Sebulan sekali servis ? Baik beli kereta baru !
Tiap-tiap bulan kena servis kereta. Kali ni , kena tukar tayar sekali. Masih ingat lagi aku.. tahun lepas pon tukar ketika nak raya. Nak balik Kelantan dalam keadaan keselamatan kereta tip top ! Aku tak nak peristiwa kereta berasap berulang lagi. Ditambah lagi dengan kes kes kereta terbakar tanpa sebab.. er , aku yang tak tau apa sebab kereta tu terbakar.. hehehe..
Berpeluh jap bila diberi bil.. Hahahaha.. Adeh.. Tapi memikirkan aku guna kereta tiap tiap hari, aku nak pastikan semuanya ok. Sekurangnya , aku melakukan sesuatu dari tidak kan ? Bab kalau malang tak berbau tu , aku tak leh nak kata apa.. Tu dah bukan kuasa aku.. Sekurangnya , aku berusaha melakukan yang terbaik buat keluarga aku.
Wife cadangkan beli satu lagi kereta yang murah harganya. Sekadar untuk pergi balik kerja. Kalau servis pon tak mahal berbanding kereta sekarang ni..
Cadangan tu memang ok tapi dalam keadaan ekonomi gawat ni , menambah hutang bukanlah cadangan yang sesuai sangat. Memang aku nak tambah kereta pon tak rasa cam.. bahaya jer ! Maklumlah , aku ni bukan kerja tetap. Kais pagi , ada la sikit makanan.. Tak kais , duduk tunggu la sapa sapa kasi makan.. hehehe.. Nganga jee..
Beli kereta.. menambah aset yang tak berbaloi bila dijual semula tapi satu keperluan di zaman pengangkutan awam semakin mahal tambangnya..
Serba salah dah aku.. Duduk umah diam diam.. takde duit ! Dah tu acaner ?
7 comments
selamat berpuasa
BalasPadamIngat zaman kereta lama dlu. kerap kena servis. pnt sgt. last2 beli kereta baru jgk. nak tak nak, terpaksa lah. Unless, jual yg lama, amek yg baru la aben. hehehehe
BalasPadamBeli kereta adalah satu pelaburan besar. Walaupun bayar sikit bulan2, tapi komitmen setiap tahun perlu diambil kira. Yang bujang pun perlu fikir panjang, apatah lagi yg sudah berkeluarga. Kan ... Kan ... Kan ... ? 😁😊
BalasPadammemang terkujat kot bila tengok bil servis kereta abg ben..kadang boleh cecah 4 digit tu..bila setiap kali en suami balik servis kereta mencopong jugalah mulut tengok bil..lepas tu suami isteri masing-masing senyum pinang muda..kelat je..hihi..
BalasPadampart beli tapi tak berbaloi kalau jual semula tu. ish! betul lah, harga kereta time beli mahal, dah pakai, lepas tu nak jual balik, murah je harga dia. tapi betul juga tu, keperluan juga kereta ni. kalau nak naik pengangkutan awam, dah penuh dengan orang-orang dia je sekarang ni. silap-silap, kita pula rasa tak selamat. hmm.
BalasPadamBetul tu ben, nak menambah hutang tu kena pikir berkali kali. Hari ni mampu, esok lusa tak tau lagi camna. Kalau beli rumah, juai balik harga tinggi. Kereta tak macam tu.
BalasPadamsbr la..suami ida sndiri pun lum mmpu nk beli kereta sndiri..pkai kete pinjam dari ayahnya..skrg baru brhutang bli moto..brthun jgk baru nk dpt tu..insayaallah rezeki tak ke mana
BalasPadam