BEN ASHAARI



Aariz dah nak masuk 10 bulan. Dia punya '10 bulan' macam dah lebih 1 tahun !! Dia punya main... aduh ! Merangkak dah laju. Nak sibuk berjalan dah sekarang. Gigi , sebatang lom tumbuh lagi tapi selera makan , dasat ! Huhhhh.. 
Masalah bila wife ada ! Dia tak nak tidur dalam buaian. Nak kena tidur dengan mak dia. Kalau mak dia kerja , boleh pulak tidur dalam buaian. Jika di rumah mak aku , punya la senang nak tidur dalam buaian. Hurmmmmm... 
Balik kampung ni.. dia punya ligat lain macam ! Malam nak tidur pun payah. Puas paksa. Puas kasi susu.. Tak nak tidur ! Nak gak main. Buaian lak takda.. Dah tu camana nak kasi dia tidur ? Aku ada satu cara dan cara ni memang berkesan jika dilakukan pada dia.. dan jugak abang dia ! Hehehehe.. Kes terpaksa jer ni.. 
Apa yang aku buat ? Aku peluk Aariz , rapat rapat. Dia akan rimas. Mula meronta ronta nak lepaskan pelukan aku. Jika dia gagal... dia akan mula menjerit dan disusuli dengan teriakan ! Jangan lepas lagi. Itu sekadar trick dia jer ! Aku dah kena.. Bila lepas , dia senyum dan sambung lagi.
Buat sehingga dia betul betul menangis ! Dan biarkan dia menangis sampai kuar air mata.. Ketika ni baru aku serahkan pada wife.. wife susukan.. dan terus lena ! Hehehehehe... 
Kes terpaksa je ni. Kalau tak terpaksa , jangan buat ye ! Nanti dia terbiasa teriak dan teriakkan memang akan sakitkan telinga ! Huhuhuh.. 

Baca : Kenapa Ben Ashaari 'sorok' muka wife dia , eh ? Anak menteri ke ?
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
" Ben , nak pinjam duit... "
Biasanya , kalau jumlah kecil.. aku sedekah jer.. Tapi selepas ni , aku tak sedekah dah wehhh ! Aku akan kasi pinjam bersyarat.. Nak buat perjanjian bertulis lagi walaupun nak pinjam RM10 !! Dah malas 'sedekah' kat kawan kawan.. nanti bila dah kaya , lupa kita ! Kita gak sakit hati kan ? Baik kasi pinjam jer.. suh dia bayar balik !! Haaa.. Tak sakit hati kannn.. 
Ada satu hadis yang aku jumpa mengenai isu yang aku bangkitkan ni.. 
Sabda Nabi Muhammad saw :

Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”
Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”
(Hadith Riwayat Ibn Majah & Baihaqi)

Secara jujurnya , aku tak tau pasal hadith ni... Dan statusnya aku cuba google dan inshaAllah akan bertanya pada yang pakar. Tapi ianya membuka mata aku la.. Dulu aku gemar 'beri' gitu jer... tapi jumlah ciput la.. nak kasi 'berskala besar' tak mampu aku.. lain la aku ngan Bill Gates ada kaitan.. hehehe.. 
Selepas ni , aku rasa aku tak bagi gitu dah pada mereka yang nak meminjam. Kalau tau , bak kata orang.. besar kepala lak eh ? Haaaa...Nak meminta minta memanjang. Kerja pon , ala kadar.. Malas nak berusaha lebih ! Haaa.. 
Maaf !! Tiada lagi 'sedekah' pasni ! Nak pinjammm... bertulis ! Tapi , tunggu ada duit la.. buat masa sekarang , aku rasa aku yang nak pinjam kat korang. Sapa sudi nak kasi pinjam ? Huk Huk... 

"Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesusahan di dunia nescaya Allah lepaskannya dari kesusahan di akhirat"
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku dah berblogging 9 tahun lamanya. Sepanjang aku berblog tu , aku berusaha 'sorokkan' muka isteri atas permintaan dia. Kenapa begitu ? Kebanyakkan orang lagi suka terutama isteri isteri yang miliki suami dikenali ramai terutama di media sosial...dan dikelilingi anak anak dara yang cantik jelita itu. Gileeer tak jeles ??? Kan kan ?
Tapi wife aku sebaliknya. Apakah dia tak cemburu sama sekali ? Tak kisah ke ada awek awek cun komen di Facebook gitu ??


Dia nak low profile. Nak gi kerja dengan tenang, balik kerja dengan tenang. Tak nak jadi perhatian terutama di pejabat. Tu pun masih ada yang kenal dia gara gara aku 'munculkan' diri di pejabat dia. Dan dia juga seorang penjawat awam yang berpangkat. Maka aku tak nak la dia dikaitkan dengan aku sama sekali. Dikaitkan sebagai isteri , ok je la.. 
Sememangnya banyak job ditawarkan tapi aku tolak bila kena melibatkan si isteri. Anak anak , ok je la.. tu pon sehingga mereka usia 7 tahun. Kemudian tiada lagi cerita mereka. Kenapa sampai gitu sekali ??? Kita sedar kita di Malaysia. Kena paham sikap sesetengah manusia , jika bencikan kita.. mereka akan cari segala kesalahan  termasuk  insan insan tersayang yang berkaitan dengan kita ! 
Ada yang tanya aku kenapa sampai gitu sekali aku sorok wife ? Dari dulu hingga sekarang ! Anak menteri kot ? Takda maknanyaa aihhh... Biar aku je la 'popular' dan dia sekadar menjadi tulang belakang aku, dah la.. tak yah dua dua popular ! Letih nanti...
Buat mereka yang tertanya tanya , moga dah dapat jawapan. Bukan aku sengaja tapi terpaksa demi keselamatan dia. 
Korang tengok gambar aku , dah laaaa.. hensem apa ???
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Selepas seminggu Zahra di hospital , segalanya berubah. Zahra jadi semacam penyayang sangat. Ngan aku, dia makin kerap cium pipi.. peluk. Suka bermain bersama abang dia.. lebih mudah bertolak ansur dan paling mengejutkan... dia mula rapat dengan Aariz yang sebelum ni , dia anggap 'orang luar' di dalam rumah tu. 
Bila aku suruh dia jaga adik dia.. aku nak ke tingkat atas , dia dengan pantas jaga. Tak kasi usik apa apa pun. Aku naik ke tingkat atas tapi dalam diam , aku menyorok dan lihat tindakan Zahra tu. Sangat mengejutkan aku sebenarnya. 
Aku suruh dia kiss adik dia.. pantas cium pipi adik dia... Huhuh.. Kalau tidur sekatil, kena himpit pon ok jer ! Huhuhuh..

Alhamdulillah.. akhirnya Aariz dah ada kakak dan kakaknya seorang yang penyayang sangat ! Kenapa aku kata cam tu ? Semalam Aariz 'hilang' ! Dia mencari seorang diri di dalam rumah. Dia tanya mak dia.. dia tanya aku.. "Mana Aariz ? Aariz ilang ! ". Muka cuak terpampang di raut muka dia.. 
Aku senyum. Ada kat atas la..ngan Ayah Chik. Gi tengok dalam bilik. Sememangnya dalam dia bermain apa saja , mata dia tetap memerhatikan Aariz... kecuali bila dia sedang makan , Aariz tidak dikisahkan..buat sementara ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Tindakan pantas dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan yang sering terlibat dengan kerja kerja amal di Kelantan , membersihkan lebuh raya Central Spine yang kotor akibat dek perbuatan pengguna jalan raya yang tidak punya kesedaran sivik sama sekali.. pentingkan diri sendiri ? Hurmm.. Tak kisah la... moga mereka sedar satu hari nanti , yang bumi ni bukan milik dia dan kembali turut sama menjaga kebersihan.

Menerusi Facebook Nazman Che Iberahim , Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan pada Aidilfitri ke 4 telah turun ke kawasan kawasan yang terlibat dan bergotong royong membersihkannya. Kalau tau ni , leh gak aku join sama.. Huhuh.. Tahniah buat mereka !

Terlepas pandang poster ni ! Hurmm.. Sibuk beraya agaknya aku.

Seperti yang mereka 'janjikan' ... mereka turun di awal pagi tanpa kira usia ! Aduhh... terharu sungguh la tengok mereka.






Alhamdulillah.. Moga selepas ni ... moga selepas ni.. aku ulangi.. moga selepas ni kalau nak ke mana mana , sediakan plastik sampah dalam kereta.. banyak banyak ! Tak kira la ke mana sekali pun , apa kenegerian kita sekali pun.. sama sama kita jaga kebersihan !  Segalanya bermula dari kita sendiri..  Tahniah buat semua yang terlibat ! 

Baca entri : Apa dah jadi di Central Spine Road, Kelantan sehari sebelum Aidilfitri ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Central Spine Road adalah hasil dari projek mega Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur atau ECER. Skop kerja adalah membina jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 390 km dari Kuala Kerai , Kelantan ke Simpang Pelangai , Pahang.  Projek ini dibahagikan kepada enam pakej rekabentuk seperti yang tertera di dalam gambar di bawah.

Sebahagian dari Central Spine Road ni dibuka pada tahun 2016 , menghubungkan Bentong - Kuala Kerai. 


Menarik kan ? Terima kasih pada kerajaan kerana membina lebuh raya ni. Aku melaluinya buat pertama kali pada Aidilfitri ke dua untuk pulang beraya ke Kelantan. Laluan jadi singkat berbanding jika aku ikut jalan lama dan lebuh raya ni , selesa la buat aku.. Lancar jer ketika aku melaluinya.

Tapi jalan ceritanya lain ketika sehari sebelum raya ! Rata rata pengguna media sosial tau , sehari sebelum raya , banyak lebuh raya jammed , kan ? Haaa.. termasuk laaa Central Spine ni ! Aku tau pun selepas seorang rakan Facebook aku , Nurul mengupload gambar dia di sana , petang tu. Fuhhh , nak rebah jantung aku tengok weh !. 

Kawan aku ni update dia di Central Spine ni dari jam 12 tengahari lagi.. huhuhu.. Gambar di atas dah menunjukkan jam 2 petang. Tinggal beberapa jam lagi nak buka puasa ! Ahaaaa.. Kalau dah masuk waktu berbuka , nak berbuka kat mana ? Dalam kereta la jawabnya kan ? Tak pee.. berbuka je kat mana mana.. Tak da sapa nak marah aih...

TAPI YANG AKU AMAT KECEWA IALAH.. ketika aku melalui lebuh raya ni, permandangan di bahu jalan amat amat mendukacitakan sama sekali ! Hurmm.. ini ke balasan kita setelah 'dihadiahkan' lebuh raya yang selesa buat kita ???

Aku tak percaya pada awalnya ini adalah perbuatan pengguna lebuhraya ! Aku ingatkan ada lori sampah terbalik kat sini !!





Aku berhenti tepi jalan dan ambil gambar semua ni. Jangan kata lak ' apasal aku tak tolong bersihkan dari tengok je dan amik gambar ! Gile viral ke apa ?' !!! Haaa.. agak agak la nak kata gitu yer ! Bukan sekangkang kera yer kekotoran yang dihasilkan oleh insan insan yang bijaksana ini tau ! Haaa..

" Memang patut highway dikenakan tol.. kalau takda , sapa nak selenggara lebuhraya ? Kos nak selenggara bukan murah pon ! Sapa nak tanggung ? ". Bisik hati kecil aku. Terpaksa aku terima.. Kalau free , mereka meraikannya dengan cara begini. Bila kena bayar , tau pulak nak jaga yer ?

Menurut rakan Facebook aku tu , dia sendiri melihat 'perangai' pengguna..

" Haa ini yg aku tgk aritu.. yg dok dlm kete pun main campak je tin minuman..plastik2.. BOLE KOTOR KE KERETA KORG KALAU KUMPUL DULU SAMPAH DALAM KERETA? Aku g mana2..siap sedia plastik byk2 tuk buang sampah tau ! "

Secara jujurnya aku malu melihat keadaan ini. Ada kawan komen di Facebook aku ketika aku up status ni..  Lebih kurang katanya gini laa.. " Ini pun nak bising ! " Komennya dah didelete. Aku tergaru kepala.. Dia suka kot tengok keadaan gini ? Dia ingat kekotoran gini , digalakkan dalam agama ? Apakah dia tak sedar , negara kita ni diancam dek pelbagai jenis penyakit merbahaya yang terhasil dari kekotoran yang 'dicipta' oleh kita sendiri ? Haihhhh..

Moga 'perangai' begini tidak berterusan. Hargailah alam sekitar. Aku tak nak tidur atas timbunan sampah sarap ! Cuba ingat kembali ketika negara kita 'diserang dek jerebu' ! Apa perasaan kita ? Camana kita nak hidup ? Dan jika sampah sarap ini tidak dikutip.. bayangkan tiap kali kita pulang ke kampung , kita melalui jalan raya yang berbau busuk berpunca dari sampah sampah yang tidak dikutip ! 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Alhamdulillah.. Raya ke dua 'balik kampung' ! Heehehhe.. bertolak ke Kelantan awal pagi. Sampai petang. Jammed cuma sebelum di tol Bentong dan Kuala Kerai. Lain lain , clear ! Menariknya , aku tak mengantuk sama sekali !
Haaa.. pelik giler ! Tak pernah lagi dalam sejarah aku memandu ke Kelantan , aku tak berhenti tidur langsung !!  Aku nyaris cipta rekod tapi 'tergagal' sebab Kuala Kerai. Kalau tidak , aku cipta rekod peribadi !
Wife pelik tengok aku berjaya memandu tanpa berhenti rehat dan tidur. Dalam kepala dia , aku akan berhenti paling tidak pun , 10 kali sebelum berjaya tiba di Kok Lanas. Apakah rahsia aku ???
Kopi Badang la jawapannya ! Aku minum sebelum bertolak dan sediakan satu bekalan kopi badang sepanjang dalam perjalanan.. Hehehe. Dan ternyata berjayaaaa ! Tapi kesesakan jalan raya di Kuala Kerai pada jam 5 petang ( bertolak jam 9 pagi ) , keletihan mula terpancar di wajah aku. Aku pon dah mula menguap.  Akhirnya berhenti rehat di Machang. Solat dan teruskan perjalanan. 
Sampai umah mertua aku , Maghrib dah. Naik ke bilik. Dan , kunci pagar , mangga , bilik tak tau mana mak mertua aku simpan. Semua dalam rumah tu pakat mencari. Takda jumpa. Aku makin layu! Dan tak larat tahan mata. Aku bagitau wife , aku nak tidur di Hotel Perdana jer. Aku dah tak larat dah. Nak berehat jer tanpa gangguan. Wife setuju. 
Aku amik beg dan kunci kereta. Terus memandu ke Hotel Perdana Kota Baru. Nasib baik laaa ada kawan aku di situ membantu dapatkan bilik. Terima kasih Bird ! Hahahahhaha..  Tidurlah aku semalam di sini. Tapi sebelum nak sampai sini tuuu... perghhhh ! Aku berkali nyaris tertidur sewaktu memandu. Puas tampai diri sendiri.. Hahahaha..
Sampai hotel , lepak ngan Bird jap pastu naik tidur ! Hahahahaah.. Mandi dan terus lenaaaaaaa ! Taka hengat apa apa dahh...  Errr, aku sorang je. Yang lain tidur sana. Boleh ? Hahahahaa... 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dah bertahun merancang tapi gambar tak beberapa cun ditambah anak anak tak nak bergambar sekali. Biasa la kan.. budak budak ! Huhu.. Tapi hikmah beraya di KL tahun ni , dapat juga bergambar dengan tenang di pagi raya ! Diorang pon beri kerjasama penuh untuk mendapatkan hasil yang lumayan ! Hehehehehe.. 





Alhamdulillah... ada gak kenangan.. Nanti aku takda, boleh la anak anak tengok gambar ni.. tau camana perangai masa kecik kecik dulu dan betapa penyayangnya daddy diorang.. Heeee.. nak jugak tuuu ! 
Ok.. pla raya ke 2 , balik Kelantan lak ! Ore Kelate , jom jumpaa ! 




Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Seronok ! Dia pun seronok dapat gi ikut aku gi solat di masjid setelah berkali kali nak ikut aku. Aku ingatkan dia akan buat hal dia sendiri di masjid tapi rupanya.. huhu... Alhamdulillah ! Bijak dah dia rupanya..
Ikutkan aku nyaris nak hantar dia balik ke rumah setelah berada di kawasan masjid. Kenapa ?? Dia 'bising' sebab baju raya dia kena hujan ! Memang kebetulan pagi tadi tu hujan rintik rintik.. Cuma tak sangka la dia begitu perangai dia.. jaga penampilan gitu !! Huhhhh..
Aku bagitau dia. nanti hilang bila kena matahari. Tak perlu risau.. Aku tunjuk juga orang lain yang turut kena hujan.. Baru dia tenang..  Dan dia masjid , dia ikut je aku solat.. dia dah memang belajar di tadika pon. 
Cubaan memujuk. 
Tak sia sia antar gi sekolah ! Huhuh.. Baru tau camana rasa 'sejuk perut ibu mengandung'. Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tiba-tiba aku dapat email berbunyi begini !

Hampeh !!! Unta padang pasir mana report ig aku ni ??? Punya la berhemah aku punya posting.. boleh kata post pasal  gitu ! Puihhh.. aku sumpah jugak jadi biawak komodo nanti ! Aku try klik 'make Rerport on here' .
Aku was was jugak sebenarnya. Tapi tak pe.. aku try.. Pada masa sama gak , aku check dari mana email ni datang.. 
Instagrammail.com ??? Biar betul ? Takkan kot.. Aku check email email lama aku bersama Instagram. Dulu rajin aku beremail dengan Instagram ni.. heheehe.. Nasib baik masih ada email email cinta dari mereka.. 

Huhhh... Nyaris aku terkena gak ! Huhuhu.. Jilake punya manusia.. Ada je cara diorang nak hack akaun kita ! Korang , hati hati yer.. Aku pasti sangat hari ni diorang hantar banyak email secara rawak... 
Aku sumpah diorang ni jadi papan kekunci budak tadika di Mogadishu !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Aidilfitri adalah Hari Kejayaan kita ! Kejayaan dalam pertarungan melawan nafsu selain dari mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah. Namun , aku bukanlah antara mereka yang berjaya itu. Terlalu jauh aku dari kejayaan. Semoga Allah panjangkan umur aku agar dapat bertemu kembali Ramadhan yang telah aku sia siakan ini.. Hurmm..
Bagi yang telah berjaya , tahniah ! Syukur pada Allah dan aku mencemburui kejayaan anda itu dan moga dapat mengikut jejak korang nanti. Seperti kedua mertua aku dan adik ipar , yang masih berada di Mekah bagi menunaikan umrah sejak hari pertama lagi Ramadhan , bagi aku.. ianya sangatlah WOW ! Sebulan di sana dan kerjayanya cumalah menyembah Allah ! SubhanAllah ! Seronoknya. Moga aku berpeluang juga melakukannya satu hari nanti , bersama sama keluarga tercinta.
Aidilfitri kali ini juga ada 'kekurangan'. Buat pertama kalinya aku beraya tanpa ayah. Masih teringat lagi saat aku kecil dulu.. tiap malam aku menangis berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur ayah sebab aku tak nak hidup tanpanya. Sungguhnya dia seorang yang garang tapi aku tau sangat.. dia sangatlah penyayang ! 
Dan buat pertama kalinya , Aidilfitri aku sambut di KL. Biasanya balik Kelantan dah. Tapi sebab mertua balik KL raya ke 3 nanti , maka raya ke 2 nanti barulah bertolak ke Kelantan. Doakan perjalanan kami agar selamat tiba ke destinasi yer.
Hurm.. dan tahun ni juga , satu kelainan bagi team #KBBA9. Aku sebagai 'ketua' seringkali tercabar dengan masalah masalah serta ujian yang dihadapi. Yelah , bak kata orang.. kita nak berbakti pada insan ni.. bukan semudah ABC.. ujian itulah kemanisannya.. kan kan?  Maka , bersabar je la.. Kuatkan semangat dan teruskan melayari bahtera.. Dan aku tak tau apa nasib #KBBA9 jika aku tiada lagi di dunia ni. Selagi ada , aku berikan yang terbaik buat mereka walaupun aku tau ramai yang menunggu masa je , KBBA9 berkubur ! Huhuhuh.. 
Buat rakan rakan yang setia membaca blog aku ini , aku mohon ampun maaf andai ada penulisan aku menyentap atau menguris perasaan korang. Andai ada entri aku yang bermanfaat , sedekahkanlah doa buat  kesejahteraan buat aku serta keluarga aku.
Akhir kata.. jutaan terima kasih buat semua semuaaa ! Korang tau sapa yang aku maksudkan yer.. Dari PR Agensi , client , blogger hinggalah ke 'tukang LIKE' tanpa henti status aku di FB.. Semoga Allah berkati korang semua ! 
Oh ya.. sebelum aku berenti.. apa kata raya ni , korang join contest Cosmoderm ! 

Ceritalah kepada Cosmoderm pengalamana balik raya korang. Langkahnya , mudah jer..
  1. Langkah pertama yang anda perlu buat ialah *Like* FB/Instagram Cosmoderm
  2. Ambil gambar yang menarik dan ceritakan pengalaman balik raya anda.
  1. Post di FB/Instagram Cosmoderm. 
  1. Jangan lupa #Cosmodermbalikraya
Cerita yang dirasa paling best akan memenangi wang tunai RM300 dan produk Cosmoderm bernilai RM200! 

Semoga Berjaya !
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
40 tahun dah , setiap kali raya.. tonton program raya di kaca tv. Dan sejarah tercipta akhirnya , aku terlibat juga dalam program raya ! Adududu.. dan sekarang tengah promo di kaca TV berulang kali. Huhuhuh..
Tersenyum tengok... Rezeki subuh hari.. Terbuka rangkaian BERNAMA TV , 502.

Hehehe.. Besar tuuuuu.. Alhamdulillah. Terasa la pengorbanan selama 9 tahun bergelar blogger menjadi kenyataan. Pasni ternanti satu lagi sejarah bakal tercipta. Segalanya selepas raya nanti. Mana tau , rezeki muka aku terpampang di billboard lebuhraya lak ? Haaaa.. Ikutkan dah merasa dah tapi takde rezeki masa tu.. terpampang di farmasi farmasi besar je.. Ok la dari takda kan ? Huhuh..
InshaAllah.. moga ada rezeki pasni.. 
Doa doa kan yer..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Fuh.. ramai buat ni ! Hahaha.. aku pun buat gak laa dan kerap kena marah ngan wife ! Nampaknya , pasni tak berani dah nak buat.. hahahahah.. Bukan risau naik ke mahkamah tapi elakkan dari berlaku kemalangan ! Kan kan ? 
Ok... Ni aku dapat maklumat mengenai kesalahan lalulintas yang akan didenda di mahkamah dan samna tanpa budi bicara dari group whatsapp ! Huhuuu... Apakah kesalahan tersebut ? 

Kalau korang nampak dan nak buat aduan terus , sila amik gambar.. rekodkan lokasi dan masa kejadian lalu whatsapp ke +60115115252 ! Heheehhe... aku tauuu.. mesti ramai nak amik gambar mereka yang masuk ke laluan kecemasan dan potong garisan berkembar , kan ? Huhuhuh...

Ok.. buat rakan rakan yang nak balik ke kampung , sila memandu dengan cermat. Ngantuk , sila berenti yer.. Jangan paksa diri ! Biar lambat , asalkan selamat. Semoga selamat pergi dan pulang yer..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Terbaca satu artikal mengenai teknik blogging.. satu penulisan yang kemas dan menarik tapi.. agak tidak sesuai dengan jiwa aku. Heee.. maaf cakap , aku seorang yang gemar 'update' status.. dari zaman Mirc lagi. Aku giler 'update' bukan untuk mendapatkan LIKE atau 'Komen Simpati' tapi lebih pada nak 'beramah mesra' dari jauh bersama kenalan dunia siber. 
Kemudian ada yang syorkan aku buat blog memandangkan aku gemar 'berkarya' di Facebook walaupun tiada la sangat ilmiahnya.. heee.. Namun dapat juga menghiburkan hati rakan rakan yang membacanya. Menarik untuk mengumpat bersama , aku tak berminat tapi ada jugak la terlepas.. Itu tidak bagus untuk kehidupan.. kan kan ? 
Yer.. aku jadi blogger.. meluahkan perasaan melalui blog. Aku bukanlah seorang yang bijak pandai menulis artikal yang mana setiap artikal perlu dibuat melalui kajian yang teliti dan telus.. aku lebih berminat untuk menulis melalui pengalaman 'sebentar tadi'.. dikongsi pada rakan rakan yang gemar membaca 'kisah rakan rakan' ! Haaa..berapa banyak rakan rakan daaa ! 
Cara  menarik trafik yang aku gunakan ialah kekerapan mengupdate blog. Ada yang kata aku giler dan takda strategi.  Mungkin la kot.. tapi bagi aku ianya berhasil sama sekali ! Aku melihat pada kekerapan akhbar online mengupdate berita terkini yang membuatkan website mereka tidak putus putus dikunjungi pengunjung.. 
 Kerja giler ? Tak pun bagi aku.. Apa yang aku lakukan ialah untuk memastikan 'BEN ASHAARI' di dalam kepala mereka. Awal pagi , setiap hari aku nak buat mereka tertanya tanya , apakah 'BEN ASHAARI ' bercerita di blognya.. Dan aku dapati , kisah anak anak menarik minat mereka. Gossip atau berita semasa juga memberi respon yang tinggi tapi aku cuba elakkan.. melainkan jika ianya bermanfaat. 
Jadilah blogger jika korang minat bercerita dan berkongsi pengalaman kehidupan korang. Updatelah selalu sebab ianya mampu memberi manfaat andai perkongsian kita tu ada ertinya. Yang penting , korang tau kenapa korang nak jadi blogger . Kalau sekadar nak dapatkan $$ , aku galakkan korang banyakkan membaca mengenai tips tips blogging.. Tapi jika korang minat menulis , maka berkaryalah. Takda orang baca ? InshaAllah ada punya. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku tertonton episod akhir. Aku tak pernah tonton sekali pon drama ni sebab aku malas nak terikat dengan drama drama bersambung. Nanti apa pon tak leh nak buat.. Hahahaha.. MALAS !  Tapi semalam , aku ke rumah adik ipar aku nun di Sg.Buloh , drama ni memberikan aku kesedaran ? Eh , tak da makna aihh.. drama ni buat aku tersenyum. Apasal aku tengok drama ni macam filem Transformers yang baru je aku tonton kelmarin ? Banyak tul babak 'gaduh' ! Heheehehe.... 
Tiba-tiba satu adegan membuatkan aku mendapat idea untuk mengupdate status di Facebook.



Apakah benar kerana drama ni aku blocked Facebook wife aku ???? Kenapa inikah semua ini terjadi ? Hahahahaha. kan kan ? Kenapa Ben , kenapa ??? Wife kuat cemburu ke ??? Heee.. Jawab Ben, jawab ! Kenapa diblocked ? Persatuan Isteri Isteri SeMalaysia nak tau niii.. 
Aah , memang aku blocked ! Sibuk jee nak tau kenapa ! Huhhh.. Hehehe.. ok ok.. Aku blocked dia lama dah. Aku ni , ramai follower dan 90% adalah perempuan. 50% darinya , anak dara cun !  Statistik ni aku petik sendiri jer.. Hahaaa.. Nak kasi nampak cam aku ni gempak laa skit. Ala korang pun ! Kasi can la aku poyo skit.. Heeee..
Ok, aku bersebab. Bukan kerana dia kuat cemburu atau aku ada bini no 2.3 dan 4. Orang kata , perempuan tu , perempuan gak la.. Wife aku ok jer.. tapi kekadang tu , ada 'bisikan' tertentu membuatkan dia 'dijentik' . Dan aku tak suka sama sekali keadaan itu. Aku bagitau dia.. Ikut hati aku , lama dah aku bersara dari dunia media sosial ni dan ulang alik surau 5 kali sehari ! Itu idaman aku. Haaaa... dan tumpukan pada anak anak. 
Amboi alasan ! Hahahaha.. apakah sebab media sosial , aku takleh ke surau 5 kali sehari dan tak leh tumpu perhatian kepada anak anak ???? Alaaa... tak leh guna eh alasan ni ? Ok ok.. Jujur aku kata , aku saja tak nak perhatian wife aku terganggu. Biar la dia di pejabat dan buat kerja. Untuk pengetahuan korang.. adik adik ipar aku ada je dalam Facebook aku tu. Diorang memantau dari jauh kupohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama , meraikan aidilfitri yang mulia... Resti ayah bonda kuharap selalu.. hingga aku pulang kepadaaamu ! Eh , ternyanyi terus lagu Sudirman.. 
Tapi wife ok namun kes baru baru ni yang terjadi pada wife aku membuatkan aku kembali nak unblocked dia. Kes dia nyaris kena scam dan tak boleh nak hantar mesej whatsapp pada aku... nasib baik email dia leh antar ! Kalau Facebook tak diblocked , dia boleh la anar pesanan dari Messenger pada aku. Hurmmm.. 
Ok.. berbalik pada drama tu.. Entah , aku tak tengok dari mula.. aku no komen ! Tapi heroin dia cun eh bila bertudung.. Tak bertudung , tak cun.. hahahahah.. Ahaa.. aku sarankan la pada suami suami di luar sana, blocked je FB isteri anda dan larang mereka dari ada FB ! Instagram takpe.. 
Hahahahaha.. lariikkk Ben lariiiik ! Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaa ! Hati hati pulang memandu yer. Terima kasih kerana setia membaca blog ini. Nanti jemput datang ke rumah Najib Tun Razak di raya pertama yer.. Heee.. umah aku raya terakhir baru jemput datang.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Aku 'tebalkan' muka malam tadi... Gi tonton movie yang lama dah aku tunggu.. Huhuh.. Tak sabar sangat dah aku.. Harap berbaloi laaa ! Aku gi tonton sorang sorang jer. Saja nak dapatkan feel gituu.. Perancangan awalnya nak ajak Qhaliff dan Zahra tapi tak pe la dulu.. kasi aku gi survey cerita ni.. Sesuai tak ditonton oleh anak anak kecil. Cam Despicable Me 3 tu cam tak sesuai ditonton oleh anak kecil... terutama yang baru tau bercakap dan masuk tadika ! Mereka pantas 'meniru' perbuatan gituu.. Bagi aku laa.. Kalau korang rasa sesuai untuk anak anak korang , terpulang laaa.. Ibu bapa yang mencorakkan anak masing masing kan ? Huhu..
Ok.. tiket dah tempat. Jam 12.10 malam di Alamanda. Tempat duduk.. penuh gituuu.. 
Aku dah pekena Kopi Badang , 2 sachet untuk mengelakkan aku tertidur di dalam panggung. Huhhuhu.. Moga moga pengorbanan Kopi Badang membuahkan hasil seterusnya menulis review mengenainya.. Kan kan ?
Ada ibu bapa bawak anak anak kecil mereka. Hurmm.. minat sangat la ni kot ? Tapi di waktu begini , rasa cam tak sesuai je bawak anak anak tengok wayang gitu.. Terlalu lewat bagi aku. Kesian diorang. Aku harap nanti jalan cerita mudah difahami mereka. Huhuhu.. 
Ok... dah start. Aku mengunyah pop corn.. Air mineral jadi peneman. Perfume awek sebelah menarik minat hidung aku.. Huhuhhu.. Setengah jam pertama , aku terlelap sekali ! Kisah King Arthur menarik minat pada awalnya. Aku memang tonton kisah diorang ni sejak kecil lagi.. Banyak cakap lak kali ni.Aksinya , mudah dijangka la bagi aku.  Sejam berlalu...Entah berapa kali aku terlelap. Hahahaha.. Arghhhh.. Apakah sebab ceria atau aku yang mengantuk ! 
Dan akhirnya , abis jugak cerita ni. Lega giler aku. Dapat gak aku balik. Ikutkan hati , nak keluar awal tapi tahan tunggu sampai abis. 
Kesimpulan.. Kesan khas , animasi.. memang gempak ! Tak dinafikan. Mark Walhberg , lakonan dia cam biasa.. memang best. Tapi jalan cerita dia.. hurmm.. Dan nasihat aku , tak yah la bawak anak kecik .. bawah 7 tahun tak perlu kot ?? Sebab cerita ni dekat 3 jam gak.. Kalau nak bawak gak , bawak la anak patung My Little Pony sekali.. hehehehhe.. 
Tak perlu nak marah aku.. aku memang peminat setia Transformers yer..  Mungkin best bagi korang tapi bagi aku ... hurm.. mungkin kena tonton sekali lagi.. di siang hari ? Kan ? 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Besar dah dia ni... Tiap kali tengok dia, mengundang nak gomol pipi dia. Tapi Aariz tak macam abang dan kakak dia.. Sejak kenal orang ni, tak nak kat orang. Senyum jauh sekali. Muka cam muka bapak dia jer. Masam ! Tapi bila senyum . cair laa awek awek hijabista tengok ! Cam bapak dia gak la..
Berat , 9kg.. tinggi 73cm. Sihat tubuh badan.Alhamdulillah. Kuat gelak. Mudah senyum. Suka mengeledah almari buku. Tapi tak semanis abang dia.. Abang dia , Qhaliff.. senyum sokmo dari kecil.. 
Dia kalu bangun tidur , aku jadi manusia paling sibuk di dunia ! Huuhuh.. Kena dukung je dia. Kalau letak , tau tau sampai dapur dah.. Kalau tandas tu ,memang kena tutup je pintu dia... Bahaya tul dak sorang ni.. 
Tunggu dia pandai cakap dan berlari.. Confirm kaki gaduh ngan abang dia.. Permainan banyak ! Abang dia punya koleksi.. harga serupa daddy leh kawin ngan anak dara lepasan IPT gituu. Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dari dulu lagi , aku memang kalah dengan megi ! Masa sekolah dulu , jika terbau megi dek jiran masak atau ada yang tak puasa di dalam rumah masak megi , aku punya terliur.. perghhh ! Terus rasa macam nak masak 10 bungkus masa tu gak ! Apakah kerana kuahnya yang menyengat itu ??? Huhuh.. Megi goreng atau megi sup , dua dua berhantu bagi aku... 

Tengok gambar megi sup dan megi goreng ayam , cukup dah boleh buat mereka kaki megi , bersedia berbuka dengan megi je ! Kan kan ? 
Tapi apakah megi mampu lawan gambar kuih raya yang legend ??? Aahaaa... Kuih raya legend kuih apa eh ?? Ok..google sat ! Lama aku tak buat kuih raya dengan mak. Dulu masa kecik kecik , rajin buat dengan dia.. berjaga sampai lewat pagi.. Mak masak 10 , 5 masuk perut ! Hahahaha.. Sekarang , segalanya kuih tunjuk jer.. Huhuh.. Feel raya dah kurang kat situ.. 
Fuhhh... layaannn kuih raya nih ! Dalam sedang berpuasa ni , cer kasi tau aku.. mana satu mampu buat korang terliur ? Megi atau Kuih raya ?? 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Kali ni , agak berbeza sedikit pengalaman aku ikut serta bershopping bersama anak anak asnaf dari Bait Al Hasanah. Ok , sebelum aku mulakan penceritaan aku mengenai pengalaman aku bersama mereka yang comel comel ni , aku stori mori sikit pasal asnaf asnaf yang terlibat ni eh ni.. sikit jer..

Mereka ni anak anak asnaf dari Bait Al Hasanah , Kg. Perepat di Klang yang dikelolakan sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor. Seramai 143 orang asnaf terlibat kali ni. Setiap dari mereka , diberi bajet untuk membeli pakaian untuk berhari raya. Mereka juga dibenarkan membeli untuk ahli keluarga juga. Bajet untuk lelaki ialah RM150 dan perempuan ialah RM180 yang mana ianya adalah hasil dari wang zakat.

Di Bait Al Hasanah , mereka mendapat pendidikan serta diberi pelindungan yang cukup sempurna. Mereka ini berusia dari 10 hingga 17 tahun.


Ok... program bertempat di Mydin Subang Jaya. Baru aku tau Mydin di sini sangatlah besar ! Fuh , giler puas kalau bershopping kat sini. Nasib baik la umah aku kat Sepang. Kalau area Cheras gitu , mau kerap aku datang sini.. Hahaha..

Jam 11 pagi , mereka sampai. Tepat mengikut masa. Dan kebetulan ada juga team lain di sini membuat program CSR mereka. Alhamdulillah.. berlumba lumba orang sekarang membuat kebaikan. Harap bukan di bulan Ramadan jer.. bulan bulan lain pun perlu juga diambil berat.. kan kan ?
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.. lelaki dan perempuan.

" Tolong jangan tanggalkan tag yer. " 

 Ok.. penerangan diberi..  kemudian bergambar.. dan jom shopping ! Ahaaaa.. best best ! Aku sendiri pun tak sabar nak turut serta membeli belah ! Huhuh..

" Size aku macam takde je ni ? "

" Sekarang gi amik kasut untuk cikgu lak.. eh , untuk korang.." 

" Jap nak whatsapp boss. Semua berjalan dengan lancar. "

" Satu..dua..tiga. Cukup la stok seminggu raya ! " 

Suka dia !! Kira bajet la tuuu..

" Siapa dah siap , boleh gi bayar. Pastikan tidak lebih dari RM150. " 

" Terima kasih pada mereka yang membayar zakat. Semoga Allah murahkan rezeki pembayar zakat di Selangor " 

Alhamdulillah.. Jam 1 petang , segalanya selesai. Anak anak asnaf Bait Al Hasanah , cukup gembira dengan program hari ni. Pihak Mydin Subang Jaya juga memberikan kerjasama yang cukup cemerlang. Aku sendiri rasa seronok malah kakitangan Mydin amat mesra sekali. Tahniah buat Mydin Subang Jaya dan juga buat Lembaga Zakat Selangor , terima kasih. Memang penat program ni. Camana la mereka mampu lakukan.. Dari sebelum subuh lak tu. Aku cuma join setengah hari.. tu pun dah penat ! Jangan lupa , diorang berpuasa lagi tuuu.. Haaa.. 

Ahaaa.. dah tau kan ke mana perginya duit duit zakat tu ? Bagi yang pikir bukan bukan tu.. sila join la program program Zakat Selangor dan saksikan sendiri la apa yang mereka buat dengan duit duit zakat yang diterima. 

Alhamdulillah... Terbaik ! 
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ▼  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ▼  Jun 2017 (47)
      • Cara 'kejam' tidurkan anak kecil !
      • Bila pinjam atau sedekah pada kawan kawan ?
      • Kenapa Ben Ashaari 'sorok' muka wife dia , eh ? An...
      • Dah jadi 'geng' !
      • Tahniah buat Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan...
      • Apa dah jadi di Central Spine Road, Kelantan sehar...
      • Rezeki bilik tidur berkunci !
      • Dapat jugak bergambar sekeluarga !
      • Bersama Qhaliff menunaikan solat sunat Aidilfitri !
      • Apa ??? Akaun Instagram aku kena 'disable' ??
      • Selamat Menyambut Aidilfitri 2017
      • Satu kepuasan akhirnya !
      • 7 Kesalahan Utama Lalulintas Yang Akan Didenda Di ...
      • Kepuasan melalui update blog , setiap hari !
      • Kerana 'Andainya Takdir', aku blocked Facebook ist...
      • Best tak TRANSFORMERS : THE LAST KNIGHT?
      • Muhammad Aariz Iman .. 9 bulan !
      • Gambar Megi vs Gambar Kuih Raya !
      • Pengalaman membeli-belah bersama pelajar pelajar a...
      • Punca wife boleh terikut kata si 'Inspektor Polis'...
      • Bila isteri aku disabitkan dengan dadah ! Warga Pu...
      • Ini anak-anak aku !
      • Hyra Goat Milk , lain dari yang lain !
      • Peniaga makanan mula terancam !
      • Dia kalau bangun tidur..
      • Bukan calang calang punya kopi.. Ini Kopi Badang !
      • Layan 'SH3LL OUT Kapal Pecah' di Rahsia Selera Tim...
      • Aku manjakan diorangkah ?
      • Daddy akhirnya 'tertewas' !
      • Sentuhan Kasih Ramadan 'Konvoi Amal Meniti Raya' m...
      • Demi Ultraman X , Qhaliff rela berubah !
      • "Jangan sesekali minum Kopi Badang ! Jangan kata a...
      • Bukan Qhaliff saja , kami sekeluarga di larang ke ...
      • Laman web Cosmoderm terkini lebih mesra pengguna d...
      • Letih jugak nak sokong kalau asyik menCUKAI RAKYAT !
      • ' Tamar Jalis ' cuma satu rekaan ? Jadi Siri Berc...
      • Maggie Sambal Garing Bilis Kedondong , sedap !
      • Cantiknya Phoenix Hotel Forest City, Johor.
      • Ben Ashaari kejam ?
      • Cuka Epal + Madu yang berkhasiat bagus diamalkan ...
      • Makan-Makan Forest Feast di Country Garden Forest ...
      • Jom layan durian di Malaysia Durian & Tropical Fr...
      • Manja terlebih !
      • Dua kejadian bikin 'tepuk dahi' di Phoenix Hotel ,...
      • Terima kasih Papa Amyzal !
      • Konsep D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menar...
      • Teringin berbuka puasa dengan masakan kampung seja...
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes