Orang kita.. bila sebut je cermin mata , maka terbayanglah perkataan RABUN MATA ! Automatik kehilangan kenikmatan yang Tuhan berikan. Kan ? Mata adalah kenikmatan dunia yang tiada tandingnya. Kalau dah rabun , memang terpaksa bergantung pada cermin mata.
Hari ini, pemakaian cermin mata bukan lagi dilihat sebagai ‘petanda rabun’ semata-mata. Sebaliknya, ia telah menjadi sebahagian daripada trend fesyen yang mencerminkan siapa kita. Sama ada anda memilih bingkai minimalis, retro, atau oversized, semuanya mampu memberi statement kepada penampilan harian.
Pakai ketika berjalan jalan , kelihatan kacak dan bergaya. Bagi gadis gadis , ianya mampu mengelakkan dari sang lelaki tergoda melihat mata mereka yang cantik itu. Kan ? Hahaha.. Sebenarnya , tak pun. Kebanyakkan yang memakai cermin mata gelap terutamanya , nak elakkan silau matahari atau rambang melibat barangan diskaun. Kan kan ? Hahaha.. tak kisah la apa pun alasan , ramai yang menggunakannya zaman sekarang ni.
Kenapa Kita Perlu Cermin Mata?
Masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat, dan astigmatism semakin biasa terutamanya dalam kalangan pelajar dan pekerja yang kerap menatap skrin. Cermin mata membantu mengurangkan keletihan mata, sakit kepala, dan membolehkan kita melihat dengan jelas tanpa menegang otot mata.
Kini, ramai juga memilih kanta khas seperti:
- Anti-silau yang mana sesuai untuk pemanduan malam
- Blue light filter bagus untuk mereka yang bekerja mengunakan komputer dan telefon pintar
- Photochromic , kanta yang automatik bertukar menjadi gelap bila kena cahaya matahari
Pemeriksaan Mata: Jangan Tunggu Sampai Terlalu Lambat
Ramai antara kita hanya ke kedai cermin mata bila ‘dah tak nampak’ tulisan. Tapi tahukah korang, pemeriksaan mata tahunan bukan sahaja membantu mengesan rabun, malah boleh mengenal pasti tanda awal penyakit mata seperti glaukoma dan katarak?
Jika anda mula rasa kabur, silau atau sering pening ketika membaca, itu mungkin tanda anda perlukan cermin mata baharu. Jangan tunggu kena baru nak buat pemeriksaan mata. Bahaya tu. Jadikan amalan setiap tahun untuk pastikan mata kita dalam keadaan baik dan sihat.
Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama
Cermin mata yang dijaga dengan baik boleh tahan bertahun-tahun. Antara tip penjagaan:
- Bersihkan dengan kain microfiber (bukan tisu)
- Simpan dalam bekas keras
- Elakkan letak atas kepala (boleh longgarkan bingkai)
- Jangan biarkan dalam kereta panas – kanta boleh rosak
Mata Cermin Dunia Kita
Cermin mata bukan sekadar alat saja tetapi ia sudah menjadi salah satu pelaburan untuk kesihatan mata dan gaya hidup. Pilih bingkai yang sesuai, pastikan kanta berkualiti, dan nasihat aku , buatlah pemeriksaan mata secara berkala.
Kerana bila mata jelas, hidup pun lebih terang. Kan ? Jangan sampai kehilangan..
Mencari cermin mata ? Aku cadangkan ke sini :
Eyes Vision Group
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group
Facebook : Eyes Vision Group