Kenali Blogger KBBA9 : AnaZarin

by - Isnin, November 07, 2016

 

Blogger ni , aku respek ! Kenapa ? Dia mengubah diri dia melalui blog. Dari seorang pemalu hinggalah ke seorang yang cukup peramah ! Tak sangka sebenarnya AnaZarin ni seorang yang cukup pemalu..

Sejak dia dalam KBBA9 , dia seorang rakan yang sangat berdikari. Dia takkan susahkan rakan lain walaupun dia dalam kesusahan ! Tu aku respek !

Sebagai blogger.. dia ok ! Cuma masa saja mencemburui dia. Kalau tak , aku sendiri akan tenggelam ditewaskan dia ! Hahahaa.. Teruskan bz yer ! Heee..

Jom baca cerita dia..

________________________________________________________

Fuh, terkejut juga mula-mula apabila peluang nie datang, mana tidaknya korang dapat menulis dekat blog blogger popular Ben Ashaari nie...hihihi

Nama ana nie Muhammad Zarin dan ana menggunakan nama pena anaZarin yang mana sebenarnya adalah gabungan kepada ana dan Zarin yang bermaksud saya Zarin.

tmp_10064-img-20160228-wa0003953719038

Ramai juga pada mulanya ingatkan ana nie perempuan, bahkan ramai cakap penulisan ana nie macam penulisan seorang perempuan, eh betul ke? anaZarin seorang yang sombong Ana nie siapa yang tak kenal pasti cakap sombong, sebenarnya ana nie tak sombong pun cuma ana nie agak pemalu orangnya..dan disebabkan itu jugalah ana menjadi blogger.. sebabnya ana nie jenis yang pandai berborak dan ana lebih suka berborak di dalam blog..hihihi Lifestyle dan Sport blogger Ok, blog ana nie niche apa?

Blog ana nie lebih menekankan kepada lifestyle dan juga sport sebabnya ana nie seorang yang meminati sukan terutamanya sukan bola sepak.. untuk pengetahuan korang juga, ana ada team bola sepak juga.. yang mana ada team tu bolehlah ajak team ana friendly...

tmp_10064-img-20160223-wa0008236856075

Mula dengan KBBA9  Mula-mula join kbba9 nie ana rasa tak silap pada 2014, masa nie ana mula-mula join kbba Lembah Klang. Masa tu memang blog ana nie agak lama bersarang dan masa tu masih lagi menggunakan nama n9soulcrewz.blogspot... yang seronoknya di situ ana kenal dengan sifu Sohoque, Kak long Saidila, Najeeb yang mana mereka nie antara yang banyak bagi semangat untuk ana teruskan menulis di blog..

Dan kalau korang nak tahu sejak join kbba9 nie barulah ana tau apa itu sebenarnya blogger... kalau tak sebelum nie hanya ingat menulis je, rupanya besar juga tanggungjawab seorang blogger kepada masyarakat.

Terima kasih KBBA9. Oh ye, kalau korang ada masa terluang tu, apakata korang singgah di blog ana, mana tahu bolehlah kita kenal lebih rapat kan?

Blog : www.anazarin.com

Fb : www.facebook.com/djrainz.junghwa

IG : www.instagram.com/anazarindotcom

You May Also Like

2 comments