BEN ASHAARI



 

Selain dari bagi belanja bulanan , bila ada rezeki lebih.. belajar belajarlah belanja keluarga terutama mak ayah atau adik beradik yang masih belajar atau kurang kemampuan. Sesekali , bawak mereka berjalan jalan..

Itu yang aku belajar dari pengalaman kehidupan. Bukannya mereka tak mampu nak pergi sendiri tapi bila ada antara kita sudi sponsor pastinya mereka akan lebih teruja. Tak sangka ada yang sudi nak belanja , kan ? Sampai mati akan kenang..

Dan yang penting , anak anak dapat berkumpul dan bergembira.. Tak kisahlah bab lokasi tapi sesekali kalau dapat gi tempat yang ‘di luar kemampuan’ pastinya akan lebih WOW !

image

image

Yer.. empat budak yg pernah aku cerita dalam blog aku. Dari mereka kecil hingga dah ada bersekolah pon.. Mereka yg follow blog aku bertahun lamanya mesti kenal mereka ni.. hahaha ..

Alhammdulillah.. Aku rasa seronok bila dapat sponsor mereka bercuti walaupun sekejap.. Kalau ada rezeki , nak bawak g Sabah lak.. InshaAllah.. Atau Korea ? Woww !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Mengantuk  ! Mata keletihan seharian akibat memandang terik panas mentari dan juga penat melayani kesesakkan lalulintas ! Jammed teruk laluan PLUS kelmarin ! Pergi dan balik tersangkut dalam jammed.. Hurmm..

image

image

Pergi , ok lagi.. Sebab siang.. Balik tu , malam ! Aduhhh… terseksanya ! Mata aku jenis rabun silau ! Kalau ada kereta bagi lampu tinggi dari belakang , bias kat mata aku.. boleh blur jap permandangan dunia ! Bahayaa wooo …

Memandu pulang malam tu memang menyiksakan. Dalam kereta , penuh. Aku tak leh nak baringkan kerusi aku ketika berenti rehat di RnR. Nak tidur pon tak boleh sebab anak anak menangis.. Terpaksa teruskan perjalanan..

Mata mengantuk… tapi terpaksa memandu juga. Ibarat penjenayah letak pistol di  dahi aku !

“ Jalan  cepattt atau aku tembak! “ .

Teruskan hingga sampai rumah. Bila sampai je , terasa indahnya dunia ! Tak nak dah berjalan ke mana mana dah ! Terus cari tilam dan..

Paginya..

“ Kita nak g mana ari ni ?? “.

Hurm.. tak serik serik !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Alang alang dah terbawak masuk kolam.. aku gunakan sepenuhnya ! Nekad ! Rosak kalu.. beli lain ! Huhuhuh.. Buat apa nak sayang sayang kan ? Haaa.. Gile ??? Hehehehe..

image

image

Dan setengah jam selepas tu.. Speaker , kamera depan jadi gini. Tapi speaker dah pulih.. Kamera depan je belum. Aku tunggu kasi seharian dulu.. Apakah akan hilang wap air tu ? Haaa…

Tak rosak pon.. ok jer beroperasi.. Berbanding Z3 aku tu , terus rosak skrin.. Ternyata syok amik gambar dalam kolam.. Hahahaha..

image

Kenangan… Ala , phone leh beli baru.. Kenangan tu mahal.. kan kan ?

image

Nak beli phone apa lak eh.. Yang boleh masuk air ! Yang berani masuk air ! Iphone ? Eleleleleeeee..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Serius… Menyesal sungguh ! Bukan sebab tak best tapi sebab jalan jammed sewaktu pergi dan pulang ! Giler ke apa ??? Masa pergi tu , bertolak lepas subuh.. Sampai depan hotel , jam 4 petang ! Serupa balik Kelantan gituu ! Biasanya 4-6 jam jer pon ! Huhh..

image

Sama gak waktu balik.. Bertolak keluar dari pulau dalam jam 5 petang..Sampai depan rumah , 4.40 pagi !! Arghhhh… Hampir 12 jam gituuu..

Jammed tu satu hal.. Dengan hujannya lagi.. Ok la.. jangan mengeluh bab hujan tu tapi yang ni part aku cukup menyampah ! Korang rasa apa ? Yer.. betul ! Pemandu sampah ! Pentingkan diri sendiri ! Dan lagi cukup menyampah bila ada kereta beria nak potong kita siap bagi lampu tinggi berkali kali ! Emergency la sangat yer ?? Sabar la skit ! Takkan nak terus masuk lane tengah tanpa pandang kiri dan belakang kan ? Huhhh..

Aku ke Pulau Pinang tu sekadar menunaikan janji aku dan Alhamdulillah.. aku dah tunaikan !

image 

image

image

Hurm.. bukan ke Utara je jammed.. dengar cerita , ke Pantai Timur pon teruk jammed.. Minggu depan , tak tau la camana.. Puasa bermula… Ramai nak berpuasa di kampung halaman dahulu.. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Cantik !

image

image

Hurmm..tetiba nampak … sesuatu yang cukup mendukacitakan ! Haihhh… Kenapa la mereka tak prihatin sama sekali ? Atau perlukah aku bersikap positif..

“ Mungkin terjatuh dari poket seluar atau baju dia.. kot? “

Kann..

Tapi.. Hurmm…

image

Mesti ada tertanya.. Apakah aku mengutipnya lalu buang ke dalam tong sampah ?

Hurmm… kan ?

Perlu ke aku mengutipnya dan membuang ke dalam tong sampah ? Jika aku membiarkannya , mesti ada kata.. Ah , blogger cuma pandai cari isu jer !

Sekurangnya , aku prihatin kan ? Dan meminta kita semua turut sama bersimpati pada bumi ini.. Nak tunggu segala keindahan diambil semula ??

Oh , aku kutip ke ? Persoalan tu tak penting.. Yang penting , jangan buang sampah merata rata ! Sukarelawan tak selalu ada di situ ! Sikap yang perlu kita sama sama ubah.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku ada sehari tinggal puasa tahun lepas sebab musafir ke Kelantan di penghujung Ramadan lepas. . Disebabkan bisikan setan , aku melengahkan hutang puasa  hingga hampir Ramadan tahun ni. Kononnya nak train sebelum masuknya Ramadan walhal boleh je puasa sunat setiap minggu !

Aku pun bagitau la niat aku tu kat wife. Dan jam 5 pagi tadi , wife kejutkan aku untuk bersahur. Wahhh.. fefeeling Ramadan sudah ! Makan nasi putih dengan telur kicap. Permintaan aku.. Hehehehe..

Selepas bersahur , aku siapkan entri tertunggak aku. Aku buat entri Transformers.. Bila aku baca , tergerak hati lak nak bawak Qhaliff ke sini. Minggu depan mesti ramai orang ni !!

“ Best ni kalau bawak Qhaliff ! Mesti dia teruja tengok BumbleBee nanti ! “ . Bisik hati kecik aku.

Seperti yang dirancang.. jam 9 lebih , aku bertolak ke One Utama bersama Qhaliff dan sepupunya. Kat sana , dengan aku aku sekali rambang mata ! Semua aku nak amik bawak balik ! Hahahaha.. Best pulak tengok robot robot kat situ..

image

image

Dan aku membelanjakan hampir RM400 dalam masa setengah jam. Main amik jer ! Beli bantal dan baju.. Dapat la satu robot. Puashati la diorang.. Aku gak tak beli apa apa ! Huhuhuh….

Pastu bergambar lak ! Aku penat dah… Adehh.. Nak kejar solat Jumaat lagi.. Settle semua  termasuk bergambar.. Qhaliff bagitau dia lapar ! Nak nasi dan Milo Ais.. Huhuuh.. Jom makannn !

Order KFC.. Set dinner . 3 ketul ayam , ais krim dan apa tah… yang ada chesse tu haa.. Letak atas meja.. Semua g basuh tangan.. Memula aku suruh Qhaliff makan.. Dia amik french fries jer.. Aku pon makan skali laa.. Sedap ! Tengah lapar dan penat la katakan..

Tiba tiba aku teringat..

“ Alamakkk… aku kan puasa !! “ .

Masa sedar tu , ayam dah nak masuk ketulan ke dua serta air milo secawan dah abis !

Acaner tuuuu … Gelak besar je la aku ! Dan masa makin suntuk ! Menyesal melewatkan ganti puasa tuuu.. Haishh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Semalam di Hotel Royale Bintang , Projek Wakaf Telekung Siti Aishah telah dilancarkan. Majlis disempurnakan oleh YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya
imageimage
Telekung yang dihasilkan oleh dalam satu program yang digelar Azam Kerja kumpulan wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan yang mana dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Bagi mengembangkan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap lebih baik agar pendapatan ekonomi keluarga meningkat, mereka kini dilatih untuk bersedia menerima tempahan lebih banyak pada masa akan datang. Sekali gus projek ini mengurangkan sikap bergantung kepada bantuan kerajaan.
Kemudian  mengambil inisiatif melahirkan idea untuk mengadakan projek Wakaf Telekung ini dan menamakannya dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya.
Program yang dibuat oleh D’or Rue ini mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, korposat dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek ini.
Mereka percaya ramai di kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Kami menyediakan jalan kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya. “Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah ini akan dihantar ke rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, rumah orang tua-tua, masjid, surau, hentian rehat dan rawat (R&R), stesyen minyak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasi untuk menempatkan telekung-telekung yang telah disumbangkan itu juga bergantung kepada permintaan orang yang telah memberikan wakaf dalam bentuk wang.
Harrga wakaf telekung tersebut pada kadar RM35.00 sehelai untuk dewasa dan RM30.00 sehelai bagi kanak-kanak. Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 03- 61841662/667 (waktu pejabat) atau 019-6821965 (Mohd Zaharuddin), 013-3358570 (Wan Farah) 013-2250751 (Norlida) dan 013-3061175 (Rozita).
Sesiapa yang berminat juga boleh datang sendiri ke alamat, D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
Maklumat lanjut, hubungi Huda Hana Media Communications di talian Rahana MD (012 2813848) atau Nurhuda Khalid (012 3031005 ).
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Cuti sekolah minggu depan , kan ? Tak tau nak bercuti ke mana atau korang adalah peminat Transformers , cam aku ni ? Heheheeh.. Apa kata kita serbu ke One Utama sebab bermula 25hb Mei hingga 5hb Jun 2016 , TRANSFOMERS akan berada di sana dan pelbagai aktiviti akan diadakan !

HA95371_TF_AtriumEvent_1205

Selain dari dapat tengok live di depan mata ( confirm bapak budak budak yang lebih teruja berbanding anak ! ) , korang berpeluang membeli barangan ekslusif dan terhad dan anak anak boleh sertai aktiviti yang disediakan di sana nanti.

image

Dengan pembelian minimun RM120 ( dalam dua resit ) , anak korang yang berusia 8-12 tahun boleh join pertandingan Fastest Fingers Challenge yang mana jika berjaya , anak korang akan dapat Generations Combiner Leader yang bernilai RM249.90.

Jika anda ahli One Card dan sampai ke sana awal , anak korang boleh join aktiviti tanpa sebarang pembelian ! Haaa.. ruginyaa sapa tak jadi ahli.. aku la tuu ! Huhhh..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke Hasbro Transformers’ Facebook page.

Aku tergugat.. Hari ni gak nak gi ngan Qhaliff !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Fuh.. layan iklan kat radio. Beli rumah kat Seremban 2 , pastu ulang alik KL.hari hari ! Adehhh ! Seremban 2 tu kot ! Bukan dekat wooo ! Aku yang tinggal kat Sepang dan ulang alik ke Cheras setiap hari pon terasa biratnya ! Ni kan pulak Seremban ??? Naik komuter ? Hehehe.. Kalau komuter tu cam kat Jepun atau Korea , ok la gakkk ! Dah la penuh dengan pelancong asing dalam komuter tu ! Fuhhh..

Aku.. duduk Sepang.. Setiap bulan servis kereta ! Sekali servis , mesti lebih RM500 ! Termasuk GST ! Hurmmm… Sampai sekarang aku tak nampak ke mana GST tu pergi !

Kalau tak silap aku , hujung bulan ari tu aku baru servis kereta.. Jap check..

image

Hurmm…

image

Yupp… Baru nak masuk 4 tahun kereta aku ni. Dah lebih 150 ribu km ! Jatuh dah value dia.. huhuuhu.. Dan rasanya , balik dari Penang ni , aku kena servis lagi kereta !

image

Arghhh ! Penat.. tapi bila memikirkan keselamatan keluarga.. servis je la.. Enjin kena jaga.. Hari hari guna wooo !

Tu la.. aku terfikir.. Camana la orang yang tinggal kat Seremban atau lebih jauh dari aku tu , kerja di KL dan travel hari hari ! Memang respek laa.. Kalau aku.. kalau aku.. Huhuhu.. Kalau bujang , leh la gagah naik pengangkutan awam.. Ni dah kawin ! Haaa..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
                                                                           
Ramadan hampir menjelma. Pasti ramai tercari cari di mana restoran menarik untuk berbuka puasa bersama sama rakan-rakan mahupun keluarga yang tercinta , santai !
Malam tadi , aku berpeluang ke D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Shah Alam bersama-sama rakan blogger #KBBA9 . Waze jer ! Mesti jumpa punya.. Tak susah nak ke sini pon !
Parking , mudah dan percuma.. Hehehe..
image
Ini kali ke tiga aku ke sini. Kali pertama di Maeps dan kemudian mereka berpindah ke Shah Alam. 
Apa yang menariknya ? Yang pertama ialah harganya. Harganya yang bagi aku , mampu bayar tapi puas makan ! Puas makan di sini bererti , ada pelbagai jenis pilihan makanan steamboat dan juga panggang termasuk juga masakan goreng seperti keow teow goreng , mee goreng dan juga bihun goreng ! Semua ada wooo !
image
Disebabkan ada pelbagai pilihanlah aku sanggup ke sini dari Sepang ! Satu lagi sebab steamboat dia yang menepati tekak aku.. Tekak aku yer ! Tekak orang lain aku tak tau la.. Hehehehe.. Tapi berdasarkan kajian aku melalui perut memasing di sana , mereka enjoy sungguh makan malam tu !
Tak caya ?? Tengok gambar di bawah ni sekejap.. Kan ? Haaa ! Penuh meja dengan pilihan yang menepati tekak mereka.. Senyum riang gituuuuu.. Hehehhe..
image
image
Apa juadah yang bakal disajikan nanti ? Harga lak berapa ? Haaa.. Rileks rileks.. Meh aku story skit..  Harganya cuma RM49.90+ untuk orang dewasa manakala kanak-kanak cuma RM24.00+  ( 5 hingga 11 tahun ) . Ok la kan ?
Juadah ? Selain dari menu steamboat grill yang sedia ada , D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menyajikan makanan berkonsep 3 dalam 1 iaitu Grill + Steamboat+ BBQ secara buffet. Antara yang istimewa ialah Kambing Panggang , Nasi Briyani Gam , Ayam Kampng Goreng Berempah , Gulai Kawah Daging Cincang , Gulai Kawah  Ayam , Sup Tulang dan Ikan Patin Masak Tempoyak.
image 
image
image
Manakala menu skewer dan BBQ Istimewa ialah Ayam Skewer Berempah , Ayam Skewer  Kunyit , Ayam Skewer  Cilantro , Daging Skewer Berempah, Ikan Dory  Skewer Berempah , Sotong Skewer Berempah , Udang Skewer Hitam Cilantro Pepper , Kambing Skewer  Hitam Manis , Otak Otak dan Pari Assam Nyonya.
Steamboat.. korang boleh pilih sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk nikmati bersam sama aneka makanan laut yang segar segar. Antara makanan laut yang disediakan ialah udang , ketam , kepah , kupang , isi ikan , bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola , sayuran , aneka mee  dan pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas , Sos Cili Thai , Sos Bawang Putih , Sos Lada Hitam , Sos Yong Tau Foo dan banyak lagi !
image
image
image
image
image
Pencuci mulut lak.. ada Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce , aneka kek , krim puff mini , ‘ round cake cut ‘ , aneka kek , krim puff mini , round cake cut , brownies coklat , agar-agar  dan juga aneka buah buahan. Aiskrim , AbC serta minuman panas dan sejuk pun adaaa !
image
image
Amacam ? Best ? Kalau terliur , sila booking cepat sebelum penuh ! Biasanya cepat penuh wooo ! Full house gituu.. Kena booking awal awal ..
Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke :-
Facebook : Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram : @dkayangansteamboat
Alamat : No 1 , Apartment Servis Sri Acapella , Jalan Lompat Tinggi 13/33 , Seksyen 13 , Shah Alam.
No Telefon : 012 2971091 / 017 507 6274 / 03 55234979
Diulangi , sila booking cepat cepat ! Dan selamat menjamu selera .. Ops , dan selamat berpuasa !
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Maka betullah kata orang dulu dulu.. Anak perempuan , rapat dengan ayahnya ! Anak lelaki bukan tak rapat tapi dia cemburu. Sebab tu si mak lebihkan anak laki lak..

Sememangnya aku terasa akan cabaran membesarkan anak perempuan ni. Walaupun baru berusia 2 tahun , dah rasa cabarannya ! Huhuhhu..

image

Asal sampai shopping mall , dia dulu sua tangan. Meminta didukung  Taknak ibu dia dukung.. Daddy dukung best ! Hahaha… Anak lelaki , bawak diri sendiri… masuk kedai mainan.. tu rempat mainan mahal mahal ! Aku layankan jer..

Tapi aku tertanya.. apakah perasaan si isteri bila si suami lebihkan anak anak dia.. Si wife , dah kurang rasa kasih sayangkah ?? Tu belum part tak dapat tidur samma  tuuu.. maklumlah , pakat berebut tidur atas katil.. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ah , sudahhh.. Dah nak abis dah perfume aku ! Nak beli , beratus kott ! Dah la nak masuk Ramadan pastu Syawal. Aku nak berjimat cermat dah ni ! Kalau nak beli perfume , makan ratus gak ni ! Hurmm.. Yang murah , bau dia tak sedap !

Yer.. tu sangkaan aku la ! Aku dah terbiasa beli yang tak sedap bauanya. Aku berangapan , sebab harga murah walhal… bak kata seorang kawan , ada je yang sedap bauannya ! Cuma aku je tak tau !

Nak dijujurkan cerita.. baru baru ni, aku ditegur oleh seorang rakan di Instagram. Dia meminta aku review satu produk dan aku suruh dia whatsapp aku. Senang nak bercerita..

Dan… dia pon pos la kat aku produk tu.. Dia dah bagitau mengenai produk tu. Aku pun dah sedia maklum akan ‘kehangatan’ produk ni di media sosial tapi belum berjaya membuka pintu hati aku untuk membelinya..

Esoknya , sampai laaa itu perfume ! Wahh ! Teruja jap aku dibuatnya. Tak sabar nak bau perfume yang aku dapat tu. Apakah baunya seperti yang ‘dikecohkan’ ???

Aku dapat dalam kotak. Menurut agen yang menjual perfume tersebut , mereka yang membeli menerusinya , pakej lelaki perempuan akan dapat macam tu !

Aku bukak dan..

De’ XANDRA INSPIRED PERFUMES

image imageimage

image

image

image

Aku pun test sembur kat pergelangan tangan.. Hurmm. Wangi ke ? Yer , memang wangi ! Tahan lama ? Aku test sembur kat baju aku dan gi ke gym.. Workout selama 2 jam pastu g makan laksa  sarang 2 jam lagi.. Dan baunya masih ada !

Ini bermakna , aku tak perlu lagi la nak beli perfume mahal mahal kat shopping mall tu sebab De’ Xandra ni. Dikatakan mampu tahan 8 jam lamanya jika guna De’Xandra Inspired Perfumes ni.

Ada berapa bauan ??? Ada lebih 40 jenis bauan mengikut bauan perfume yang tekenal di dunia ! Klik gambar dan besarkan yer ! Hehehe.. Download atau save je gambar ni !

image

image

DE'XANDRA INSPIRED PERFUMES WANGIAN EDP YANG TAHAN LAMA MELEBIHI 8 JAM! WANGIANNYA SETANDING PERFUMES ORIGINAL.

Menurut Macik Enn ( agen De’ Xandra ),

“ De'Xandra diinspirasikan dari jenama wangian antarabangsa dan ianya membantu anda mendapatkan wangian jenama yang terkenal & terlaris di pasaran dengan harga mampu milik!

"Wangian Terbaik No 1 Malaysia"

KEISTIMEWAAN DE'XANDRA INSPIRED PERFUMES

  1. Tahan lebih lama dengan harga rendah - Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah ketahanannya. De'Xandra tahan lama melebihi 8 jam dengan harga yang rendah.
  2. Boleh dibawa solat - Walaupun sudah berkali-kali ustaz, ustazah dan pihak Jakim mengesahkan alko-hol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol De'Xandra terbaik dari ekstrak tumbuhan. Alko-hol De'Xandra ialah dari ekstrak tebu dan ianya boleh dibawa solat.
  3. Boleh bawa travel - Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh dibawa hand luggage dalam penerbangan, ringan serta mudah dibawa. Dengan kandungan 35ml, De'Xandra membantu ramai orang untuk membawa De'Xandra terbang bersama.

CIRI-CIRI LAIN YANG ADA PADA DE'XANDRA

1) 35ml, EDP perfumes

2) Mudah dibawa travel

3) Produk bumiputera

4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam

5) Setanding produk antarabangsa

6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling dicari penggemar perfumes

7) Menepati citarasa & permintaan rakyat Malaysia

Bagi anda yang ingin lihat keberkesanan De'Xandra, anda boleh rujuk link laman web De’Xandra di bawah. Memang banyak sangat testimoni De'Xandra!

Web : www.dexandrareview.com

atau ke :

Instagram : www.instagram.com/aiennadia.galleries

FB pages : ww.facebook.com/rahsiaharummewangi (MinyakWangi4u)

OnlineShop : www.aiennadiagalleries.shoppy.my

WhatsApp : +6018 240 8564 “

 

Harga ? Heheehe.. Murahhhh sungguh la bagi aku ! Biasa beli perfume mesti lebih dari RM100 ! Tapi yang ini , di bawah harga bajet aku sama sekali !

Harga De’Xandra :

1  Botol – RM65

2 Botol – RM120

* Harga tak termasuk pos yer !

Kan ? Haaaa..  Apa lagi ? Beli untuk diri sendiri atau hadiahkan pada kengkawan yang anda sayang mahupun teristimewa.. Kot la terlupa hadiah harijadi.. belikan je perfume De’Xandra ni.. abis cerita ! Mesti suka punyaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Hari ni wife memandu g kerja. Biasanya aku hantar.. tapi untuk hari ni , aku sangat sangat tak larat dah nak memandu ke sana sini. Apatah lagi malam ni , aku ada kerja lak ! Kalau aku memandu dari awal pagi , pastinya malam karang akan bermasalah buat aku ! Mengantuk !!

Wife pon tak larat nak bersiap awal pagi ! Dia kata biar je dia memandu. Tak jauh mana pon Putrajaya dari rumah aku tu.. Kalau jalan clear , dalam 15 minit je dah sampai.

Bila si isteri memandu , dia yang mengandung dah nak masuk 6 bulan pastinya sukar nak memakai seat belt ! Agak rimas katanya. Tapi aku tertanya , apakah selamat baby yang sedang dikandungnya ? Setiap kali mengandung , aku akan tertanya gitu.. Aku rasa , ramai je lelaki tertanya tanya.. kan ?

Menurut BabyCenter , memakai seat beat tidak akan mencederakan bayi dalam kandungan  tetapi perlulah memakai dengan cara yang selamat. Bukan pakai ketat ketat tuuuuu.. Haa !

image

Gambar Hiasan dari BabyCenter.Com

Perhatikan cara pemakaian dia. Jangan pakai lilit perut tu. Kalau berlaku kemalangan , hurmm.. bahaya wooo !  Banyak la gak tips dia kasi tu.. Boleh rujuk kat BabyCenter. Sila utamakan keselamatan yer.. Jangan malas malas !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm.. kerap terjadi !  Malah aku pernah menjadi mangsa si abang ! Tapi kali ini.. siapa mangsa sebenarnya ???

image

Hurmmm…. 5 minit kemudian..

image

Qhaliff berjaya menguasai kedudukan ! Ini bermakna sebenarnya Qhaliff yang masuk ke wilayah Zahra atau Zahra yang masuk tetapi terpaksa berundur demi perpaduan tilam dan katil !

Huhhhh  ! Yang pastinya , daddy kena tidur kat tilam lain selepas peperangan meletus.. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (14)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ▼  Mei 2016 (58)
      • Sedekah pada keluarga..
      • Ibarat pistol di dahi !
      • Ku bawa Sony Xperia Z5 ke dalam kolam !
      • Menyesal ke Pulau Pinang !
      • Cantik tapi mendukacitakan bila ada insan…
      • Ni semua salah Transformers !
      • Jom sertai Projek Wakaf Telekung Siti Aishah 2016
      • Jangan lepaskan TRANSFORMERS di One Utama !
      • Duduk di Seremban 2 , kerja di KL !
      • D’Kayangan Buffet Ramadan untuk kaki steamboat !
      • Si Manja Daddy..
      • De’Xandra : Hadiahkan pada mereka yang teristimewa !
      • Bila si isteri mengandung memandu kereta !
      • Siapakah yang menganas sebenarnya ?
      • Sedap ke Laksa Sarang D’Laila ?
      • Bila ada anak..
      • Jangan mudah terpedaya !
      • Melampau ! Aku asyik terkena !
      • Jangan pinggirkan anak ke dua !
      • Nak bawak siapa ? Qhaliff atau Zahra ?
      • Apasal nak kena bayar blogger ??
      • Perlu ke nak viral perbualan whatsapp ?
      • Tak ingat kenangan manis bersama atok nenek !
      • Kalau sayangkan suami anda !
      • Apa kata kalau diorang lak kena prank ?
      • Apa yang patut aku lakukan bila..
      • Kenapa patut pergi Hotel Seri Pacific minggu ini ?
      • X-Men : Apocalypse boring tanpa Wolverine ?
      • Kenapa Hard Rock Cafe Hotel , Penang ???
      • RHB Bank anjur FinTechathon bersama Startupbootcamp !
      • Wajarkah manjakan anak perempuan ?
      • Masa untuk berhenti bergelar blogger !
      • Kenapa Butik SuriScha patut jadi pilihan wife aku ?
      • Bila hujung minggu..
      • Beli ZTE BLADE V7 LITE dengan potongan 50% !
      • ZTE BLADE v7 LITE , bagi mereka tercari telefon pi...
      • Buffet Ramadan “ Sajian Nostalgia “ di Seri Pacifi...
      • Demam lepas cucuk 2 tahun !
      • Pastikan bawa bersama , ke mana mana !
      • Jantina adik Zahra , dah diketahui !
      • Bila daddy dah meninggal dunia nanti !
      • Aku batalkan hasrat ke gym hanya kerana SNEK PARU !
      • Bila wife menulis : Set Bersalin Pilihan???
      • Menyimpan dari sekarang dengan SSPN-i Plus !
      • Bila Zahra sambut hari jadi..
      • Cendawan Susu Harimau bagus untuk kesihatan !
      • Biar orang lupakan kita tapi kita jangan !
      • Selamat Hari Lahir , Zahra Nur Iman !
      • Bila Zahra mula berkarya !
      • ETHNIQ COUTURE , suatu kelainan !
      • Best Online Shoppe : Bila wife beli barang di luar...
      • Kembali sibuk..
      • Berbuka puasa di Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan.
      • Berlatih senyum di Hotel Perdana Kota Bharu
      • Ke mana wang zakat aku ????
      • Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan
      • Aku berjaya kurus !
      • Blogger ni , suka cerita artis mati je ke ?
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi - Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi Korang tengok atok yang... The post Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY...
    Sehari yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    2 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes