Nak sihat ? Elakkan 5P ini dan amalkan 2 P ini pula !

by - Isnin, April 29, 2024


Ini aku , satu tika dulu ! Antara penyakit yang awal awal aku ada ialah tekanan darah tinggi yang membawa ke level Hypertension. Tapi aku tak pernah makan ubat tekanan darah tinggi mahupun masuk wad. Alhamdulillah. Cuma masa aku bekerja dulu , aku rajin la ambil cuti sakit. Setiap minggu memang akan ada MC punyalah. Kira dah level boss menyampah punya. Huhuh.. Yelah.. nak gi kerja pun , kepala sakit berdenyut denyut ! Dan aku pulak ketika tu berpegegang pada penyakit keturunan ! Hurm..

Tapi aku terlupa.. gaya hidup aku ketika muda membinasakan masa depan aku tanpa disedari. Suka makan roti berkrim , roti canai , nasi kandar , fast food , susu kotak low fat , ais krim , coklat , megi , kopi 3 in 1 . air tenaga dan macam macam lagi la.. Siang malam aku bedal untuk besarkan badan. Kononnya nak dapatkan khasiat seperti protein yang terkandung dan juga kalsium ! 

Abah kau ! Sia sia je kena kencing dengan puak puak pendajal manusia.

Pelan pelan racun bertapak dalam badan. Akhirnya satu satu aku rasa. Bermula dengan sakit kepala , pedih ulu hati , angin , asid refluks. Darah tinggi tu dalam hujung tahun 20an aku dah rasa. Mungkin stress kerja rasanya. Pastu tengah makan , bedal roti banjir 2 keping sebelum ditambah dengan nasi kandar siap ayam kicap dan ayam daging merah ! 

Masuk 40an.. aku terasa lain macam badan aku ni. Mudah semput. Nafas pun pendek pendek macam orang ada asma. Tapi masih rasa diri sihat ! Fuh... dasat ! Ditambah pula dengan gaya hidup sebagai blogger yang rajin buat review makanan siang malam ni.. memang mengundang sungguh la penyakit merbahaya ! 

Perut buncit ? Bagi aku biasa je. Ramai macam ni. Bila kita kembungkan.. nampak la buncit tu. Bila buang angin, hilang laa.. Tapi lemak pada bahagian perut dan pinggang kiri dan kanan makin menebal! Ikut tips bradah bradah gym... banyakkan kafein untuk bantu pembakaran lemak ! Hahahaha.. tolol tul la aku. Gi ikut jugak laaaa... Naya sungguh.

Kesan dari peningkatan kafein dalam badan membuatkan aku alami jantung berdebar kencang yang aku rasakan normal sebab pembakaran lemak. Kononnya ! Adoilah.. akhirnya aku kena anxiety masa PKP. Aku berusaha nak lawan juga dengan pergi juga ke gym dan bersenam di luar rumah. Tapi level debaran tu memang tak leh nak dibawa berbincang. 

Bukan anxiety jer.. badan semakin teruk keradangan. Sakit sendi dan penglihatan mata mula merosot. Yang membuatkan aku mengubah keputusan bila mata aku semakin kabur. Itu adalah penanda prediabetis ! Aku tak boleh buat tak tau. Aku kena buat sesuatu ! 










Dan keadaan makin teruk bila wife kena gastrik. Seminggu sakit ! Aku kena ambil dan hantar dia ke pejabat. Tak boleh nak memandu. Masa tu tak sangka la dia gastrik sampai gitu sekali. Memang tau dia ada gastrik cuma ingat gastrik ni biasa biasa jer. Sekali kena.. pergh.. katanya nak beranak pun tak sakit macam tu ! Gitu sekali haaa.. 

Alhamdulillah... gastrik tu berjaya diubati. Dan secara rasminya , aku sekeluarga ubah gaya hidup terutama pemakanan ! Pertama sekali aku ubah ialah dapur aku. Nah... di sini aku dapat tips dari Dr Mani dan Dr. Rizal dari Neuroversiti. Aku kaji pendapat mereka dan aku gunakan pada keluarga aku. Di sininya hadir 5P tersebut ! Yer.. memang berkesan sama sekali untuk mereka yang ada masalah macam aku. Dah 2 tahun aku buat. Tapi sesekali tu aku curang jugalah kecuali makanan yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan tu.. aku tak usik sama sekali ! 

5P Yang Perlu Elak
1. Putih Nasi
2. Putih Tepung
3. Putih Gula
4. Pewarna Makanan
5. Processed Food

2P Yang Perlu Ambil
1. Probiotik
2. Prebiotik 

Korang boleh baca pasal 5P ni di blog Neuroversiti. Penerangan mereka di situ dah lebih mencukupi. Aku tak perlu nak terangkan kat sini dah. Heeee.. klik SINI untuk baca.. 

Nasi putih ni memang aku dah berhenti 2 tahun. Memang sangat sangat berkesan untuk aku. Kenapa aku kata berkesan sebab nasi putih inilah yang terakhir sekali aku cut ! Aku buat satu satu. Dan ternyata bila aku berhenti ambil nasi putih ni , masalah sakit sendi termasuklah Baker's Cyst aku hilang. Dengan izin Allah..

Dan tekanan darah aku juga kembali cantik. Begitu juga perut aku. Dah tak lagi kembung malah dah boleh nampak otot otot perut yang aku idamkan sejak usia 30an dulu. Punya payah la nak hilangkan lemak tu. Rupa rupanya senang jer ! 

 

Selain itu.. untuk sihatkan sistem penghadaman, korang pun tau kan.. aku minum apa setiap hari ? Yer.. aku memang minum setiap hari ! Air halia ! Malah aku dah jatuh cinta pun ngan HALIA ni. Dulu memang terasa pedas je dan sedap bila kunyah halia ni... tapi sekarang apa saja herba dan rempah ratus , aku boleh bedal gitu saja... Begitu juga anak anak. 

Perubahan yang aku buat ini turut memberi impak pada aku sekeluarga. Alhamdulillah... Zaman sekarang ni , racun dah depan mata dan kita suap mereka hari hari... dengan alasan INILAH KENIKMATAN HIDUP ! 

Ada yang nak ubah tapi tak mampu kerana mereka ketagihan. Sebenarnya .. boleh jer ! Yang nak kena ubah ialah cara kita berfikir. Ubahlah sebelum keadaan semakin teruk..

You May Also Like

0 comments