Dulu Swiss Damai Laut , sekarang DoubleTree Damai Laut Resort

by - Isnin, Disember 26, 2022

Bercuti lagi ke sini. Sebelum ni , resort ni dibawah kelolaan Swiss Damai Laut tapi masa PKP 2020 katanya diambil alih oleh DoubleTree by Hilton. Kelebihan tempat ni ialah kolam renangnya dan kedamaian lautnya. Jika cuaca cantik, anak anak pasti akan enjoy sangat sangat ! 

Boleh dikatakan kalau bercuti kat sini , memang berbaloi. Ini kali ke empat aku ke sini. Permandangan memang best ! Staff atau kakitangan hotel memang terbaik sejak dulu lagi. Perubahan kali ni , biliknya dah berubah banyak. Lebih selesa dan bersih berbanding sebelum ni. 

Cuma part makan tu je la. Hurm.. Sarapan hari tu, tak banyak pilihan sangat. Rasanya kena lebih pelbagaikan pilihan terutamanya di hujung minggu atau cuti umum. Maklumlah , harga bilik ketika ni , melambung naik. Maka biarlah makanan yang disaji ketika sarapan pagi tu, menarik juga. 

Kolam renang memang 'syurga' kanak kanak. Memang diorang akan enjoy sangat. Ditambah lagi dipisahkan dengan kolam renang dewasa , pastinya tak serabut dengan pengunjung. Yang bagusnya kali ni, kolam renang ni ada staff yang awasi sepanjang kolam renang dibuka. 

Puas mandi kolam.. leh gi main ATV lak atau bermain bola pantai mahupun bola keranjang. Pantai , dijaga dengan bersih. Terbaik ! 






Cuti abis dah. Tahun depan Qhaliff dah masuk Tahun 5. Kena dah fokus pada peperiksaan UASA. Apa itu UASA ??? Risau ? Ada pakej persediaan dan juga tips menarik khas untuk pelajar pelajar Tahun 4,5 dan 6. 

Boleh whtsap pertanyaan terus atau layari www.relyedu.com .


You May Also Like

2 comments

  1. Nice hotel review. Kalau ada peluang nanti nak cuba staycation di sini pula. :)

    BalasPadam
  2. ohh.. dah tukar nama rupanya tempatnya..best yer tengok view situ cantik-cantik

    BalasPadam