" Jom balik Kelantan , bang .." ajak si isteri. Aariz pun dah luah rindukan Tok Ma dia. Qhaliff je agak keberatan sebab perjalanan jauh. Kalau naik kapal terbang , dia nak la ! Zahra , tak kisah pun. Mana mana dia ok jer. Huhu..
Ikutkan perancangan nak balik masa cuti ni tapi dah dia pulak gi London. Pastu dengan banjir lagi. Keadaan tenang , di minggu terakhir tapi aku lak tak nak sebab keadaan kereta tidak mengizinkan. Aku tak nak la membahayakan nyawa mereka. Nak tak nak, aku cakap kat wife.. kena pastikan keadaan kereta cantik dulu baru boleh jalan jauh atau kita semua balik naik kapal terbang jer.
Maka dua hari berturut turut , aku bawa kereta gi servis di Man World Auto Garage atas cadangan abang aku yang mana mekaniknya , Man TanChong adalah otai bab Nissan ni. Bukan sehari dua dia repair kereta Nissan ni. Dah tau dia mana 'sakit pening' Nissan ni.
Hari pertama gi , buat servis biasa. Masa kereta aku kena gearbox termenung baru baru ni pun dia yang cadangkan letak treatment oil dulu. Tengok camana keadaan sebulan dua. Kalau tak ok , baru ke plan B dan C. Ikut bajet pelanggan. Huhuh.. Berdarah hidung dengan kosnya.Tapi tak da pilihan memandangkan sekarang ni ekonomi melecet. Tunggu Rafizi kasi formula pun, dia kata kurangkan makan ayam. Dah tu acaner ?
Selesai tukar minyak enjin, minyak gearbox dan sebagainya, dia sendiri test drive. Pastu dia cakap kereta aku ada problem di dua tempat.. mounting dan absorber. Memang betul pun. Dengan jarak perjalanan pun dah nak cecah 300 ribu km , masalah ni memang akan muncul ! Katanya..
Bab mounting ni memang aku dah diberitahu sebelum PKP lagi tapi aku tak tau nak buat kat mana. Kena cari orang yang boleh dipercayai buat. Kalau hantar ke Tan Chong, mau berdarah telinga pulak ! Hahahaa...
Hari kedua.. gi hantar lagi ke bengkel Man TanChong. Dari Sepang ke Cheras tu ! Sanggup. Tapi bukan aku je orang jauh yang gi antar kereta ke bengkel dia. Bila aku berbual bual dengan pelanggan yang lain di situ, mereka sendiri pun dari kawasan luar. Katanya geng geng Nissan yang syorkan bengkel Man World Auto Garage ni. Selain Nissan pun , ada je kereta jenama lain yang gi servis kat situ.
Siap ! Dia bawak aku test drive. Tak bergegar dah enjin ! Alhamdulillah. Kereta pun bergerak dengan elok je berbanding sebelum ni. Macam gempa bumi je kereta bergerak. Huhuh.. Kalau tanya wife aku, dia kata ok jer ! Dia memang ok je... selagi tayar tak meletup, enjin tak jatuh... kereta cun ! Yang dia perasan, bab tayar jer. Lain lain, aku kena rajin belek sendiri. Gitulah orang perempuan. Hahaa..
Selesai.. menurut Man TanChong, part yang aku tukar ni inshaAllah boleh tahan 7 hingga 8 tahun lagi. Tengok pada cara kita guna gak la. Huhuh.. Alhamdulillah.. Yang penting kereta cun untuk bergerak jauh. Perancangan , nak gi Penang dan Kelantan sebulan dua ni.
Tengok bil... berpinar bijik mata jap ! Rasanya kalau gi Tan Chong , mau gelap dunia aku terus. Haha..Apaun , servis di Man World Auto Garage ni memang terbaik ! Puashati. Pelanggan tetap dia pun ramai. Takda masalah katanya kalau deal ngan Man TanChong.