Normalkah Qhaliff bila hisap jari ?

by - Rabu, Jun 20, 2012

 

Bila nampak je Qhaliff mula hisap jari seperti dia cuba menyusu badan , aku jadi kesian .. Pada pandangan aku ketika tu dia mungkin kelaparan dan nakkan susu .. Maka aku pon cari la mak diaaaa .. Kalau mak dia takde , maka stok susu perlulah mencukupi. Kalau tak cukup ? Takkan nak bagi susu aku kan ? Giler ke apa ? Kang jadi bodybuilder lak si Qhaliff ni ..

Apakah kelakuan Qhaliff ini normal diketika usia 2 bulan lebih ni ? Aku beranggapan dia nak tumbuh gigi dah tapi tanggapan aku ni dibantai gelak dek adik aku .. Dia lebih percaya pada orang tua punya cerita berbanding pada perubatan moden yakni mmg normal !

IMAG1374

Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan. “ – sumber : PaMa

 

image

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat
membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi
anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.

Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.” – sumber dari momslittleones.

 

Kajian kadang kadang perlu dibuat memandangkan internet dh ada depan mata .. Apa guna tablet tau hp yang canggih canggih tu kan ? Ni la masa untuk menggunakannya ..

Skang , aku leh cool bila tengok Qhaliff dok sental tangan dia ke dalam mulut dia .. Yer , aku pastikan jari jemari dia tu bersih ..  Terima kasih atas keprihatinan anda ..

You May Also Like

25 comments

  1. Comel sangat2lah Qhaliff......

    BalasPadam
  2. saya hisap jari abgben..hehehe..ta hengatt bila stop..skrg adek umur 5thun, still hisap jari..hahaha..

    BalasPadam
  3. abg ben.. kenapa tak bagi Qhaliff pakai sarung tangan???

    BalasPadam
  4. anak buah kite pun slalu hisap jari..normal2..:)

    BalasPadam
  5. anak aku masuk 2 tangan sekali bro.. kekadang sampai muntah.. hehehee

    BalasPadam
  6. info yg bgs abg ben.. berguna kpda semua..walupun kita yg blum kahwin ne..dpt juga ilmu sikit2 kan :)
    TQ

    BalasPadam
  7. Setahu saya,
    bayi yang dalam kandungan ibu memang suka menghisap jari untuk mengambil nutrisi dari pemakanan ibunya.
    mungkin dah terbiasa menghisap jari sejak dalam kandungan, Qhaliff membawa tabiat tersebut di luar perut ibunya..
    tabiat tersebut bergantung kepada bayi tersebutlah.
    Ada yang sampai besarnya masih menghisap jari.
    Contohnya adik saya, sampai tahun 4nya menghisap ibu jari tangannya dulu...
    hehe..

    BalasPadam
  8. comel la qhaliff..pkara biase hisap jari bg bayi...biase klu dia lapar, dia akan nangis..

    BalasPadam
  9. Normal la tu.. sebab sebiji macam anak saya juga masa dia kecil macam Qhaliff ni hah... tapi saya selalu tarik tangan dia dari mulut dia.. ulang2 la macam tu.. :)

    BalasPadam
  10. Xpyah risau abg ben. Kalau ikut yang kitaorg belajar pasal kanak2. dalam usia mcm ni mmg mcm tu. baru nak belajar mngenal diri secara fizikal dan kawalan kendiri =) its normal. and its a good sign. :)

    BalasPadam
  11. Salam...

    Cute nyer Qhaliff isap jari. Tak perlu risau jika bayi isap jari, normal tu. Nanti jari kaki pun dia akan hisap...
    :p

    BalasPadam
  12. comel Qhaliff isap jari.anak LM lps pantang je mmg terus buang sarung tgn sbb dia dah mula isap jari.

    BalasPadam
  13. jgn risau la .. normal la tu ....
    semua budak isap jari ...dlm perut pun isap jari tau ...kadang jari kaki

    BalasPadam
  14. setiap hari senyum sendiri bila baca ngomelan ben tentang qhaliff.mmm...daddy muda...hehehe...cuma pastikan kukunya tak tajam ye.n jgn gatal2 pulak ben bagi jari ben untuk qhaliff gigit...tangan kita ada bakteria.ops!nak bagi tahu ni...saya masuk sini sebab nak tahu tentang aktiviti qhaliff je tau..so...setiap hari mesti kena ada story tentang qhaliff ye....hehehe..

    BalasPadam
  15. geram aihhh tgk jari qhaliff ni...heee

    BalasPadam
  16. hisap jari tangan xpe.. hisap jari kaki tu tanda nak mintak adik lagi hehehe

    BalasPadam
  17. normal tuh pok beng..klu jari kaki dia isap nak adik lagi gamaknya..kata org tualah, bukan bonda, pasal bonda muda lagik..kui3!!!.

    BalasPadam
  18. thanks kongsi info nie...mujur la en ben kongsi kan...

    mak mertua selalu cakap kalau baby hisap jari sebab lapar then kalau hisap jari kaki plak coz nak dapat adik...macam2 betul la...

    kita tak percaya coz lepas susukan baby mesti dia hisap jari..so sekarang dah tahu puncanya....thanks sesangat ye

    BalasPadam
  19. wah domoknyer tangan qalef.. biasa aje kalau bb hisap jari tangan ke kaki ke? (pstt: anak saya umo 3 bln dah tumboh gigi... so toksah risau sgt)

    BalasPadam
  20. qhaliff nk tumbuh gigi tu abg ben gatal gusi mybe =)

    BalasPadam
  21. memang normal bg seorang bayi menghisap jarinya sendiri seperti anak kak nam juga. Perkara ini dikira baik kerana bayi kita tidak akan menhisap puting yg membolehkan bayi kita menjadi jongang. Lagi 1 kak nam nk pesan..elok juga jika sekali sekala bayi kita tidak dipakaikan sarung tgn kerana ini membolehkan bayi merasa jari jemarinya..tp bila wktu mlm eloklah dipakaikan.

    BalasPadam
  22. anak buah sy pun sama kadang2 4 jari nak di isapnye, last2 dia sendiri yg nk termuntah..he3

    BalasPadam
  23. eh, kite samelah. kecik2 dulu kite pun hisap jari. heee

    BalasPadam
  24. Anak sy pn sama cmni suka ngat isap jari pastu tido...

    BalasPadam
  25. Terima kasih atas info berguna ini. Anak saya juga suka hisap jari. :)
    http://www.ringantangan.com/blog/item/229-anak-suka-hisap-jari,-nur-balqis-4-bulan

    BalasPadam