Kandungan dah masuk minggu ke 36 ..Aku dah kena bersedia untuk menyambut kelahiran anak kedua .. InshaAllah ..Beg pakaian baby dah kena ada dalam kereta. Minyak kereta , kena sentiasa penuh. Kad Touch n’ Go kena banyak baki wooo .. Kenapa ? Haaaa.. Cuba tanya pengalaman mereka yang pernah alami kes hospital terpaksa menolak kes kelahiran kerana ketiadaan kekosongan. Perghhh.. Leh mengalir peluh wooo bila dengar diorang punya pengalaman tu..
Pastu bila dah lahir , part nak daftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negar .. Haa.. Di sini ramai yang terlupa atau tak amik tau.. Sijil Nikah perlu dibawa bersama.. Yang original la senang .. Kalau salinan , pihak JPN tengok cam pelik je , dia mintak terus yang ori .. haaa.. Takde atau hilang la pulak !
Cam kes aku semalam la.. Dah plan nak bawak Qhaliff melancong ke New Zealand di Sri Kembangan semalam.. Tapi teringat sijil nikah tu , terus memunggah rumah ! Cari punya cari.. Hingga ke petang.. Tarakkk !! Terpaksa buat plan kedua yakni kena balik Kelantan untuk amik sijil nikah dan kad kawin.. Hurmm ..
Redha dah tapi masih usaha cari.. Kot kot ada tertinggal di mana mana ke.. kan ? Dan Alhamdulillah .. Jumpaa kat opis wife ! Dia simpan .. hehehe ..
Lega guee .. Tapi lom lega sepenuhnya.. Tengah pk nak bagi nama apa lak .. Huhuh…