Tips nak keluarga sihat !

by - Ahad, April 21, 2024




Alhamdulillah.. anak anak semakin membesar. Nak besarkan anak anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar. Masalah dengan teknologi satu hal.. dengan gaya hidup pun satu hal ! Makin maju, makin sempit dunia ni dan paling mengarut , makin menggunakan duit ! Asal bergerak je duit.. asal bergerak je duit ! Seolah olah mereka yang ketamakan dengan duniawi dok senantiasa memikirkan bagaimana nak jadikan manusia manusia atas dunia ni , hamba kepada kita.. biar mereka cari duit untuk kita! Gitulah..

Tak caya ? Cuba gi pasaraya.. tengok lambakan makanan makanan yang tidak sihat yang diumpan untuk anak anak kita tertarik menikmatinya. Sapa yang buat semua tu ? Diorang bukan umpan orang orang dewasa tetapi anak anak kecil ! Apakah makanan makanan tu menyihatkan ? Manakala untuk orang orang dewasa macam aku ni lak , lagi la mudah. Gunakan media sosial , viralkan la makanan makanan yang merosakkan tubuh badan. Suruh je influencer influencer kebuluran untuk promote. Makan serupa kejap lagi nak mati ! Segalanya..ummmmp, sedap ! Kita pun meleleh air liur tengok. Sedap ke ? Neh... dia punya sedap kat lidah jer. Lepas tu merasa la deritanya kat perut ! 

Bila cakap bab perut ni.. inilah punca keluarga aku memanjang tak sihat satu tika dulu. Paling ketara , bila sekolah bermula.. anak anak ke sekolah , balik dengan selsema dan diikuti batuk berkahak. Dalam sebulan , wajib diorang kena ! Naik stress gak aku. Asyik nak kena melabur duit kat klinik jer. Tapi bukan salah doktor pun ! Ni semua salah MAK BAPAK sendiri ! 

Apasal aku kata MAK BAPAK ? Yer.. termasuk aku sendiri laa... Bila masuk pasaraya , apa yang kita belikan untuk bekalan seminggu dua ? Bila kita gi beli sarapan , apakah yang akan kita jamu anak anak kita makan ? Bila anak anak ke sekolah, apakah bekalan mereka bawa bersama ? 

Majoritinya SAMPAH !  Penuh dengan gula , bahan pengawet , bahan perasa tambahan , pewarna , pastu konon kononnya banyak khasiat... cait ! Pigidahhh ! Kalau betul nak kasi makanan yang berkhasiat, kasilah makanan yang sebenarnya makanan ! Apa ? Anak anak tak nak ? Memang la tak nak dah mak ayah sendiri pun tak makan gitu. Cuba kita ubah diet pemakanan kita. Ni mak ayah pagi pagi pun dah layan nescafe , kopi 3 in 1 bagai.. pastu dengan roti canai , nasi lemak pelbagai lauk tak kira siang malam.. perghh , kau ingat anak anak dapat contoh yang baik ? 

Inilah silap aku dan isteri aku. Pagi hari dah cari makanan sedap sedap. Malam hari sebelum nak tidur , gi cari makanan lagi. Nak tidur kena makan sedap sedap. Tak pee.. tidur pun membakar kalori ! Kepala hotak ah ! Ni la segala punya kerosakan tubuh badan. Sapa nak kasi tau korang ? Penjual makanan ? Itu punca pendapatan mereka. Syarik syarikat pengeluar makanan ? Kita dijadikan hamba mereka. Hamba pada makanan makanan keluaran mereka. Letak jer perisa untuk kita ketagihan..automatik kita 'dirasuk'. Dan pastinya akan cari lagi makanan yang lebih sedap dan enak dari itu. 

Sian anak anak kita.. Mak ayah sendiri tak sihat. Anak anak apatah lagi ? Masuk usia 40an , sakit sana sini. Berpegang pada falsafah , umur 40an itu dah tua. Kena rajin jumpa doktor. Kena rajin makan ubat. Kena jaga makan ! Adeh..Kalau dari muda jaga makan , inshaallah boleh jer menikmati makanan sedap sedap tak kira usia. Gigi pun cantik lagi walaupun dah masuk 70an. 

Maaflah... inilah yang aku rasa di pagi hari. Sampai bila kita akan begini ? Badan boleh sihat , kita sakitkan sendiri. Hidup boleh tenang , tapi kita memilih menyibukkan diri. Alasan untuk keluarga hidup senang. Apakah definasi hidup senang dan tenang ? Huhu.. kita sedang menipu diri sendiri. Tu belum masuk bab politik. Hahahaha.. jauh kita terperangkap dan diperbodohkan oleh mereka yang punya kuasa ni. Semoga Allah melaknati mereka. 

Ok... bab pemakanan ni. Jauhkan la anak anak dari makanan yang tinggi gula. Elakkan makan lewat malam. Cubalah buat gitu dulu. Jangan beli sebarang jajan seperti biskut biskut , roti putih , susu putih yang kononnya tinggi kalsium.. bagus untuk tulang ! Caitsss ! Membuncitkan perut anak anak kita lagi ada la. Termasuk perut mak ayah ! Tak caya.. cuba korang stop menda menda gini untuk dua minggu. InshaAllah akan nampak bezanya. 



Kita ni dah dibasuh otak ! Contohnya kalau nak pergi gym , kena ambil minuman preworkout. Minum itu.. makan ini ! Untuk tenaga.. barulah boleh angkat berat berat. Kuat ! Padu ! Hekler.. kesudahannya , berapa ramai yang kuat dan padu ? Yang pastinya.. haaa ! Aku malas nak cakap laa... Tu belum part aku kata aku tak makan nasi putih ! 

What ??? Abis tu tenaga datang dari mana ? 

Ramadan lepas.. aku boleh je gi gym pagi dan petang. Sahur pun sekadar telur rebus dan air halia jer. Pun ada je tenaga malah boleh besarkan lagi otot. Apakah nasi saja sumber karbohidrat untuk kita ? hurm.. Sebab itulah kita kena rajin dapatkan ilmu. Sekarang ilmu dihujung jari jer. 

Itulah nasihat untuk aku dan korang. Sekarang kita di bulan Syawal. Jemputan rumah terbuka sana sini walaupun juadah tak banyak dihidangkan kerana harga bahan mentah mahal. Tapi dek kerana nak jumpa kenalan , maka dibuat juga la kan ? Tuan rumah sediakan makanan berkhasiat dan kurang manis. Alhamdulillah.. ada tuan rumah prihatin ! Bukan apa.. kita kena jawab juga di akhirat nanti. Jenuh.. 

Tu je la tips mudah untuk korang.. Jauhi gula dan makan lewat malam. Tak perlu nak layan movie movie bagai. Tidur awal. Bangun awa. Gi bersenam sekeluarga. Amalkan telur rebus setiap pagi. Kasi anak anak juga. Macam macam resepi melibatkan telur ada. Air suam kosong atau taruk sedikit garam Celtic. Aku kasi air halia je pada anak anak. 

Bila bicara soal ilmu ni.. 


 Info lanjut di : FlyHigh Education Centre

You May Also Like

0 comments