BEN ASHAARI



 

Ada kawan tanya..

image

Aku jawab.. Masa aku uruskan sendiri.. Lagi rajin aku ‘bekerja’ lagi murah rezeki aku. Kaya tu tidak la tapi aku tak la seperti aku dulu.. Adakalanya terpaksa ikat perut dan tunggu hujung bulan untuk kembali bernafas..

Pastukan.. pastukan.. Yang bestnya ,jika kita ada team ! Haaa.. Bila ada team , fuh ! Memang best ! Hala tuju ada.. Pastu team lak , dah sekepala .. Walaupun ada kekurangan .. segalanya diperbaiki.. Bila dah baiki , lagi ngam jadinya !

Konsep aku sekarang.. mudah jer.. Satu kek , aku amik bahagian aku dan selebihnya , bagi kat kawan kawan.. Aku nak makan semua , boleh jer.. tapi HIDUP JANGAN TAMAK ! Selagi kita boleh MEMBERI , kita buat.. InshaAllah , ada keberkatan di situ..

Sebenarnya.. kita akan belajar mengenai kehidupan ketika kita di bawah ! Bila kita jatuh tersungkur , ketika itulah Allah memberi kita kehidupan sebenar ! Mengeluh tak pe.. Mengadu terus pada Allah.. Akan nampak perbezaan nanti.. Jangan mengeluh kat boifren atau gelpreng.. tak berbaloi !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Buah manjakani memang tidak dapat di nafikan lagi khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita khususnya yang telah berumahtangga bergelar isteri dan ibu. Diyakini sangat baik menjaga bahagian peranakan wanita dan kebahagiaan hubungan suami isteri di kamar tidur.Di samping itu, hasil penyelidikan moden tentang kandungan khasiat dari biji manjakani juga boleh memyembuhkan pelbagai penyakit dan jangan terperanjat juga ia dapat membantu dalam proses kecantikan wajah dan tubuh wanita. Mari kita selongkar lagi rahsia yang tersembunyi dengan Kapsul Manjakani Mama_Tasneem..Khasiat Herba Anugerah Untuk Wanita.

Sejak zaman-berzaman, jangankan permaisuri...tuan puteri dari mana-mana kerabat raja sekalipun, mereka tetap menggunakan cara tradisional MANJAKANI ASLI untuk mengelakkan kesan sampingan dari ubatan lain. Oleh kerana itulah wanita yang menjaga kesihatan luar dan dalam, sebenarnya tidak jauh beza dengan seorang tuan puteri. KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem adalah buah manjakani tulen gred A yang telah dikapsulkan. Tiada campuran herba lain dan ianya tidak panas untuk ibu-ibu yang menyusu badan, sangat-sangat sesuai diamalkan oleh wanita yang bersalin secara normal, pembedahan atau pun yang mengalami keguguran. Manjakani akan menyembuhkan luka di dalam & di luar rahim dengan cepat, di samping menyihatkan rahim sekaligus akan menyerikan wajah secara alami. Bonus pula pada ibu-ibu yang menyusu kerana susu akan meriah dan pekat, tanpa memberi kesan kepada bayi yang menyusu selain menjadikan kulit bayi semakin gebu:
 


Antara lain kelebihan yang terdapat pada manjakani adalah:

 

 

 

Hanya telan 2 biji kapsul manjakani setiap kali selepas makan malam, semudah abc....


khasiat buah manjakani


Selain kapsul, MANJAKANI juga boleh didapati dalam bentuk serbuk:

Serbuk Manjakani pelbagai guna:

1) Minuman Kesihatan

Bancuh 1 sudu teh serbuk manjakani dengan madu dapat membantu awet muda, perapat, dan juga rawatan payudara. Sangat sesuai untuk wanita baru lepas bersalin untuk mengecutkan Rahim dan menyembuhkan luka dalaman.(wanita berkahwin 3x seminggu/wanita belum berkahwin 1x seminggu)

2) Masker untuk awet muda & kulit yang berjerawat

1 sudu teh serbuk manjakani + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas. 3x seminggu jika jerawat teruk, 1x seminggu memadai untuk awet muda.

3) Masker untuk kulit yang berjeragat

1 sudu teh serbuk manjakani + parutan timun + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas.

4) Masker untuk kulit yang sensitive

1 sudu teh serbuk manjakani + parutan tomato + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas.

5) Bayi demam kuning/ demam

1 sudu teh serbuk manjakani + air mandian bayi

Mandikan bayi dan bilas.

6) Ruam pada bayi/ dewasa

1 sudu teh serbuk manjakani + bedak sejuk + air

Sapu pada ruam

7) Pencuci antiseptic/ merawat luka

1 sudu teh serbuk manjakani + air (jadikan pes)

Sapu pada luka, biarkan kering dan bersihkan. Lakukan sehingga luka sembuh. Sesuai juga untuk luka bersalin nomal/czer

8) Ulser mulut/ mulut berbau

1 sudu teh serbuk manjakani + air untuk berkumur

9) Perapat (wanita yang sudah berkahwin)

1 sudu teh serbuk manjakani + air, gentel dan masukkan ke dalam saluran faraj. Bahan ini akan keluar sendiri apabila membuang air. 1 sudu teh serbuk manjakani + air, sapu di pintu faraj.

10) Bertangas

campurkan serbuk manjakani dengan bahan bertangas/ gunakan serbuk manjakani 1sb sahaja dicampur air panas untuk bertangas.

11) Pencuci intim

1 sudu teh serbuk manjakani + 1 gayung air, cuci bahagian intim.

12) Scrub badan, boleh menghilangkan daki badan.

13) Buasir/ bisul

1 sudu teh serbuk manjakani + air (jadikan pes)

Sapu pada buasir dan bisul sehingga sembuh.

 

Dengan tawaran harga yang sangat berbaloi untuk kesihatan wanita khasnya :

KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem
Rm30 (50 biji)


Serbuk MANJAKANI
RM30 (35g)

Untuk keterangan lanjut dan pesanan boleh lah ke laman
Facebook : Rozina Health Care
Blog: Salam Bicara Hidupku
Instagram: rh_care
Sms/whatsapp: 019 513 8283

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Seawal 7 pagi dan gerak ke Cheras. Qhaliff dan Zahra , masih lena dan sambung tidur dalam kereta..Kesian diorang.. Pastu tengah malam , baru sampai rumah semula.. Dan masing masing lena dalam kereta..

Qhaliff , terlampau banyak bermain hingga panas badan.Tidur tak cukp. Maka hari ni , aku batalkan semua projek aku. Terpaksa ! Sebab esok ada lagi projek dari pagi hingga petang. Aku kena tinggal diorang lagi.. Haish.. tak sampai hati aku.

Nasib baik kerja sendiri kan ? Kalau kerja dengan orang ? Hari hari tinggalkan diorang.. camana la diorang rasa..

Aku sendiri , dah penat nak memandu jauh setiap hari. Petrol , sehari mesti RM30-50 , Tol lagi ! Haaaa..

Baik g gym je la.. heee…

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Daddy kena kerja lagi hari ni.. Esok pon ! Lusa begitu juga.. Jumaat je baru takde apa apa projek !

image image

Tapi kan.. tiap kali aku nak tinggalkan anak , aku rasa cam.. sesuatu kehilangan ! Terasa sebahagian dari diri aku , kosong ! haaaa.. Rasa nak usung je dua dua ikut sama g meeting tuuu !

Terbayangkan tahun depan Qhaliff g taska.. Aku rasa kalau dia balik kul 12 tengahari , kul 10 aku standby depan pintu taska tuu.. Hahahaha.. Rindu kat dia.. Huhuhhu..

Tu la kan.. Aku dapat rasakan camana si ibu punya perasaan setiap kali berpisah dengan anak mereka.. Aku yakin , mereka kalau boleh.. nak duduk bersama anak anak.. melihat anak mereka membesar bagai johan .. kan kan ?

Si ayah lak ? Kalau boleh.. malam baru nak masuk rumah.. kan ? Kalau boleh Sabtu Ahad pon nak kerja gak.. Tapi aku yakin yang perangai gitu sikit jer.. Alhamdulillah.. korang tak gitu kan ? Good !

Bila dah rapat ngan anak , ginilah akuuuu… Tak caya . cuba la try.. Try la kawin ngan bini baru.. Sure payah  nak lepas punya kan ? #Ehh ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sengal ! Asyik nak kena usap dan urut jer kepala lutut dan pelipat kaki ! Bila solat , memang payah laa ketika nak bangun dari sujud tu.. Fuhhh.. Nak duduk antara dua sujud pun berair mata.. Terasa menyesal main futsal ari tu tapi apakan daya.. dah terjadi !

Tiba tiba aku teringat.. Jus Annona yang boleh meredakan keradangan sakit sendi terutamanya lutut ! Jus Annona yang mengandungi ekstrak durian belanda mampu menjadi paint killer untuk sakit sendi yang aku alami !

Aku pernah buat review mengenai Jus Annona, baru baru ni.. Sakit pada joint di siku aku hilang seketika selepas minum Jus Annona.. Kemudian aku amalkan selama beberapa hari dan terdapat perubahan pada siku aku ! Tu yang aku ligat gi gym balik.. Hehehehe..

image

Aku tak kata pon yang Jus Annona ni akan pulihkan sakit sendi.. Ianya cuma bersifat menghilangkan keradangan.. Tanpa amik ubat yang mana ada orang tak suka makan ubat hospital ni.. Haaa..

Selepas aku minum satu sudu semalam.. terasa lega la jugak lutut aku tu.. Huhuhu.. Alhamdulillah.. Balik rumah , suruh wife urut skit.. Baru boleh tidur ! Nak tunggu seminggu lagi.. tengok kesan camana.. Ari tu , boleh je pulih tanpa gi spital.. heheh..

Oh , ada yang tanya.. mana nak beli ?

image

 

Atau korang boleh ke web Jus Annona mahupun Facebook mereka.

Web : www.annona.com.my

FB : Jus ANNONA

Atau boleh call ANNONA CARELINE ( 016 449 7181 ).

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hehehe.. spoiler ? Alaaa ,aku nak selamatkan duit korang ! Seriusss.. Aku tak tau la kenapa sejak aku besar ni , Superman dan Batman dah tak menepati selera aku walhal aku minat je diorang terutama Smallville.

Batman sejak George Clooney pegang watak tu , jadi tak best dah ! Terus hambar.. Walaupun Ben Affleck aku suka.. ( bukan sebab nama  dan rupa sama ), tapi dalam Batman ni , entahh.. aku jadi mengantuk sangat bila tengok ! Watak diorang best tapi  terlalu berdrama sangat !! Sebab tu kot ?

image

Nak dijadikan cerita.. maka semalam aku gi la layan seorang diri di Alamanda.. Aku ingatkan tak ramai orang.. Rupanya ramai gak la yang datang tonton.. Siap bawak anak lagi.. Huhuhuh..

Movie pon bermula.. Hero , sasa wooo ! Kacak gituuuu.. Huhuhuh.. Tapi kenapa mata aku makin layu dan layu ! Puas aku try jegilkan mata.. Arghhhh .. Why sekarang ????

Aku nekad.. aku keluar je dari panggung dan datang tonton bersama rakan rakan blogger je nanti tapi.. sayangnya ! Aku dah luangkan masa.. tinggalkan Qhaliff ! Pastu nak persiakan masa ?? Tonton kasi abissss , Ben !!

Aku pon layan dan layann… Beberapa kali aku terlelap dan mengharapkan babak Superman mati tu muncul ! Tu pun sebab dah kecoh kat Facebook yang bagitau Superman mati. Aku ingatkan mati kena belasah Batman.. Rupanya ngan monster macam muka… krik krik…

Hampa.. aku keluar dari panggung ! Kalau aku tau , aku g makan tenghari lagi best ! Tak pasal pasal aku kebulur tenghari tu .. tak sempat nak makan..

Watak Superman.. aku suka giler ! Watak Batman aku kagum ! Tapi drama dalam filem ni melayukan aku.. Layuuu ! Terus terbayang The Avengers.. atau Captain Amerika mahupun IronMan..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Semalam , aku berpeluang menonton 3 movie sekali gus.. Ola Bola , Bravo 5 dan Jejak Warrior.

image image image

Ketiga tiga filem ni memang best untuk ditonton tapi sayangnya , Ola Bola memang patut dapat pujian dan kutipan box office ! Bravo 5 , boleh nampak macam filem Survivor.. Aku terpinga pinga tak paham… Babak tak patut ada pon ,dia selitkan.. buat apa ? Adehh.. Walhal , Bravo 5 boleh dibuat jauh lebih bagus bila adanya kerjasama dari pihak kerajaan dan juga tentera.

Jejak Warriors.. Aku rasa filem ni boleh dikembangkan lagi.. Ada cerita tapi macam.. hurmmm… Selayaknya main kat cerekarama jer kalau jalan ceritanya seperti yang aku tonton. Bukan tak bagus tapi ..biasa sangat ! Haaa..

Ola Bola ? Patut ada yang mengalir airmata.. Patutlah ada yang ulang tengok .. Jalan cerita mantap. Ada cerita. Kesinambungan yang menarik. Semangat negaraku begitu meluap bila menonton filem ni..

Walaubagaimana pun.. ketiga tiga filem ni mmg ok bagi aku. Takde la meleret dengan cinta cinta gituuu.. Sekurangnya , terhibur bila menonton dan tak meluat melihat aksi aksi mengarut.. seperti bomoh dan adegan tayang badan….

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Sebelum dikenakan pada rakyat , gendang dipukul bertalu talu yang mana rakyat diberitahu GST tidak akan membebankan.. Tapi sayangnya , rakyat di era viral ini , dah faham dan masak .. semua tu omong kosong belaka ?

Hari ni aku kena servis kereta lagi.. Dalam kepala , terbayang GST yg bakal dikenakan pada aku. Aku tak kisah bayar GST asalkan aku dapat rasa kenikmatan hasil bayar cukai tu.. Tapi ??? Hurmmm..

Selain servis kereta.. roadtax pon akan tamat tempoh.. ini bermakna insuran pon kena renew gak  !

image

Nasib baik aku main kutu dah dari awal tahu. Duit kutu je la aku gunakan untuk cover insuran ni.. Huhuh.. Bajet aku , RM1K termasuk roadtax..

Dan di pusat servis , aku dimaklumkan mengenai insuran yang dikenakan pada kereta aku.. NCD 38%. Katanya kereta baru.. Aku angguk je la.. Kena kencing ke tak , wallahualam. Tapi yang pasti , bila berlaku kemalangan.. bawak ke balik ke diorang ! Dah 4 tahun aku guna company yang sama.. Nama besar gitu ! Ahh , aku malas pening kepala.. Bayar jer..

GST ..RM89..berapa sen tah.. Fuhhh.. Kang buat roadtax , GST lagi ! Perghhh.. Kejap lagi gi barang dapur , GST lagi ! Arghhhhh ! Stresss ! Keje bagai gila.. bayar cukai ! Tapi yang makin kaya , ‘ diorang ‘ ! Aku cuma mampu hidup jer..

Hulur kad kredit.. GST lagi.. Nak bayar cash ? Hurmmm… Nanti laaa..  Tunggu duit kutu , cover semua perbelanjaan hari ni ! Hurmm..

Tetiba terfikir tahun depan.. Qhaliff dah nak masuk taska… Gulp ! Adik dia yang bakal lahir lagi.. Gulp…

Jangan ngeluh.. Rezeki anak anak ada ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Atau nasi tupe.. hehehe.. Antara makanan yang patut korang rasa bila berada di Kelantan atau bila terjumpa di mana mana pasar pagi.. Haaa.. Bila jumpa , sila beli dan makan ! Nyummmyyyyy…

image

Memula aku nampak makanan ni aku ingat .. hurm.. aku tak terbayang la apanya pon ! Tak tau lak ni makanan.. Atau aku ingat ayahanda pada si Tapai .. Bila tanya wife  dia jawab .. Ni la Nasi Tumpang !

Haa?? Dia tumpang nak g mana lak ??? Adehhh .. Ada jugak boleh main tumpang tumpang eh ??

Camana rupanya ?

image

Sedap ??? Serius sedap ! Huhuhuh… G la try !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Bang , petang nanti gi Ikea eh ? 

Aku , ok jerr… Sementara ada duit skit.. Dan dia nak beli apa apa keperluan untuk rumah , ni masanya.. Bajet tak lebih RM100 ! Haaaa.. nak beli apa di Ikea dengan bajet banyak tu ??? Hahahaa..

Setelah 2 jam di Ikea… maka balik ke rumah ! Sampai di rumah.. dia memunggah barang dan aku pengsan ! Bukan sebab penat tapi sebab kesengal lutut membuatkan aku rasa terseksa ketika berjalan !

Dan dalam diam.. dia membeli sesuatu yang aku tak terfikir ! Dan ini membuatkan aku tidak lagi dibebel ketika membasuh pinggan !

image

Kalau tidakk…

“ Bang , berapa kali la nak cakap.. baki makanan terutama nasi tu , jangan buang dalam sinki. Sumbat nanti , abang gak susah ! Haaa.. “

Dan adanya penapis besar gitu.. aku selamat .. untuk kali ni !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Akhirnya , aku ada tv dalam bilik aku sendiri ! Lama dah teringin nak ada tv sendiri tanpa ada gangguan sapa sapa .. hahahaha .. Dah tua tua gini , baru tercapai hajat ! Tv di bawah tu , biar anak anak je kawal.. dalam bilik ni , daddy yang punyaa !

image

Tak pasang ngan Astro pon.. Download movie pastu mirrorkan aja dari Samsung Tab S2 aku.. clear je gambar.. eehehe…

Satu lagi lega ialah.. lutut aku ! Aku pakai yang baru ni , ternyata lebih bernafas skit laaa lutut aku.. Yang sebelum ni , fuhhh.. Yang getah tuu .. ketat skit..

Er , harga pon cun gak yang ni.. huhuuh..

image

Hurm.. kalau tak elok gak minggu depan… memang kena MRI gak la kaki aku ni.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Bapak jugak yang ajar anak buat duckface ni ! Heeehe.. Dulu orang kata , nanti akan bawak ke besar.. Seperti yang korang tau , Qhalfif dulu lagi kuat duckface dia tapi bila dah masuk 4 tahun , dia tenang jer.. Takde la pulak dok buat jer.. huhu..

Zahra.. Dah nak cecah 2 tahun.. Fuh , memang mencabar laaa membesarkan dia ! Apa saja abang dia pegang dan buat , itu jugak dia nak ! Meniru , memang pantas ! Pening gak aku tengok Zahra ni.. Pening sebab dia kuat provoke abang dia , Qhaliff Iman ! Pastu bising laaa..

Adik dia , aku tak tau lagi jantina. Tapi nampaknya macam perempuan jer.. Aku tak kisah la laki ke perempuan.. yang penting , sihat ! Kan ? Huhuhuh..

Perempuan kalu ? Hahahahaha… Zahra ada kawan laa dan Qhaliff , tercari kawan ! Jangan bila dah besar nanti , main masak masak atau main kawin kawin , dahhhh !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Seminggu berlalu.. kesan dari main futsal minggu lepas masih belum pulih sepenuhnya. Masih terasa birat/pedih ketika solat.. Allah ! Berpeluh aku dibuatnya..

ACL ? Aku lom berkesempatan g jumpa doktor atau pakar fisio untuk buat pemeriksaan.. Sibuk dengan hal dunia.. huhuu…

Dulu , aku pelik kenapa kawan kawan aku stop main bola dan beralih ke sukan yang tidak begitu berisiko.. semuanya kerana lutut ! Sekarang , nampaknya aku akan follow diorang jugak ! Huhuuh..

Serius.. korang , jangan sampai lutut tu sakit.. Menderita wooo !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Penat.. Terabai blog ! Itulah yang berlaku pada aku ! Aku makin kurang update blog. Entri pon tak sampai ke jiwa.. Idea banyak tapi dah terlalu sibuk ! Siang meeting.. Pastu jaga anak.. Malam , lepas anak anak tidur , baru aku ada masa.. Tapi sekarang ni ,bila anak tidur.. ngan aku aku tidur !

Sebagai founder Kelab Blogger Ben Ashaari , aku terpaksa berjumpa dengan mereka yang berminat nak dapatkan khidmat blogger ! Untuk pengetahuan , aku tak pernah amik sesen pon duit komisien dari setiap job yang aku terima ! Walaupun ada mulut puaka yang dok usung cerita mengenai aku dok makan duit blogger , aku diamkan jer. Sebab apa ? Semua orang tau hakikat sebenar !

Ini salah satu client terkini.. Bukan mudah nak deal dengan orang berpengalaman. Namun semua ni , pengalaman untuk aku.

image

Penat ? Serius penat. Paling mengecewakan , blog aku terabai ! Aku hilang aura untuk menyampai cerita cerita pada pembaca. Jalan cerita aku sekarang , meleret dah ! Aku frust !

Tu belum lagi part karenah anak anak buah. Hurmm.. Nasib baik ada ‘AJK’ dan ‘ orang lama ‘ yang boleh pantau dan beri nasihat jika ada isu isu dalaman.. Kalau tidak ? Fuhhhh… Hypertension aku ! Hahahaha..

Menyesal ? Takde maknanyaaa.. Aku berbangga dengan team aku yang sememangnya mereka berbangga menjadi sebahagian dari team Kelab Blogger Ben Ashaari !

Walaupun aku penat.. selagi terdaya aku akan terus curahkan pengalaman aku pada rakan blogger terutama yang memerlukan secuit ilmu dari aku.. Yang penting , bila dah berjaya nanti.. jangan la lupa diri ! Huhuhuh.. Kecewa aku..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Semalam , aku gi gym.. Dan terkejut ! Kawan lama , ada di gym ! Kali terakhir aku jumpa , dia berjalan dalam gym dengan berseluar sendat ! Badan dah gempak giler. Senyum aku masa tu.. Alhamdulillah , tercapai dah cita cita sahabat tu nak sado !

Tapi kali ni.. berbeza ! Badan dia.. hurm… Macam orang dah berenti workout 3 tahun gitu haaa ! Huhuhuh..

“ Laaa.. apa jadi dengan badan kau ? Adehh.. Ni nampak cam parah jer.. Ke ko off season ni ? Nak masuk contest ke ? “

“ Takde la bang… Saya suspek leukimia ! “

Terkedu aku.. Terus cari tempat duduk dan duduk depan dia. Nak dengar cerita dia.. Dan dia pun bercerita la panjang lebar.. Hurmmm.. Seperti yang pernah aku nasihatkan pada dia dulu.. Jangan dan jangan ! Tapi darah anak muda ! Kesabaran tu , agak kurang.. Yela , aku pun pernah muda. Tahu la camana.. Cuma nasib baik , aku masa tu.. memang penakut skit.. Tak berani amik risiko ! Ada orang berani amik risiko tanpa mengira kesan jangka panjang !

“ Doktor kata , kesan dari pelbagai suppliment yang saya amik.. “.

Hurmmm.. Ternyata dia menyesal dengan apa yang dah berlaku dan semangat dia memang dah pudar sama sekali. Aku nasihatkan dia. Jangan putus asa.. Muda lagi. Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran. Bila nak buat sesuatu , perlu ada niat yang bersih.

“ Kau nak sado untuk apa ? Cam aku.. aku memang nak jaga kesihatan. Aku ada darah tinggi. Sebab tu aku kena maintain. Tapi takde la tahap nak sampai kering dan gempak punya badan. Aku tak mampu gitu. Tapi kalau mampu pun , aku nak buat apa ??? Bukan nak masuk pertandingan. Segan aku nak tayang badan.. huhu.. “.

Aku bukan nak bebel .. tapi ada segelintir budak sekarang nak sado sebab nak jadi anak ikan.. Nak jadi bouncer.. Buat apa ? Kalau nak serius , buat betul betul .. Fokus ! Amik sijil .. jadi trainer bertauliah.. Contoh.. Cam Dato Ahmad Zaki ..

image

Ni baru betul.. Apa guna badan sado tapi tak betul cara gunanya ! Hurmmm..

Yang mengecewakan bila ada yang mendapat salah tunjuk ajar ! Amik suppliment yang tidak mendapat kelulusan seperti steroid dan macam macam lagi ! Perlu dapatkan khidmat nasihat pakar. Bukan main belasah jer ! Hurmm..

Ini bukanlah kes pertama. Bannyak dah ! Tu belum part nak masuk gym , hisap rokok dulu.. Pastu bila abis , hisap rokok lagi ! Adehhh.. Dah tu , g gym untuk apa ? Luar cantik.. dalam ?

image

“ Abg Ben , dari muda sampai umur 40.. maintain jer.. Segan saya .. “ .

Aku senyum..

“ Aku buat untuk sihat.. “

Walhal… nak awet muda.. Nak nampak kacak bergaya gituuuu ! Kalau tak , payah la nak bersaing dengan blogger blogger muda yang makin ramai .. kan ? Haaa..

image

Janji nampak smart bila pakai baju raya nanti.. dah ! Hahahaha…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurmm.. Kalau dulu , Celcom atau Maxis ! Tapi sejak sejak kebelakangan ni , aku tak gemar dah dengan Maxis.. Mungkin mereka sedang naik taraf la kot.. Sungguhpun gitu , Maxis cemerlang ketika di Taman Negara ari tu.. Dalam hutan , Maxis je ada.. hehehe..

Tapi di bandar camana pulak ? Haaa.. Ini berdasarkan pengalaman aku laaa.. Aku dah lama tinggalkan Maxis sejak aku berpindah rumah baru di Bandar Baru Salak Tinggi.. Di situ , Celcom cemerlang.. Namun begitu , sejak Digi menaiktaraf , Digi dah sebagus Celcom namun tewas pada kadar harga pakej internet dan juga ‘Burung Hantu’ !

Tetapi dalam keadaan kecemasan , Digi amatlah sangat membantu ! Tak semua tempat Celcom cemerlang tetapi sebaliknya , Digi mengambil tempat kecermerlangan tu ! Haa.. Contoh ketika aku di Ikea Cheras tadi..

image

Celcom.. hidup segan mati tak mahu ! Terus aku membuka satu lagi sim aku.. Nasib baik Sony Z5 aku dual sim ! Hehehehe.. Tapi makan bateri laaaa ! Huhhh… Namun aku dah jumpa satu aplikasi untuk menjimatkan bateri ! Tu aku akan cerita nanti ! Hehehehe..

Ok… aku bukak Digi dan..

image

Aku boleh terus berwhatsapp dan layari internet malah leh post gambar ke Instagram ! Huhuhuhuh.. Nasib baik ada telefon dual sim dan juga Digi !

Ok.. masalah dual sim kalau bukak dua dua , memang akan cepat abis bateri. Nasib baik aku diketemukan dengan Shut App ! Sebelum aku nak download , aku baca komen.. Biasanya ‘sampah’ jer…tapi yang ni dapat positif punya feedback ! Hurmm..

Ok.. aku try dan..

image

Aku berpuashati ! Dia ‘tutup’ app yang aktif ! Dan menjimatkan sekurang kurangnya 20% tenaga.. Android ni , bila dah install app , dia akan on walaupun kita tututp.. kan ? Sebab tu cepat je abis bateri.. Maka Shut App ni akan tutup sementara sebelum dia hidup semula.. Hehehehe… Maka, kena rajin la tutup… Tu yang aku perasan la.. Yang aku tak perasan , aku tak leh kata.. Sekurangnya , jimat la dari takde kan ?

Akhir kata.. cuba dulu baru leh komen.. hehehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Ahaaa.. Puasa jauh lagi ? Raya apatah lagi ? Huhhh.. Rileks bro ! Kita kena set mind kita.. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan kena tip top ! Dan apakah ganjaran untuk itu ? Yess.. kemenangan ! Ini barulah champion , kata Sam ! Hehehehe..

Hurmm.. Nak pakai apa bagi nampak champion eh??? Hurmm.. pilihan banyak tapi kenapa patut pilih dari jenama Elle Zada x Sam Syatilla ? Hehehe.. sila rujuk entri aku , Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016 ni ! Serius , memang berbaloi sangat !

Ok.. baca dah ? Apa lagi ? Jommmm pre order ! Banyak kelebihan dia , ok !  Semasa tempoh pre-order, semua item yang dipromosikan layak mendapat potongan RM20 dari harga asal. Produk memang pasti akan dapat, kalau tungu masa puasa baru nak beli memang boleh tak dapat beli sbb sold out.

IMG_8005 IMG_8806IMG_0738 IMG_0453

Cantik ? Haa.. ada banyak lagi design !!

Syarat untuk dapatkan potongan adalah melakukan pembelian melalui agen.

image

Amacam ? Tak cukup keyakinan kenapa nak pre order ? Jom layan video ni terlebih dahulu…

Kaannn.. dah berminat tapi tak tau camana nak pre order ??? Ok.. Jangan risau… aku bagi semua info tuu..

Untuk Potongan RM20 off KLIK: Senarai Ahli Keluarga Bisnes Elle Zada x Sam Syatilla ..

 

Maklumat lanjut hubungi....


ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE

YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!

No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,

Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Website: http://www.ellezada.com/

Facebook: https://www.facebook.com/ElleZada/

Email: ellezadaofficial@gmail.com

 

Secara jujurnya , aku berpuashati dengan baju Sam… hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Gambar kat atas tu , sekadar perhiasan jer… Tak tau nak letak gambar apa.. Hehehe.. Isu apa ni ??? Ok.. tadi aku ada la gi satu seminar keusahawanan di Shah Alam kendalian Kelab Usahawan Melayu Selangor.

Pastu ???

Huhh.. Sabar laaa.. aku nak cerita la niii. ! Gini.. penceramah yang bagi talk tu menceritakan pengalaman dia.. Antara pengalaman dia , bila melibatkan bisnes ni , tak kira apa bangsa sekali pon , mereka akan rahsiakan sumber mereka ! Haaaa… Patut tak ?

Er.. persoalannya.. Ada ke yang berkongsi kat mana ‘sumber’ diorang tu ? Maksud aku.. kalau aku jual nasi lemak.. nasi tu , sapa buat ? Sendiri atau upah orang ? Kalau upah orang , sapa yang buatkan ? Haaa.. Ada ke orang nak kongsi ? Hurmmm…

Kalau aku ? Hahahaha… Aku tanya dia balik..

“ Kalau awak , awak nak bagitau tau dari mana awak amik ? “

Hurmm.. susah jugak meniaga ni.. Sebab tu Islam suruh meniaga dengan jujur.. Kalau semua orang jujur , maka…. Hurmm.. Semua orang bahagia dan tenang meniaga..

“ Saya amik bekalan nasi ni kat Kak Ani.. Umah dia kat hujung Taman Seroja tuuuu .. “.

Fuhh.. punya la jujur.. Bersangka baik , kononnya..

Lusa , orang tu meniaga sebelah kita … Adehhh !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
 
Dulu masa bujang , teringin nak berjalan dan shopping barang dapur dengan anak lelaki atau anak perempuan.. Nampaknya , Allah panjangkan umur aku untuk menikmati apa yang aku inginkan. Alhamdulillah..

Qhaliff akan jangkau usia 4 tahun , bulan April ni. Dia dah banyak belajar dengan sendirinya. Melalui orang tuanya.. permerhatiannya.. pergaulannya.. Tu belum masuk taska lagi ! Kalau masuk ? Fuhhhh.. Tak larat aku nak layan borak dengan dia ..

Sedikit demi sedikit aku belajar memahami dia.. Bila dia buat pasal , tu tanda dia mengantuk ! Haa.. Cuma kekadang tu je la aku terlajak perangai ! Maklumlah , aku kan bekerja dari rumah. Kekadang , aku dikejar dateline.. Dikejar maintenane.. Haaa.. macam macam haaaa !

Bila keluar dengan dia , aku rasa seronok.. Shopping.. Dia kalau mintak itu ini.. dia boleh toleransi…

“ Daddyy.. nak robot tuuuu..  “

“ Mahal la Qhaliff.. Mana daddy ada duit banyak.. “

“ Ollloooo… “

“ Amik yang lain la.. “

“ Okkk.. “

Yer… dia boleh bertolak ansur.. Dan apa saja dia nak amik , dia mintak izin dulu.. Cuma , mintak izin tu syarat jer la.. Kita kasi ke tak.. dia nak juga ! Hahahaha.. Tapi kalau kita tak kasi, dia tak la meroyan kat situ.. Kena pujuk elok elok.. Alihkan perhatian dia.. dia ok la .. Kejap jer..

Sebelum shopping.. aku bawak dia gi jumpa client .. Dan dia sangat behave. Layan kepala dia sendiri jer.. Hehehehe..

“ Qhaliff nak apa ? “

Fuhh.. soalan maut untuk dia.. meroyan cari coklat ! Hahahahha..

 

image

#APO2016 :Kenapa perlu mengundi BEN ASHAARI ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Fuhh.. Perlis dan Kedah dah dapat cuti. Yelah suhu panas melampau ni memang terlampau panas ! Huhuhuh.. Aku di dalam rumah pon terasa bahang. Dalam kereta , biasanya pasang aircond di level 2 jer tapi hari ni.. 3 koooo !

Aku kesan suhu melalui jam tangan mahal aku ! Haaa.. Mahall kooo ! Eleh , mesti ada orang kata.. Tu pun nak bagitau ke ? Bagitauu laa.. Sebab mahal ! Kalau murah , aku diam diam jer.. Hahahaha.. Takde la… gurau jer.. Jangan panas ehhh.. Biar cuaca  je panas ..kita jangan panas !

Gambar bawah ni.. ketika nak gi makan tengahari di Ummiza Cafe , Jenderam Hilir.. dekat dekat ngan daerah Sepang dah ! HAaa… ni dekat ngan hutan ni..

image

Ok.. pastu petang , aku detect lagi..

image

Berasappp ! Ok , aku try matikan aircond dan tutup tingkap ! Aku tau la panas ! Tapi ada manusia terlupaaa.. dia tinggalkan anak kecil dia dalam kereta .. atau tertinggal ! Kesannya ? Fuhhh..

image

Walaupun hari dah masuk petang tetapi bahang El Nino tetap terasa ! Dengan suhu begini , tak dinafikan gajah pon leh kena strok haba !

Sila berhati hati.. nak bersukan di luar rumah pon , sila pk masak masak.. Jerebu pon dah mula terasa kan ? Haaaa…  Berhati hati la yer..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

ELLE ZADA.. satu jenama yang sudah terkenal di media sosial ! Sebut jer , mesti orang kenal punya ! Dan bayangkan jika bergabung dengan selebriti yang cukup gah , Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin… Perghhhh ! Mesti tertanya hasilnya camana kan ? Apakah bertambah gah ? Adakah pakaian yang dihasilkan nanti , mampu milik atau harga setanding harga pakaian terkenal ? Hurmmm..

Ok.. semalam aku dan rakan rakan blogger ke salah sebuah hotel di Bukit Bintang bagi melihat sendiri sidang akhbar kolobrasi Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016.

Majlis dihoskan oleh Heliza Helmi dan Nik.. Masing masing mengayakan jubah Elle Zada yang terkini..

image

image

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Normaziah dan Dato’ Zaini Tahar serta beberapa lagi selebriti jemputan. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Normaziah selepas memberi sepatah dua kata ..

image

Bagi memeriahkan lagi suasana , ada gimik menarik  dari kumpulan Bar-risan! Gimik ni bertujuan nak bagitau hadirin yang mana pakaian raya yang dikeluarkan oleh Elle Zada x Sam Syatilla adalah sangat berkualiti dan tak mudah koyak !

image

Kombinasi idea antara Shaheizy Sam dan Syatilla bersama ELLE ZADA menampilkan ciri ciri sofistikated , moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Shaheizy Sam dan Syatilla ni menyerlahkan personaliti peribadi selebriti ini bercitarasa tinggi.

Dengan bertemakan 'Sediakan pakaian kemenangan , Fokus Ibadah Ramadhan' , sebanyak 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden , abaya , baju melayu , kurta , jubah wanita dan lelaki bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Koleksi yang bakal dikeluarkan ini adalah dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium.Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 mana koleksi premium ekslusif dari harga RM299-RM599.

Antara  design yang bakal dipasarkan..

IMG_9905 IMG_9492IMG_9714 IMG_9037IMG_9507 IMG_0572

Dalam projek ini ELLE ZADA dan Sam Syatilla membuka kolaborasi kepada masyarakat umum untuk bersama menjayakan kempen pemasaran ini. Kolaborasi ini unutk mewujudkan keluarga bisnes yang besar untuk kongsi bersama hasil dari projek ini. Ahli keluarga bisnes ini terbuka kepada semua dan menawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150.

Sebanyak 6000 permintaan untuk menjadi keluarga bisnes dan 1200 lebih daripadanya telah berjaya mendaftar. Sampai hari ni , permintaan masih bertalu talu masuk dan masih ramai ingin menyertai keluarga bisnes Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016.Latihan dan sokongan keusahawanan diberikan percuma kepada semua ahli keluarga bisnes projek ini.

Sebarang pertanyaan , sila ke..

Web : http://www.ellezada.com/

Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada/

Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Email : ellezadaofficial@gmail.com

image

Secara jujurnya.. hehehe.. Aku sendiri terpikat dengan koleksi pakaian ELLE ZADA ni , sewaktu ke butik mereka di Wangsa Maju hari tu ! Huhuhh.. Dan aku nak pakai masa raya nanti !

#Inibarulahchampion , kan !!!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ▼  Mac 2016 (68)
      • Hidup , jangan tamak .. kawan !
      • Kapsul Manjakani Mama_Tasneem
      • Terpaksa batalkan projek hari ini !
      • Respek la si ibu ibu bekerja !
      • Bila lutut sakit..
      • Kenapa Batman V Superman tak best ?
      • Patut OLA BOLA best !
      • GST membebankan atau membantu kita ?
      • Ini namanya , Nasi Tumpang !
      • Akhirnya , dia berenti membebel !
      • Legaaa sangat !!
      • Anak dara oh , anak dara !
      • Tolonglah jangan sakitkan lutut anda !
      • Bukan mudah jadi ‘founder’ !
      • “Buat apa la nak sado sado ni ?? “
      • Dual Sim : Maxis, Digi atau Celcom ?
      • Pre-Order Koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla !
      • Perlu ke kedekut ?
      • Syoknya shopping dengan anak..
      • Suhu panas direkodkan dan sekolah diberi cuti !
      • Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016
      • Produk susu unta dari CAMELUS !
      • Bapak yang buat , anak yang kena !
      • Penatkah aku atau ?
      • #APO2016 :Kenapa perlu mengundi BEN ASHAARI ?
      • Tiada lagi FUTSAL untuk aku !
      • Serang cafe di Sunway dengan ‘KETCH UP’ !
      • Misteri Qhaliff dan pintu !
      • Rambang mata bila ke CACAMERBADOTCOM !
      • Sekejap je dia membesar dan aku semakin tua !
      • Jogging atau berjalan ? Mana lagi membakar kalori ?
      • Seminar membuang masa untuk wanita !
      • Akhirnya , dapat kasut baru !
      • UM EDUCATION CARNIVAL 2016
      • Jimat ke elektrik guna La Genius Saver ni ?
      • Aku terperangkap dengan mereka akhirnya !
      • Istimewa di Trulia Cafe , Cyberjaya
      • Guna Simkad TOUCHDOWN International ketika melanco...
      • Minggu yang mendukacitakan..
      • Qhaliff kecurian di Alamanda !
      • Dunia maya sekarang , menakutkan !
      • Punya la banyak makanan..tapi!
      • Tanda dua dua semakin matang..
      • Takut tengok wayang !
      • Masalah ‘orang sado’ !
      • Terbaik dari SHIQEEN SATTAR
      • Tersenyum melihat telatah blogger..
      • 3M Countertop Drinking Water System !
      • Cabaran setiap malam !
      • Wajahku makin berseri kata awek itu !
      • “ Review produk pun nak kena bayar ke ? “
      • Cyst di kala mengandung !
      • Mudah bersama Monsta Xtreme dan Monsta Fitness Res...
      • Zahra memberontak ?
      • Kerjasama yang membanggakan aku dan rakan !
      • Simpan satu dan bawa ke mana mana sahaja !
      • Review atau promosi makanan ???
      • Menyesal tak gunakan BB Cream dari Cosmoderm !
      • Osim Utrek sesuai untuk anda !
      • Terlalu penat !
      • Bukan senang mau senang !
      • Jangan cepat salahkan pemandu !
      • Cita cita aku dalam dunia blog , tercapai !
      • Kembali ke jadual asal !
      • Sukar berlaku adil !
      • Han Rainforest Resort , Taman Negara
      • Program ‘English Mania’ di Legoland Malaysia
      • Qhaliff hilang di Alamanda !
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes