BEN ASHAARI



Aku sembang pasal nasi ni sebab aku tergolong dalam manusia yang dah tak beberapa sihat perutnya dan ada masalah dengan berat badan. Walaupun ada yang kata aku dah nampak ok dan BMI pon dah capai yang ideal tapi bagi aku, pengawalan pengambilan makanan perlu diteruskan memandangkan aku ada anak anak untuk dicontohi. Ya , mereka tengok apa yang aku makan dan minum. Di situ mereka akan ikut. Terkini , mereka pun dah kurangkan pengambilan nasi putih dan lebihkan lauk pauk ketika makan. 

Nasi putih ? Hurm.. kenapa nasi putih ? Nasi putih tak bersalah ! Yer.. betul ! Macam aku kata la. Aku 'bermasalah' dengan kesihatan dan anak anak ikut sama sebab mereka nampak aku tak boroi ! Hahaha.. Ramai orang dewasa yang mereka nampak , majoritinya boroi ! Kecuali yang benar benar aktif bersukan. Mereka mencontohi apa yang aku makan. Malah mereka pon elak malam lewat malam. Makanan segera apatah lagi... seperti megi , jajan dan sebagainya. Alhamdulillah. 

Ok..bicara pasal nasi ni , aku baru tau betapa banyaknya jenis jenis beras atas dunia ni. Serius ! Dulu aku tak ambil tahu dan makan je apa yang ada di dapur. Tapi lepas terbaca satu artikal berbahasa Inggeris, rupanya ada banyak jenis. Harga mestilah berbeza.





Aku tak nak cerita pasal beras beras jenis lain. Aku nak cerita pasal beras putih yang biasanya aku mampu beli. Nah.. di sinilah perbezaan antara beras tok nenek kita makan dengan kita makan sekarang ni. Beras putih yang biasanya aku makan tu ( jenis beras marhain ) , melalui satu proses polish atau cuci dan yang tinggal cumalah .... haa ! Sebab tu orang yang ada kencing manis tak boleh makan beras putih ni. Apasal ? Haaa... Korang boleh google cari info pasal polishing beras ni. Aku cita nanti , korang tak caya.

Apa kesan lepas aku berhenti makan nasi putih ni ? Dah 2 tahun aku tak makan nasi dan ternyata aku lebih sihat berbanding sebelum ni. Masalah pengahadaman , berat badan berjaya aku atasi. Dulu skit punya susah nak turunkan berat badan dan juga hilangkan lemak lemak tepu di perut tu ! Degil benar. Bukan salah nasi tauu.. salah aku yang boleh nak kawal nafsu bila makan nasi ! 

Bukan tak boleh makan nasi... cuma kuantiti tu kena jaga. Tips sihat yang aku boleh kasi korang yang tak boleh tinggalkan nasi tapi ada masalah dengan berat badan dan sistem pengahadaman ni , bila nak makan berat yang mengandungi nasi.. pastikan ada banyak sayuran , protein seperti ikan dan ayam. Abiskan dulu sayuran , kemudian ratah lauk pauk sebelum diakhiri dengan nasi. Biar nasi last ! Apa ? Tak sedap ? Kau nak sihat ke tak nak ????

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Ini aku , satu tika dulu ! Antara penyakit yang awal awal aku ada ialah tekanan darah tinggi yang membawa ke level Hypertension. Tapi aku tak pernah makan ubat tekanan darah tinggi mahupun masuk wad. Alhamdulillah. Cuma masa aku bekerja dulu , aku rajin la ambil cuti sakit. Setiap minggu memang akan ada MC punyalah. Kira dah level boss menyampah punya. Huhuh.. Yelah.. nak gi kerja pun , kepala sakit berdenyut denyut ! Dan aku pulak ketika tu berpegegang pada penyakit keturunan ! Hurm..

Tapi aku terlupa.. gaya hidup aku ketika muda membinasakan masa depan aku tanpa disedari. Suka makan roti berkrim , roti canai , nasi kandar , fast food , susu kotak low fat , ais krim , coklat , megi , kopi 3 in 1 . air tenaga dan macam macam lagi la.. Siang malam aku bedal untuk besarkan badan. Kononnya nak dapatkan khasiat seperti protein yang terkandung dan juga kalsium ! 

Abah kau ! Sia sia je kena kencing dengan puak puak pendajal manusia.

Pelan pelan racun bertapak dalam badan. Akhirnya satu satu aku rasa. Bermula dengan sakit kepala , pedih ulu hati , angin , asid refluks. Darah tinggi tu dalam hujung tahun 20an aku dah rasa. Mungkin stress kerja rasanya. Pastu tengah makan , bedal roti banjir 2 keping sebelum ditambah dengan nasi kandar siap ayam kicap dan ayam daging merah ! 

Masuk 40an.. aku terasa lain macam badan aku ni. Mudah semput. Nafas pun pendek pendek macam orang ada asma. Tapi masih rasa diri sihat ! Fuh... dasat ! Ditambah pula dengan gaya hidup sebagai blogger yang rajin buat review makanan siang malam ni.. memang mengundang sungguh la penyakit merbahaya ! 

Perut buncit ? Bagi aku biasa je. Ramai macam ni. Bila kita kembungkan.. nampak la buncit tu. Bila buang angin, hilang laa.. Tapi lemak pada bahagian perut dan pinggang kiri dan kanan makin menebal! Ikut tips bradah bradah gym... banyakkan kafein untuk bantu pembakaran lemak ! Hahahaha.. tolol tul la aku. Gi ikut jugak laaaa... Naya sungguh.

Kesan dari peningkatan kafein dalam badan membuatkan aku alami jantung berdebar kencang yang aku rasakan normal sebab pembakaran lemak. Kononnya ! Adoilah.. akhirnya aku kena anxiety masa PKP. Aku berusaha nak lawan juga dengan pergi juga ke gym dan bersenam di luar rumah. Tapi level debaran tu memang tak leh nak dibawa berbincang. 

Bukan anxiety jer.. badan semakin teruk keradangan. Sakit sendi dan penglihatan mata mula merosot. Yang membuatkan aku mengubah keputusan bila mata aku semakin kabur. Itu adalah penanda prediabetis ! Aku tak boleh buat tak tau. Aku kena buat sesuatu ! 










Dan keadaan makin teruk bila wife kena gastrik. Seminggu sakit ! Aku kena ambil dan hantar dia ke pejabat. Tak boleh nak memandu. Masa tu tak sangka la dia gastrik sampai gitu sekali. Memang tau dia ada gastrik cuma ingat gastrik ni biasa biasa jer. Sekali kena.. pergh.. katanya nak beranak pun tak sakit macam tu ! Gitu sekali haaa.. 

Alhamdulillah... gastrik tu berjaya diubati. Dan secara rasminya , aku sekeluarga ubah gaya hidup terutama pemakanan ! Pertama sekali aku ubah ialah dapur aku. Nah... di sini aku dapat tips dari Dr Mani dan Dr. Rizal dari Neuroversiti. Aku kaji pendapat mereka dan aku gunakan pada keluarga aku. Di sininya hadir 5P tersebut ! Yer.. memang berkesan sama sekali untuk mereka yang ada masalah macam aku. Dah 2 tahun aku buat. Tapi sesekali tu aku curang jugalah kecuali makanan yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan tu.. aku tak usik sama sekali ! 

5P Yang Perlu Elak
1. Putih Nasi
2. Putih Tepung
3. Putih Gula
4. Pewarna Makanan
5. Processed Food

2P Yang Perlu Ambil
1. Probiotik
2. Prebiotik 

Korang boleh baca pasal 5P ni di blog Neuroversiti. Penerangan mereka di situ dah lebih mencukupi. Aku tak perlu nak terangkan kat sini dah. Heeee.. klik SINI untuk baca.. 

Nasi putih ni memang aku dah berhenti 2 tahun. Memang sangat sangat berkesan untuk aku. Kenapa aku kata berkesan sebab nasi putih inilah yang terakhir sekali aku cut ! Aku buat satu satu. Dan ternyata bila aku berhenti ambil nasi putih ni , masalah sakit sendi termasuklah Baker's Cyst aku hilang. Dengan izin Allah..

Dan tekanan darah aku juga kembali cantik. Begitu juga perut aku. Dah tak lagi kembung malah dah boleh nampak otot otot perut yang aku idamkan sejak usia 30an dulu. Punya payah la nak hilangkan lemak tu. Rupa rupanya senang jer ! 

 

Selain itu.. untuk sihatkan sistem penghadaman, korang pun tau kan.. aku minum apa setiap hari ? Yer.. aku memang minum setiap hari ! Air halia ! Malah aku dah jatuh cinta pun ngan HALIA ni. Dulu memang terasa pedas je dan sedap bila kunyah halia ni... tapi sekarang apa saja herba dan rempah ratus , aku boleh bedal gitu saja... Begitu juga anak anak. 

Perubahan yang aku buat ini turut memberi impak pada aku sekeluarga. Alhamdulillah... Zaman sekarang ni , racun dah depan mata dan kita suap mereka hari hari... dengan alasan INILAH KENIKMATAN HIDUP ! 

Ada yang nak ubah tapi tak mampu kerana mereka ketagihan. Sebenarnya .. boleh jer ! Yang nak kena ubah ialah cara kita berfikir. Ubahlah sebelum keadaan semakin teruk..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Pada awalnya aku bersetuju. Tapi bila fikir fikir semula , punca obesiti ni bukanlah disebabkan kedai makan  tapi apa yang dijual di kedai makan ni. Dikatakan antara penyebab makan lewat malam punca obesiti walaupun makan lewat malam tak bagus untuk kesihatan tapi bagi aku boleh je jual makanan makanan sihat di malam hari. 

Pengusaha kena fikirkan apakah makanan yang sihat untuk pelanggan mereka , tak kira siang malam sebenarnya ! Tak susah pun. Contohnya telur rebus 3 rasa ke.. telur goreng masak asam pedas ke.. Ayam , ikan.. nah ! Cuma pastikan jangan la makan nasi di malam hari. Melainkan lepas makan tu nak gi berkebun terus. 





Seperkara lagi , Persatuan Pengguna kena mintak kerajaan banned semua makanan makanan segera yang tak berkualiti yang dijual di pasaran tu. Lambakan makanan bertaraf sampah ni membuatkan ramai anak anak berstatus obesiti dah ! Baru umur 12 tahun dah.. hurm ! Tak caya ? Gi masuk kedai serbanika 24 jam tu yang mana ada siap tempat duduk makan dan apakah yang dimakan mereka ! 

Satu lagi.. makanan makanan yang berstatus sampah ni bukan saja punca obesiti tapi pelbagai penyakit kronik yang semakin menjadi pembunuh utama di negara kita ni. Tu belum masuk lagi air air minuman yang kononnya berkhasiat ! Aduh... anak anak ketagihan ! 

Satu lagi.. mak ayah kena bantu la anak anak ni ya. Dapur tu jangan la ada makanan makanan sampah ni. Sian mereka. Memang mereka suka. Benda benda ni , anak anak suka ! Yang suka tu.. lidah dia tapi usus ? Hati ? Buah pinggang ? Jantung ? Otak ? Menderita ! Tak caya.. tengok la badan anak anak kita. Kau ingat berbadan besar tu comel ? Kita nampak comel.. mereka di sekolah kena perli. Kalau main bola je . posisi untuk mereka jadi gol keeper ! Jadi tembok ! Kena bola , tak sakit kononnya ! Sian... Aku dah lalui semua ni. 

Restoran nak buka 24 jam tu tak kisah bagi aku. Asalkan bersih dan menjual makanan yang sihat walaupun di malam hari. Mereka yang bekerja belah malam boleh la makan atau mereka yang rasa rasa nak melepak menghilangkan stress tu... sambil layan bola atau movie kat skrin besar tu, layan la. Cuma jangan dibuat selalu. Tak sihat.. 

Ubah gaya hidup.. inshaallah semua akan berubah termasuklah kedai makan. 





 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Yer.. sehari 2 kali aku ke gym. Seminggu sekali , aku cuti. Walaupun di bulan puasa. Kenapa aku beria sangat ke gym bersenam ni ? Hurm. Aku pernah kecederaan lutut yang membuatkan aku terbatas nak bergerak. Gara gara bermain futsal ! Insaf  tak nak main dah. Hahaha.. 

Kecederaan tu membuatkan aku hilang kemampuan untuk berlari dan berjalan lama. Kalau bersenam di gym tu, sekadar bahagian atas badan jer. Bawah , memang akan terasa sakit. Kalau nak juga buat , aku kena guna knee guard dan balik rumah kena urut ! Kalau berlari tu, akan terasa la lutut seperti nak berlari meninggalkan aku ! Hahaha.. Bila dah ok skit lutut, akan timbul cecair di belakang pelipat lutut yang dikenali sebagai Baker's Cyst. Tak sakit tapi sangat menganggu pengerakkan. 

Alhamdulillah.. masalah lutut aku dah kembali pulih selepas buat fisioterapi di The Rehab & Physioteraphy , beberapa kali. Selebihnya aku diminta untuk mengurangkan berat badan untuk memastikan lutut tidak menanggung beban berat badan. Dan benar , Baker's Cyst aku turut hilang selepas aku mengawal pemakanan  terutama gula dan karbohidrat. Cut dua dua ni dan memang keradangan pada sendi turut hilang. Masalah keradangan ni bukan saja melibatkan lutut saja tapi merebak ke siku ! 

Rawatan fisioterapi membantu melepaskan  tekanan terutama pada otot otot badan kita. Selebihnya pada gaya hidup kita. Sejujurnya selepas membuat rawatan fisioterapi , otot lebih sihat dan kuat. Darah dapat bergerak dengan lebih baik. Boleh rasa perbezaannya sebelum dan selepas. 


Kali terakhir aku buat fisioterapi di sini, bulan Disember tahun lepas. Kelmarin , aku kembali lagi untuk membuat baikpulih badan. Sasaran aku ialah belikat badan dan juga scapula atau shoulder blade. Bahagian ni kalau bermasalah , seluruh badan akan terlibat sama dan akhirnya mental jadi tak stabil ! Mudah cepat marah sebab badan sakit ! Dia akan tarik pada bahu seterusnya lengan dan jari jemari. Jika dibiarkan , akan turun ke pinggang dan melibatkan kaki pula ! Fuh... jangan dibiarkan sama sekali !

Di pusat rawatan , Puan Atikah ( pakar terapi yang cukup berpengalaman ) , membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Beliau periksa lutut dan kaki aku terlebih dahulu. Alhamdulillah.. katanya takda otot ketat. Semua ok. Kemudian dia pegang bahagian bahu aku. Nah.. sini sakit sangat ! Dia tekan skit jer tapi memang kena pada point ! 

Apa yang beliau buat mudah jer.. Sedikit regangan dan disusuli dengan ultra sound wave treatment. Pergh.... bergetar getar otot badan terutamanya shoulder blade ni. Terasa menusuk ke dalam ! Sakit tapi sedap. Nikmat seperti malam pertama. Eh... ke situ lak aku ! Hahaha.. tapi serius.. memang begitulah rasanya. Kiri dan kanan dia kasi. 


Terapi fisioterapi yang aku buat biasanya dalam sejam ke sejam lebih. Selepas tu, siap laa ! Memang akan kaw kaw punya training di gym. Aku jarang nak main berat. Aku lebih fokus pada HIIT. Satu kepuasan bila seluruh badan akan dapat tekanan. Peluh.. jangan cerita laa.. memang syiok.

Nasihat aku buat mereka yang seangkatan dengan aku ni.. sesekali buatlah maintenance untuk badan. Bukan urut tak sebab urut ni takkan sampai deep muscle kita tu. Sangat berbeza. Sama gak dengan chiropratic.. dia cuma fokus pada sendi. Kalau ada duit , buat la ketiga tiga tu. Kalau takda duit macam aku, fokus pada fisioterapi jer.  Inshaallah membantu.. 

=

Berminat  untuk dapatkan rawatan ? Boleh hubungi terus di 01155532903 ( Puan Atikah ) . 

Web : http://www.therehabphysiomy.com/
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 Relevan lagikah blog sekarang ni ? Sekarang ni, orang tengok video ! Buat video lagi masyuk dan tinggi engagement ! Buat video lagi puashati. Lagi senang viral. Lagi ramai followers. Lagi ramai orang nak like dan share ! 

Aku dah berblog dari tahun 2009. Video pun ada aku buat. Dua dua ada bayaran dan Alhamdulillah. Boleh la nak cover bayar itu ini dan meneruskan kehidupan tanpa tunggu Perdana Menteri umumkan bantuan. Gitulah. 

Berdasarkan pengalaman aku la dalam dunia media sosial ni, paling best dalam berkarya ialah berblog ! Kenapa berblog ? Bila orang membaca , tulisan kita tu tak ramai boleh baca dan fahamkan. Hanya mereka yang benar benar hayati saja akan faham berbanding menonton video video karya manusia biasa cam kita. Video ni kebanyakkan tengok je dan akan faham berbanding membaca. Nak kena fikir dan perlu ada fakta. Dan paling penting, blog orang tak leh nak edit edit ! Heeee... tak macam video. Mudah jadi fitnah. 

Nah.. apa kata , buatkan satu blog untuk anak anak korang yang dah berumur 12 tahun ke atas. Mereka yang sudah pandai mengarang tak kira la dalam Bahasa Melayu atau English , inilah masa untuk buat duit ! Lepas siap , update dulu blog selama sebulan pastu mohon iklan Adsense atau letak link affliate seperti Shopee dan Lazada. Nah... inilah duit yang akan dijana selagi blog kita wujud ! 

Ada ke orang baca blog kita ? Medium untuk promote blog dah ada banyak sekarang. Boleh guna semua selagi ada internet ! Nak tulis apa ? Heee... macam macam boleh dikongsi bersama. Asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama , bangsa dan negara.. buatlah ! 

Jangan fikirkan nak kaya.. fikirkan dulu apa yang boleh kita berikan pada pembaca. Bab duit akan masuk dengan sendirinya selepas itu. Inshaallah. Dan jangan lupa , declare cukai bila dah mula ada pendapatan dari media sosial. LHDN baca post aku ni. Hahahaha... 

Ingat.. apa yang kita hasilkan di media sosial ni adalah saham akhirat. Dosa atau pahala , kita sendiri yang kena hadap..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Perasan tak ? Ramai gini kan ? Termasuk anak anak aku. Kenapa ? Puncanya satu jer. Ketagihan gula ! Mesti korang kata.. mana ada kasi diorang gula ! Diorang suka susu jer. Susu apa ? Susu badan atau susu tepung ? Haaa... Kalau susu badan , aku pasti mereka jenis takda masalah nak makan buah , sayuran atau real food la senang cakap berbanding mereka yang diberikan susu formula atau susu tepung ! Kan kan ? 

Bila keluar rumah.. kita belikan pulak roti atau jajan. Bila belek kat bahagian khasiat tu, tertulis la pelbagai khasiat. Kononnya ! Ada vitamin , kalsium , protein.. Hahaha.. adoilah ! Kena kencing atas kepala hidup hidup kita. Kita tu, termasuk aku la. Sebab itulah anak anak susah sangat nak makan makanan berkhasiat setiap pagi.  Kalau kasi makanan dalam  kotak dan tambah susu segar tu, pergh.. berselera ! Tanpa kita sedari.. kita merosakkan perut mereka. Sistem imun jadi rapuh dan mudah jatuh sakit ! 

Dah tu nak buat camana ? Diorang dah tak nak makan makanan gini ! Bila keluar rumah pun gitu gak. Mesti nak makanan macam tu. Senang jer. Kalau nak ubah anak anak , kita kena ubah diri kita sendiri.Mulakan dengan mak ayah ! Bila keluar beli barang dapur , pastikan tiada jajan , makanan segera ,air kotak , susu susu , biskut atau roti dalam troli ! 

Kemudian , rajin rajin bukak Youtube atau mana mana platform yang ada video singkat seperti Instagram atau Tiktok. Cari video berkenaan pemakanan sihat dan tidak ni. Tunjuk apa kesan jika mereka tak ubah pemakanan mereka. Bagitau mereka kenapa mereka sering jatuh sakit.. mudah selsema, batuk dan demam. Apakah mereka nak gemuk bila besar nanti ? 

Sarapan pagi nak makan apa ? Kasi telur rebus atau setengah masak pada mereka. Bagitau kenapa mereka kena makan telur setiap hari. Nak pastikan otak sihat. Nak tinggi. Nak kacak. Nak cantik. Nak kulit elok. Tunjuk contoh mereka yang rajin jaga kesihatan dan kesannya seperti Ronaldo. Walaupun dah kaya raya dia tetap utamakan kesihatan. Kemudian contoh paling bagus ialah Rasulullah saw. Apa yang baginda makan setiap hari. 


Ilmu mengenai GULA pada anak anak. Bukan sekadar gula putih jer tapi macam macam jenis nama ada. Ajar tengok kandungan sebelum membeli. Gula yang mana boleh mereka ambil dan gula mana perlu dielakkan. Nah.. ini semua mak ayah turut kena tau. 


Dulu , inilah yang wajib ada dalam troli untuk anak anak/

Sekarang..sebulan sekali belanja mereka begini. Untuk buah buahan , pastikan rendam dengan air garam dulu. 


  Beraktiviti dengan anak anak. Biar mereka amalkan gaya hidup sihat bersama mak ayah !


Tidur awal setiap malam. Elakkan makan lewat malam. Jangan ajak melepak tengok movie. Tak perlu ada cheat day ! Kalau nak sangat , cuba minum dulu air suam dulu. Makan dulu makanan yang ada fiber ataua protein. Kalau masih ada rasa teringin tu , ambillah sekadar rasa tapi pastikan sebelum nak makan tu, makanlah makanan berkhasiat dulu. Jangan terus sumbat makanan yang tinggi gula atau tinggi karbohidrat. 

Tips pemakanan mudah untuk diajar pada anak anak. Lauk pauk wajib ada fiber dan protein. Makan tu dulu.. contoh kalau ada sayur , makan sayur dulu atau buah. Pastu abiskan ayam atau ikan. Baru makan nasi bersama kuah sup gitu. Cukup. 


Apa ??? Hilanglah nikmat kehidupan ? Hee.... nikmat kehidupan yang dikatakan tu cuma di lidah jer. Perut ko kata apa ??? Lepak makan , terasa sendat tak ? Senak ? Mengah ? Terus rasa mengantuk,kan ? Rasa nak tidur.. Rasa rasa , sihat ke macam tu ? Tu pasal orang tua kata , masuk 40an macam macam sakit ada.. 

Ingat.. kos perubatan semakin mahal ! Sekali gi klinik , dah lebih RM50 sekarang ni. Lebih baik beli makanan yang berkhasiat untuk anak anak. Pastikan real food untuk mereka. Makanan sebenar yang tok nenek kita makan. Kita cuma perlu makan untuk hidup. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Seperti biasa... tugas harian aku ialah menjemput dan menghantar anak anak ke sekolah sendiri. Aku lebih puashati dapat buat gitu. Tak kaya pun tak pe la asalkan aku dapat kenangan begini dan begitu juga mereka. Tak nak ajar anak anak terkejar kejar duniawi walaupun penting. Makan pakai apa saja yang ada. Rezeki dari Allah.. Jika lebih , kita sedekah. Jika kurang , kita memberi. Begitulah.

 1240 tenghari. Dia keluar melalui pintu biasa. Aku sambut dan ambil beg dia. Terkejut melihat belakang leher dia. Ada satu garisan panjang berwarna merah dan masih segar lagi. Terus aku bertanya pada dia. Katanya kawan dia tercakar ketika bermain bola. Huih... dasat kuku dia ! Sampai gitu sekali. 

Di rumah.. aku periksa belakang badan dia. Ada banyak juga la dan panjang juga cakaran tu. Aku tanya Qhaliff apakah tindakan dia selepas kawan dia buat gitu ? Menurut dia , kawan tu minta maaf berkali kali. Dia tak sengaja. Apakah Qhaliff tidak membalas perbuatan itu ? Sejujurnya aku memang tak benarkan Qhaliff mengambil tindakan sendiri. Bagitau cikgu jika ada yang membuli atau memukulnya. 

Qhaliff kata pada kawan dia. Dia hanya akan memaafkan kawannya jika dia memotong kuku. Dia tak nak kawan dia tercederakan kawan kawan yang lain. Kesian nanti. Aku tersenyum. Yer.. aku faham situasi ni. Begitulah adat berkawan. Kalau dia tak sengaja. takkan nak marah dah cuma kena la ambil tindakan memperbaiki. 

Aku letak gambar ni ke dalam grup whatsapp kelas. Ada ibu bapa minta aku mesej mereka secara peribadi jika anak mereka terlibat. Aku tak mesej sapa sapa. Aku cuma tinggalkan pesanan yang meminta ibu bapa periksa kuku anak masing masing bila pulang dari kerja nanti. Itu saja. Aku tak minat nak panjangkan cerita ni dengan harapan tidak berlaku lagi insiden seperti ini di masa akan datang. 

Kalau takda ketip kuku yang bagus , boleh je beli di SINI dan simpan ! Pastikan ada ketip kuku di sisi kita. Aku sendiri pun simpan dalam beg aku. Senantiasa bawa ke mana mana sebab kuku ni cepat panjang. Kita yang gemar makan makanan berprotein akan bikin kuku cepat panjang ! Kuku anak anak aku pun cepat panjang. 

Kemudian aku sapukan gel aloevera ke belakang badan dia. Sememangnya gel ni banyak membantu aku ketika anak anak terluka , bengkak dan  lebam. Cepat suruh wooo ! Korang yang ada anak kecil di rumah , sila pastikan ada stok termasuklah dalam beg travel. Kalau luka , cepat taruk.. darah akan berhenti dan cepat kering. Korang boleh beli untuk kegunaan di masa kecederaan. Hee.. dapatkan di SINI.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

#RayaDuluDulu


Qhaliff pernah bertanya pada aku , camana aku dan ibu beraya masa kanak kanak dulu ? Aku tersenyum. Satu kenangan manis yang pastinya korang sendiri pernah alaminya. Kan kan ? Seronok gi beraya bersama kawan kawan dari rumah ke rumah. 

Teringat masa zaman Covid 19 melanda. Kita semua beraya dalam rumah jer. Sesama sendiri. Nak keluar rumah tak boleh. Bila dibenarkan bersyarat , nak gi beraya ke rumah kenalan , takut dijangkiti virus atau kita sendiri pembawa. 

Bila keadaan kembali normal, apakah kanak kanak zaman ni akan menikmati keindahan berhari raya seperti dulu dulu ? Alhamdulillah.. di taman perumahan aku , inisiatif dari orang kuat dan penduduk penduduk yang sporting , membuka pintu menjemput anak anak penduduk masuk beraya bersama sama. 

Mereka sangat gembira ! Dapat kenalan baru dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan pakcik makcik yang mana inilah generasi pertama dan anak anak ini bakal menjadi generasi kedua taman yang aku tinggal ni.. termasuklah anak anak aku.

Dapat duit raya tak kira berapa sekali pun dah menceriakan hati mereka tapi paling menceriakan ialah masing masing kata kekenyangan. Aku benarkan mereka makan dan minum tapi perlu juga memilih. Jangan semua nak bedal ! Aku tetap tak benarkan minum air gas dan juga gula gula. Makanlah kuih raya yang hanya ada pada hari raya saja. Itulah yang rare ! 

Dua minggu pintu rumah jiran tetangga dibuka untuk mereka. Hari hari anak aku dok kata tak sabar menanti hari Sabtu kembali. Nak pergi beraya. 



#BelajarDuluDulu

Bercakap mengenai Covid 19 , satu lagi pembaharuan ialah belajar secara online. Ramai anak anak keciciran ilmu. Tak boleh ke sekolah dan kena belajar di rumah secara online saja. Aduh... boleh ke anak anak ni berikan tumpuan ? 

Sejujurnya.. pada awal awal memang payah la diorang ni nak belajar secara online. Cikgu cikgu sendiri stress sebab inilah pengalaman pertama mengajar depan skrin tanpa anak murid. Tapi masing masing berjaya lalui zaman ni. Perubahan berlaku namun pembelajaran bersemuka jugalah sebenarnya yang para ibu bapa inginkan selain secara online. 

Apakah belajar secara online tidak memberi impak sama sekali ? Anak anak aku yang dah sertai kelas pembelajaran secara online selama 2 tahun banyak alami perubahan. Namun aku berasakan sesekali mereka perlu masuk kelas bersemuka untuk dapatkan pemahaman yang lebih padu bersama sama cikgu yang berpengalaman. Kata mereka juga , di sekolah cikgu ajar tapi tak sempat nak faham sebab kesuntukan masa dek kerana macam macam aktiviti yang ada di sekolah. Gitulah.. 

Kelas bersemuka di FlyHigh Education Centre , menyediakan inisiatif kelas bersemuka secara VIP. Mereka yang berminat untuk belajar secara berhadapan dengan guru guru berpengalaman , pastinya akan lebh mudah faham dan juga akan dapat pelbagai tips tips dari guru secara terus. Kalau tak faham pun cikgu akan ajar sampai faham ! Untunglahhhhhh !! Tak ramai lak tu.. Senang nak belajar macam ni. Hanya yang terpilih dan bermnat saja akan dapat slot begini. 

Di Flyhigh, ada macam macam bengkel dianjurkan untuk memastikan anak anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Rugilah peluang sebegini dilepaskan... 



 Info lanjut di : FlyHigh Education Centre

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Alhamdulillah.... 

Mak aku mengadu cermin mata dia dah tak sedap nak guna. Kabur bila guna. Rasanya dah masuk 2 tahun cermin mata tu. Katanya bila tengok dekat , tak beberapa jelas dah. Cermin mata tu , jenis multitifocal. Sama macam aku la. Guna untuk pelbagai situasi termasuk ketika di gym. Guna bingkai tahan lasak. Cuma mak aku ni guna ketika nak membaca atau tengok handphone. Aku tak pelik pun kalau mak aku kata matanya kabur. Dia ada diabetis. Hurm... 

Info : 
Kanta Multifokal ataupun dengan nama lainnya kanta Progresif ialah satu jenis kanta yang menggabungkan tiga ‘power’ mata (jauh, pertengahan dan dekat) tanpa terlihat garisan kasar pemisah antara setiap ‘power’ mata. Kanta ini juga dikenali sebagai kanta banyak titik fokus.

Individu yang mempunyai masalah penglihatan jauh dan dekat terutamanya kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas (Presbiopia) amat disarankan untuk memakai kanta multifokal ini. Kanta ini membolehkan mereka untuk melihat dengan jelas pada semua jarak tanpa memerlukan cermin mata yang berasingan.

Maka.. satu hari tu , aku set hari dan bawa mak aku ke Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza. Senang nak ke sini. Guna pengangkutan awam jer. Aku malas nak memandu. Mak aku pula memang dah dekat pun. Dari Cheras nak ke Bukit Bintang , cuma dalam 20 minit jer. Kalau tak jem , lagi kejap jer. 

Di sana.. bukan mak aku je check mata tapi aku suruh semua yang datang tu check juga. Qhaliff ok. Adik ipar ngan mak aku je kena tukar kanta. Power naik sedikit. Anak buah aku tu pun. Mata takda masalah. Alhamdulillah. 

Cuma perlu tukar cermin jer. Bingkai guna yang lama sebab masih cantik dan elok. Beli kat sini gak. Mak aku selesa ngan bingkai tu. Ok la.. malas nak paksa tukar lain. 

 
Aku... berkenan lak ngan satu bingkai ni. Power aku , aku kasi up skit je. Kasi jelas terutama memandu sebelah malam. Masalah silau ! Adeh... Sesuai untuk ke gym dan juga bersukan. Jadi aku ada dua pasang dah cermin mata. Kanta, multifocal dan tukar gelap atau photochtomic. Bila di kawasan terbuka, kena matahari , dia akan gelap dalam masa beberapa saat jer. Best ! 

Alhamdulillah.. cermin mata mak siap dalam beberapa hari sebab dia punya multifocal. Kalau kanta biasa, tak sampai sejam pun dah siap. Untuk anak anak , memang cepat siap ! Korang yang nak bawak anak untuk dapatkan cermin mata baru , memang akan siap hari tu gak la. Jangan risau soal harga. Korang bagitau je korang punya bajet berapa.. diorang akan uruskan. 

Setakat ni.. kawan kawan aku yang pergi sana bawa anak , pasti berpuashati. Malah diorang sendiri pun akan buat. Wife akan amik cermin mata hitam ! Heee... cantik cantik dan harga boleh kawtim bila korang kata.. korang kawan Ben Ashaari ! InshaAllah ! 





Murah je kata seorang kenalan. Buat cermin mata untuk anaknya kerana ada sedikit masalah.

Untuk keterangan lanjut atau nak tengok contoh bingkai \ frame Facebook atau Instagram . Kalau nak tanya soalan ,korang boleh whatsapp terus  ke :

Eyes Vision Group 

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments




Alhamdulillah.. anak anak semakin membesar. Nak besarkan anak anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar. Masalah dengan teknologi satu hal.. dengan gaya hidup pun satu hal ! Makin maju, makin sempit dunia ni dan paling mengarut , makin menggunakan duit ! Asal bergerak je duit.. asal bergerak je duit ! Seolah olah mereka yang ketamakan dengan duniawi dok senantiasa memikirkan bagaimana nak jadikan manusia manusia atas dunia ni , hamba kepada kita.. biar mereka cari duit untuk kita! Gitulah..

Tak caya ? Cuba gi pasaraya.. tengok lambakan makanan makanan yang tidak sihat yang diumpan untuk anak anak kita tertarik menikmatinya. Sapa yang buat semua tu ? Diorang bukan umpan orang orang dewasa tetapi anak anak kecil ! Apakah makanan makanan tu menyihatkan ? Manakala untuk orang orang dewasa macam aku ni lak , lagi la mudah. Gunakan media sosial , viralkan la makanan makanan yang merosakkan tubuh badan. Suruh je influencer influencer kebuluran untuk promote. Makan serupa kejap lagi nak mati ! Segalanya..ummmmp, sedap ! Kita pun meleleh air liur tengok. Sedap ke ? Neh... dia punya sedap kat lidah jer. Lepas tu merasa la deritanya kat perut ! 

Bila cakap bab perut ni.. inilah punca keluarga aku memanjang tak sihat satu tika dulu. Paling ketara , bila sekolah bermula.. anak anak ke sekolah , balik dengan selsema dan diikuti batuk berkahak. Dalam sebulan , wajib diorang kena ! Naik stress gak aku. Asyik nak kena melabur duit kat klinik jer. Tapi bukan salah doktor pun ! Ni semua salah MAK BAPAK sendiri ! 

Apasal aku kata MAK BAPAK ? Yer.. termasuk aku sendiri laa... Bila masuk pasaraya , apa yang kita belikan untuk bekalan seminggu dua ? Bila kita gi beli sarapan , apakah yang akan kita jamu anak anak kita makan ? Bila anak anak ke sekolah, apakah bekalan mereka bawa bersama ? 

Majoritinya SAMPAH !  Penuh dengan gula , bahan pengawet , bahan perasa tambahan , pewarna , pastu konon kononnya banyak khasiat... cait ! Pigidahhh ! Kalau betul nak kasi makanan yang berkhasiat, kasilah makanan yang sebenarnya makanan ! Apa ? Anak anak tak nak ? Memang la tak nak dah mak ayah sendiri pun tak makan gitu. Cuba kita ubah diet pemakanan kita. Ni mak ayah pagi pagi pun dah layan nescafe , kopi 3 in 1 bagai.. pastu dengan roti canai , nasi lemak pelbagai lauk tak kira siang malam.. perghh , kau ingat anak anak dapat contoh yang baik ? 

Inilah silap aku dan isteri aku. Pagi hari dah cari makanan sedap sedap. Malam hari sebelum nak tidur , gi cari makanan lagi. Nak tidur kena makan sedap sedap. Tak pee.. tidur pun membakar kalori ! Kepala hotak ah ! Ni la segala punya kerosakan tubuh badan. Sapa nak kasi tau korang ? Penjual makanan ? Itu punca pendapatan mereka. Syarik syarikat pengeluar makanan ? Kita dijadikan hamba mereka. Hamba pada makanan makanan keluaran mereka. Letak jer perisa untuk kita ketagihan..automatik kita 'dirasuk'. Dan pastinya akan cari lagi makanan yang lebih sedap dan enak dari itu. 

Sian anak anak kita.. Mak ayah sendiri tak sihat. Anak anak apatah lagi ? Masuk usia 40an , sakit sana sini. Berpegang pada falsafah , umur 40an itu dah tua. Kena rajin jumpa doktor. Kena rajin makan ubat. Kena jaga makan ! Adeh..Kalau dari muda jaga makan , inshaallah boleh jer menikmati makanan sedap sedap tak kira usia. Gigi pun cantik lagi walaupun dah masuk 70an. 

Maaflah... inilah yang aku rasa di pagi hari. Sampai bila kita akan begini ? Badan boleh sihat , kita sakitkan sendiri. Hidup boleh tenang , tapi kita memilih menyibukkan diri. Alasan untuk keluarga hidup senang. Apakah definasi hidup senang dan tenang ? Huhu.. kita sedang menipu diri sendiri. Tu belum masuk bab politik. Hahahaha.. jauh kita terperangkap dan diperbodohkan oleh mereka yang punya kuasa ni. Semoga Allah melaknati mereka. 

Ok... bab pemakanan ni. Jauhkan la anak anak dari makanan yang tinggi gula. Elakkan makan lewat malam. Cubalah buat gitu dulu. Jangan beli sebarang jajan seperti biskut biskut , roti putih , susu putih yang kononnya tinggi kalsium.. bagus untuk tulang ! Caitsss ! Membuncitkan perut anak anak kita lagi ada la. Termasuk perut mak ayah ! Tak caya.. cuba korang stop menda menda gini untuk dua minggu. InshaAllah akan nampak bezanya. 



Kita ni dah dibasuh otak ! Contohnya kalau nak pergi gym , kena ambil minuman preworkout. Minum itu.. makan ini ! Untuk tenaga.. barulah boleh angkat berat berat. Kuat ! Padu ! Hekler.. kesudahannya , berapa ramai yang kuat dan padu ? Yang pastinya.. haaa ! Aku malas nak cakap laa... Tu belum part aku kata aku tak makan nasi putih ! 

What ??? Abis tu tenaga datang dari mana ? 

Ramadan lepas.. aku boleh je gi gym pagi dan petang. Sahur pun sekadar telur rebus dan air halia jer. Pun ada je tenaga malah boleh besarkan lagi otot. Apakah nasi saja sumber karbohidrat untuk kita ? hurm.. Sebab itulah kita kena rajin dapatkan ilmu. Sekarang ilmu dihujung jari jer. 

Itulah nasihat untuk aku dan korang. Sekarang kita di bulan Syawal. Jemputan rumah terbuka sana sini walaupun juadah tak banyak dihidangkan kerana harga bahan mentah mahal. Tapi dek kerana nak jumpa kenalan , maka dibuat juga la kan ? Tuan rumah sediakan makanan berkhasiat dan kurang manis. Alhamdulillah.. ada tuan rumah prihatin ! Bukan apa.. kita kena jawab juga di akhirat nanti. Jenuh.. 

Tu je la tips mudah untuk korang.. Jauhi gula dan makan lewat malam. Tak perlu nak layan movie movie bagai. Tidur awal. Bangun awa. Gi bersenam sekeluarga. Amalkan telur rebus setiap pagi. Kasi anak anak juga. Macam macam resepi melibatkan telur ada. Air suam kosong atau taruk sedikit garam Celtic. Aku kasi air halia je pada anak anak. 

Bila bicara soal ilmu ni.. 


 Info lanjut di : FlyHigh Education Centre

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa tu. Selain cari barang dapur , terus beli air kopi. Seronok memasing. 

Dos pertama selesai. Takda demam. Semua ok termasuk wife aku. Pastu dos kedua lak. Dan seterusnya , booster ! Aku tak ingat.. samada selepas dos kedua atau booster , aku terasa jantung berdebar debar seperti amik fat burner ! Aku ingatkan normal jer. Tapi aku alami rasa ketakutan pelik ! Tak berani nak keluar rumah jumpa orang. Nak berbual ke.. atau nak ke gym ! Kalau nak ke gym, memang akan pakai face mask masa workout. Malah aku akan workout dekat ngan tingkap atau kawasan yang ada kipas. Heee.... 

Rupa rupanya aku dah kena anxiety ! Tu pun selepas aku buat rawatan fisioterapi. Katanya urat leher aku sangat tegang. Adeh... patutlah ! Apakah puncanya dari vaksin ?? Tak pun sebenarnya. Badan aku dah cukup  tinggi dengan keradangan sebelum  tu. Aku kaki kopi 3 in 1 ! Gara gara mereview produk tanpa kira baik buruknya produk tu, maka kesan sampingannya memang hanya menanti masa. 

Tambah lagi dengan pemakanan yang kononnya sihat untuk tubuh badan.. untuk dapatkan protein , kalsium dan pelbagai jenis vitamin , aku gemar minum susu susu putih yang dijual di pasaran ! Sampah sungguh laaaa ! Tinggi gulaaaa semua tu ! 

Dah dengan gula tinggi.. kafein lagi ! Tambah lagi dengan pelbagai bahan bahan sintetik dalam pemakanan terutama yang segera , ibarat racun dah terkumpul dalam badan. Hanya menanti masa untuk meletup. Dan seterusnya... 

Nak kata sebab vaksin , mak aku ok. Adik , abang aku ok. Alhamdulillah. Masing masing booster kot. Wife aku , kena ! Dia kaki kopi ! Wajib hari hari. Nah... inilah dia punca segalanya. Kafein tinggi dalam badan menjadi punca.

Aku ubah gaya hidup. Detoks ? Yer... buat secara semula jadi dan mudah jer. Tak perlu ubat doktor pun. Dan alhamdulillah , sihat kembali. Aku kena Covid 19 tahun berikutnya dan kemudian Influenza. Sekeluarga.. alhamdulillah.. semua sihat. 

Camana nak detoks ? Buang semua makanan yang dibuat di kilang yang berada di dapur tu ! Hahahaha.. Yang dalam tin.. yang dalam plastik.. Makanlah makanan yang nenek moyang kita makan. tu jer caranya kalau nak sihat ! 

Gi gym pun pakai facemask ! Anxiety teruk !

Amalkan air halia setiap pagi. Berhenti ambil makanan yang bukan makanan sebenar !




Nak sihat ? Amalkan air halia :  https://halia1.wasap.my/

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Di Aeon Nilai.. ketika nak bayar barangan yang aku nak , terpandang dua orang anak dara ni. Muka lawa ! Terpandang di tangan dia. Kemudian dia menghirup minum air yang dia dah minum setengah. Aku geleng kepala. Tengok badan dia pun aku dah kesian.

Ramai dah aku jumpa gitu. Muka lawa lawa. Comel lotey bak kata orang Keyel ! Tapi badan berlemak lemak ! Apasal jadi gitu ? Kalau zaman aku, anak dara macam tu memang solid molid la. Nak jumpa yang berlemak bagai ni , memang payah. 

Punca ? Tak payah cakap dah. Segalanya dari makanan minuman viral yang tinggi dengan gula. Yer.. aku pun pernah lalui zaman tu. Zaman yang mana asal nampak je makanan minuman sedap , aku beli. Kononnya lepas makan atau minum tu, gi la gym. Bakar balik. Bingai bebal totol ! Kalau tak beli, mesti sebab review produk. Kopi 3 dalam 1 laa..Pastu review makanan siang malam tak kira waktu. Pergh.. kena jarum suruh makan lagi satu ! Hurmm... salah sendiri.

Kesudahannya.. nah , tengok di bawah ni ! Abis badan rosak ! Keradangan !!! Tekanan darah tinggi. Pre diabetis... anxiety ! Gerd... sakit kepala laa.. asid refluks la.. kembung perut ! Mudah semput. Nah.. semua ada dah. Kalau aku masih tak sedar diri.. rasa rasanya aku pun dah mula telan ubat doktor berbiji biji sehari ! 

Sakit sendi.. lutut dan siku itu wajib ! Itulah antara tanda tanda keradangan.

Bayangkan.. umur 30an dah sakit macam macam tapi dok rasa badan sihat ! Kononnya badan besar bersebu itu sado ! Adoilah pemikiran. Walhal itulah tanda tanda fizikal yang ketara. Kau tak sihat dol !! Tak sihat ! Faham tak ? 

Perit bai ! Bila kerja... cuti lebih banyak dari kerja. Seminggu , mesti ada MC ! Darah tinggi weh ! Pastu masa PKP , kena Anxiety. Jantung laju jer. Macam rasa nak mati. Tak boleh baca isu isu terkini melibatkan kematian atau penyakit. Terus trigger ! Aduh... penat nak hidup macam ni.

Rupa rupanya.. segalanya punca dari makanan. Cara paling halus nak bunuh manusia. Ko ingat cucuk vaksin ? Cait... tak payah cucuk. Kasi makan jer.. Berjuta juta manusia sakit kat Malaysia ni kerana pemakanan yang tak sihat ! Tak caya ? Gi tengok kedai makan pagi hari. Apa diorang makan. Apa yang kau makan ???? 

Itu belum suppliment suppliment yang dikatakan untuk kesihatan.. heee... kononnya ! Banyakkan membaca dan mencari info info terkini mengenai kesihatan. Kat Tiktok dan Instagram banyak video video ilmiah yang boleh dikongsi bersama. 

Sarapan pagi dan makan malam gini je biasanya terutama di bulan Ramadan.

Dua jam di gym dengan perut kosong dan hanya berbekalkan air halia saja.


Nak sihat ? Amalkan air halia setiap hari 
Beli : https://halia1.wasap.my/


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (40)
    • ►  Jun 2025 (3)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ▼  April 2024 (16)
      • Beras mana yang sihat untuk kita ?
      • Nak sihat ? Elakkan 5P ini dan amalkan 2 P ini pula !
      • Mansuhkan lesen kedai makan 24 jam ?
      • Selalu bersenam ? Kena ada masa untuk baik pulih o...
      • Buat duit dengan blog !
      • Kita merosakkan perut anak anak tanpa disedari !
      • Sila periksa kuku anak masing masing !
      • #RayaDuluDulu vs #BelajarDuluDulu
      • Bawa mak dan anak periksa mata tu ! Jangan biarkan.
      • Tips nak keluarga sihat !
      • Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
      • Ubahlah nak oii !
      • Disebalik kemeriahan Aidilfitri 2024
      • Bard Gym , Kota Bharu di Kelantan memang padu !
      • Tips jaga kesihatan anak anak di hari raya nanti !
      • Korang masih gagal turunkan berat badan ?
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes