Mid Autmn Festival atau Perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun. Cahaya yang terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung-tanglung adalah satu lagi perayaan terpenting kaum Cina. Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh akan muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.
Mengikut kalendar Cina ialah pada hari ke-15 pada bulan Ogos hingga akhir September. Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti Zhou. Sambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang.
Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song disambut oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini. Terdapat sejarah dan mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan.
Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi. Ada juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Sejarah perayaan Kuih Bulan bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku. Peristiwa pertama tentang sejarah perjuangan rakyat China semasa Dinasti Yuan dan satu lagi mitos tentang Permaisuri Chang Er yang berada di bulan menjadi dewi yang berpegang kepada soal prinsip hidup dan kesetiaannya.
Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka.
Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat. Mesej yang diselit menerangkan cara-cara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas mereka selama ini. Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Ok.. itu sedikit info yang aku amik dari Wikipedia dan Utusan Malaysia. Ikukan panjang lagi. Lama dah aku teringin nak bawa keluarga aku ke SunSuria City , Sepang yang mana sebuah bandar moden sedang dibangunkan oleh SunSuria Berhad dan kena pulak malam tadi sesuai untuk ke sana dan boleh turut serta menghayati suasana Mid Autumn Festival. Anak anak aku suka la dapat main tanglung atau lantern. Aariz pun teruja melihat lampu lampu berwarna warni.
Sebelum tu , kena register dulu. Dan masuk ke dewan utama. Tak sangka rupanya SunSuria City ni punya pelan perancangan yang cukup mengagumkan. Ingatkan kecik jee... Rupanyaaa... besar ooo ! Lengkap dengan sekolah serta universiti.
Ok..Acara bermula pada jam 8 malam dan dimulakan dengan Illuminating Lantern Walk. Menarik dan meriah ! Pelbagai bangsa turut meriahkannya. Tu bagusnya rakyat Malaysia ni. Sama sama meraikan dan mempelajari budaya masing masing dan saling menghormati.
Tema kali ni ialah Arnab.
Lepas ikut mereka berjalan , aku kembali ke Celebration Centre. Ada Food Truck , Rabbit Lantern Garden , persembahan kebudayaan , Moon Cake Buffet dan banyak lagi. Yer, suka la anak anak aku terutama dapat tanglung tuuuu..
Aku suka ada Food Truck. Macam macam makanan ada. Kena pulak aku baru lepas workout.. penat dan kelaparan ! Jangan risau.. Memang Halal dimakan.
Sebelum pulang , sempat singgah di booth Tradisional Cake. Heee...
Terima kasih buat SunSuria City dan SunSuria Berhad kerana menganjurkan Mid Autmn Festival ni. Kalau tak , memang tak merasa la aku dan secara jujurnya , perasaan nak melancong ke negara China di musim luruh tiba tiba melonjak ! Huhuh.. Mesti cantik, kan musim luruh kat sana.. Huhuh..