BEN ASHAARI



 

Teringin lama dah nak makan masakan cina sebenarnya. Walaupun pernah makan sebelum ni tak kepuasan tu tak sampai di tahap yang aku nak. Sedap tu memang sedap tapi aku je makan tak puas… Heee..

Dan di Kuantan ni , ada satu restoran yang mana kaki makan makanan cina je tau.. masakan cina muslim yer ! Heee.. HALAL gituuu.. jangan risau ehhh…. dimasak sendiri oleh chef melayu Islam yang telah berguru dengan chef chef berbangsa cina yang cukup otai dalam masakan tradisi mereka. Satu-satunya restoran masakan HALAL Cina yang dikendalikan oleh kakitangan hotel.

Restoran De Rhu Oriental terletak berhampiran dengan UTC di pusat bandar Kuantan adalah pilihan terbaik ! Aku sekeluarga singgah makan tengahari tadi.. ternyata cukup berbaloi !

Dan buat pengetahuan korang , Restoran De Rhu Oriental ini juga adalah restoran rasmi sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

image

image

Ok.. Apa makanan yang sedap kat sini ? Hurmm.. Apa eh ??? Ok.. aku makan… Tadaaaa.. sila tengok gambar eh ! Seperti biasa , aku pandai makan jer.. Nama masakan tu , aku tak hafal. Kalau hafal , aku rasa baik aku jadi chef jer.. sebab dah leh hafal nama masakan ! Hahaahha..

Dah , jom tengok gambar dan tarik nafas dalam dalam.. sebab sedap ok !

image

image

image

image

image

Ada banyak lagi masakan masakan sedap di sana. Dan menariknya , lepas aku abis makan.. aku tak minum air mineral banyak banyak ! Apakah tandanya ? Hehehehe.. Kalau tak , mesti aku akan kerap dahaga punya kalau makan masakan luar ni.. huhu..

Ok.. Harga ? Nak tau lebih lanjut mengenai menu , harga serta promosi yang sedia ada , sila ke http://www.dro.com.my/ atau ke De Rhu Oriental.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dari rumah aku , Sepang ke Kuantan mengambil masa… kira cincai laa.. 4 jam ! Ikutkan 2 jam lebih pon boleh sampai la tapi sebab aku suka berenti renti , maka jadi 4 jam.

image

Jam 4 lebih petang , tiba di De Rhu Beach Resort , Kuantan. Tak susah pon sebab ada waze. Mudah nak jumpa. Dan bila sampai je sini , secara jujurnya aku terasa lega la. Hotel ni seperti yang aku jangka la.. Bersih dan selesa ! Aku memang nak hotel gini bila gi bercuti. Baru berbaloi masa dilaburkan.

Check in. Staff mesra pelanggan dan segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Anak anak dah tak sabar nak masuk dan melompat lompat atas katil.

Dan bilik yang ditempah adalah junior suite. Bercantum dengan satu lagi bilik. Heee… Bersih , kemas dan amat menyelerakan untuk aku berehat di sini.

image

image

 

image

Suka diorang. Bila tengok kat belakang , diorang lagi teruja ! Nak mandi kolam. Aku tengok je diorang punya keterujaan. Yeke teruja ?? Kang turun , takut nak masuk dalam kolam.

Hurmm.. Harapnya tidak la .. huhuhu..

image

Mandi. Solat. Dan bersedia untuk turun mandi di kolam.. Er , lebih pada bermain air je la sebab sejukkk.. baru lepas hujan ni.. Pengunjung pun masih ramai gak walaupun hari dah petang.

Aku pakaikan Qhaliff life vest dari The Sauf. Zahra tak nak pakai. Aku rasa sebab ketat skit rasanya. Tak pe , nanti cuba lagi. Namun begitu dia tetap nak turun ke kolam.. Aku tak kasi sebab di tempat dia nak masuk tu , agak dalam. Kalau ada life vest tu , aku tak kisah sama sekali. Tapi dia berdegil nak masuk. Aku biarkan .

Dia terjun. Dan dia tenggelam. Aku senyum je pandang dia. Pastu aku tarik tangan dia.

“ Haaa.. sebab tu daddy suruh pakai. Kalau pakai , tak la jadi gini.. “. Muka dia memang dah cuak. Aku tengok Qhaliff. Dia pun bebel tapi tak berani masuk dalam kolam. Dia bukan takut tapi takda kawan. Kalau ada kawan , sah sah dia terjun dah !

Akhirnya gi mandi kolam agak kecil.

image

Takda orang kat kolam ni. Dan dia masuk. Huhhhh… Tak pe.. esok masih ada.. boleh cuba lagi nanti ! Hahahaha… Pastu aku ajak semua naik. Turun tak sampai setengah jam pon. Aku pun tak nak lama sebab cuaca sejuk. Huhuh.. kang demam lak.

Dan malam menjelma.. Steambot menanti ! Aku sebenarnya fobia nak makan steambot tapi wife teringin. Ok laa.. Fobia sebab masin kuahnya. Sakit kepala gituuu..

Ok.. aku bagi peluang. Nak rasa gak masakan hotel di Pahang ni.

image

Aku rasa sedikit kuahnya. Dan.. wowww ! Original gitu. Tiada MSG sama sekali ! Aku suruh wife makan dulu. Aku jaga Aariz walaupun sebenarnya aku dah terliur nak makan ! Rosak diet pon rosak laaa.. Bukan senang nak jumpa steambot yang sedap gini haaaa.. Bila dah ada depan mata , maka makanlah sepuas hati.. kan kan ? Kuahnya pon tak pedas sangat. Sambal dan cili diasingkan gitu..

Aku order nasi goreng untuk Qhaliff. Saja nak rasa nasi gorengnya. Nasi goreng pon sedap. Sesuai untuk budak budak. Tak pedas.

image

Nasib baik la anak anak tak duduk senyap. Kalau tak , aku akan merangkak naik ke bilik sebab kekenyangan sangat ! Hahaha.. Kalau boleh kuah semua aku nak hirup wehh ! Tak pe , esok pagi leh gi gym. Hahahaha..

Balik bilik.. rehat ! Aku dah lama tak dapat tidur yang sempurna. Moga malam ni dapat berehat dengan baik. Esok , banyak plan nak dibuat. Heee..

Untuk sebarang pertanyaan , sila tanya sendiri  di De Rhu Beach Resort, Kuantan yer.. heee.. atau www.derhu.com.my !

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Sila baca entri ni dulu , Kalut cari buku tadika anak ! untuk memahami entri ini sebab aku tak nak campak belakang ! Dan aku tak jangka sama sekali laaa.. begitu cepat sekali dapat !

Wowww ! Tak payah buang masa gi redah mencari di kedai buku dahh. Klik klik dan tik tik jer.. terus dapat !! Order hari Rabu dan dapat hari Jumaat ! Dalam masa 48 jam gitu..

Terima kasih MPH ONLINE atas kecekapan anda !

image

Dengan ini , maka lengkaplah buku Qhaliff untuk pertama kalinya dia ke sekolah..

image

Dan jutaan terima kasih pada POS LAJU atas kecekapan anda.. POS LAJU Bandar Baru Salak Tinggi yer.. nun di Kosmoplek BBST ! Terbaik !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tutup 2016 dan buka 2017 dengan sambutan hari lahir wife ! Huhhu.. Satu kenangan yang bakal terukir di De Rhu Beach Resort , yang mana ini kali pertama aku sekeluarga sambut di luar kawasan aku membesar… hahahaa..

Kenapa De Rhu Beach Resort ? Seperti yang aku kata , aku suka main ‘ Pantai Timur’  kalau ada cuti panjang. Pantai bersih adalah keutamaan aku. Dan di sini , dengarnya kolam sesuai untuk anak anak dan ditambah masing masing dah ada life vest yang aku sendiri teringin nak pakai.. pastinya akan memberikan keseronokkan bermandi manda tak terhingga.. kan kan ?

image

Cuma satu je persoalan.. Apakah benar De Rhu Beach Resort Kuantan ni seperti yang dikatakan .. best ???

image

Tunggu aku sampai sana dan bercerita mengenai resort ni ehh..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Aku mula masuk gym , usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun. Yer , aku tau.. aku kelihatan seperti 30 tahun kan ? Terima kasih. Heee…. Ok Ok.. sambung cerita.. Sepanjang aku berworkout , aku tak pernah ada ‘pelajar’ walaupun ada yang minta. Kenapa ? Sebab aku takda ilmu pon. Cuma ada pengalaman dan sedikit info pasal besi besi ni.. Aku sendiri pon main tunggang-langgang ! Hahahaha..

Sejak balik dari Sungai Lembing , bulan September lalu.. aku nekad mengubah diri aku setelah dapati badan aku serupa tong dram air ! Buruk aihhh… 2 tahun berehat membesarkan anak. Usik besi pun malas dah ! Asik melantak jer !

Dan.. hampir 3 bulan berlalu.. hasil dah mula nampak..

image

image

Jangan bandingkan aku dengan mereka yang masuk pertandingan tu haaa.. Mereka ‘cukup makan dan latihan’ berbanding aku yang lebih pada suka suka dan jaga kesihatan serta penampilan , ok ? Haaa.. berbeza tuuu..

Dan semalam , buat pertama kali aku mengajar perempuan setelah beberapa kali aku diminta berbuat demikian tapi aku menolaknya atas faktor yang aku kata di perenggan atas tu haaa.. Heee..

Kenapa aku terima ? Sebabnya aku tau yang ‘pelajar’ aku ni memang komited nak membakar lemak perutnya ! Semenangya orang gini sedap ‘didera’ di gym ! Hahahahaha…

image

Heee… seronok gak dapat ‘buli’ pegawai polis ni. Bila lagi nak rasa kan ? Hahahaha.. Apa pendapat Puan Shiqeen Sattar selepas 2 jam didera aku ? Leh baca sendiri di blognya yang bertajuk Bukan Senang Nak Cari Personal Trainer Gym KL.

Aku ada 3 bulan lagi untuk kemaskan diri sebelum nak melangkah ke peringkat lebih serius… hahahaha.. serius la sangat !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kejadian di Port Dickson baru-baru ni membuatkan aku perlu berhati hati sangat ! Jangan lepaskan anak kita bila berada di kolam mandi. Qhaliff , berlari dan terus terjun dalam kolam. Masa tu aku takda. Dia turun bersama pakcik dan sepupu sepupu dia. Nasib baik dia dah dipakaikan pelampung lengan tu ha.. Tak lemas tapi dia panik ! Terus tak nak mandi kat kolam besar tu dah !

Dulu pernah berlaku pada sepupu dia jugak. Budak ! Mereka teruja tengok kolam. Dan ini membuatkan aku perketatkan keselamatan ! Perlu guna life vest selepas ini. Nasib baik ada jual di online !

SAUF by SAUF ASIA !!

image

image_thumb[6]

Tak sabar dah dia ! Dan helmet tu , untuk dia berbasikal. Pon ada jual Tengah ada promosi skang ni .. Huhuh… Beli sebelum mahal semula..

Cuma.. apakah dia akan berani nak pakai bila berada di kolam nanti ? Kena tunggu hari Sabtu ni bila aku ke Rhu Beach Resort , Kuantan. Huhuhu..

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Qhaliff akan pakai buku buku di bawah ini.. Masalahnya , orang dah lama beli dah ! Sebab pendaftaran untuk tadika lama dah dibuat tapi aku terlambat buat ! Hahahaha… dok ingat anak kecik lagi gitu haaa..

image

Dikhabarkan pada kami suami isteri , yang buku ni ada dijual di kedai kedai buku ternama. Bila kata gitu , tarik nafas lega la.. Nak cari di Alamanda.

Dan semalam , wife kuar waktu lunch dan tgk di MPH Alamanda. Pastu dia text aku.. bagitau yang BUKU DAH TAKDA STOK ! What ?????? Ah , sudah..

Aku yang kebetulan berada di sebuah mall area WangsaMaju terus cari di sana. Dan berjaya jumpa buku IQRA jer. Yang lain dua memang abis stok !

Aku mengaru-garu kepala yang takda rambut ni. Camana eh? Hurmm.. kena cari cepat sebab Jumaat ni kitorang outstation. Ada trip family untuk penutup tahun 2016. Hurmm..

Tiba-tiba wife text sekali lagi. Masalah selesai. Dia dah beli secara online di MPH ONLINE jer..

image

image

Selesai masalah ! Huuhuh.. Alhamdulillah. Qhaliff pon dah tak sabar nak pergi sekolah ! Siap tidur pun pakai baju sekolah selepas pulang dari daftar ari tu.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hari ni , aku gi daftar Qhaliff masuk ke tadika pilihan aku. Orang lain dah daftar 17hb ari tu tapi aku.. hahahaa.. Main suka suka je daftar lewat ! Nasib baik laaaa owner tadika tu kenalan baik.

Ada banyak pilihan tadika sebenarnya tapi akhirnya aku memilih tadika ni atas banyak faktor dan tadika ni memang punya reputasi yang cemerlang sepanjang ianya beroperasi.

Satu pengorbanan sebenarnya antar Qhaliff ke sini sebab jauh dari rumah woo.. Hahaha. Tapi demi masa depan anak , apa salahnya kan ?

image

Semasa sampai di tadika tu , sesuatu di luar jangkaan berlaku. Aku rasakan Qhaliff yang bakal teruja tapi yang berlaku adalah sebaliknya ! Zahra hilang dari sisi aku. Bila di cari , rupanya dah duduk bersama sama kanak kanak di dalam tu sambil menunjukkan Pony ( permainan kesayangan dia ) pada mereka. Amboiiii !

Apa ? Hantar Zahra ? Rileks lu.. aku tak puas bermanja dengan dia. Hahahaha.. 

Qhaliff ok ke ? Dia ni , kalau parents dia ada.. dia mengada mengada jadinya. Kalau takda , dia ok jer ! Apa apa pun , tunggu 3hb Januari 2017 nanti. Hari pertama persekolahan dibuka.

Sayu je rasa kan ? Suka tu memang suka.. Syukur anak membesar depan mata.. tapi sedih skit je.. Hahaha. Pasni Zahra lak follow daddy gi gym. Aariz ? Hahahaha.. Tak tau lagi lenggok dia camana.. Asyik senyum jer dia .. Hahahaha..

Oh ya.. tadika mana ? Maaf.. yang ni terpaksa dirahsiakan demi keselamatan semua. Aku nak sangat bercerita tentang bagusnya tadika ni tapi demi anak dan pelajar lain , rasanya .. biarlah rahsia.. kan ?

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Qhaliff.. Zahra.. Gunting rambut jom… “. Dua dua ‘jommmm’ tapi dengan syarat , mainan dulu ! Huhu… Nasib baik diorang amik mainan yang murah jer. Kalau tak , memang aku hantuk pala kat dinding la jawabnya ! Kopak wooi. Duit banyak nak guna untuk awal tahun.

Qhaliff tak nak gunting kat satu salon ni. Dia kata tak best ! Dia nak kat salon yang bagi aku memang ‘pergh’ laa.. Memilih tul ! Tapi memang ada beza la..

Sekali budak gunting.. RM33 ! Termasuk GST.

image

Dan Zahra.. RM22 kalau tak silap aku. Kat salon lain lak. Dia tak kisah tapi kena cepat skit gunting sebab dia tak selesa dengan rambut rambut yang jatuh ke muka dia ! Hahahaha..

Mata pon dah tak nampak. Huhuh..

image

Dan bapak dia mesin sendiri je rambut.. Nak gi kedai gunting biasa pun dah tak mampu ! Beli mesin dan botak je la kepala ! Nak hensem hensem pon , bukan leh nikah 2-3 pon kan ? Hahahaha.. Segak skit dah la.. kan kan ?

 

image

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Eh , sukahati aku laa.. perut aku ! Aku sakit , aku mati.. bukan susahkan orang ! “

Dulu , gitu la aku pikir. Bila makan maggie , 3-4 bungkus aku boleh harung sekali gus ! Kalau beli air kotak tu , confirm kotak besar. Kalau kecik , mesti dua tiga. Mana cukup satu kotak jer ! Makan aku senantiasa berlebihan. Tapi abis la..

Sehinggalah , aku gi jaga arwah ayah aku di hospital. Melihat dia ‘kehilangan’ lidah , adalah sangat menginsafkan. Dia hanya boleh makan makanan yang lembut dan tidak boleh pedas langsung. Diikuti dengan pesakit pesakit kanser seperti kanser usus yang mana dikatakan berpunca dari gaya pemakanan yang tidak seimbang sama sekali.. Yelah , masuk banyak tapi kuar balik sikit jer ! Baki mana pergi ?? Simpan dalam usus… heeee.. Betul atau tidak , percaya atau tidak.. terpulanglah !

Aku ada hypertension.. satu tika dulu. Secara jujurnya, mulut puaka aku menyebabkan aku dapat ! Bila orang nasihat , aku tak endah !

“ Alaaaa , darah  tinggi jer pun ! Bukan teruk mana pun !! “.

Di usia 28 tahun , aku dah ada dah ! Berpunca dari stress. Aku tak makan ubat. Aku cuba kawal pemakanan aku tapi gagal. Gaya hidup yang tak betul menyebabkan aku gagal. Lepak berrsama kawan siang malam  di kedai makan asalkan ada masa. Kemudian makan makanan bergaram berminyak ! Aduhhhh…

Melihat arwah ayah , aku insaf. Kita sakit.. sapa nak bantu ? Kalau duduk hospital orang kaya , ok la.. Kalau kena hospital kerajaan ??? Ingat nurse ada masa sangat nak tengok kita tu ? Dia pun banyak pesakit nak kena jenguk dan layan ! Jadi sapa nak jaga kita kalau kita nak bangun pon tak boleh ???  Ahli keluarga atau rakan rakan baik ? Heee… mula mula ok la.. tapi kalau dah lama dalam wad tu , diorang pun ada kerja lain nak buat ! Lain la kalau ada isteri atau suami yang sangat setia.. sanggup berada di sisi kita 24 jam !

Tapi tak ke itu sebenarnya dah menyusahkan orang ?

Hurmm… alhamdulillah.. sekarang aku mula jaga makan. Tekanan darah tinggi , kali terakhir check.. dah normal ! Kandungan gula dan kolestrol pon ok.. takda masalah tapi kena selalu check..

Apa perasaan aku sekarang ? Bila badan dah mula seimbang.. aku rasa sangat ok.. berbanding dulu yang asyik stress jer ! Aku kena kekalkan.. Makan tu , aku makan tapi ala kadar. Bila teringin sangat , aku makan.. Tapi memadailah sekadar makan. Bukan melantak.

Tak lama lagi usia 41 bakal menjengah.. anak anak pon masih kecil. Aku perlu berusaha untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya anak anak dapat mencontohi aku. InshaAllah…

Makan boleh.. tapi kita bukan lembu.. lembu pun makan rumput jer.. tu pun dah gemuk ! heeee.. Sekadar nasihat. Suka tak suka , sekati korang. Part aku dah lepas..

image

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

image
Viral di media sosial sebelum ni mengatakan yang Bangi Wonderland Theme Park indah khabar dari rupa… aku tak tau sebab aku tak pergi waktu tu.. Sebab tu aku suka pergi mana mana tempat , selepas berbulan di buka. Beri peluang untuk mereka tingkatkan kualiti atau aku akan beri review yang tak sepatutnya..

Alhamdulillah.. hari ni , aku bersama keluarga #KBBA9 berpeluang mengunjungi Bangi Wonderland Theme Park selepas melihatnya viral di Facebook. Teringin nak merasainya sendiri.. best ke atau sebaliknya ? Hurmm..

Bangi Wonderland Theme Park and Resort ni terletak di No 2 Persiaran Bangi Avenue , Bangi Avenue 43000 Kajang ,Selangor dan beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 6 petang , Bangi Wonderland Theme Park mengenaikan harga tiket yang mana bagi aku amat berpatutan. Nak kata mahal , tak patut gak sebab memang akan puas anak anak kita bermain di dalam nanti !

image

image

Ok.. harga dah tau.. Makanan luar dilarang bawa. Dalam ada jual. Harga , ok la.. Tapi bukan harga seperti di pasar malam yer.. Heee.. Contoh cam laksa , RM7…Nugget , RM4. 

Permainan dia ok ke ??? Kalau tengok dari gambar peta , macam best.. Tapi paham paham je la kan zaman ni.. Dari gambar je mana boleh caya kan ? Kena gi tengok sendiri.. kan kan ?

image

Amacam ? Gempak kan ? Serius.. aku tergoda masa tengok gambar ni. Tapi selepas viral negatif tu , ketergodaan aku ke laut ! Sehinggalah aku pergi sendiri , hari ini ! Dan… aku sendiri tak sabar nak gi masuk dalam kolam ! Haahahha..

Berbaloi ! Sila pergi awal yer atau nak parking nanti memang susah dah ! Memang ramai orang wooo kalau gi hari cuti cam Krismas ni. Hari lain , aku tak pasti. Nanti nak try gi hari biasa lak..

image

image

image

image

image

image

Satu je nasihat aku ketika berada di sini.. Kalau nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat , sila pakai selipar yang getahnya mencengkam yer. Jangan berkaki ayam sebab ada tempat tempat agak licin.

Ada disediakan laluan berkaki ayam dan sila gunakan..

image

Amacam ? Jangan bandingkan dengan taman tema yang lain sebab ni baru je bukak.. Dan harga pon ok la. Nak murah lagi , kena beli kolam kat pasaraya tu dan mandi depan umah.. Heeee.. Jangan marah aaa..

Ok.. untuk pertanyaan lebih lanjut , sila hubungi admin Bangi Wonderland.

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Asal cuti panjang , tak dinafikan pantai Port Dickson antara tempat tempat pilihan rakyat Malaysia , pelancong dari luar negara dan juga pendatang tanpa. Kan kan ? Jammed tu dah confirm dah punya !

Tapi aku tak nafikan pantai Port Diskcon memang cantik dan best untuk bermandi manda. Budak budak memang suka bermain pasir sebab bersih.

image

image

image

image

Selain dari lepak kat pantai , kaki kaki makan mencari restoran makanan laut dan tom yam yang sedap dan murah di sini. Memang ada dan memang sedap ! Aku rasa kat sini memang makanannya murah murah sebab terlalu banyak persaingan.

Cuma bagi aku kalau boleh tu… pengusaha pengusaha resort tu… sila pastikan la resort mereka senantiasa dikemaskini dan diperbaiki. Macam tempat aku inap tu.. bayaran leh tahan harganya tapi bila tengok siling dia , gulp… terbayang jue on dan ada almarinya cantik di luar tapi di dalamnya adehh…

Dan para pengunjung pantai pun.. sila la jaga kebersihan ! Haishhh… Takkan tu pun nak kena ajar kot ?

image

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Tak banyak karenah sungguh mamat kecik ni ! Nak dibandingkan dengan Zahra dulu , memang bercinta la aku hari hari terutama bila part botol susu.

Begitu gak ngan Qhaliff. Wife la kesian. Terpaksa berlari balik setiap kali makan tengahari untuk susukan diorang tapi Aariz , tak perlu sama sekali ! Sua je botol susu , ngangalah dia tanpa disuruh ! Hahahaha.. Bila dah abis , dia akan ceria seceria cerianya.. Senyum sokmo kata orang London. Alhamdulillah.

Nak ke Cheras dari Sepang lak waktu kerja , dulu terpaksa usung wife sekali. Hantar diorang dulu pastu patah balik ke Putrajaya untuk hantar wife. Berapa banyak petrol dan tol didermakan untuk tujuan ini !! Banyak okkk ! Kalau tak buat gitu , Zahra atau Qhaliff meraung dalam car seat tu. Aarizlak kalau letak dalam tu , kasi susu.. krohhhhh.. terus.. Kuat tidur dak ni.. Hahahaha..

Satu pengalaman yang pasti akan dirindukan bila anak akan dah besar nanti.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Setiap pagi , peperangan mandi akan berlaku. Mula mula aku akan mandikan Aariz yang bangun awal pagi. Kemudian Qhaliff dan diakhirnya dengan Zahra yang payah sungguh la nak mandi tu.

Nak mandikan dua dua beradik ni , kena tunggu Aariz tidur dulu atau tenang. Tenang maksudnya dia baring dalam keadaan rileks gitu.. sambil layan tv.

Selesai part mandi , part makan lak.. Nak kasi makan.. Aariz nak tidur lak. Bila dah lena , si Zahra suka buat bising. Memang dia saja nak kasi Aariz bangun ! Huhhhh..

Menahan kesabaran di peringkat ni.. Masuk waktu solat Zohor.. Hurm.. aku kena tengok ketiga tiga punya mental dulu. Tak leh tinggal terus gitu.. Kalau Aariz tidur , dan terjaga pasti dia meraung tak hengat dunia punya. Tak kasi aku tarik nafas tul !

Kalau tak tidur ? Senang.. suruh Qhaliff jaga. Kasi susu dan aku sempat curik masa dalam 10 minit gitu. Gitu gak bila masuk Asar. Kena mandikan semua dulu.. baru leh atau tunggu wife balik. Huhuhu.. Masa ni baru sempat tunaikan hajat apa saja yang tertangguh sepanjang hari ! Hurmm..

image

Respek ibu yang jaga anak ramai sambil cari nafkah di rumah.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ▼  Disember 2016 (57)
      • Berbaloi makan di Restoran De Rhu Oriental , Kuant...
      • Hari 1 : Ke De Rhu Beach Resort , Kuantan.
      • Beli buku di MPH ONLINE ! Pantas sangat ni !
      • Menutup tirai 2016 di De Rhu Beach Resort , Kuantan !
      • Akhirnya , aku terima pelajar perempuan di gym !
      • Apakah Qhaliff tidak akan takut pada air lagi ?
      • Kalut cari buku tadika anak !
      • Akhirnya , Qhaliff daftar di tadika..
      • Anak-anak gunting di salon dan bapak dia..
      • Jangan sampai menyusahkan orang !
      • Best ke Bangi Wonderland Theme Park ?
      • Bila Port Dickson jadi tumpuan..
      • Senang betul jaga si Aariz ni berbanding..
      • “ Qhaliff , jaga Aariz. Daddy nak solat lak .. “
      • No Pain No Gain kata kaki gym !
      • Hanya dengan selfie , anda boleh menang hadiah lum...
      • SPOON kembali dengan nama Oja and Tunable Band !
      • Jangan nasihati anak kita !
      • Teringin nak ada produk sendiri ? JenamaSendiri.Co...
      • Amyra Rosli dan Amar Bahrain memang sepadan ?
      • Bekalkan mereka dengan set Umrah Dan Haji Cosmoderm !
      • Kembali dengan pemakanan yang sihat !
      • Dugaan hari pertama kembali jadi Mr.Mama !
      • ‘ Bulan madu’ aku dah tamat !
      • Sukan permotoran yang bermanfaat untuk kita !
      • Kenapa BEZZA ADVANCE jadi pilihan aku ?
      • Ulasan aku mengenai Star Wars : Rogue One !
      • Ni semua salah DORAEMON !
      • Berlari untuk Kebajikan ! TAHNIAH buat CP Group Ma...
      • Semua kena selsema kecuali aku !
      • The Legend Resort Cherating destinasi percutian ke...
      • LPT2 memang ‘berhantu’ !
      • Taska mana sesuai untuk Qhaliff Iman ?
      • Air lemon suam campur madu melegakan perut !
      • ANMUM ESSENTIAL tanpa gula tambahan untuk si kecil...
      • Demam virus melanda membantukan segala-galanya !
      • “ Daddy, nak tengok.. “
      • Tahniah Harith Iskander , Juara The Funniest Perso...
      • MURTABAK ROSLI cuma RM5 saja !
      • Mati atau Penguat Semangat !
      • Pekena mee celup dan roti canai kari gearbox di re...
      • Pandai main , pandai simpan la !
      • Aku kehilangan Qhaliff..
      • Pelan DIGI terbaru khas , INTERNET 4G TIADA HAD HU...
      • Nak 'stalk 'tak kekasih hati anda di Facebook ?
      • Cabaran bila dah kawin tapi masih nak jaga badan !
      • Ketagihan roti Gardenia yang 85 sen tu !
      • Akhir Gegar Vaganza 3 : Dato Siti Nurhaliza pukul ...
      • I Want Baby !
      • Cantik , bersih , kemas tapi gagal ‘menyinar’ !
      • Anugerah Puskas milik Mohd Faiz Subri !
      • Tahniah buat Mohd Ezhan dan Nur Assyahiza !
      • Keji sangat jadi blogger ni eh ?
      • Old Town White Coffee Wakaf Che Yeh terbaik !
      • Bila memori si anak kecil muncul..
      • Kek Baskin Robbins hadiah harijadi..
      • Pakaian ADIDAS tidak lagi berkualiti berbanding PU...
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes