#RayaDuluDulu vs #BelajarDuluDulu

by - Rabu, April 24, 2024

#RayaDuluDulu


Qhaliff pernah bertanya pada aku , camana aku dan ibu beraya masa kanak kanak dulu ? Aku tersenyum. Satu kenangan manis yang pastinya korang sendiri pernah alaminya. Kan kan ? Seronok gi beraya bersama kawan kawan dari rumah ke rumah. 

Teringat masa zaman Covid 19 melanda. Kita semua beraya dalam rumah jer. Sesama sendiri. Nak keluar rumah tak boleh. Bila dibenarkan bersyarat , nak gi beraya ke rumah kenalan , takut dijangkiti virus atau kita sendiri pembawa. 

Bila keadaan kembali normal, apakah kanak kanak zaman ni akan menikmati keindahan berhari raya seperti dulu dulu ? Alhamdulillah.. di taman perumahan aku , inisiatif dari orang kuat dan penduduk penduduk yang sporting , membuka pintu menjemput anak anak penduduk masuk beraya bersama sama. 

Mereka sangat gembira ! Dapat kenalan baru dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan pakcik makcik yang mana inilah generasi pertama dan anak anak ini bakal menjadi generasi kedua taman yang aku tinggal ni.. termasuklah anak anak aku.

Dapat duit raya tak kira berapa sekali pun dah menceriakan hati mereka tapi paling menceriakan ialah masing masing kata kekenyangan. Aku benarkan mereka makan dan minum tapi perlu juga memilih. Jangan semua nak bedal ! Aku tetap tak benarkan minum air gas dan juga gula gula. Makanlah kuih raya yang hanya ada pada hari raya saja. Itulah yang rare

Dua minggu pintu rumah jiran tetangga dibuka untuk mereka. Hari hari anak aku dok kata tak sabar menanti hari Sabtu kembali. Nak pergi beraya. 



#BelajarDuluDulu

Bercakap mengenai Covid 19 , satu lagi pembaharuan ialah belajar secara online. Ramai anak anak keciciran ilmu. Tak boleh ke sekolah dan kena belajar di rumah secara online saja. Aduh... boleh ke anak anak ni berikan tumpuan ? 

Sejujurnya.. pada awal awal memang payah la diorang ni nak belajar secara online. Cikgu cikgu sendiri stress sebab inilah pengalaman pertama mengajar depan skrin tanpa anak murid. Tapi masing masing berjaya lalui zaman ni. Perubahan berlaku namun pembelajaran bersemuka jugalah sebenarnya yang para ibu bapa inginkan selain secara online. 

Apakah belajar secara online tidak memberi impak sama sekali ? Anak anak aku yang dah sertai kelas pembelajaran secara online selama 2 tahun banyak alami perubahan. Namun aku berasakan sesekali mereka perlu masuk kelas bersemuka untuk dapatkan pemahaman yang lebih padu bersama sama cikgu yang berpengalaman. Kata mereka juga , di sekolah cikgu ajar tapi tak sempat nak faham sebab kesuntukan masa dek kerana macam macam aktiviti yang ada di sekolah. Gitulah.. 

Kelas bersemuka di FlyHigh Education Centre , menyediakan inisiatif kelas bersemuka secara VIP. Mereka yang berminat untuk belajar secara berhadapan dengan guru guru berpengalaman , pastinya akan lebh mudah faham dan juga akan dapat pelbagai tips tips dari guru secara terus. Kalau tak faham pun cikgu akan ajar sampai faham ! Untunglahhhhhh !! Tak ramai lak tu.. Senang nak belajar macam ni. Hanya yang terpilih dan bermnat saja akan dapat slot begini. 

Di Flyhigh, ada macam macam bengkel dianjurkan untuk memastikan anak anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Rugilah peluang sebegini dilepaskan... 



 Info lanjut di : FlyHigh Education Centre

You May Also Like

0 comments