BEN ASHAARI




 

Hari ni wife check up sekali lagi di Hospital Putrajaya. Selasa lepas , dia check up di klinik desa jer. Dia memang kena gi ‘lawat’ pakar sebulan sekali atas faktor tertentu..

Hari ni aku ikut wife.. Usung dua dua ‘sharp shooter’ sekali. Tapi dua dua , masih lena diulit mimpi. Huhh.. Jadual bertukar lagi diorang. Tidur lewat balik skang ni.. Hurmm..

Temujanji jam 8 pagi.. Selepas turunkan wife , aku gi cari port untuk sambung tidur. Dalam kawasan hospital , memang jangan mimpi laa Kena parking kat luar.. dekat ngan Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Ambik bantal dan.. lena sekejap.. Leganya mata.. huhu.. Entah kebelakangan ni , badan letih semacam jer.. Siangnya ngantuk saja.. Malamnya pulak.. pon ngantuk gak ! Hahahaha..

Dalam jam 10 lebih , wife mesej. Kata dah settle. Aku gi amik dia kat lobi. Muka dia biasa jer.. Ok sudahkah baby dan cystnya ? Sememangnya , kali ni aku agak sedkit gementar. Maklumlah , dia bagitau sebelum ni dia ada cyst dan kedudukan baby lak tak betul dalam kandungan.. Hurmm..

Wife naik je kereta.. Aku pandang dia.. Dia senyum jer. Aku membalas senyuman dengan hati masih tertanya tanya lagi.. Apakah kata doktor kali ni ??

“ Camana ? Apa kata doktor ? “

“ Cyst dah mengecil dan baby pon dah duduk di keadaan sepatutnya. Minggu ke 36 kena datang semula untuk bincang pasal beranak. Nak normal atau operation.. Kalau boleh , nak normal… “

Adeh.. normal ? Hahahaa.. kena teman lagi la jawabnya aku.. Adehhh.. Alhamdulillah.. janji semua ok.. Baby pon takde masalah.. dah 1 kilo lebih..

image

Abang ngan kakak , dah ready nak ragging bakal adiknya.. Sekarang , Zahra jer kena ragging.. Huhuhu…

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Dengan mengekalkan tema “ Rumah Selamat , Selamat Sampai ke Destinasi “ , Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad bagi memastikan keselamatan masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri  lebih terjamin.

Antara operasi-operasi yang bakal dijalankan ialah Op Perangkap Had Laju di kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya , Op Roda di mana statistik kemalangan maut pada musi Op Selamat yang lalu menunjukkan bahawa kategori motosikal yang paling tinggi terlibat dalam kemalangan maut.

Penekanan operasi kali ini tiada maaf bagimu punya ! Maksudnya , tiada kompromi terutamanya kesalahan lorong kecemasan dan potong queue ! Ini selalu berlaku dan seolah olah mereka tarak kisah punya ! Saman murah kot ???  Kasi uppppp tengokkk ! Huhhh..

Antara kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan ialah :

  1. Memandu di lorong kecemasan
  2. Memotong di garisan berkembar
  3. Tidak mematuhi lampu isyarat
  4. Memandu melebihi had laju
  5. Potong queue
  6. Guna telefon bimbit ketika memandu !

Kempen Op Selamat memberi tumpuan merangkumi keselamatan kediaman rakyat Malaysia ketika mereka bercuti di kampung halaman daripada sebarang perlakuan jenayah.

Bagi tujuan tersebut , rondaan pencegahan jenayah di taman taman perumahan akan terus dipertingkatkan. Anggota balai dan kereta peronda , Unit Rondaan Bermotosikal , rondaan bit dan jenis jenis rondaan akan bertindak sebagai eleman utama untuk memantau rumah dan premis yang ditinggalkan.

Pemilik kediaman atau premis diingatkan supaya memaklumkan tentang kepulangan ke kampung halaman kepada pihak polis dengan menghantar Borang Maklumat Balik Kampung. Borang perlu dicetak dan dilengkapkan serta diserahkan ke balai polis berhampiran.

image

Ok.. Berhati-hati di jalan raya yer ! Tak kira raya atau tidak , sila pastikan anda tidak terlentang di jalan raya ! Heee..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Cita cita aku satu tika dulu , nak jadi pereka fesyen pakaian lelaki ! Jangan tak tauuu.. Hahaha.. Aku cukup suka tengok rekaan baju lelaki. Memang gempak la.. Nampak segak dan macho..

Ketika aku berusia 17 tahun , ketika tu baju batik jadi satu trend. Aku ada banyak koleksi baju batik santai.. pakai dengan jeans. Bukan baju batik gi kerja setiap hari Khamis tu yer.. hehehe.. Sehinggalah aku mereka sendiri satu pasang baju raya yang bentuknya seperti kurta… Aku tertarik dengan baju kurta bangsa Punjabi punya design , kalau tak silap aku dan aku menggunakan kain baju kurung ! Hahahaha.. Mak aku kata aku mengarut ! Aku tak kisah ! Aku nak jugak.. Mak aku malas nak bertekak.. Maka tahun tu , aku beraya dengan pakaian rekaan aku sendiri ! Kawan kawan tengok , rasa kagum.. Tak de la nak kutuk bagai.. Sekurangnya , aku punya lain dari yang lain. Bukan pelik tapi kelainan..

Minggu ni , viral baju kurung untuk lelaki ! Aku tersenyum.. Cantik design dia.. Tapi warna dia memang warna ‘perempuan’. Kalau digarangkan lagi , bagi aku tak nampak la cam perempuan punya !

image image

image image

Design ok dah.. Warna je masalah.. Memang warna sesuai untuk perempuan.. Lelaki punya kalau digarangkan , memang nampak cun ! Hahahaha..

Bukan apa.. aku sendiri pun dah boring nak beli baju melayu kosong. Kalau ada design skit , ok la.. memang aku amik.. Kalau kosong , cam nak gi menikah je lagi.. hahahaha..

Apa pun bagi aku.. selagi mana tutup aurat , ok jer.. Ni semua cumalah rekaan pereka fesyen. Cam aku kata tadi , selagi mana tutup aurat.. ok la kan ? Sesekali nak ‘beraya ‘ dengan kelainan.. apa salahnya , kan ?

Jangan bogel dah la.. kan !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Geleng kepala , bagi mereka yang tak pernah ada pengalaman lagi ! Hahaha.. Cam aku , dah masuk 8 tahun.. ke 9 eh ? Lupa lak.. 8 kot ? Kawin tahun 2008.. Sekarang 2016.. Berapa ? Haa.. kira sendiri.. 

Cam aku yang dah biasa ni.. tiap tahun beraya di Kelantan , hanya mampu merancang jalan mana yang patut diikuti nanti. Apakah nak masuk Terengganu atau ikut Gua Musang ? Tapi kalau nak selamat , ikut Gua Musang jer.. Kenapa ??? Hehehehe.. Walaupun jalan tu pasti sesak , tapi boleh je berenti di mana mana .. Maksud aku , ada banyak tempat berenti seperti surau , masjid mahupun stesen minyak atau kedai kedai makan di tepi jalan ( kalau perjalanan malam ).

Tak seperti ke utara melalui PLUS atau selatan melalui lebuhraya.. Kena tunggu RnR la jawabnya untuk berenti. Jenuh gak wooo.. Kena sakit perut ? Pening kepala atau sebagainya ? Fuhhhh… aku dah rasa ! Memang insaf dah g  bercuti pada cuti umum..

Nak pulang ke sana , tak de masalah.. Tapi nak beraya tu nanti ‘bermasalah’ ! Segala pelusuk jalan raya kecil dan besar , penuh dengan kereta ! Masa ni , memang insaf laaaa ! Tapi peliknya, setiap tahun ulang jugak.. Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
 
Aku tau korang minat punya ! Kan ? Haaa.. Kalau minat , aku ada giveaway untuk korang terutamanya yang setia membaca blog aku sejak 8 tahun dulu.. Fuh , lama tuuu ! Terima kasihhhh !
Hadiahnya ialah berupa TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot) atau TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught) bernilai RM 139.90 ! Camana rupa TRANSFORMERS Scattershot dan Onslaught ni ? Ni haaa
image
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot)
image
 
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught)
 
 
Suka ?? Nakk punyaa kan ?? Aku tauuu.. Mestilah nak kan ? Haa.. Aku jarang buat giveaway ni.. Maka , sila amik peluang ni yer.. hehehe.
Camana nak join ? Mudah jer…. Ada dua langkah jer. Cara-caranya ialah :
  1. Share Giveaway ni di Facebook korang. Penting share sebab nanti aku nak detect pemenang melalui Facebook.
  2. Sila tinggalkan komen di ruangan komen pada entri ini dan beritahu kenapa korang minat TRANSFORMERS dan robot mana yang korang minat ?
Tu jer ! Senang kan ? Hehehe.. Pemenang yang bertuah akan dihubungi nanti. Semoga berjaya ! Pemenang akan diumumkan sebelum 15hb Julai.
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Ada sorang kawan tanya aku.. Camana nak kasi permohonan pinjaman perumahan yang dia mintak tu , lulus tanpa banyak songeh ! Heheheh.. Maksudnya , lulus dengan mudah la..

Hasil pertanyaan pada rakan rakan serta wife dan juga google , maka dapatlah jugak sedikit maklumat dan aku nak kongsikan beberapa tips mudah untuk korang. Korang layan dulu video ni eh.. Moga bermanfaat yer..

Dah tonton ? Camana ? Walaupun asas , tapi ada masih ada yang tak peka ..cam aku dulu ! Hehehehe.. Aku harap dengan point yang aku bagi tu , dapat membantu korang nanti. Kalau ada pertanyaan , boleh jer rujuk pada pakar seperti Mega Housing .

Bagi yang belum tonton video sebelum ni , bolehlah berbuat demikian dengan klik entri aku yang ni haa.. hehehe.. Apakah aku layak membuat pinjaman perumahan ? Camana aku nak tau ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Wife gi check up semalam.. Kemudian mengadu sakit kepala tapi nak masuk pejabat gak. Katanya banyak kerja. Aku bagitau , aku je hantar dia ke pejabat. Pastu bawak budak budak gi jenjalan.. Lama tak bawak diorang berjalan , bertiga ! Huhuh.. Dulu rajin la ngan Qhaliff.. Bila Zahra ada, tak pernah lagi.. seingat aku la.. huhuh..

image

Dah jadi BFF dah ! Melekat je berdua. Tak leh berpisah gituuu .. huhu..

Lokasi : Promenede , Presint 1.

image

image

image

image

Sejam di sini.. Jom balik ! Sekejap je pun dah buat mereka gembira.. huhu…

image

Nanti nak bawak gi Taman Rama-Rama dan Taman Burung la.. mesti diorang suka punya.. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku dapat kopi ni sewaktu promosi makanan Johor  di Seri Pacific Hotel. Aku ingatkan kopi biasa biasa jer.. Tapi sejak awal Ramadan ari tu, wife hidangkan ketika berbuka.. bergelas aku minum..

“ Sedap , kan ? “ . Wife tanya..

“ Aah.. kopi apa ni ? “. Tanya aku kembali.

“ Yang abang bawak balik tu la.. “. Pastu dia tunjukkan pada aku . Dan meminta aku bertanyakan pada rakan rakan kat mana boleh beli lagi Kluang RailCoffee ni..

image

Aku pun up status. Mintak bantuan rakan rakan.. Tanya kat mana boleh dapat area KL ni.. Rupa-rupanya bersepah ! Hahaha.. Dan dah memang popular pon !

Siap ada cafe dah rupanya ! Huhuhuh.. Dan promosi Ramadan ! Adehhh..

image

Hurmm… kena cuba ni memandangkan ramai kata sedap !  Nak cuba ? Boleh mesej ke :

Telephone : 03 61501802
Mobile : 012 3953800 (Whatsapp/SMS)
Facebook messenger : Facebook.com/RailCanteen

Misi aku ialah mencari kopi dia ! Hahahaha.. Kat mana ? Tesco Ampang ada ! Yess.. dekat ngan aku.. Nak pergi nanti. Kasi borong dan standby untuk raya nanti.. Kasi bikin kopi ais pon sodap !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku tak follow sewaktu pusingan pertama.. Malas ! Hahahaha.. Dah masuk pusingan kalah mati , baru aku berminat nak tengok. Tapi bila melibatkan England , aku malas nak tengok ! Hahaha.. Bukan tak minat England tapi tah.. bagi aku England gah sebab liganya ! Begitu juga dengan Sepanyol ! Harap pemain individu ada nama jer tapi dari sudut sepasukan , bagi aku mereka tak cukup ‘power’ !

Seperti jangkaan aku.. semalam dua perlawanan yang best , dimenangi oleh pasukan di luar jangkaan.. Tapi Itali bukanlah pasukann calang calang.. Mereka memang kuat terutama bila dah dapat satu gol ! Hahahaha.. Memang payah laaa nak bocorkan kubu mereka !

Kemenangan pada team Azzuri..

image

Perlawanan kedua.. Anak aku ajak naik tidur. Sian tengok dia mata dah cam panda.. Aku pun naik la.. Lagi pun aku ada kerja nak kena buat pagi nanti. Untuk elakkan mengantuk sewaktu memandu , maka… jom tidur.. Lagi pun game melibatkan England.. Boring ! Hahahhaha.. Memang aku harap England kalah.. Brexit !

Dan aku check di page UEFA EURO 2016 lepas sahur tadi.. Hahahahaha.. Sungguh laaa impian aku tercapai !

image

Dua buah negara yang punya liga yang cukup gah , terkulai layu sudah ! Apa dah jadi ??? Punya pemain bernilai jutaan ringgit.. tapi ? Hurmm.. Teringat pulak pada perlawanan akhir Copa sebelum tu yang mana Argentina tewas pada Chile ! Argentina ada pemain terbaik dunia beberapa kali tapi tak juga berjaya membawa pulang piala Copa yang diidamkan ! Huhuhuh..

image

Apakah pengajaran buat Harimau Malaya yang baru-baru ni seri dengan Fiji ! Fiji je kot ??? Adehhhh… Takde pengajaran pon.. Asyik tukar coach.. tapi coach yang sama gak je.. Hehehehe.. Entah la.. kang kata lebih lebih , ada yang sentap.. kata tak de semangat patriotik.. Suruh aku je main ! Adeh.. Buat la reformasi besar-besaran.. Belajar skit dari JDT tuuu.. camana nak majukan team ! Ni tak.. dok takok tu jer.. Target.. Asean jer ! Adehh.. Juara Asean pon dah cukup gempak ! Nak g lagi jauh … cam krik krikk.. Masalahnya , bukan tak boleh.. tapi tak nak ! Selesa dok jadi jaguh kampung .. Huhh..

Sukan di negara kita.. memang krikkk krikk.. Selagi boleh kerah keringat.. kerah sampai kering ! Yang dok atas tu.. senyum sampai ke telinga bila menang .. tapi bila kalah , hurmm..

Malas cakap..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ketika aku up status ni , aku dah jangka ianya akan viral setelah dalam beberapa minit , berbelas orang rakan dah ‘share’ ke timeline masing masing.. Namun aku delete untuk elakkan salah faham.. Tapi sempat rupanya diprintscreen oleh seseorang.. huhu..

Beberapa page telah up status ni..

imageimage

image

Dan beberapa orang kawan telah tagged nama aku di setiap komen.. Aku senyum jer.. Dan menariknya , terdapat ‘perbalahan’ pendapat di status itu. Aku dah jangka dah pon.. Aku malas nak berbalas komen. Maklumlah , penat nak jelaskan pada mereka yang lebih mengetahui berbanding kita yang diberi peluang ikut sama serta punya sedikit pengalaman bersama pusat zakat ni.. Tapi aku anggap positif jer la.. mereka mungkin juga ada pengalaman tersendiri bersama pusat zakat.. Maka , senyum je la..

Sehingga ada yang kata , aku dibayar untuk post status tu.. Kalau bayar, aku rasa status aku tu siap hadis kot ? Hahahaha.. Mesti Lembaga Zakat Selangor kasi point menarik serta gambar gambar yang cun gituuu ! Kasi mantap lagi kan ? Ni status penuh kelonggaran je pon..

Di sini aku sertakan link pengalaman aku bersama Lembaga Zakat Selangor..

  • ZIKRA 2015 #1 : Daerah KLANG
  • Ke mana wang zakat aku ????
Yang mana akhirnya aku sendiri membayar zakat pendapatan buat pertama kalinya.. Sebelum ni , tak bayar sebab tak layak.. huhu.. Tapi kali ni nak bayar gak sebab dah tau apa kelebihan dan di mana perginya duit zakat aku tu.. InshaAllah. Yang penting , aku dah laksanakan part aku.. Dan yakin mereka laksanakan part mereka juga.  Kali pertama bayar zakat pendapatan !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Turun je dari kereta , dia dulu nak didukung. Biasanya , abang dia dan dia duduk dalam stroller. Sejak stroller jarang digunakan , dia mintak didukung.. walaupun memang dia patut diutamakan sebab dia kecik ! Huhuhuh..

Dan di rumah , apa saja abang dia buat.. dia akan buat ! Kalau baring sebelah aku , dia datang dan tolak abang dia.. dia nak baring kat situ gak..

Sememangnya abang dia tak boleh rapat dengan aku. Dia nak jugak ! Termasuklah bila nak tidur , dia nak tidur atas lengan aku.. Sorang kiri sorang kanan.. abis mak dia nak tidur kat lengan mana ? Ehhhh.. salah topik lak.. heee..

image

image

image

Diorang ni , BFF ! Kalau sorang ikut aku gi mana mana, yang lagi sorang tu jadi boring. Mula la tak keruan .. bak kata wife.. Nak tak nak , kena tinggal dua dua kat rumah.. huhuhuhu..

Bagi aku.. tak salah Zahra ni ‘menagih’ perhatian dari aku. Dia anak perempuan.. aku kena lebih tumpu dari dia. Maklumlah , bak kata orang dulu dulu.. nak jaga anak perempuan ni , bukan senang. Senang lagi jaga sekawan lembu.. Eh ?

Hurm.. moga Zahra dilindungi Allah hendaknya.. Abang serta bakal adiknya juga.. InshaAllah..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Terpaksa.. bukan nak membazir tapi untuk meningkatkan kualiti sedikit demi sedikit.. Walaupun menelan sedikit kos tetapi demi tanggungjawab serta kerjaya yang dipikul.. nak tak nak.. kena bersaing juga dengan blogger blogger baru yang bagus serta berkualiti. Secara tak langsung , persaingan sihat wujud dan memberikan aku peluang memperbaiki lagi mutu penulisan aku.

Paling penting ialah kamera.. Kebelakangan ni , job food review banyak. Nak kena amik gambar cantik cantik.. Perlukan kamera yang bagus. Tak kira la telefon pintar atau pun kamera. Kalau nak jadi blogger komersial , kena ada la dua dua ni. Huhuh..

image

Pikir panjang gak aku sebelum nak membeli lens yang baru ni. Bukan apa.. bila aku gi event yang ada perasmian sebagainya , aku gagal amik gambar yang aku nak. Terpaksa nganga je tengok.. Pastu nak buat live update . gagal ! Hurmm.. Jadi malu pada diri sendiri.  Gi event tapi tak buat kerja !

Nak tak nak.. kena gak laa rembat lens baru..

image

Terpaksa.. Tutup mata masa nak beli ni. Tu pun , pinjam duit orang.. hahaha.. Guna duit sendiri ? Aku bukan kaya wooo.. Hehehehe.. Demi kerjaya.. Rasanya pon tak lama dah.. pastu nak bersara dari dunia maya ni.. Nak tumpu pada jaga anak yang makin bertambah.. Huhuh.. dan  cari kerjaya lain yang lebih senang skit.. Ingat jadi blogger senang ke ??? Adehh..

Yer.. template blog ni pon aku nak tukar tak lama lagi.. Tunggu masuk 2017.. hehehehe.. InshaAllah…

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku ada up status di Facebook semalam selepas terbaca status seorang rakan. Aku tak salahkan dia pon sebab dulu aku pun berfikiran begitu.. Menuding jari pada pihak berwajib yang mengutip zakat. Maklumlah , zaman ni , makin ramai yang korup ! Sebab tu makin hilang kepercayaan orang awam pada badan badan yang dilantik kerajaan..

image

Aku tak nak salahkan mana mana pihak. Mereka berkata mengikut pengalaman mereka dan aku berkata mengikut pengalaman aku. Aku tak tau camana ragam pusat zakat yang lain tapi untuk Lembaga Zakat Selangor , aku sendiri dah ikut mereka beberapa kali dan yang terbaru ke Kelantan. Boleh baca di entri ini , Ke mana wang zakat aku ????.

Bagi yang masih was was dan menghentam Pusat Zakat , cuba dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dengan mengunjungi ibu pejabat lalu ikut program mereka.. seharian.. InshaAllah akan lebih faham.. Dan jangan lupa tanya segala apa nak tanya ..

Tak perlu menuding mana mana pihak termasuk yang mengkritik Pusat Zakat. Bagi aku , mereka berkata atas pengalaman mereka. Dan ada bagusnya kritikan begitu supaya juga pihak berwajib yang lain akan lebih telus dalam menunaikan tanggungjawab kerana ada mata yang memerhati.

Yang penting.. kita laksanakan amanah dan tugas kita. Kalau nampak ada asnaf mahupun mereka yang memerlukan bantuan , segera laporkan pada pihak berkenaan dan kalau berkemampuan , hulur seberapa yang mampu buat terlebih dahulu. Bukan amik gambar , pastu up di media sosial dan biarkan viral lalu menjatuhkan imej pihak berkenaan.. walhal kita tak buat apa apa tindakan pon lagi !

Jangan lupa.. apa yang kita lakukan , adalah saham untuk akhirat nanti..

image

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aidilfitiri bakal menjelang.. Anak anak dah mula nak mengira duit raya ! Si ayah mula pening.. Ke mana nak hala duit raya diorang tu nanti ! Apa kata.. kita menyimpan di SSPN-i je .. eh ? Hehehehe.. Nanti dah abis sekolah , nak sambung belajar..mudah ! Tak perlu berhutang dengan mana mana pihak… kan kan ?

image

Camana nak mengalakkan anak anak menyimpan duit ??? Mudah jer.. Kita mulakan dengan bagi tabung kita dulu ! Huhhh.. Dan mereka akan bersungguh sungguh mengutip duit simpanan kita dan masukkan ke dalam tabungan mereka..

Dan pastikan.. ini berlaku sekali saja ! Kalau dibiarkan , sampai pencen la tak bertabung kita.. huuu..

Ajar anak menabung dari kecil atau kita sendiri terpaksa menabung untuk mereka..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Alhamdulillah.. selesai ! Ari tu dah beli baju melayu untuk diorang.. Zahra baju kurung. Sedondon gituuu.. hehehe.. Hari ni , ke Mothercare di KLCC. Tempat kegemaran aku untuk membeli belah selain Alamanda. Kena gi awal pagi.. parking banyak.. Selepas jam 12 tengahari , memang payah dah nak cari parking.. Huhuhuh..

Naik tingkat 2.. terus g Mothercare. Tak singgah dah tempat lain.. hehehehe.. Nak cepat sebelum pengunjung makin bertambah ramai.. Letih nak tengok orang.. ahaha..

Masuk Mothercare.. Fuhhh ! Tengah SALE gituuu !

image

image

image 

Terlalu banyak pilihan pakaian di sini. Sampai tak tau nak pilih apa dah.. Huhuhuh.. Baju di Mothercare ni memang dah jad pilihan aku dan wife untuk anak anak bila nak nampak smart.. hehehe.. dan cun ! Bukan apa , baju MotherCare ni tahan lama. Cam baju Qhaliff.. dah turun ke Zahra dan tak lama lagi , boleh bagi kat adik no 3 dan seterusnya.. eh ???

Hari ni , semua dapat termasuk untuk newborn sekali . Alhamdulillah.. Rezeki anak anak.. Huhuhu..

image

Untuk si abang , Muhammad Qhaliff Iman

image

Untuk si adik , Zahra Nur Iman

image

Untuk bakal si hero.. inshaAllah.. Muhammad xxxxx Iman ?

Happy semua ! Balik rumah , terus nak pakai terutamanya kasut !Aku sabarkan mereka.. Tapi cubaan gagal.. dapat pakai kasut baru pon jadilahhhhhh.. Berlari sana sini terus diorang ! Huhuhuh.. Taknak bukak dah ! Selesa la tuuu..

Alhamdulillah.. daddy leh tenang buat sementara.. huhu.. Pasni tunggu si hero lak keluar.. pastu daddy sibuk balik.. InshaAllah.. Doa doakan yer.. Terima kasih..

Tunggu apa lagi ? Yang berduit tu , rajin rajin jejak kaki ke Mothercare.. heee..

IG: MothercareMalaysia

FB : Mothercare Malaysia

Web : www.mothercare.com.my

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Aku dapat message di Facebook…
“ Assalamualaikum en ben Salam Jumaat. Salam Ramadhan .Selamat Berpuasa. Akak doakan semoga En Ben sekeluarga diberikan kesihatan yg baik,dianugerahkan usia yg berkat,dan sentiasa brd dlm rahmat dn lindungan Allah Taala.Amin.
En.Ben , kak harap sgt jika dapat promosikan jualan kak sempena nak raya ni..Serunding daging,serunding ayam, serunding ikan, crunchy mini popia dan crunchy mini karipap,popia simpul..
En Ben, anak kak yang sulung..Alhamdulillah dapat 9A dlm SPM.. Sekarang sedang  sambung belajar asasi sains di UITM Dengkil , Selangor. Bercita cita nak sambung asasi Sains Hayat Perubatan.. Baru masuk  dan belum dapat lagi elaun. Buku2 mahal juga ya.. Voucher buku pun tak dapat2 lagi... Kak bukan minta bantuan kewangan tapi melalui pembelian jualan kak..
Terima kasih..Kak pohon maaf sebab menganggu.. “
Aku masuk Facebook kak Alia Haryani. Dan memang dia sedang promote produk produk yang dia jual untuk mencari wang seperti yang dia perkatakan.. Sebenarnya , ini bukanlah kali pertama aku masuk Facebook dia.. Sememangnya dia dah memang dikenali oleh orang orang tertentu..
image
imageimage
Ok.. dah tengok ? Teringin nak membantu akak Alia dan anak anaknya ? Sila beli serunding dan sebagainya , yang dia jual ! Dia bukan mengemis yer.. Dia meniaga…
Satu coretan di Timeline dia ..
“ Rintihan aiman pada mama..."Mama janganla kuat sangat buat kerja..Mama kenala rehat juga..Mama tu bukannya sihat pun..Aiman pun bukannya ada sape2 selain mama..Sentimental pula Aiman ni..
Terkedu juga seketika..terasa sebak...Mama cepat2 bangun cuba sembunyikan wajah ....Ya Aiman ....Kita semua ni hanya pinjaman...Doakanlah agar mama dapat membesarkan anak anak mama...Diberikan kesihatan yang baik dan kesembuhan.amin.
Apa yang berlaku..pemergian ayahandanya...walau tidak dibesarkan oleh ayah ...tapi hati seorang anak kan...Aiman tetap terasa kehilangan... “
Jika nak order atau buat tempahan boleh pm atau message akak Alia di 012 921 8016..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Ada satu komen menarik perhatian aku di page Berita Harian , hari ni.. Ianya berkisarkan rasuah di kalangan mereka yang punya kuasa.. Huhuhuh.. Selagi tak bendung gejala ni , selagi tu tak selesai masalah yang semakin menjadi jadi ni..

Amik contoh laa.. setiap hari hujung minggu., di tempat tempat tertentu jadi markas lepak warga asing.. Fuhhhhh ! Menakutkan ! Aku sendiri nak g lalu tempat tu pon dah hilang selera. Bukan la nak double standard tapi kita tak tau yang ada kat situ apakah benar benar ‘bersih’ atau mereka menyeludup masuk ke negara kita ni ? Kalau masuk secara haram.. pastinya mereka ni tak ditapis dek keselamatan , kan ?

Persoalannya.. kenapa tiada pegawai keselamatan di situ walhal tau situ penuh dengan warga asing ? Hurmm.. Aku la tertanya sendiri. Bukan nak tanya kat diorang yang punya kuasa tu..

Tak lama lagi Aidilfitri.. dan bandaraya Kuala Lumpur , akan jadi mereka punya.. Kan ? Huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kenapa jangan marah dia ? Sebab.. bila aku marah dia.. dia mesti akan demam ! Huhuhuh.. Dia cukup tak leh aku marah. Orang lain marah , dia tak kisah.. Aku marah ? Demam sudah..

Semalam , aku marah dia.. Mainan dia yang aku beli beratus ringgit , bertaburan. Dah banyak kali.. Beli tak sampai sejam , hilang.. rosak dan bersepah..

Hurm.. kekadang aku hilang kawalan gak.. Penat kepala otak dek kerana kerja. Terlupa sekejap.. Pastu menyesal.. Hurmm..

image

Yer.. memang dia penghibur hati.. Tapi bila dia kat shopping mall.. huhu ! Aku geram jee dalam hati !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Teringat hari ni dia punya show bermula kat panggung. Oh yaa.. Antara GSC dan TGV , aku rela gi GSC.. TGV , boring ! Banyak giler iklan.. Er , tu TGV KLCC la.. yang lain tak pasti dan GSC Alamanda , iklan tu kurang tapi banyak tunjuk trailer filem baru..

Independence Day 1996.. aku tonton berpuluh kali ! Filem tu jadi menarik sebab Will Smith. Memang hidup watak dia bawak. Serius yang melucukan. Tapi kali ni , dia takde.. Apakah best ? Pada awalnya , aku tak nak tengok tapi teringin gak nak tau apa sambungan dia.. Maka , aku bergegas jugak ke Alamanda dan amik show jam 2.30 petang.

image

Dan … tayangan bermula..

image

image

Watak watak.. Hurm.. nasib baik ada orang lama kecuali Will Smith yang dimatikan wataknya.. Maka , sedikit hambar.. Anaknya dah besar dan jadi pilot. Dari belakang tubuh badannya , nampak macam Will Smith.. terubat gak la rindu nak  tengok dia berlakon..hehehe.. Tengok depan.. krik krik.. Terus boring ! Hahahaha..

Permulaan yang agak.. hurm.. mendatarkan walaupun ada babak babak gempak. Agaknya aku masih terpukul dengan kehebatan filem terdahulu.. Hurmm..

image

Sewaktu babak ni , ternampak KLCC juga dihancurkan.. Apakah ? Gulp… Apakah ??? Hurmm…

Sesekali , aku tersengguk sengguk. Tunggu babak best bermula. Terperasan awek cun kat sebelah aku. Aku pon tegur sapa ngan dia. Hilangkan boring.. 

“ Haiii.. apa khabar ? Cam boring jer  citer ni kan ? “

Awek tu senyum.. Tetiba.. terjaga ! Arghh.. terlena jap aku ! Sah citer ni boring !

Kemudian… bila alien mula menyerang , di sini baru nampak bestnya.. Haaaa.. Bukan apa.. Watak hero dalam ni , control macho jer. Yang orang lama je banyak buat lawak !

Akhirnya , ratu mati.. abis citer ! Arghhhh !! Tu jer??? Owh… diorang ada ‘kawan’ dan akan serang aliens tu balik ? Hurmm.. Bersambung rupanya..

Tak nak tengok sambungan dia.. Boring ! Nyesal tak tengok filem CI ! Kesimpulan ? Hurmm… Bawak kawan kalau nak tengok citer ni.. Dan tengok belah malam.. leh makan pop corn di kala boring..

Awek

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Entri Pilihan

Kedai cermin mata viral di Sungei Wang jadi pilihan kawan kawan..

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk ma...

Blog Archive

  • ►  2021 (34)
    • ►  Januari 2021 (34)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (408)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (43)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ▼  Jun 2016 (69)
      • Cyst semakin mengecil dan kedudukan bayi..
      • OP SELAMAT 9/2016 Aidilfitri bermula sudah !
      • Baju kurung untuk aku ?
      • Pantai Timur pasti sesak menjelang Aidilfitri !
      • Giveaway untuk peminat TRANSFORMERS !
      • Video: Tips Memohon Pinjaman Perumahan..
      • Bawak diorang berjalan jalan !
      • Kopi Kluang antara yang sedap !
      • Pengajaran buat Malaysia..
      • Bila status Facebook kita viral..
      • Zahra , si ‘attention seeker’ !
      • Meningkatkan kualiti diri sebagai blogger !
      • Yang penting , kita ambil tindakan !
      • Jom menyimpan tabung !
      • Shopping raya untuk anak anak di MotherCare, KLCC !
      • Membeli untuk membantu mereka !
      • Apa dah jadi dengan negara kita ?
      • Jangan marah Qhaliff !
      • Independence Day : Resurgence , mengecewakan !
      • Kasut raya yang dicari !
      • Mengapa botol susu TOMMEE TIPPEE pilihan aku sejak...
      • Kedudukan kandungan bayi melintang . Perlu ke aku ...
      • Tertidur sewaktu memandu..
      • TRANSFORMERS : COMBINER WARS menarik hati aku !
      • Berbuka puasa di Restoran Zende , Hotel Seri Pacific.
      • Tidak cukup positifkah aku ?
      • Wisma PKNS lubuk ‘berhari raya’ !
      • Bapa aku cuma pemandu bas sekolah saja..
      • Zahra ada kenan ?
      • Gilakan jaket, hoodie dan sweater sudah aku !
      • Bila ketiak berbau..
      • Sapa nak join Kelab Blogger Ben Ashaari aka KBBA9 ?
      • Bagaimana nak sedarkan mereka ?
      • Ceria Ria Resepi Ramadan - Yeogurt Yeo’s Delima Ma...
      • Now You See Me 2 , boring !
      • Cemburukah ?
      • Pening fikir resepi untuk minuman yogurt !
      • Rezeki ‘ Hari Bapa’ buatku..
      • Dia dah mula boring dengan mainan dia !
      • GoBear Giveaway untuk anda semua !
      • Nasib baik ada SPINEED !
      • Ingat senang ke bila lelaki jadi SURI RUMAH ??
      • Anak-anak memerhati ! Hati-hati !
      • Untung kawan aku tu..
      • Akhirnya.. daddy lega !
      • Anak anak jadi mangsa si ayah !
      • Jubah hybrid ORLIN untuk si ibu yang menyusu !
      • Wahai si suami dan anak-anak sekalian..
      • Gunting rambut Qhaliff tu !
      • Masalah eczema , lenguh dan bau badan !
      • Samsung Galaxy Note 7 atau Sony Xperia X ?
      • Sebulan sekali servis ? Baik beli kereta baru !
      • HEGURU melatih si kecil menggunakan otak kanannya !
      • Ujian di bulan Ramadan yang aku payah..
      • Makan Malam Istimewa di Chili’s !
      • Selamat Menyambut Ramadan..
      • Segalanya ada di Berkat Madinah !
      • Tips blogger : Cukupkah dengan sekadar ‘tayang muk...
      • Disebalik ‘ KBBA9 BERHARI RAYA DI MATIC’ .
      • Apa jadi bila dunia tanpa elektrik , satu hari nan...
      • Jadual imsak dan berbuka puasa 1437H/2016M dan Baz...
      • Shopping dengan anak teruna..
      • Nak sangat ikut daddy , kan ??
      • #BawalGlam khas untuk wanita bergaya !
      • Asing Sisa Pepejal : Kita belum bersedia !
      • Bila si adik demam..
      • ABSOLUTE 25 untuk membersihkan usus seterusnya men...
      • Blog vs Facebook !
      • Apakah aku layak membuat pinjaman perumahan ? Cama...
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4968)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (490)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (168)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (28)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Catatan Popular

  • Kes ragut berani mati ni membuatkan aku membelikan alat ini untuk si isteri dan juga..
    Video kes ragut berani mati yang tular baru baru ni di media sosial membuatkan aku tersentak. Seperti yang dijangka, ramai dah mula terkesan...
  • Restoran Madinah untuk mereka pengemar makanan Arab terutamanya Kebab yang cukup sedap !
    Terliur aku masa menulis entri pasal Restoran Madinah ni. Macam nak terus gi sana je ! Hahahah.. Kenapa ? Fuh.. kalau korang pernah gi maka...
  • Sapa nak jaga adik kalau daddy dah takda ?
    Bawa dia bersenam. Lama dah tak berjalan jalan dengan dia. Disebabkan diberi keizinan mereka yang bersenam ni boleh berdua, maka aku bawa Qh...
  • Miliki darah ibu ?
      9 bulan.. sekali pon tak pernah demam walaupun selepas disuntik. Tapi kelmarin dia demam.. Bila dia demam , tu diaaaa.. memang manja abi...
  • “ Jangan tampal cool fever di dahi anak anda ! “
    Lama dah aku dengar info ni hinggalah aku upload gambar Zahra di bawah ni  di Instagram , dan ada rakan bagi nasihat. Maka aku seperti bia...

Memuatkan ...

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes