BEN ASHAARI



 

Alhamdulillah.. dah cecah 40 tahun pon usia aku. Panjang umur. Moga panjang umur hingga dapat tengok cucu cicit.. dalam keadaan soleh , sihat dan kaya raya.. Eheee.. Aminnn..

Hurm.. Bila cecah usia 40 ni , apa yang paling ditakuti ialah.. UBAN ! Er, serta penyakit penyakit yang mula mendekati kita seperti darah tinggi , diabetis , jantung dan sebagainya. 3  tu adalah penyakit utama di negara kita selain kanser yang mula menjadi penyakit utama dan menyerang tak kira usia.

image

image

Ada satu lagi penyakit yang cukup menakutkan ! Penyakit tak sedar diri ! Bila dah usia gini , dia punya perangai serupa macam usia 20 tahun. Dah la gitu..jauh sekali dengan Allah ! Astaghfirullah Al Azim.. itu memang menakutkan dan moga aku bukan dari golongan begitu.

Apa yang aku nak lakukan di usia ini ? Ada satu perkara yang aku impikan sangat sangat sangat dari kecil lagi dan belum tercapai. Jika tercapai maka sempurnalah hidup aku dan aku amat teringin memilikinya ! InshaAllah , aku akan berusaha mendapatkannya sebelum ajal tiba.

Buat rakan-rakan di media sosial terutamanya Mat Gebu yang aku terlalu banyak hutang budi , serta rakan rakan Facebook , Twitter dan Instagram, pembaca blog aku yg setia dari dulu hingga kini dan sahabat sahabat #KBBA9 , jutaan terima kasih atas ingatan serta doa kalian dan sokongan tak berbelah bagi dari dulu hingga sekarang.. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik korang tu..

Hurm.. pejam celik pejam celik , dah 40. Aku di ‘sini’ dari usia 32. Sekejap je masa berlalu bersama 3 orang anak kesayangan…dan cubaan untuk ke 4 , inshaAllah.. Hahahaha.. Doakan aku murah rezeki.. heee…

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Di KL , gym biasanya aku pergi dalam harga RM6. Gym rakyat aku tak pasti lak harganya tapi dalam RM5 ? Ke dah naik gak harganya.. Hurmm.. Cuma gym rakyat kat KL ni , biasanya akan dipenuhi dengan badang badang sasa gitu haa.. Yang ikan bilis cam aku ni , mampu main besi besi ciput je la.. Tunggu diorang abis  atau kena datang sebelum gym bukak.. Hahahaha.. Dapat la merasa amik bau gitu..

Dan dalam masa 2 bulan kebelakangan ni , aku selalu gi dua gym di area Sepang dan Nilai. Satu Razrah Studio yang dekat ngan rumah aku .. dan satu lagi Dream Gym. Razrah Studio . harga standard la , RM6. Barang tak beberapa banyak tapi berpeluh la kalau main.. Dream Gym , bayar walk in , RM13. Sekali masuk ! Tapi barang n mesin memang puashati laa.. Bersih dan terjaga ! Takda isu bagi aku.

image

Di Kok Lanas , ada satu gym. Ada banyak gym dengarnya kat sini tapi adik ipar aku bawak aku ke satu gym ni dan aku puashati sangat laaa gym kat sini..

Hard Gym.. sekali masuk RM5. Dapat air mineral botol kecik satu !Heee.. Bermakna masuk RM4 je sebenarnya.. Murah ? Hahahaha.. Kalau kat KL , aku confirm akan penuh punya sampai kena beratur nak masuk bersenam !

Best part.. Mesin n barang semua baru baru ! Memang gempak laa.. Kalau nak buat badan , confirm jadi cepat punya.. Tapi kena ada coach la.. heee.. Main belasah je , memang tak jadi la.

image

image

image

image

image

Ada satu bahagian aku tak amik gambar.. Situ semua free weight. Bagusnya , budak dan orang dewasa leh join sama berworkout ! Tarak hal punya.. Setakat aku gi malam tadi , abang dinosour takda la.. Semua size size cam aku. Ok la maknanya ! Puas la nak main.. Takda segan silu.. Hahahha..

Bagi aku la.. bila ada gym kat satu satu taman perumahan tu , ianya satu perkembangan sihat. Remaja dan orang dewasa leh lepak kat sana sambil bersenam. Takda la membuat masa lepak tak tentu arah je kan ?

Maka.. mintak kerajaan hapuskan cukai untuk barangan gym agar rakyat dapat kurangkan stress dengan cara bersenam.. stress sebab tarah hidup makin naik dan kehidupan makin mencabar di tanah air sendiri.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Zahra suka makan gula-gula. Qhaliff pulak suka minum air kotak. Maniss ! Apa yang berlaku andai kita tak ambil berat terhadap mereka terutama pada bahagian gigi ? Huhuh.. Rosak la jawabnya kan ? Wife amat pentingkan penjagaan gigi. Al maklumlah , gigi dia cantik ! Tak aku nafikan dia sangat jaga gigi dia. Dia tak minat makan semua tu.

Hurm.. Zahra pantang nampak gula gula ! Leh jadi hantu jap diaa kalau dibiarkan.. Huhuh..

image

Hurmm.. Nasib baik dua dua suka gosok gigi ! Setiap kali mandi , mereka akan mintak sendiri berus gigi dan mengosoknya sendiri. Cuma yang jadi masalah aku ialah.. ubat gigi ! ARghhhh… Wife dah tunjuk apa yang berlaku pada gigi Qhaliff. Dia gosok gigi tapi tak kumur dengan betul !

Dan macam macam ubat gigi digunakan tetapi tak memuaskan hati. Dan kali ni nak cuba SensiTeeth Kids lak ! Dengar cerita bagus sebab dicipta khas untuk kanak-kanak !

image

Kelebihan SensiTeeth Kids ada banyak. Antaranya ialah meminimakan reaksi alergik pada mereka yang ada alergik. Sesuai dengan kanak kanak yang ada celiac disease ( gluten free ) dan juga mereka yang nak guna cara Homeopathic. Dan untuk Qhaliff dan Zahra yang suka makanan yang banyak gula kena guna ubat gigi yang berfomulakan florida !

Ada 4 jenis SensiTeeth Kids ni.

  1. SensiTeeth First Tooth Paste 40ml – untuk 6 bulan ++
    • Yang ni untuk awalan bayi. Adalah penting ketika di usia ini untuk menjaga enamel bagi mengelakkan kerosakkan berlaku. Jangan risau , selamat walaupun tertelan ubat gigi ketika menggunakannya.
  2. SensiTeeth Kids 500ppm Tooth Paste 50ml – untuk 3 tahun ++
    • mengandungi Flouride 500ppm dan calcium yang mana bagus untuk mencegah dari kerosakan gigi berlaku serta pertumbuhan gigi yang lebih sihat.
  3. Sensiteeth Kids 1000ppm Tooth Paste 50ml – untuk 6 tahun ++
    • mengandungi Flouride 1000ppm dan  calcium bagi mencegah dari berlakunya karies gigi.
  4. Sensiteeth Epismalto 1450ppm Tooth Paste 50ml – untuk 6 tahun ++
    • mengandungi Flouride 1450ppm dan calcium. Jumlah yang diperlukan mengikut kesesuaian umur bagi kanak kanak yang mempunyai masalah kaviti atau karies serta memperkuatkan lagi gigi susu mereka.
  5. SensiTeeth Kids Mouthwash – 3 tahun ++

    • mengandungi 1000ppm Florida dan calcium. Bebas dari alkohol , gula serta saccharin. Selepas membersihkan gigi , kumur dengan dos mengikut umur. 3+ tahun setengah cap dan 6+ tahun satu cap.

Ok , SensiTeeth Kids 500ppm Tooth Paste 50ml ni untuk Qhaliff. Aku yakin sangat dia akan suka sebab ada perisa rasberry ! Takda masalah kalau ada perisa ni pada budak budak. Ditambah lagi dengan warna yang menarik pasti akan membuatkan kanak  kanak teruja nak gunakannya.

Kandungan 500ppm flouride yang sesuai untuk kanak-kanak  adalah bagus memandangkan mereka dah pandai makan makanan bergula. Flouride bagus bagi menghalang dari berlakunya karies gigi yang mana sering berlaku pada kanak kanak jika tidak membersihkan gigi dengan betul manakala kalsium yang terkandung seterusnya membantu tumbesaran gigi dengan lebih sihat.

image

image

Zahra… Sejak aku bagi dia punya ubat gigi , setiap kali mandi.. tanpa disuruh , dia akan capai sendiri berus gigi dan ubat gigi dia ! Terus gosok ! Kalau dia cari tak jumpa , dia akan paksa aku cari . Suka sungguh dia ! Sebelum ni kan dia berkongsi je ngan abang dia. Skang , ada masing masing punya !

image

Berbeza dengan abang dia punya , jumlah dos yang terkandung di dalam ubat gigi Zahra , SensiTeeth First Tooth Paste 40ml  , bebas dari flouride dan kalsium tetapi mempunyai 8% Xylitol dan stevia.  Xylitol adalah membentuk perlindungan dari serangan bakteria. Perlu diketahui enamel gigi kanak kanak di usia ini , mudah diserang karies gigi . Sebab tu di usia 6+ bulan , anak kecil dah patut diajar membersihkan gigi.

Jangan risau jika tertelan ubat gigi ni.. Ianya selamat sama sekali ! Heee..

image

image

image

Camana ? Kesemua ubat gigi dari SensiTeeth ni adalah bebas dari parabens , pewarna ,gluten dan SLES ! Maka tak perlu risau la yer. Berikan tanpa was was. Gigi yang cantik dan sihat membentuk senyuman yang menawan.. kan kan ?

Ahaaa .. ni nak mintak korang tolong isi borang survey ni.. di SINI . Klik dan isi jer. Boleh ? Korang akan dapat free sample produk SensiTeeth ni ! Hee.. rugi la kan  kalau tak isi ?

Dan jangan lupa untuk lawati fanpage SensiTeeth untuk info lebih lanjut serta apa jua yang korang nak tau lagi mengeni SensiTeeth ni . Terima kasih dan berikan yang terbaik untuk anak anak kita !

Kalau nak beli produk SensiTeeth Kids  , sila ke Guardian atau farmasi farmasi terpilih. Ada di jual di sana yer. Dapatkan segera sebelum gigi anak anda rosak. Heee.. sian diorang . Malu nanti nak bermain dengan rakan mereka.. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Alhamdulillah.. nampak dah keberhasilannya selama 2 bulan aku bekerja keras ! Huhuhuh.. Hilang lemak lemak di perut ditambah lagi dengan bantuan dari Alaain Clinic and Spa yang membantu memecah lemak lemak degil di bahagian pinggang yang mana selama 30 tahun dia bermaharajalela di situ !

Maka tertubuhlah Acc Instagram terbaru aku… Hehehe.. Santai Ben Ashaari. Jangan lupa follow ! Yang ni aku plan nak main hitam putih kehidupan jer.. Heee.. Takda warna.

image

Terus terang aku katakan , bukan ‘murah’ untuk dapat gini. Banyak duit digunakan ! Tapi tak la sampai tahap Nabil abis 10k gitu haaaa.. Aku rasa tak sampai pon 1k. Tu pun untuk beli suppliment dan yuran gym selama 2 bulan.. ok la kan ?

Gym kat rumah apa jadi ? Wife aku lak gunakan untuk bersenam.. Dia benar benar manfaatkan setiap inci besi yang ada di situ ! Huhhh !

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Aku memang tertunggu tunggu bila agaknya Ameng dapat nyanyikan salah satu dari lagu lagu berhantu dia. Sememangnya aku rindukan dia nyanyi secara langsung. Aku percaya , bukan aku jer gitu.. ramai lagi peminat peminat yang mengenali akan kumpulan SPRING pasti ternanti juga.. kan kan ?

Aku percaya dia akan masuk ke peringkat akhir berdasarkan prestasi dia selepas dia melakukan kesilapan yang mana aku percaya , dia berada dalam Gegar Vaganza ni sekadar untuk suka suka pada awalnya tetapi selepas peminat serta Tok Ram sendiri memberikan keyakinan penuh, dia berubah dan memberikan sepenuh komitmet dan ternyata dia memberikan yang terbaik di dua peringkat sebelum ni termasuk malam tadi.

Ameng di peringkat akhir bakal menyanyikan 2 lagu yang cukup popular sehingga kini ! Fuhhh.. Tak sangka wehhh ! Yelah , sebelum ni dia punya lagu bagi aku memang menguji dia sungguh. Aku geleng kepala jer bila dia dapat lagu. Apatah lagi dia pulak tak pernah nyanyikan lagu orang.. Ini pertandingan pertama yang dia join dan kena nyanyi lagu orang.. pastinya bukan mudah sama sekali !

image

Ada yang kata Tok Ram atau Datuk Ramli MS dah kata , jika nyanyi lagu sendiri takkan dapat markah penuh.. Apakah penyanyi lain nyanyi lagu lain akan dapat markah penuh ? Hehehehe.. Bagi aku , sapa buat persembahan terbaik serta vokal yang mantap di final nanti , itulah bakal juara dan harap Ameng berada di kemuncaknya ketika itu..

Andai tak menang sekali pun , bagi aku Ameng adalah yang terbaik dikalangan peserta final malam tu… Dia tak pertaruhkan rupa.. gaya.. persembahan tetapi dia membawa dirinya yang sejati ! Keunikannya dia hanya ada pada beberapa orang penyanyi di Malaysia ni seperti Salem Iklim , Awie Wings , Amy Search , Zamani Slam..

Buat yang terbaik bro ! Jangan hampakan kami yang menyokong bro dari awal lagi ! Dari dulu , hingga sekarang.. InshaAllah.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Seronok aku tengok diorang. Aku tak dapat join diorang sebab ada hal kena uruskan. Agak sibuk dua tiga minggu ni. InshaAllah akan join untuk trip trip yang mendatang..

Team Kembara KBBA9 sedang berada di Krabi. Semalam , instagram diorang penuh dengan gambar gambar aktiviti di sana. Ternyata berbaloi mereka ikuti trip ni. Bajet rendah tetapi sangat puashati ! Baru syiok berjalan gini kan..

Nasib baik ari ni diorang pulang ke KL dah.. kalau tak , lagi jeles aku tengok diorang ! Huhh… Ternyata seronok gi beramai ramai gini haa.. Terasa stress pon hilang .. kan ?

image

image

image

image

Cuti sekolah dah bermula.. Apa lagi ? Mari la pergi bercuti bersama Ayden Averroes Travel. Antara pakej pakej yang ada , boleh tengok di entri aku yang lepas.. Baca entri Teringin melancong dengan bajet yang mampu bayar ? ni..

Korang leh follow hastag ni untuk melihat aktiviti mereka.

#krabikamipegang
#aydenaverroestravelsdnbhd
#teamaydenaverroestravel
#kelabbloggerbenashaari #kbba9#kembarakbba9#nomoreexcusetotravel#pakejmurahmurahkakjoyah
Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke..
Fb page: Ayden Averroes Travel
Ig: @aydenaverroes_travel
Ig :@pakejmurahmurahkakjoyah
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Antara negara yang ‘gempak’ di dunia.. berteknologi tinggi.. punya tentera yang moden.. sedang terbakar dan meminta negara negara di dunia membantu memadamkan kebakaran tersebut..

Israel sedang terbakar ! 7 Negara membantu memadamkan api namun ia semakin marak , air yang disimbah seolah2 menjadi bahan bakar. Antara negara yang membantu adalah Palestin sendiri ! Negara yang sedang mereka aniaya , memberi bantuan ! Fuh , memalukan sungguh laa. Tetapi aku kagum dengan apa yang dilakukan oleh Palestin.. Inilah yang kita patut belajar dari mereka. Membantu ketika memerlukan walaupun mereka menganiaya kita. Moga ada secebis keinsafan timbul walaupun kita tau , mereka ego tetapi kita tau , banyak mata sedang memandang. Moga Allah membuka pintu hati insan insan lain..

image

image

image

image

image

image

Aku senanti mengikuti perkembangan terkini berita mengenai isu ni di Facebook.

Aku memandang luar tingkap.. Andai berlaku di negara kita , negara mana la agaknya akan hulurkan bantuan dan ke manakah kita nak melarikan diri..

Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Alhamdulillah.. Team Kembara KBBA9 semalam dahsampai ke Patong Beach , Phuket  dan kini berada di  Krabi. Seronok diorang berjalan jalan. Amboiii.. tengok gambar memasing , beria senyum memasing. Huhuh..

image

image

image

Tapi aku dikhabarkan oleh ketua team Kembara KBBA9 , salah seorang blogger tidak sihat semalam dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Nasib baik agen travel yang menguruskan mereka , telah membantu mereka dan Alhamdulillah , blogger tu telah kembali sihat dan ceria.. Huhuh.. Tak sabar nak redah lagi dengarnya.. Hee..

Bayangkan jika mereka yang tiada pengalaman di sana , tiba tiba jadi kes cam ni ! Kalau dah tau selok belok kawasan tu ok la.. Kalau tak tau ? Silap silap mau kena kencing lagi kat sana !

Ditambah lagi , setiap pakej trip diorang ambik melalui agensi travel , Ayden Averroes Travel ni , masing masing ‘dibekalkan’ dengan travel insuran. Semua diuruskan oleh mereka. Tak payah pening pening.. 

Sebab tu pilih agen travel yang berpengalaman dan pantas membuat tindakan bila berlaku satu satu kes atau isu.. kan kan ?

Pasni ada trip Kembara KBBA9 ke Perth dan Seoul jugak.. Bali pon hado ! Heeee… Nak ikut ? Cepat cepat la join kitorang..

Nak tau lebih lanjut pakej pakej travel yang murah tapi berbaloi , boleh tengok di ..

Fb page: Ayden Averroes Travel
Ig: @aydenaverroes_travel
Pakej Murah-Murah Kak Joyah : @pakejmurahmurahkakjoyah

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

No no no.. bukan untuk check up pregnancy ! Aariz dah selamat keluar. Dah 80 hari tengok dunia. Alhamdulillah..

Gini ceritanya.. Qhaliff ada masalah kat bibir dia. Sebelum tu , aku kena ! Aku tak tau apa punca tapi aku bubuh losyen vitamin C jer.. Alhamdulillah.. Ok. Tapi bila Qhaliff kena , aku pelik. Apakah berjangkit penyakit ni ? Aku try bubuh Oral Aid tapi tak beberapa mujarab.

Aku ajak wife gi klinik. Dulu aku rajin gi klinik X sebab ubatnya serasi dengan Qhaliff dan Zahra tapi aku kurang gemar dengan staff di situ. Masam mencuka jer muka. Bayar kot datang sana. Bukan free..

Aku ajak wife gi Klinik Maternity Azalea memandangkan mereka pun dah ada rawatan untuk kanak kanak dan bayi. Berdasarkan pengalaman aku selama 8 bulan membawa wife check up di sana , aku berpuashati sangat la..

image

Hari ni aku nak try.. Apakah rawatan untuk kanak kanak sebagus untuk ibu mengandung ? Hurmm..
Selepas solat Jumaat , aku sekeluarga ke sana. Sampai je klinik , Qhaliff tergamam dan teruja. Satu pembaharuan yang ketara. Dia sendiri memuji klinik tu. Cantik dan dia suka , katanya ! Dalam bahasa Inggeris lak tu ! Adehh..

Selepas buat pendaftaran , menunggu la sebentar.. Sementara tu menunggu , Dr. Azalea datang menegur dan berbual. Yer, dialah yang memeriksa wife selama ni dan aku kagum dengan cara dia. Sangat lembut dan mesra layanannya. Korang yang sedang mengandung tu , aku galakkan ke sini la.. Confirm selesa.

Cuma akan ada satu part jer yang aku rasa korang akan agak garu kepala iaitu masa menunggu dipanggil untuk rawatan.  Agak lama menunggu tapi bagi aku itu lebih baik dari cepat jer ! Berdasarkan pengalaman aku la ke klinik swasta ni.. Asal masuk je jumpa doktor , tak sampai 5 minit dah selesai dan tak puashati ! Anak kita  diperiksa ala kadar. Bayaran termasuk sekali ngan kaunseling. Adehhh..

Tetapi di sini.. berbeza sama sekali.. Anak kita diambil berat dan tinggi serta tekanan darah terlebih dahulu. Doktor pun akan bertanya latar belakang jika kita pertama kali ke sana mendapatkan rawatan untuk mengelakkan dari berlakunya masalah di kemudian hari… contoh alergik terhadap ubatan.

image 

image

Bila tiba masa jumpa doktor , baru tau mengapa dan mengapa agak lama menunggu tu! Doktor teliti dalam memberikan rawatan pada setiap pesakitnya ! Bukan main belasah je pastu beri ubat.. Ubat pon beri atas permintaan pesakit ! Tapi di sini tidak.. dia berikan pendapat terlebih dahulu dan ubatan yang bersesuaian dengannya. Itu lebih baik , kan ?

Nak yang terbaik , kena la bersabar.. kan ? Dan inshaAllah akan berpuashati..

Berbalik pada Qhaliff dan Zahra.. Aku dah tau apa punca sakit kedua dua anak aku tu. Hurmmm.. Jika sakitnya belum reda , dia nasihatkan datang kembali ke klinik dan diberi ubat lain.

InshaAllah.. Keselesaan adalah keutamaan aku dan rawatan terbaik adalah untuk anak anak.. kan kan ? Hee.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , korang leh call 03-889 31890  atau 03-889 31891.

Oh ya.. untuk wanita wanita yang punya masalah sakit wanita pun di sini menyediakan rawatan yer.. Doktor perempuan gak check .. heee..

Boleh check IG mereka di Azalea_Maternity_Putrajaya atau di facebook , Azalea Maternity.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Minggu depan cuti sekolah dah kan ? Teringin nak bercuti luar negara sekeluarga atau nak ke tempat tempat yang tak pernah pergi tapi takut atau rasa tak selamat ? Yer , aku tau camana rasanya… Teringin tapi sebab tak berpengalaman maka pendam je rasa tersebut.

Guna agen travel je la ! Tapi masalahnya , boleh percaya ke dengan agen travel ni ? Banyak kes agen travel ni makan duit orang ! Beria amik duit pastu , ilang ! Kan kan ? Disebabkan gitu , ramai jadi fobia nak gunakan khidmat agen travel. Atau janji lain , kasi lain ! Haaaaa.. Kes naya la gini !

Ok.. Aku kasi agen travel yang boleh sangat dipercayai ,  Ayden Averroes Travel Sdn Bhd. Team Kembara KBBA9 ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) sedang berada di Thailand sekarang ni. Mereka sedang menuju ke Phuket dan Krabi. Pakej mereka ke sana selama 4 hari 3 malam.

image

image

image

Dan kalau korang tengok di Instagram Ayden Averroes Travel , ada banyak dah trip mereka bawak. Ternyata sangat sangat boleh dipercayai. Kalau malas nak keluar negara , dalam negara pon mereka boleh uruskan  Bagitau je nak gi mana.. InshaAllah , akan diuruskn dengan baik.

Team Kembara KBBA9 masih berada di sana dan ternyata aku rugi tak ikut ! Hahahaha.. Betul betul bergembira di sana. Cuaca pon cantik jer..

image

Korang leh follow hastag ni untuk melihat aktiviti mereka.

#krabikamipegang
#aydenaverroestravelsdnbhd
#teamaydenaverroestravel
#kelabbloggerbenashaari #kbba9#kembarakbba9 #nomoreexcusetotravel#pakejmurahmurahkakjoyah

Aku gi bulan Januari tahun depan. Masa CNY nanti.. Hahahaa.. Jommm ! Nak gi sekali tak ? Hahahaha ..

Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke..

Fb page: Ayden Averroes Travel
Ig: @aydenaverroes_travel
Ig :@pakejmurahmurahkakjoyah

Gi la bercuti sesekali.. kasi hilang stress tu anak anak yang asyik dengan buku sekolah tu !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

“ Daddy.. nak yang camni camni camni tuuu.. Nak Ultraman lawan.. “. Pinta Qhaliff.

Aku pandang muka dia. Hurmm.. Dia pandang muka aku dengan gaya kasihan sambil tangan dia mengayakan seperti sedang bermain game PS4.

Nak beli ke tak nak eh ? Kalau aku beli , rosak masa depan dia ni ! Huhuhu.. Ke masa depan aku yang rosak sebab aku yang akan main lebih dari dia ? Hahahaha..

image

Aku tak tau mengapa bila Qhaliff meminta sesuatu , aku mesti nak tunaikan. Zahra lak , dia bukan jenis taksubkan sesuatu. Dia taksub bab makan je .. Hahahaha.. Kalau dia pegang mainan yang dia nak tetiba nampak makanan yang menarik perhatian dia , permainan tu dia akan letak dan akan amik makanan ! Haaa.. Kena bawak dia gi food review la gini eh ?

Kembali ke Qhaliff.. Aku nak beli ke tak ? Tahun depan dia akan masuk ke taska. Kalau aku beli , kepala dia akan dok asyik dengan game jer. Dan dia akan jarang bermain dengan adik dia lak..

“ Qhaliff kecik lagi. Qhaliff besar nanti , daddy beli .. ok ? “. Jawab aku.

Tau dia kata apa ?

“ Daddy cari duit dulu.. ok ? “. Wah , pandai dah anak aku.. Dia suruh aku cari duit dulu untuk dia. Hahahaha.. Ok , best part ! Ni best part ni..

Di Alamanda pada satu hari tu.. Aku berjalan dengan dia. Lalu depan mesin ATM. Terus dia tunjuk kat aku..

“ Daddy.. cari duit.. pastu beli eh ? “. Qhaliff menuding jarinya ke mesin ATM.

Amboi amboi amboiiiiiii ! Aku ingatkan aku kena gii kerja cari duit. Rupanya mesin ATM tu laaa tempat dia carik duit ! ARghh.. mudahnya kehidupan kalau gitu haaaaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Masalah sebenarnya.. Kejadian berlaku di Times Square tengahari tadi. Dalam lif , ada la sepasang laki bini bersama kitorang. Si isteri nampak peramah. Dia menegur Aariz. Aku memandang dia. Kelihatan dia seperti mengandung.. kot ?

Si isteri menegur wife… dia bertanyakan umur Aariz. Wife menjawab. Dan kemudian wife pon bertanya kembali..

“ Mengandung ke ? “.

Soalan ni maut sebenarnya. Kalau orang tu jenis sinis , dia akan bagi jawapan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia jenis matang , dia akan jawab dengan ramahnya..

“ Ya.. “. Jawab si isteri. Aku tahu soalan seterusnya iaitu berapa bulan. Aku pun sebenarnya nak bertanya memandangkan dia seorang yang ramah.

Tetapi..tak sempat bertanya lif berhenti di tingkat yang mereka inginkan. Si suami bersuara..

“ Tak.. dia cuma gemuk saja.. “.

Serius.. sangat kurang ajar cara dia menjawabnya. Aku mampu gelengkan kepala jer. Nasib baik dah keluar.. kalau tak , mau aku jawab semula jer.. Tapi aku malas dah sekarang ni nak bertekak dengan orang tak dikenali.. Mampu istighfar dan lupakan saja..

image

Susah jugak dalam situasi gini. Kalau kita diam dan tak beramah mesra , dikatakan sombong.. Kalau nak tanya , dalam keadaan gitu yang masa tidak begitu banyak , kena tanya soalan yang ada di kepala je la kan ?

Entah laa.. serba salah sebenarnya.. Buat cam aku jer mudah pasni.. Pakai earphone dan wat dek ! Lantak laaa..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Seruan pihak pihak tertentu agar pasukan negara memboikot perlawanan menentang Myanmar atas dasar keprihatinan apa yang berlaku di Myanmar nampaknya ada yang pandang sinis dan mengarut kata mereka..

“ Apakah mereka akan berhenti membunuh orang Rohingya jika kita boikot ? “.

Antara komen yang aku baca. Dan banyak lagi. Aku juga peminat bolasepak negara dan dunia. Seperti baru baru ini , aku ditawarkan satu job untuk mempromosi satu produk terkenal di negara kita tapi dikatakan punya hubungkait dengan Israel. Aku yang juga terlibat dengan satu pertubuhan NGO yang memboikot produk tersebut , serba salah untuk menerimanya. Ganjaran lumayan ditawarkan pada aku. Dan ini bukan kali pertama aku ditawarkan job tersebut. Dah masuk kali ke 3 aku menolaknya. Alhamdulillah , rezeki untuk aku tetap ada jer.

Jika aku pemain bolasepak negara , aku akan menolak bermain kali ini. Jika aku disekat untuk bermain bolasepak , maka aku akan cari kerjaya lain. InshaAllah.. Allah ada. Luas muka bumi Allah ini.

Aku tak mampu angkat senjata dan bertempur dengan mereka di sana. Aku cuma melakukan apa yang terdaya. Sungguhpun apa yang aku lakukan ini adalah kecil tetapi rakan rakan yang melihatnya akan terasa sesuatu dan perjuangan membantu saudara kita di sana dan juga atas dasar kemanusiaan.

image

“Bola is bola laa “ , kata mereka..

Mereka terlupa.. Dunia sedang memerhati dari segala sudut. Sudahlah negara kita ni dicemari dengan pelbagai skandal dan masalah dalaman.. sekurang-kurangnya kita tunjuklah yang kita sepakat dalam membantu insan lain.. Kita buktikanlah yang kita bukan manusia yang mudah ditindas dan menurut kata ! Kita ada kuasa tetapi masih mematuhi undang undang. Dengan cara ini saja kita dapat buktikan keprihatinan kita pada insan lain..

Bola je pun ! Jika berlaku pada kita di negara kita.. Bayangkan negara jiran memerhati kita sambil bermain bola.. badminton dan sebagainya..

image

Kalahkan Myanmar dalam AFF sebagai tanda kita kuat ? Heheee.. Kita kalah ngan Vietnam.. acaner tu ?

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

CityAds 1

Mereka yang gemar bershopping , pastinya ternanti nanti Black Friday ni yang dikatakan harga akan diberi ‘potongan luar biasa’ , kan ?

Tapi… takkan nak ponteng kerja kan ? Ahaaa.. Meh aku kasi khabar baik punyaa .. CityAds tau ? Bermula 25hb November 2016 ni , potongan sehingga 90% hanya akan berlaku di blackfridayasia.com untuk mereka yang berada di Asia Tenggara.

CityAds, menjadikannya realiti ! Korang boleh membeli belah  secara  First Real Online Black Friday di seluruh Asia Tenggara ( Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore) !

Akan ada banyak laman web membuat promosi sempena Black Friday ni tetapi CityAds menawarkan keselesaan serta penawaran harga  yang luar biasa dalam satu web saja iaitu di  www.blackfridayasia.com.

Bagaimana ia berfungsi ?

  1. Menjelang awal pagi jam 00.01 (12.01 pagi) pada 26hb November 2016 , sila ke laman web blackfridayasia.com.
  2. Korang boleh pilih apa jua produk yang ditawarkan pada laman-laman web yang terpilih.
  3. Korang perlu ke laman web tersebut dan periksa terlebih dahulu produk tu masih ada stok atau tidak.
  4. Dan , buat pembelian dengan harga yang ditawarkan.

Mudah kan ?  Bukan calang calang online stores yang terlibat yer ! Banyak yang gempak gempak terbabit sama !

image

image

Pastikan korang bersedia sebab.. sapa cepat dia dapat ! Huhhuh.. Maka , sila pastikan korang bersedia ! Kalau rasa takut terlepas , sila ke https://blackfridayasia.com/ dan daftar terlebih dahulu untuk mengelakkan dari terlepas pandang nanti !

Jika korang peniaga online dan berminat nak turut serta , sila email tawaran korang ke  sea@cityads.com. Pihak pengurusan mereka akan menilai dan akan membalasnya kemudian.

Mereka yang pengiklan cam aku ni haa.. blogger ke .. Facebooker ke.. Instagramer ke.. berminat nak buat duit tepi atau side income , boleh daftar jadi publister. Sila daftar di http://join.cityads.com atau email sea@cityads.com.

Jom Shopping ! Tak sabar wehhh !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Kenal nyamuk Aedes ? Kenal kan ? Tapi apa peranan korang dalam membasmi nyamuk Aedes terutama dia kawasan tempat tinggal korang ? Haaa.. Kalau sekadar jaga kawasan rumah sendiri , payah gak kan ?

Banyak pihak terutama pihak berwajib dah mainkan peranan untuk menyedarkan akan bahayanya nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi ni haaa ! Tapi sekadar sedar akan bahaya pon , tak guna gak kalau tak mainkan peranan membasminya.. kan kan ?

Menurut Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), penduduk di Malaysia masih tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah penyakit denggi.

Memperkenalkan, Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang, sebuah jerayawara awam anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia yang disokong oleh Sanofi Pasteur.

Kempen yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengikis sikap sambil lewa terhadap penyakit denggi melalui penggunaan jenaka satira bagi menarik perhatian orang ramai melalui media sosial.

Setelah berjaya mendapatkan perhatian anda, Mr. Dengue berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang demam denggi bagi memperkasakan masyarakat umum dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada gejala tersebut.

image

Jerayawara ‘Berjumpa Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang’ akan diadakan di Blue Concourse di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dari pukul 12 tengah hari Jumaat 14 Oktober sehingga Ahad 16 Oktober.

Antara aktiviti yang paling menarik ialah permainan pagar sesat (maze) dalam gaya Pac-Man yang telah direka khas untuk menjadi gelanggang latihan bagi peserta untuk melengkapkan diri dengan peralatan yang diperlukan untuk melawan denggi. Peserta perlu mengumpul kesemua peralatan tersebut dan mengelak daripada ditangkap oleh ‘nyamuk-nyamuk Aedes’ peliharaan Mr. Dengue, yang akan memainkan watak yang sama seperti ‘hantu’ dalam permainan berunsur Pac-Man ini.  Pelajari dengan pantas, lengkapkan perjalanan dalam permainan tersebut tanpa ‘bertembung’ dengan pengikut-pengikut Mr. Dengue serta menangi hadiah premium Mr. Dengue yang istimewa!

Orang ramai boleh juga mempelajari bagaimana untuk membina perangkap nyamuk sendiri serta mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk di kawasan kediaman sebagai sebahagian daripada aktiviti terancang yang dapat menggalakkan anda dan keluarga anda untuk mengamalkan tabiat pencegahan denggi yang baik.

Ok.. ni part menarik ! Sila ke Mr. Dengue's Facebook Page dan seterusnya , sila amik Dengue Readiness Quiz ini . Pastikan korang menjawabnya dengan betul dan tepat yer..

image

Semoga berjaya hapuskan Mr.Dengue !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Berhenti sebentar di depan restoran KFC. Qhaliff bersuara nak makan ayam. Payah dia nak makan skang ni. Memilih sungguh. Tapi kalau dapat nasi ayam atau beriani , dia suka la.. Bukan nak makan ayam sangat tapi nak nasi yang ada rasa. Nasi putih semata, dia boring dah kot ??

Aku tak kisah.. Ada duit boleh je aku belanja. Takda duit , duk diam diam kat umah dan makan apa yang ada je. Heee.. Tu pesan arwah ayah aku.

Wife turun gi beli. Aku dan anak anak tunggu dalam kereta. Tak lama kemudian wife kembali ke kereta. Dia tunjuk ka aku sesuatu. Aku pandang dia dan terpinga pinga. Apa yang istimewanya sangat , aku pun tak tau.

Kemudian wife bagi penjelasan. Aku tanya dia kenapa berapa harga ? Dia kata RM5 jer. Aku pandang dia dengan kening berkerut. Takkan RM5 jer ? Dah tu beli berapa ? Wife cakap satu je la..

Aku start enjin dan nak reverse. Tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi senget bersama anak perempuannya berjalan di belakang kereta aku. Aku pantas tekan brek. Dia pandang aku dan angkat tangan. Dia suruh aku undur dan dia jaga laluan  kereta. 

“ Dia ni la yang jual dadih ni. Dia merayu suruh beli..katanya untuk besarkan anak dia. “. Wife bagitau aku. Terpandang aku pada anak gadis dia yang masih kecil . Teringat aku pada arwah ayah. Sayu aku melihat anak dia tu. Terbayangkan kalau itu Zahra. Ikut aku ke mana mana untuk mencari rezeki andai aku berada di tempatnya.

Hurmm.. Selepas aku undurkan kereta , aku ucapkan terima kasih. Aku teruskan perjalanan. Sempat aku pandang ke cermin sisi dan tengok dia sambung berniaga.

Aku lajukan kereta aku dan masuk semula ke jalan ke restoran KFC tadi dengan harapan  abang tadi tu ada lagi kat situ. Alhamdulillah… ada ! Terus aku berhenti dengan dia dan bagitau aku nak beli lagi dadih dia !

Aku kuarkan RM20. Mintak satu plastik. Satu plastik tu berisi 5.  Harga RM5.

“ Baki kasi kat anak abang. Terima kasih yer.. “. Aku senyum kat anak perempuan dia.

“ Alhamdulillah. Syukur.. Alhamdulillah.. Syukur.. “. Jawab abang tu.

Sian. Aku terbayang , apa la nasib aku andai aku dalam kesusahan nanti. Apakah yang akan aku lakukan untuk menyara anak anak ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Heee.. Tiap kali muncul kartun Upin Ipin di tv , Qhaliff atau Zahra pasti akan mintak tukar ke kartun lain. Zahra suka giler dengan Didi and Friends manakala Qhaliff dengan ‘Oggy and The Cockroaches’.

Ada gak aku try pasang berkali kali tapi tak menarik minat diorang pon. Entah kenapa , aku pun tak tau ! Agaknya membosankan kot ? Kecuali yang Ultraman tu..  Tu pun sebab ada Ultraman.

Nanti akan kuar movie Upin Ipin tapi Qhaliff tak berminat walaupun aku ada ajak  Saja nak tengok reaksi dia.  Dia lebih suka nak tengok Boboiboy Galaxy. Hee.. Aku sokong part ni ! Memang best lagi la Boboiboy Galaxy tu.

Hari ni di Alamanda Shoppling Mall ada Didi and Friends. Aku nak bawak Zahra ke sana. Mesti dia teruja sangat happy bila nampak si Didi tu.

Pagi ni , aku tak gi gym semata mata nak bawak diorang ke sana awal pagi. Malas nak gi time ramai orang ! Hahahaha..

Sebenarnya , aku tak tau apa yang ada kat sana. Tapi macam ada pelancaran Vikids Club jer.. Hurmmm.. Tunggu aku cerita nanti eh. Harapnya berbaloi la !

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  Mei 2025 (3)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ▼  November 2016 (65)
      • Selamat Hari Lahir ke 40 , Ben Ashaari !
      • Gym murah di Kok Lanas , Kelantan.
      • Hadirkan senyuman si kecil yang menawan bersama Se...
      • Bila aku gi gym berbayar , gym di rumah wife manfa...
      • Gegar Vaganza 3 : Rezeki Ameng di peringkat akhir !
      • Ayden Averroes Travel , agen travel yang disyorkan !
      • Pengajaran buat kita..
      • Blogger dikejarkan ke hospital sewaktu melancong d...
      • Ke Klinik Maternity Azalea , Putrajaya
      • Cuti sekolah dah tiba. Nak bercuti ? Aku ada idea !
      • Bila Qhaliff mintak PS4 !
      • Mengandung atau gemuk ?
      • Wajar boikot Piala AFF kali ini ?
      • Black Friday: Harga Hebat , Jimat Pun Jimat oleh C...
      • Jom #TakeDownMrDengue , sekarang jugak !!
      • Ayah jual dadih di jalanan untuk besarkan anak per...
      • Tiada minat lagi Upin Ipin dalam kamus anak-anak a...
      • Tragedi malam pertama , berulang selepas 9 tahun p...
      • Sekadar kecilan saja ..
      • Hari ni hari terpenting tetapi…
      • Di rumah Aariz tidur di dalam buaian. Apakah sukar...
      • BERSIH 5.1.1 !
      • Review RM50 di blog aku !
      • Model lelaki dan wanita diperlukan !
      • Sejauh mana korang percaya ?
      • Ibu juga berjaya pujuk si Qhaliff !
      • Seperti Ameng Spring , aku juga sokong Ujang Aku B...
      • BOBOIBOY GALAXY bakal bikin anak kita panas punggu...
      • Amalkan sayur sayuran segar tanpa memasak !
      • Terlebih kurus lak aku !
      • Asah bakat anak kecil kita di RockStar Gym !
      • Jom bawa anak anda ke KL Tower Mini Zoo !
      • #GegarVaganza 2016 : Kenapa aku sokong Ameng Spring ?
      • Tiada lagi rantai emas untuk Zahra sehingga dewasa ?
      • Benarkah pipi tembam wanita itu anugerah yang sang...
      • Sekarang aku memahami perasaannya..
      • ‘Mengambil hak orang’ tak kira tempat !
      • Aku bakal hadapi masalah besar tahun depan ?
      • Selebriti dikejar paparazi kerana tak bayar cukai..
      • Aku tak mampu tengok THE WALKING DEAD S7 dah !
      • Berjaya buat Qhaliff tak pakai diapers dah !
      • Sesekali langgar pantang larang !
      • AMIR KADIR bakal ‘panas’ di Malaysia !
      • Bila anak hilang selera makan..
      • Sunyi rumah bila Zahra sakit..
      • Khas untuk Blogger : Hadiah melebihi RM8 ribu mena...
      • Mampukah ZAVERRA mengembalikan bentuk badan idaman...
      • Wajarkah artis / selebriti diberi pelepasan cukai ?
      • BOBOIBOY : BOBOIBOY GALAXY !
      • Kenali Blogger KBBA9 : AnaZarin
      • Sebelum pergi gym dan bila kulit alergik !
      • Punca Elly Mazlein tarik diri dari Gegar Vaganza 3 ?
      • #GegarVaganza2016 : Elly Mazlein terkeluar akhirnya !
      • Perlu ke berlagak kalau pakai kereta mewah ?
      • Rasa macam nak menangis bila melihat orang tua itu..
      • Aariz tak nak ibu dia !
      • Akhirnya aku bertukar guna postpaid !
      • Terima kasih Toys ‘ R’ Us KLCC !
      • Kenapa aku botakkan kepala ?
      • Rupanya dia bukan sekadar Ultraman biasa ! Ada hub...
      • Apa aku buat di Alainn Clinic and Spa semalam ?
      • Berapakah Skor CTOS korang ?
      • Berjaya hilangkan tekanan darah tinggi tanpa ubat !
      • Berjaya jugak aku ngorat anak dara ni !
      • Bila anak buah kena buli..
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes