juga pada bila bila masa jer. Bingkai Adidas aku amik sebab tahan lasak. Macam bingkai Eye Eye yang aku guna sekarang ni. Dah dua kali terduduk atas dia. Huhhuh.. tak patah pun. Mudah diperbetulkan kembali. Kalau patah pun , aku tak risau sebab banyak stok kat kedai aku beli tu. Guna balik lens pada bingkai baru. Kan jimat dah ? 

Aku ada empat  koleksi spek aku yang guna separa gelap. Dua coklat ( Ray Ban ) satu lagi hitam. Puashati la pakai. Sayang abis kat spek spek ni. Nak beli kat kedai optik yang popular , jangan mimpi la nak dapat harga ni. Sah sah kena tekan kaw kaw punya ! Aku dah kena weiii ! Beribu terbang ! Pakai tak lama pun. Kejap je patah bingkai dia. 

Oh ya.. untuk korang yang rabun silau tu , boleh mintak lens Alpha Blue 420. Kena tambah RM60 jer. Untung siut ! Kalau kat kedai yang 'berjenama' tu , makan ribu kau ! Kalau nak tukar gelap pun boleh. Murah jer..  






Okeh... Raya tak lama lagi. Aku tak risau part raya tu.. Aku cuma risau part lepas raya ! Apakah akan ada kluster Aidilfitri ? Gulp.... Harap harap takda la. Tamo dah terkurung dalam rumah. Dan ramai tak dapat keluar bekerja. Satu kerugian buat kita semua. Kena jaga dan ikut SOP tau ! 

Tapi jika berlaku.. sekali lagi , apakah korang dah ready backup cermin mata ?? Nah... Sementara boleh keluar ni , gi la buat spek backup. Nak buat spek melawa pun boleh jer.. Beli je dua dua. Harga tengah baik punya ni. Ditambah lagi korang petik nama aku kat tokey tu.. Dapat la harga cun ! Heheheh.. Jangan kasi tau orang tau.. Korang yang baca blog aku ni je tau.. 

Risau pasal SOP kat kedai optik tu ? Jangan risau aih.. Diorang dah ikut segala prosedur pun. Aku sendiri dah check... Pastinya diorang utamakan pelanggan mereka. Kalau tak , diorang sediri pun susah kan ? Haaa.. 

Apakah langkah langkah SOP yang telah Eyes Vision Group lakukan ? Oh ya.. Waktu PKP-B ni mereka buka kedai dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Setiap hari buka yer.. Sebarang pertanyaan , boleh terus Whatsapp ke Mr. Jun016 3636464
  • Setiap pelanggan yang hadir diminta isi borang terlebih dahulu. 
  • Kemudian diambil suhu badan sebelum masuk ke kedai.
  •  Mereka hanya dibenarkan mencuba 10 jenis bingkai. Kemudian bingkai akan diletakkan di dalam kotak berasingan utk tujuan pembersihan sebelum diletakkan ke tempat asal semula.
  • Kakitangan akan senantiasa menggunakan face mask dan sanitizer diletakkan di tempat tempat terbuka bagi memudahkan pelanggan senantiasa membersihkan tangan mereka.






Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

6 ulasan:

  1. Hah nanti kita nak p la.. Nak buat utk backup

    BalasPadam
  2. Tulah, patah jugak ni. Mujur ada back up. Nnt nak kena buat baru jugak ni

    BalasPadam
  3. Bagus kenat SOP. Kita jaga kita. Kalau dah boleh rentas negeri nanti Haida nak buat juga.

    BalasPadam
  4. Bagus kedai spek ni, patuh pada arahan KKM dan kerajaan malaysia

    BalasPadam
  5. spek saya ada buat kat sini, datang sbb katanya kat sini lagi murah. dah masuk kali ke 3 patah,ganti pun kene bayar bingkai baru, bukan free. model bingkai yang sama,barang xde kualiti kot. repeat datang pun sebab nak ganti bingkai baru.lps ni xpastilah nak dtg lg tak kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gi kedai spek yang ternama.. Beli sampai beribu punya frame.. patah gak ! Bila pergi tanya jaminan , takda. Kena tukar baru. Sama je pun apa frame kalau kita tak reti nak jaga, memang akan patah / rosak. Kalau tak nak patah , cari yang bingkai macam saya. Yang tu memang payah la nak patah. Dah terduduk beberapa kali pun. Yang pasti , memang spek saya beli sini jauh lebih murah dari spek spek yang pernah saya buat dulu. Lens saja dah beribu. Tapi sama je pun.. Calar tetap calar.. Cukup tahun tukar kena tukar baru. Baik cari yang jimat. Tukar pun tak sakit hati. Dah nama pun murah. Nak kualiti , kena tanya yang kualiti. Harga pun takkan la semurah yang kita nak tapi bagi saya , lebih murah dari spek yang beli di kedai ternama.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.