BEN ASHAARI



 

Tadi sewaktu aku berbual dengan TianChad mengenai dunia blogging dan jugak pembaca serta trafik masing masing , seperkara yang menarik perhatian aku ..

Dia akui trafiknya tak setinggi blogger blogger melayu ni disebabkan artikalnya yang terlalu panjang .. Itu tak dinafikan sbb ramai pembaca kurang nak baca entri yang panjang panjang .. Tetapi kena ingat satu , yang pembaca tak suka ialah entri yang panjang tapi takde point !

IMAG1707

Aku masuk blognya tadi dan baca entri di blognya .. Hurm.. Patutlah dia boleh dapat job dari NUFFNANG .. Kenapa ? Kalau korang masuk dan baca , korang boleh tau .. Kadang kadang , olahan sesuatu cerita amat penting dlm blog .. Bukan sekadar membiarkan gambar bercerita tetapi perlu ada intipatinya jugak ..

Selain dari blog , blogger juga perlu ada kenalan ( network ) atau kabel .. Ni tak perlu dilakukan dengan mengampu sebaliknya cukuplah dengan bijak menyapa blogger blogger yang lama .. Popular atau tidak , tu bukan ukuran .. Bijak bijak la bawak diri dalam dunia maya ni .. Sebab tu aku buat segmen satu tika dulu tapi dah hentikan sebab sebab yang korang pon tau sendiri ..

Begitu juga dengan rakan bloggernya yang turut ada tadi di sana tapi aku tak perasan sangat .. hehe .. “ Hi , Nicole..  “ .. Terharu aku sbb dalam tak aku sedari mereka follow blog aku lama dah .. Dari mana aku tau  ? Satu , di blog TienChad , ada link aku dalam blognya .. Korang pon tau kan , bukan mudah blogger melayu nak dapat tempat di hati blogger berbangsa lain .. Ianya satu penghormatan buat aku ..  1Malaysia gitu ..

Manakala , Nicole pulak lama dah follow twitter aku .. Huhuhu .. Segan aku sehhh .. segann .. hahaha .. Yelah , blog aku biasa biasa jer pon ..

Komen Nicole di entri aku petang tadi ..

“ sebenarnya... tianchad telah mengintaimu lalu bertanya kepada saya "adakah itu blogger yang amat terkenal?" i pun turut mengintaimu dengan babymu. Eh.. mmg, tapi tak mungkinlah blogger terkenal ini akan mendukung anak shopping membeli lampu. Ah, tak sangka pula...mmg abang ben rupanya! haha =) “

Terima kasih pada :

www.tianchad.com dan www.msxeroz.com/

 

Sapa kata blogging ni semata mata pasal duit je ??

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

IMAG1703-1-1

Ni rupa dia kalau nangis .. Hahaha .. Tapi bagusnya 1 saat je cam ni .. Pastu ?

IMAG1715IMAG1720

Tapi kalau geram camana pulak ?? Hahahah .. Jangan terkejut yer .. Ni bukan penderaan baby tapi saja bergurau dengannya yer … Tang ada lak yang kata nak naya baby . Adoyai ..

Jom tengok video dia di SANTAI BEN ASHAARI ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

IMAG1707

Tadi g beli lampu dan kipas lagi ( Houses of Lightings .. Murah eh ? ).. Ramai ari ni .. Ada dua orang yang aku sekadar tau kewujudan mereka di alam maya , turut ada kat sana .. blogger gak tu ..

Yang pertama tu , kawan tu pernah bagi info mengenai kesihatan di blog aku .. Tak ingat lak namanya .. Yang kedua , tuuu .. Aku ditegur oleh blogger , Tianchad sewaktu dok melayan Qhaliff ..

Terharu gak aku sebenarnya .. Kenapa ? Yang pertama , aku ingat aku cuma dikenali di kalangan blogger melayu jer .. Tak sangka gak ada ada blogger bangsa lain leh kenal aku begitu saja ..

Maaf , bukan retis ok ! Dan kitorang pon berbual panjang mengenai dunia blog . Menurutnya , skang ni dia buat full time gak blogging .. Seronok dan terasa kelainannya dari kerja kat pejabat .. hehe ..

Aku tak nafikan yang itu .. Walaupun ada terikat dengan masa dan keluarga , blogging ni mampu menghilangkan stress jika bijak membahagikan masa  ..

TianChad , terima kasih kerana sudi menegur saya. Sekurangnya dapat gak sedikit ilmu mengenai dunia blog dari dia .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

2012-06-30_10-14-36-1

Aku saja .. baru dapat dalam er .. tak sampai pon 10 orang LIKE ..

2012-06-30_10-13-51-1

Qhaliff … tengok la sendiri ..

2012-06-30_10-14-09-1

Bila aku ngan Qhaliff bergabung .. Apakah 98% yang like gambar ni sbb Qhaliff ?? Oh .. masa aku dah tiba .. Bye bye semua .. Biarlah Qhaliff amik alih blog ini .. Aku nak usahakan tanah belakang rumah aku ni . Nak jadi petani berjaya ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz2u920FSqjqJq_M8dqy-3NHiZJ0o3LHz_3pV5cH4Th1Nji6GKM1tX5_mrWjQnY3bEvWRQS1g2cEHwIvlBRACSn4m_mi3hLstgMZJOsXgbFSXOnRff4SNm-q0ES3YMf6L_DqHnGlyb1Znp/s1600/hosting.jpg


MTA Solutions merupakan syarikat pembekal domain dan hosting di Malaysia. Bagi yang xtahu apa itu domain dan apa itu hosting boleh rujuk entry aku yang lepas ( rujuk SINI ) .

MTA Solutions bukan sahaja menyediakan hosting dan domain malah turut menyediakan khidmat membina blog, laman web, ecommerce dan graphic design.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh mtasolutions. Layari website mereka di http://mtasolutions.com.my/ .

Teruskan update dengan like fanpage mereka di facebook http://www.facebook.com/mtasolutions

 

Artikal oleh  MTASOLUTIONS

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Mereka sedar dan sanggup buat apa saja asalkan dapat menonton setiap perlawanan atas alasan minat ..

Namun kerana minat itu ramai yang tak sedar telah melakukan ‘sedikit ‘ kesilapan seperti bertaruh dan berjudi, lebih banyak cuti sakit, ponteng dan ramai yang lewat ke tempat kerja.

Dan paling menarik , anak gadi suka tengok pemain pemain bolasepak yang hensem hensem dan sasa .. kan ? Tak salah .. tak marah .. tak jeles .. tapi sedar ke tak sedar ? Nampak ke nampak ?

Kalau lelaki tengok perempuan main bola jaring , apa perempuan fikir ?  Hehe .. Jangan marah .. Sesekali kena sedar yang kita ni ‘dipergunakan’ mereka … Berjaga setiap mlm untuk layan bola selama sebulan..

Berapa ramai akan berjaga malam setiap hari Ramadhan untuk tengok dan menghayati solat terawikh di Mekah ?

Tak perlu nak marah n terasa .. Kita sama je .. sesekali korang ingatkan aku dan aku ingatkan korang . Aku lama dah rasa menyesal sbb dok layan bola memalam terutama dok lepak kat kedai mamak .. Menguap tapi paksa tengok.. Abis perlawanan , suka pasukan feveret menang tapi aku dapat apa ? Ada ke pasukan tu bank in kan duit kat aku kerana sokong mereka ? Kalau negara sendiri , ok la gak.. Ni tak pon .. hehe ..

Sekadar pendapat jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Motor Trader

Kali pertama aku tahu kewujudan MOTOR TRADER ni melalui abang aku .. Dia sering beli majalah MOTOR TRADER ni .. Aku tak tau langsung untuk apa dia beli majalah .. Kalau nak kata dia nak beli kereta , tak de pon gaya nak beli . Tapi dia dok beli tiap tiap keluaran .. Pelik ..

Bila dah dewasa ni , baru aku tau .. Majalah tu bukan saja pasal jual beli kereta jer tetapi juga ada juga infomasi informasi terkini mengenai kereta terbaru di pasaran .. Waah , kaki kereta atau motor , mmg minat la beli majalah ni ..

Buat yang tak tau cam aku ni , sebenarnya  MOTOR TRADER bukan saja dlm bentuk hardcopy tetapi dah ada dlm bentuk laman web di internet ! Sesuatu yang terkini dan mudah terutama buat mereka yang tercari cari kereta untuk dibeli ..

Dan menariknya , demi untuk kepuasan pelanggan dan juga pengunjung laman web Motor Trader ni , mereka telah mengemaskini lagi laman web mereka agar lebih menarik , cepat dan berinfo ! Mmg menarik sekali !!

image

image

 

Untuk mereka yang tercari cari kereta yang mereka idamkan , segalanya telah dipermudahkan di sini ..

image

Pilih jer mana satu kita nak.. Tekan dan tunggu .. Haa .. Settle !  Dan , daaann .. haaa .. satu lagi pembaharuan yang MOTOR TRADER dah buat ialah , kini peminat peminat atau pengunjung laman web ini boleh akses melalui telefon bimbit anda ! Tapi kena ada internet laa .. Takde internet , mana boleh nak akses .. hehe ..

Jadi segalanya dah dihujung jari anda . Jimat dan pantas .. Tunggu apa lagi  ? Jom ke laman web mereka dan jadi member di fanpage MOTOR TRADER untuk mengetahui perkembangan semasa mereka ..

Laman web : http://www.motortrader.com.my/index.html

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ramadhan muncul lagi . Bezanya , kita jer .. Samada nak perbaiki amalan kita atau nak pertingkatkan lagi.. Tamo kurangkan okeh !  Dan cam biasa , ramai antara kita gemar berbuka di hotel hotel atau restoran yang menyediakan perkhidmatan buffet berbuka puasa ni .. Kira makan sampai pengsan la kan ? Heheh ..

Tak ketinggalan antara hotel yang telah pon menyediakan buffer  juadah berbuka puasa tradisional Melayu yang sangat melazatkan ialah JW MARRIOT KUALA LUMPUR .

Bertempat di tingkat 4  Starhill Conference Centre , para pengunjung bakal menikmati suasana yang telah diubahsuai ala ala kampung sambil menikmati juadah berbuka puasa. Bayaran RM60.00 ++ seorang , dikenakan jika ingin menikmati di bahagian ini ..

Atau jika ingin lebih menarik dan santai , bolehlah menikmatinya di kawasan kolam renang di tingkat 6 , dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM70.00++  seorang .

Antara juadah-juadah  yang akan disajikan pada pengunjung nanti ialah  Tongkeng Ayam (Bishop) Goreng Bercili, Daging Salai Masak Lemak dengan Bachang and Kupang Masak Rampai.

Selain dari itu ada  ulam-ulaman petai, kacang botol, ulam raja, dan Jantung Pisang dan sambal belacan, cincaluk, budu ,tempoyak sebagai penambah selerea !

Antara hidangan lain seperti acar buah, acar jelateh, dan keropok ikan. Selain dari tu ada gak Ramadhan bazaar stalls seperti nasi dagang, satay, ikan bakar, ayam tandoori, roticanai ,nasi ayam, ais kacang, buah-buahan dan macam macam lagi ..

Untuk tempahan sila hubungi  03-2719 8666 atau e-mail kepada bukapuasa@ytlhotels.com.my.

 

Masak Lemak Chilli Padi

Masak lemak cili padi

Redang Daging

Rendang Daging

 

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

 

Tongkeng Ayam Goreng Bercili (Chicken Bishop)

Tongkeng Ayam Goreng Bercili ( Chicken Bishop )

Ramadhan Dishes

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Satu baju untuk 3 sambutan  selama setahun .. Pastu simpan ? Tahun depan buat lagi yang lain ? Pastu simpan ? Atau guna je baju tu sampai pencen ? Yeke ? Yekeee ?? Adoii . Jangan wat lawak ..

Atau 3 baju untuk 3 sambutan ? Kalau guna duit menteri yang cadangkan tu , aku setuju .. Kalau guna duit kantung kerajaan Malaysia , aku tak setuju .. Banyak lagi menda lain yang patut diutamakan seperti , er .. korang pon tau kan ? Kalau tak tau , sila tonton BERSAMAMU di TV3 tuu , atau suratkhabar harian yang mana ada je rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau boleh pikir sendiri..

Membazir la semua ni .. Serius .. Baju koperat setiap kementerian pon , berpasang pasang ada setiap tahun . Sehelai berapa ringgit ?? Sapa yang dapat tender tu ? Haaa .. Kang SPRM masuk kang .. haaa .. Confirm lepas ? Akhirat ? Ecehh.. lepas gak ? Ok la tu , memang teror laa ..

Apa susah .. Kata 1Malaysia .. Samada penjawat awam atau orang awam , pada ketiga tiga hari ni , boleh la pakai baju tradisional masing masing .. kan ? Baru la meriaaahhh dan mesra gitu  .. Tak payah tunggu hari raya 1malaysia baru nak pakaiii … kan kan ?

Maaf la.. aku bukan pembangkang atau benci kerajaan .. Cuma nak kerajaan jimat duit rakyat .. Kang abis , kitorang gak pening kepala .. Apa lagi nak digadaikan kan ?

Erk .. cool.. amik yang positif .. Kalau salah cakap , maaf la yer .. Kita manusia jer .. Esok lusa ke tanah gak ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Amboi .. baru kena tinggal 3 jam , dah rindu rinduan eh Qhaliff ?  Daddy g event Hyundai tadi .. Apa nak buat , cari duit .. hehehe .. Qhaliff lepak je rumah , okeh ?

Sewaktu kat sana , wife msg aku bgtau Qhaliff dok main main je .. Tamo tidur .. Cam tau tau jer daddy takde , tamo tidur ..

IMG-20120629-WA0004

Kalau tidur pon , jap jap jer .. Kalau nak buat kerja , mmg takde harapan laaa .. bergerak skit je , dia jaga .. Dan paling best , skang ni tangan dia akan pegang baju kita dah !! Dia leh tau kalau dia nak diletakkan ke bawah , dn terus bantai nangis ..

IMAG1698

Aku confius .. Berapa umur Qhaliff sebenarnya ni ?? Bila aku sampai rumah tadi , dia tak nak pandang wooo muka aku .. Dia main ngan mak dia jer .. Amboi amboiiii .. Tu kira nak boikot aku la tu ehhh ..

Aku saja saja wat guwau ngan dia .. Wat dekk siutt … Tapi bila aku acah nak keluar , baru nak pandang .. Haa .. tau takuttt .. hehehe.. nak main psikologi ehhh ..

Lepas solat Maghrib , aku nak keluar g beli makan .. Qhaliff tak nak tidur .Jadi aku cadangkan kat wife bawak Qhaliff jalan jalan dengan kereta .. Macam faham faham lak dia !! Cerah mata teruss .. Huh .. Confius confius ..

Bila sampai kat kedai , dia nangis .. tamo duduk dalam kereta.. Aku saja sua tangan amik dia .. Terus diam ! Siap cakap “ Huh!” lagi kat mak diaaaa .. Hahahaha .. Wat lawak tul laaa mamat nehh ..

Gi order , pastu balik ke kereta .. Nak pass Qhaliff kat wife sbb aku nak g 7 Eleven beli air , dia tamooo duduk dalam kereta .. Teriaakk .. alahai , masak aku nanti ..

Dah lama skit ,baru nak masuk dalam kereta tapi taknak baring , nak duduk ala ala orang tua duduk tu aaa.. Tapi dipangku laa .. Pusing seround dua , bila dengar dia menguap , terus suruh wife susukan dia ..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz .. selamat .. dan skang , dok lena lagi.. Pastinya smpai esok .. Kalau tak ? Korang tak baca la entri ni haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Rambut sapa laaa dia follow ehhh .. Makin panjang eh .. Baru sebulan rambut dia ni .. huhu ..

Hurm .. petang ni kena tinggal Qhaliff jap .. Belum pergi tapi dah rasa rindu .. Camana nak g bulan ni daddy ?? huhuhu .. Susah la nak tinggalkan dak suka senyum tak kira masa ni .. Er , kecuali time lapar n mengantuk giler ! Hahaha .. Mata pn tak leh nak bukak dah ..

Duk umah elok elok .. Kang kita g umah tok eh .. Main ngan tok n sepup yang lain .. Lagi 2 tahun , leh buli diorang lak .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

 

Sian je tengok dua adik kecik tu .. Masa untuk solat Jumaat dah tiba tapi mereka masih terlena kepenatan .. Huhuh.. Sian .. Kadang kadang , kita sebagai ibu bapa terlupa walaupun nak bagi anak anak kita pendidikan yang terbaik buat mereka , anak anak kita masih kecil dan tidak punya tenaga seperti kita ..

Bila jelma Sabtu Ahad , bawak bawak la anak kita beriadah untuk tenangkan fikiran mereka .. Korang , nanti ingatkan aku yer kalau aku asyik sangat ngan blog sampai terlupa nak bawak Qhaliff jalan jalan .. Er , tapi rasanya aku kerap bawak dia jalan jalan .. hehe .. InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

IMAG1679-1IMAG1673

G Alamanda .. cari barang dapur skit memandangkan ‘tempoh akhir’ , dah hampir .. jadi kena la ada stok skit ..

Kalu nak diikutkan , projek ari ni lain tapi kena utamakanlah yang patut diutamakan .. Hehee .. Maka g la 3 beranak ke Alamanda .. Kali ni , aku decide tak nak guna stroller atau baby carrier .. aku nak dukung jer .. Hehe .. Mana tau dia nak tengok dunia skit ..

Memang baik mood dia pagi ni walaupun mengantuk .. Pandang sana sini .. Cam teruja jer dia .. Sebelum nak beli barang dapur tu , g makan dulu kat SR .. Seperti biasa , sorang sorang kena makan dulu .. Qhaliff dah mula berbunyi .. Aku cepat cepat bawak dia berjalan ..

Mood dah kembali ok setelah menyusu .. Terus ke Carrefour .. Kat dalam tu , ok lagi .. untuk 20 minit .. Bila kat section sayur , dia dah terus naikkan ke volumne 5 .. Kira dia bagi muka la ni .. Ngantuk sangat la tu ..

Wife cepat cepat g ke kereta dan aku settlekan urusan pembayaran .. Pastu ke kereta .. Dlm kereta , mmg dok menjerit .. Selagi kereta tak bergerak , dia nangis kaw kaw .. Abis merah muka .. air mata lak cam orang putus cinta !! Grrr ..

Bila kereta dah bergerak , baru perlahan seterusnya ???

IMAG1681

Kalau dia nangis , mmg semua orang kalut !! Memang kalut !! Takut polis ingat budak kena dera je .. Huuhu..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Semakin canggih gitu .. Peringatan mengenai temujanji pemeriksaan untuk Qhaliff yg dihantar sendiri okeh MOH ..

image

Tahniah ! Terukskan kecekapan anda .. Nurse dan doktor pon semakin bagus .. Hospital kerajaan semakin berbeza dari dahulu. Satu pembaharuan ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Baru-baru ni aku ada terima satu pemberian dari seorang sahabat yang mana aku cuma mengenalinya bermula dari dunia maya saja .. Segalanya bermula dari blog ..

Batu zamrud tu kemudian aku berikan pada kawan aku untuk dijadikan cincin .. Cantik jugak buatannya . Tak sampai 3 hari , siap dan aku dah boleh pakai ..

Sapa sangka kan ? Sekelip mata jer masa bergerak dan segalanya berubah .. Semoga Allah murahkan rezeki dan berkati hidup dia dan juga ahli keluarganya ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

IMAG1642IMAG1635

Kat dua dua belah telinga di ada lubang kecik tu .. Nak kata tahi lalat , bukan .. Tapi sejak lahir dah ada .. Aku dh tanya doktor , dia kata takde kaitan dengan operation ari tu .. Apakah itu tanda lahirnya ? Hurmm .. Tanda lahir aku ? Hahaha .. Tunggu bulan mengambang , nampak laa .. hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Teringat kata seorang kawan , ‘Masa baby ni laah nak main dengan dia .. Nak dukung dia .. nak cium dia .. nak gaduh ngan dia .. Dia tak reti nak membalas .. Hanya tau ketawa, senyum dan menangis .. ‘

Bila teringat kata kata tu , aku jadi … hurm .. sayu jer .. Pandang Qhaliff , dia senyum .. ketawa .. dan cuba angkat badan dia tanda mintak aku dukung dia ..

Aku mmg suka nak dukung dak kecil ni tapi cam kesian lak kat dia .. Yelah , aku tengok dia cam penattt jer tapi tak reti nak cakap .. Bila letak kat tilam , dia punya mengeliat serupa baru keluar dari penjara !! Haa .. amik koo .. Tapi dia akan nangis pastu .. Dukung , dia diam .. Ternyata , camana punya terseksa pon , baby ni rasa lebih selamat dalam pegangan seseorang .. Hurm.. Tu aku rasa laa.. Korang rasa lain , aku tak tau ler .. hehe .. maklumlah , baru je jadi ayah ..

Jadi , petang tadi selepas mandikan dia .. dukung la dia dan bawak jalan ke kawasan taman .. bagi dia cuci mata tengok pohonan hijau dan budak budak bermain kat situ .. Diam jer dia .. Aku pulak sayu .. Satu hari nanti , bila dia dah mula pandai berlari , aku tak leh nak dukung dah dia .. Walaupun tak rasa beban , aku akan rindukan saat tu . Jadi , aku nak dukung walaupun terasa sakit kat belikat sbb tersalah bersenam pagi tadi .. hehe ..

Mengenai aku malas nak update pasal Qhaliff tu , aku ubah fikiran .. Aku tetap update cuma kena lebih tapis skit .. Tak leh terlalu open sangat .. Bahaya tetap ada .. sapa tau kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Jutaan terima kasihlaah kerana sudi singgah ke blog ini untuk membaca perkembangan Qhaliff .. Saat dia mula dlm perut hinggalah keluar di dunia ni .. Macam macam dah aku cerita dlm blog ni ..

Aku bercerita , adalah utk berkongsi segala maklumat serta pahit manis . Aku tak de niat langsung untuk dapatkan pujian atau nak tunjuk baik kononnya nak jadi bapa yang bagus atau suami yang baik. Biarlah semua tu , Allah yang tentukan . DIA saja yang berhak menentukan segalanya .

Aku tak nak la ada kawan kawan dapat dosa kerana mengata berpunca dari entri entri aku ni . Bukanlah nak tunjuk aku lebih bagus tapi sekadar perkongsian semata mata . Malah ada juga rakan pembaca yang meninggalkan tips tips yang sangat bagus untuk aku atau rakan lain gunakan .. Terima kasih ..

Sebenarnya aku seronok bercerita pasal Qhaliff ni .. Tapi tu la .. Kesian kat mereka yang mengata tu .. Jadi , aku rasa bila cecah 3 bulan nanti , aku tak rasa akan upload dah gambar dia .. Biar je cerita tanpa gambar .. Ok ? Ke tak ok ?

IMAG2342IMAG1617-1

Hari pertama Qhaliff dan semalam .. Semakin jauh bezanya .. huhu .. Betul kata orang lama .. Bila dah besar , rindu nak dengar dia nangis.. Nasib baik aku rekod gak segalanya dalam hp dan juga blog ..

Share
Tweet
Pin
Share
70 comments

 

 

IMAG1641-1

Seperkara yang kita terlupa , bila menunjukkan sesuatu yang baru , sering kita buat depan anak anak kecil . Mereka memerhati dan kemudiannya buat kat kawan mereka atau sapa sapa yang lebih kecil dari mereka .. Hurmm ..

Kalau sesuatu yang baik , ok laa .. Tapi masalahnya , budak kecik ni tak tau membezakan antara baik atau buruk .. Sungguhpon baik tapi tak punya ‘ilmu’ takut nanti jadi lain ..

Aku rasa bila nak tunjuk sesuatu atau nak buat sesuatu , jauhi dari anak kecil .. Serius , mereka akan ikut apa yang kita buat ..

Contoh ? Ala , boleh pk sendiri .. Atau senang cakap , sebelum buat cuba tengok kiri kanan ada .. Kalau anak anak kecil ada , jgn la buat .. Nak contoh gak ? Cam memasak .. Atau membasuh , menjemur atau dok berborak dengan jiran tetangga .. Mereka dengar dan belajar ..

Qhaliff ? Dah pandai pasang telinga skan ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hurmm .. tu la dia .. Kalau g opis , wat keje lain maka jadi la lain .. Antaranya ? Buat bisnis tapi tak serius atau lebih pada menipu .. Tu confirm wat huru hara .. kan ? Tu baru satu , yang dok berpuak puak dan bercerita sana sini , satu hal lagi lak kan ?

Apa akan jadi bila menda menda ni semakin panas ? Maka akan ada laa yang mula sakit hati , kemudian ? Mula syaitan membisik .. Dan , mula main kotor .. Masa ni , dosa pahala , syurga neraka tak kisah dah .. Janji sakit  hati , ilang ..

Elakkan la kalau boleh .. G kerja ni , buat jer kerja .. Kul 9 waktu kerja mula , maka mula laa .. Kalau abis kerja , balik je laa .. Tak payah nak duduk bersidang mengumpat sana sini .. Wat tensen jer ..

Fikirkan la soal pendapatan yang kita dapat tu .. Mungkin ada tak kisah kan ? Tak pe la .. tapi ingatlah satu , hari ni kita mungkin boleh bercerita pasal orang .. Esok lusa , bila orang bercerita pasal kita , camana lak ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

“ PETALING JAYA: Seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Kali ini seorang bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara, di sini pagi semalam.

Tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini.

Dalam kejadian semalam, Mohd Affan Syahin Mohd Rizal ,cucu bekas Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang yang baru dua minggu dihantar ke pusat asuhan itu, ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya pada jam 11 pagi.

Penjaga pusat asuhan kemudian menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia empat jam sebelum tiba di hospital. “ – BHARIAN ONLINE

 

Hurmm… susah nak kata perkara macam ni .. Walaupun kita sendiri memantau , kelekaan memang mengundang kecelakaan .. Dari dok menuding jari , baik kita tengok anak kita sendiri ..

Qhaliff ni .. hurmmm ..aku  kena tgk dia betul betul …

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Orang kata , baby mudah tertarik pada cahaya dan bunyian ketika ini .. Apakah benar ? Aku test pasang video KPOP .. Qhaliff , kepopkan aku lagi ada laaa.. Baik punya teriakk .. Zikir dan alunan surah Al-Quran tu selalu laa ..

Kali ni wife cuba sesuatu yang lain .. Dia download i-book menerusi HTC ..

IMAG1619

Respon dari Qhaliff mmg lain sama sekali .. Dia diam dan tengok pada skrin .. Bila aku try pasang yang lain , dia bantai teriak .. Aku pasang kartun pon dia teriak .. tak nak . Pasang yang ni , ok lak ..

Waah .. memilih gak dak ni .. Ada harapan aku kena jadi storyteller nanti nih !! Sapa nak update blog kalu lagi ni ??

 

IMAG1617-1

Kena rajin explore minat anak .. Aku takkan paksa dia untuk suka apa yang aku suka .. Tapi tamo buat sesuatu yang aku tak suka .. Tamo tamo tamoooo …

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Penat giler .. Minggu terakhir ni mmg sibuk giler laki bini .. Aku , cuma tukang escort jer .. Pegang Qhaliff .. Selebihnya , wife yg uruskan ..

Bila malam , update blog dan cukup masa .. aku tidur .. Tapi sebelum tu , aku suka layan movie dulu .. Dan semalam , movie pilihan aku adalah UNDERWORLD .. Memang best laa .. Vampire lawan Werewolf ..

Pasang earphone , dengan kualiti HD serta sound DR.DRE , aku pon baring sambil pegang HTC ONE X aku .. Sayang woo  walaupun dengar cerita S3 lagi best .. Memang laaa .. S3 keluar kemudian .. ONE X dulu .. kan ? Grrr ..

Entah tetiba , aku pelik .. Kenapa jalan ceritanya berbeza benar dari yang pernah aku tengok sebelum ni .. Apakah aku dah lupa cerita dia atau ??? Berubah abisss jalan ceritanya niii ..

Pelik .. Bila pulak aku berlakon ?? Jadi hero lak tuuu .. Asal aku tak terima sebarang bayaran ??

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Mengucap panjang aku bila baca Mstar Online tadi .. Yelah , sepanjang hari aku sibuk dengan hal dunia , ni baru sempat nak bukak akhbar .. Baru nak baca skit skit .. Dan , aku geleng kepala kembali ..

KEMALANGAN BAS...Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54, terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu. Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki. –FotoBERNAMA ( Mstar Online )

 

Aku pelik la dengan sikap manusia yang tak berhati perut bila di atas jalan raya. Padahal , bila tak pegang stering kereta tu , orangnya baik serta sopan santun. Tapi bila memandu , serupa kena rasuk jin jalan raya lak .. Er , ada ke jin jalan raya ? Nanti ada la tu producer rajin buat filem mengenai jin tu haa ..

Hari ni saja dah cukup buat aku tensen bila memandu tadi. Yang belakang sibuk menghimpit kita sedangkan kita sendiri dah cukup ikut kelajuan yang dibenarkan .. Himpit macam nak sondol kita ! Geram !! Ikut hati aku nak break terus je kereta !! Tapi bila memikirkan anak bini yang ada atas kereta , mmg aku pendamkan je la ..

Bila duduk lorong tengah , yang makan angin atau serupa macam dok mengayuh basikal pon ada gak .. alahaiii ..saboi je laaa .. Tapi bila depan traffic light , dia bantai pecut ketika lampu kuning ke merah .. Haaa.. Kita yang kat belakang ni gak sangkut .. boleh gitu ??

Yang suka langgar lampu isyarat ni , mmg banyak .. Tak nafi aku pon suka langgar tapi ketika takde kereta langsung .. langsung yer ! Tapi jangan contohi.. tak elok .. Dan satu lagi spesis yang menyakitkan hati , spesis yang tak reti bagi lampu isyarat kereta tu.. Main celaaahh jer … Spesis ni , kebanyakkannya yang bawak kereta mewah .. Aku rasa mungkin diorang tak baca manual kereta tu kot.. Kira tak tau mana satu nak tekan la tu.. Maafkan je la.. Grr ..

Mintak tolong la yer .. nasihatkan diri kita sendiri , orang yang kita sayang , kawan kawan ketika memandu .. Nyawa kita ni rapuh .. Kalau mati terus , tak pe .. bersoal jawab jer terus .. Tapi kalau sampai masuk wad kemudian patah riuk sana sini , sapa yang nak jaga kita nanti ?? Cer pikiaq tgk .. ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Qhaliff tunjukkan sikapnya yang disiplin bila di hospital Sungai Buloh tadi ..Sayu je aku pandang muka dia yang senyum riang bila aku melawak dengan dia ..

Bila waktu melawat tiba , aku masuk ke dalam wad ICU ( rujuk entri  Sama sama kita doakan kesejahteraan Aiman .. ) , aku pandang katil katil pesakit yang ada dalam tu ..

Ya Allah .. rapuhnya aku ini .. Apalah nasib aku andai aku terbaring di atas katil tu satu hari nanti .. Sapalah yang akan sudi datang melawat aku nanti .. Hurmm ..

Sedih dan sayu .. Aku , atas dunia ni terlalu leka .. Kadang kadang sedar , kadang kadang terlupa .. Terlupa tujukan sebenar kehidupan ini ..  Menjadi hambaNya dan bukan hamba pada dunia ..

Semoga Muhammad Qhaliff Iman membesar menjadi hamba yang soleh .. Jangan lupa Allah , nak ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Gambar ni diambil dari FB kakchik ( Norzaila ), 2 hari lepas tak silap aku .. Aku baru jer lepas lawat Aiman di Hospital Sungai Buloh .. Maknya  blogger Kak Chik Ella ( Dari Jari-Jari Halusku .... ) serta ayahnya pon ada ..

Aku dapat tahu berita ni pon dari Mat Gebu yang tegur aku di FB semalam .. Bila check di wall Fb kak Chik untuk kepastian , baru aku tau berita ni benar .. Kemudian aku sms KC untuk dapatkan maklumat lanjut ..

Dan , aku serta keluarga aku datang lawat .. Alhamdulillah , hari ni Aiman dah sedar dan boleh bergerak. Bercakap tu , tak boleh sebab ada menda tuu haa ..Aku tak tau apa namanya ..

Sama sama kita doakan kesejahteraan dia .. Oh , Aiman eksiden sewaktu pulang dari sekolah .. Dilanggar basikal .. Selebihnya , biarlah maknya cerita sendiri..

Semoga cepat sembuh , Aiman ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

IMG-20120627-WA0004

Kul 9 malam …

IMG-20120627-WA0003

Kul 5 pagi .. dah jaga , ajak main !

 

9 pagi .. jom jalan jalan ..

 

Nasib baik ada mak dia .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

IMAG1551

Dia ni kan , kalau sedang menyusu .. tolonglah jangan borak ngan mak dia .. Dia nak mak dia bagi tumpuan penuh dia sehingga dia lena diulit mimpi !

Adoi .. sampai gitu sekali aihh … Bila dah tidur , lega betul .. Bukan apa , nak wat keje pon tak leh selagi dia tak tidu .. Nak ajak main daaah skang ni .. Kalau tak main ngan dia , dia bantai teriak .. Aku dah bagi guna HTC aku untuk dia layan game yang ada dalam tu . tak nak lak dia main .. Hurmm .. Takkan dia nak layan PSP kot ? Xbox ? Ayoyo … daddy takde duit .. huhu .. simpan untuk Qhaliff smbung belajar nanti ..  hehe ..

Tapi bila dah tidur , kesian je aku tengok dia .. Apalah nasib dia nanti dah besar .. Entah sempat atau tidak aku tengok dia membesar ..

Sayu bila tengok anak tidur .. Ya Allah , ampunilah dosa dosa hambaMu ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

IMAG1453IMAG1456

Baru-baru ni ada la wife ajak g cari baju raya Qhaliff memandangkan masa Ramadhan nanti , malas nak merayau .. maklumlah , si kecik ni gemar berkaraoke tak kira tempat .. Maka g beli jelah kat Mothercare , Alamanda .. Kira beli masa sale je la .. Murah jer ..

Pada mulanya , nak g Kenanga Wholesale City ni .. sbb dengar ceritanya harga pakaian murah kat sini .. Tapi kena beli borong la .. Paling skit pon , beli dalam 20 pasang  .. baru dapat murah .. Kalau beli sehelai sehelai tu , harga dia biasa je la kot ? Tak tau la.. sebab tak sampai lagi situ ..

Ada dah member aku yang g shopping kat sini .. Beratus gak la dia berabis.. Bukan pe , nak datang tu bukan selalu .. heheh .. Sekali turun , tu diaaa …

 

Bagi yang nak buat bisnis , aku rasa boleh la kot try try beli kat sini pastu g jual kat tempat memasing cam pejabat ke , pasar malam ke ..atau mana mana yang bersesuaian ..

Tempat ni kat mana ?

 

 

view from near Hang Tuah station

Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur

Dekat dengan balai bomba Jalan Hang Tuah .. Tau ? Ala , kalau naik lrt tu , turun kat Hang Tuah je .. dekat dah tu.. hehehe .. Alamat penuh tu , er .. San Peng Flat tau ? Tak tau gak ? Google je la eh .. hehe ..

 

Sumber gambar : BackpackingMalaysia

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ▼  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ▼  Jun 2012 (220)
      • “ Kenapa diorang tak pilih blog aku ? “
      • Bila Qhaliff geram !
      • Ditegur rakan blogger yang tak pernah kenal langsu...
      • Saham jatuh menjunam ..
      • Malaysia Web Design dan Hosting
      • Bahana EURO 2012
      • MOTOR TRADER kini dihujung jari anda ..
      • JW MARRIOTT KUALA LUMPUR’S RAMADHAN BUFFET 2012
      • Perlukah pakaian rasmi untuk 3 sambutan ?
      • Pandai dah Qhaliff ?
      • Qhaliff .. Little body Big heart !
      • Perasan ke tak perasan ?
      • Qhaliff kasi muka ..
      • Tahniah Kementerian Kesihatan !
      • Bila diikat dan disimpul mati ..
      • Tanda lahir Qhaliff ?
      • Merayau dengan Qhaliff ..
      • Tak nak update dah perkembangan Qhaliff ..
      • Bila mengajar , jangan depan budak ..
      • Gi opis , buat kerja la ..
      • Bayi seusia Qhaliff meninggal tersedak susu
      • Er , dah nak membaca ke Qhaliff ?
      • Akhirnya , aku berlakon filem gak ..
      • Bila manusia semakin mementingkan diri ..
      • Rapuhnya kita ..
      • Sama sama kita doakan kesejahteraan Aiman ..
      • Sapa lagi byk berkorban ni ?
      • Kalau dia tidur , aku rindu ..
      • Shopping di Kenanga Wholesale City ..
      • Meniaga tepi longkang pon kena santau !
      • Maya Karin cintakan Bront Palarae ?
      • Bukit Bintang Plaza akan dirobohkan ..
      • Lena diulit mimpi ..
      • Kesian ..
      • Masa utk menyusu ..
      • Bila kita rasa kita lebih bagus ..
      • Nak susu , cari ibu .. nak tidur ?
      • Inginkan jubin baru di rumah anda , percuma ?
      • Mr. Bean , produk soya terbaik untuk anda !
      • Kegeraman Qhaliff .
      • Awalnya bangun ..
      • Sepetang bersama Qhaliff ..
      • Qhaliff tidur ..
      • Apa itu domain dan apa itu hosting
      • Belajar dari Qhaliff ..
      • Persetankan saja mereka itu ..
      • Aaron Aziz sah penduduk tetap .
      • Kisah Qhaliff , sebelum tidur ..
      • Cerekarama TV3 - Dibah Lori
      • Mood si isteri bila memasak ..
      • Bukan semudah itu , sayang ..
      • Bayi koma akibat terjatuh di pusat asuhan.
      • Bunga yang mengeluarkan bau mayat mereput .
      • Gigi jongang disebabkan bayi hisap jari ?
      • Nak menyusu pon ada bahagian pilihan ?
      • Akhirnya Qhaliff mencipta sejarah …
      • Aku dan Sharp’s 100th Anniversary
      • Bila Qhaliff BAB !!
      • Tinggal la kat orang belakang !
      • Buaian untuk Qhaliff ?
      • Maaf .. aku bukan retis !
      • Janji ditepati .. Putrajaya semakin canggih !
      • Siapa pakai cermin mata ?
      • Mereka dah pon berdamai ..
      • Qhaliff sebelum berkaraoke !
      • PA&MA edisi Julai 2012 , dah keluar laa !!
      • Qhaliff punya hal !
      • Blog yang menarik perhatian saya ialah ..
      • Cara pegang bayi dengan betul ..
      • Houses of Lightings .. Murah eh ?
      • Antara realiti dan fantasi mengenai mandikan bayi
      • Mari Mengimarahkan Masjid Membudayakan Ilmu .
      • Antara petua perbanyakkan susu ibu
      • Bayi main air liur tanda kempunan !
      • Tengok je ! Jangan kutuk , okeh !!
      • Betul ke boleh jana pendapatan dari blog ?
      • Gemuk sudah aku !
      • Percubaan lagi dgn stroller ..
      • Pentingnya perkongsian maklumat dalam blog.
      • ‘Spoil’kah anak jika dijaga nenek atau atuknya ?
      • Siapkan Qhaliff .. Daddy cuak ?
      • Menukarkan URL Blog ke Lebih Baik
      • Normalkah Qhaliff bila hisap jari ?
      • Corat coret Muhammad Qhaliff Iman , pengarang jant...
      • Bila orang luar lebih hargai ..
      • Tips pemanduan kereta yang berhemah ..
      • Anda tahu di mana anak anda ketika ini ?
      • Bedung baby .. Kalau dia tak nak ?
      • “ Bang , nak dukung baby tu boleh ? “
      • Aku ditawarkan bercuti ke Jepun ?
      • PARENTHOOD EXPO , Malaysia's Largest Branded Mothe...
      • Rileks dulu ..
      • Bola punya hal ..
      • Budak ni kaannn ….
      • Cute giler movie ni ..
      • Ingin sesuatu yang lebih baik ?
      • Blog menarik pilihan BEN ASHAARI
      • Pasaraya Darussalam Putrajaya , murah gitu !
      • Masa untuk … shopping !!!
      • Boleh bankrupt kalau lagu ni !
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes