Bukan mudah ibu/ayah tunggal uruskan rumahnya !
Lagi 10 hari si isteri akan pulang ke rumah. Tak pe , bercutilah dulu. Memang patut layak dapat. Aku takda masalah pun. Cuma aku kat rumah ni. sedikit kalut pada awal awalnya. Bila segalanya dah teratur dan anak anak mula memberikan kerjasama, segalanya mengikut apa yang dirancang.
Sesibuk camana aku pun , aku mesti curi sejam dua untuk ke gym. Kat sanalah dunia aku. Besi dan mesin itulah kawan aku. Aku luahkan segala perasaan di situ. Enjoy dengan bermodalkan RM120 sebulan. Tak perlu risau nak bergaduh , mengumpat atau berbalah dengan sesiapa. Layan sorang sorang.. penat , balik ! Mudah.
Pastu aku kembali sibuk dengan rutin. Basuh baju, jemur baju dan kali ni, aku kena lipat sekali. Jangan biarkan menimbun. Begitu juga di dapur. Jangan susun tinggi pastu baru nak lipat. Pening kepala tengok. Mulalah pastu nak hangin bagai. Jangan jangan.
Begitu juga di dapur. Kalau dah memasak tu, terus je basuh pinggan mahupun periuk. Ajak anak anak tolong. Didik dari sekarang. Bagitau kenapa diorang kena tolong. Jangan tunggu besar baru nak suruh. Tak jalan dah sangat masa tu.
Penat tapi aku bukan bapa tunggal. Wira tunggal adalah !
Bab makan sebenarnya yang agak sedikit payah. Terutama pagi dan bekal untuk si Zahra. Qhaliff , takda masalah. Dia bawa duit kalau takda bekal. Memandangkan sehari dua je lagi nak sekolah, maka aku kasi duit je la. Cuma sediakan sarapan pagi dulu.
Zahra biasanya kena sediakan bekal makan. Kalau kasi duit, dia tak beli makanan. Dia ke kedai buku. Beli buku tulis. Huhuhu... Ni lain lak perangainya. Dia makan kenyang kenyang di rumah dulu. Aariz ? Dulu dia paling payah. Tapi sekarang, dalam kepala dia... kat sekolah , cikgu sediakan makan pagi. Pra sekolah kan ? Hehee.. Dulu tak nak. Pedas katanya. Sekarang suka sebab makan ngan kawan kawan.
Bila sakit , sendiri la kena ubat diri. Gitulah nasib mereka yang berjuang seorang diri dalam membesarkan anak anak. Aku , sakit kepala sangat sangat. Punca ? Macam macam. Bukan sebab layan anak tapi mungkin kepenatan mahupun sedikit stress dengan kerja mencari rezeki. Alhamdulillah, ada yang lagi teruk ujiannya berbanding aku.
Aku buat air asam keping. Ini ubat aku jika aku rasa tekanan darah aku naik. Minum secawan dua pastu rehat. InshaAllah ok pastu.
Melayan emosi si bongsu. Dia paling tenang ketika ibu dia pergi. Seolah olah dia tak kisah pun. Aku tahu, dia sedang memujuk hati. Perangai dia sama cam aku. Nampak tak kisah.. padahal ?? Tiap malam, dia akan cari pasal dengan kakak dia. Bila menangis , mudah dia tidur. Gitulah dia. Tapi kesian tengok dia. Penyayang orangnya. Kalau ada makanan , dia akan simpan untuk kakak dan abang dia. Pelindung pun ya gak. Tak leh sapa sapa marah abang dan kakak dia kecuali dia. ! Adeh.
Tak pe la.. sehari lagi je sekolah. Pasni kita duduk rumah... rileks.
Ini baru 5% dari urusan yang biasanya dibuat oleh ibu atau ayah tunggal. Belum masuk part hutang piutang melainkan pendapatan bulanan tinggi melebihi komitmen yang perlu dibayar. Jika kurang ? Pening nak cari pendapatan sampingan. Respek mereka ! Jenis yang benar benar bertanggungjawab ! Yang benar benar memikul segala amanah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan selain memastikan amanah Allah ini membesar dengan baik agar menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Tu belum part nak ajar anak anak ! Jika mereka bakal hadapi ujian peperiksaan penting ? Aduh.. camana nak ajar mereka ? Takpe.. part ni jangan risau ! Kita masih ada pilihan. Boleh je tengok segala infomasi di RelyEdu ni. Dengan harga berpatutan , anak anak kita tak sepatutnya dibiarkan ketinggalan dalam mencari ilmu dunia dan akhirat. Inshaallah..
Jom daftar sekarang di www.relyedu.com atau boleh hubungi ReLY Support Team di
7 comments
Insyallah you all can do it. UN tinggal 2 minggu , everything ok je.. aben lagilah boleh. bapak2 boleh belaka.
BalasPadamRespect betul pada parent yang boleh jaga anak-anak sensorang bila partner takde..
BalasPadamSemoga 10 hari berlalu dgn pantas..dan anak2 behave dan sentiasa sihat di bawah jagaan aben..
BalasPadamLagi 10 hari .. Lya doakan yg terbaik utk Ben dan anak anak. Semoga terus kuat okey. Takpe anak anak ok sebab dah biasa ngan daddy dia kan.. Terus kuat semangat jer ..
BalasPadamYesszaa... !! Caiyok caiyok
BalasPadamSalute Aben uruskan anak² dari baby
bkn selalu kan? tp mgkn akn jd sllu tu nnt..wakakakaka...prmpn ni, skli da kasi can nnt nk lg...
BalasPadamBagus abang ben. Isteri pergi jauh pun rasa tennag sikit sebab suami boleh handle semua.. Hehehe..
BalasPadam