BEN ASHAARI



Dalam sekali sebulan , aku suka pergi McDonald's bersama keluarga atau melepak di situ. Kalau teringin , tak kira masa. Tapi aku gemar pergi malam sebab siang hari ramai orang !  Dan kurang gemar nak duduk makan di dalam restoran sebab biasanya akan dipenuhi dengan golongan muda. Tak kira la pelajar atau yang dah bekerja..mungkin lebih pada nak bersantai santai jer.. 

Tapi baru baru ni , ada sekeping gambar menarik minat aku.. 


Bagi aku la... nak duduk dan belajar atau siapkan assigment sebagainya , ok jer.. cuma janganlah telalu lama atau buat dalam satu grup yang besar..  Sejam dua , dah la. Kalau nak lama lama , cari tempat yang lebih selesa. McDonalds tu tempat makan. Tak kira la single atau bekeluarga.  Duduk makan... borak borak.. abis.. blah ! Jangan berumah kat situ lak.. 

Aku sendiri pun suka berjumpa dan meeting di McDonald's. Santai walaupun kecuh dengan kanak kanak. Kalau tak nak kecuh dengan kanak kanak , cari McD yang takda tempat permainan. Situ bukan McD kegemaran mereka yang dah bekeluarga.  Dan yang bawak anak tu , tengok tengok la anak sendiri yer. Bukan main lepas dan biarkan gitu saja.. 

Kesimpulan... pendapat aku , kena ada sikap timbang rasa. Mana mana pihak pun. Dah makan , kemas dan bersihkan meja. Orang lain boleh duduk makan lak. Dan sekali lagi.. janganlah duduk terlampau lama. Kalau dah abis makanan tu, angkat kaki.. blah ! Senang je kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Kali ini , rombongan dari STIKES atau Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Indonesia pula. Dan buat pertama kalinya aku menjejaki kaki aku ke jeti Berjaya Waterfront Jetty Terminal. Barulah aku tau yang mana situlah pintu masuk pelancong pelancong dari kepulauan Riau seperti Tanjung Pinang dan Batam.

Weyy !! Banyaknya aku tak tau mengenai pengangkutan laut ni ??? Ingatkan selama ni nak ke Indonesia , naik kapal terbang jer. Mudah dan pantas. Rupa rupanya, jalan laut antara yang sering mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan juga Indonesia. Fuh... 

Ok..sambung cerita..Ini pengalaman ke dua aku dalam dunia Health Tourism. Selepas menyambut mereka di pintu masuk , En. Nash atau Nasaruddin Mohein dari NQ Services ( sudah berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang Health Tourism ) , membawa  mereka terus ke bas pesiaran yang sudah menanti sejam lebih awal. Aku pun join sama la. Tugas aku ialah melogkan segala pengerakkan mereka. 

Rombongan terdiri dari 22 orang pelajar , 5 orang staff dan 2 orang guru atau dosen. Mereka ini adalah bakal bakal jururawat yang mana akan menghabiskan pelajaran mereka pada hujung tahun ini dan seterusnya akan menabur bakti dalam dan juga luar negara.

Mereka akan dibawa ke tempat tempat pendidikan dan juga ke tempat pelancongan dalam negara. Maknanya , belajar sambil melancong gitu. Kalau belajar saja pun boleh stress kan ? Maka , biarlah santai santai tetapi serius !





Antaranya , mereka ke MAHSA University yang mana mereka akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar berpegalaman puluhan tahun lamanya serta dibawa melawat ke makmal makmal perubatan yang mana pelajar pelajar dari Tanjung Pinang ini amat kagum sekali melihatnya.

Seterusnya mereka ke KPJ Damansara Specialist Hospital. Di sini mereka berpeluang melihat sendiri kemudahan kemudahan perubatan sambil diberikan penerangan bermaklumat. Turut juga mereka diberi ceramah ringkas mengenai IVF yang sering dibuat di situ oleh pengajar berpengalaman. Satu ilmu bermakna buat mereka dan juga aku.


music : www.bensound.com










Bagi menenangkan fikiran mereka.. hehe... Mereka dibawa ke tempat yang mereka inginkan seperti KLCC , Bukit Bintang , Central Market , Seremban , Kuala Pilah dan juga Batu Caves. Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan baik. Mereka selamat pulang ke Tanjung Pinang menerusi Johor Bahru dengan menggunakan feri. InshaAllah , ada peluang.. aku nak ke Tanjung Pinang untuk melihat sendiri adat dan budaya di sana pula.

Jutaan terima kasih kepada Dato Seri Dr. Heri Priatna dan Soni Hendra Sitindaon atas peluang dan kepercayaan yang diberikan pada NQ Services.







Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Pelbagai pendapat dah dilontarkan oleh mereka yang ada 'kuasa untuk bersuara' tetapi yang punya kuasa , menolak segala pendapat ! Kata mereka , segalanya dalam keadaan terkawal. Tak ramai pun yang mati !



Gulp... Yeke ? Er , yang bawah ni leh percaya ke tak ???? Bukan apa.. kita tau , kerajaan China memang power part part sembunyikan rahsia. Belajar dari sapa ? Haaa... Sendiri mau tau je la naa.. Sekarang ni , banyak dah kerajaan yang kuat mengencing rakyat. Tak kisah la apa sekali pun tujuan , ianya tetap hancing. Demi kebaikan katanya. Belasah je la..


Kenapa kerajaan Malaysia buka pintu sedangkan banyak negara tutup ? Aku tak tau pun tapi kalau mengikut pengetahuan aku yang amatur ni , ekonomi negara kita dari tahun lepas memang lembab. Harapan tahun ni , dengan adanya kempen Tahun Melawat Malaysia, dapatlah menarik ramai pelancong dari luar negara terutama dari China. Dan kebanyakkan mereka dah pun buat tempahan hotel. Bayangkan jika mereka batalkan semua tu.. Fuh ! 

Maaf.. aku pun tak sokong kerajaan buka pintu pada mereka ni dah lama dah ! Kita tau dan mereka pun tau. Tak ramai yang masuk ke dalam negara ni benar benar nak melihat keindahan alam semula jadi. Negara diorang lagi gempak ! Kan kan ?  

Berdasarkan pengalaman aku la...kat Malaysia ni selagi tak terkena pada orang orang kenamaan.. selagi tu laaa diorang SEGALANYA TERKAWAL ! Bila dah terkena , dia punya kelam kabut.. fuh ! Terus keluar arahan serta AKTA baru kau ! Rakyat , sekadar rakyat jer... 

Entah la labu... Banyak sangat spekulasi pun kasi dunia panik ! Bila terlalu banyak menipu.. bercakap jujur pun orang tak percaya dah ! 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hehehe... tugas aku cumalah melogkan segala aktiviti trip Health Tourism yang dikendalikan oleh NQ Services. Boss dia , Mr. Nasaruddin Mohein yang dah berpengalaman hampir 8 tahun dalam bidang ni. Tapi menurutnya , setiap trip akan berbeza beza jalan ceritanya. Itu yang menarik dan membuatkan dia ingin mengembangkan lagi bisnes dia ni ke satu tahap lagi... InshaAllah.

Trip kali ni , dari Tanjung Pinang , Indonesia melalui jalan laut. Sejujurnya , aku tak pernah berminat nak amik tau mengenai Indonesia sebab takda kaitan dengan aku. Yang aku tau pasal Indonesia ialah Jakarta , Bali, badminton dia power , kalau lawan bola..confirm gaduh dan juga gempa bumi serta gunung berapi ! Huhuh.. 

Tapi.. sejak aku ikut serta trip Health Tourism ni , mashaAllah... kerdilnya aku ! Indonesia ni terlalu menarik dan unik ! Samada orangnya , budaya , adat serta negaranya. Patutlah ramai rakyat Malaysia suka melancong ke sana walaupun tau kat sana ada pelbagai 'ancaman'. Tapi tidak menakutkan sama sekali mereka yang ingin ke sana. 

Ok.. Stikes Hang Tuah. Nah kau... nama Hang Tuah tu !! Apasal sampai ke sana nama Hang Tuah ? Itulah sejarah yang perlu diketahui kita terutama mereka yang berbangsa melayu. Sedikit info dari wikipedia ..




" Kota Tanjung Pinang merupakan ibu kota dari wilayah Kepulauan Riau, Indonesia. Dengan koordinat 0º5' Latitud Utara; 104º27' Longitud Timur. Bandar ini mempunyai pelbagai tarikan dengan beragam budaya suku dari hampir seluruh Indonesia , dengan bahasa Melayu yang masih kekal klasik, dan sedikit unik di telinga orang-orang luar, namun memiliki daya tarikan tersendiri. Bandar ini memiliki pelbagai tempat perlancongan seperti Pulau Penyengat yang hanya lebih kurang 2 mil batu dari pelabuhan Tanjung Pinang, pantai Trikora dengan pasir putihnya lebih kurang 65 km dari bandar dan pantai Cermin di pusat bandar. Tanjung Pinang dinaik taraf statusnya menjadi bandar dengan UU Nombor 5, Tahun 2001 pada 21 Jun 2001.

Terdapat pekan kecil lebih kurang 24 km dari bandar ini iaitu pekan Kijang.

Pelabuhan Tanjung Pinang (pelabuhan Sri Bintan Pura) menawarkan feri dan bot laju untuk akses domestik ke pulau Batam dan bandar bandar lain di tanah besar kepulauan Riau, kepulauan Karimun dan Kundur, serta akses antarabangsa ke negara Malaysia dan Singapura. "


4 hari bersama pelajar pelajar Stikes Hang Tuah , aku belajar macam macam. Dan yang pastinya , mereka bertutur dalam Bahasa Melayu...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku tak takut pun lipas. Tapi... Bunyi sayapnya bila terbang. Perghhh , cukup mengerikan ! Tu belum lagi jika warnanya yang cukup gelap.. seolah olah dia baru lepas keluar dari gym ! Kira baru abis workout la ! Nampak kesadoaannya di situ ! Pergh... Bila dia terbang , kelihatan begitu gagah sekali ! Terasa nak hayun je ngan hammer ! 

Bila dia hinggap di satu tempat... kegeraman begitu memuncak ! Persoalannya.. nak bunuh dia dengan apa ??? Nak secara halus ? Kejam ? Atau perikemanusiaan ? Biasanya aku akan lakukan mengikut keganasan dia ! Kalau dia nampak agak lembut , aku akan guna Magic Spray jer. Aku dah lama tak guna spray spray yang berbau busuk tu ! Tak suka ! Aku risau... lipas tak mati tapi aku yang koma ! Dek kerana bau spray tu. 

Biasanya , aku akan guna selipar tapi itu akan mengotorkan serta menyebarkan kuman yang terhasil dari keburaian perutnya tu ! Pergh... kotor siott !  Iyewwwww ! Penuh dengan.. arghhh  ! Nak aku letak gambar perut lipas terburai ke ? Aku takut Google blocked lak aku nanti ! Hahahah... 

Tangkap dengan tangan kosong ? Tak leh nak bayangkan dia mengelupur di dalam genggaman aku ! Hahahaha... Kaki dia yang berbulu tu. Pergh... geli siot ! Hahahaha...Terasa cam pegang tangan sesama jantina lak weh ! 

Tu belum lagi dia masuk dalam kain ! Perghhh.. aku boleh pecah rekod dunia Usain Bolt untuk semua acara dia sertai wehhh ! Haaa.. ni sambil menaip pon terasa meremang dah membayangkan adegan tu ! Huhuhu... 

Kesimpulan.. Aku tak takut lipas pun. Cuma kadang kadang bila berdepan dengan dia , macam berdepan ngan Terminator lak ! Haaa... 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Peserta terdiri dari STIKES PEMKAB Jombang  , Jawa Timur. Seramai 30 orang termasuk 4 guru. Tujuan mereka adalah untuk mendalami lagi bidang yang sedang mereka pelajari dan juga mendapatkan pengalaman berharga di Malaysia. Dikendalikan oleh En.Nasaruddin Mohiden dari NQ Services. 

Mereka ke KPJ Ampang Puteri , MAHSA Universiti , Klinik Kesihatan , Kuala Pilah. Di samping tu mereka turut melawat tempat tempat pelancongan yang terkenal di negara kita seperti KLCC , Central Market , Batu Caves , Seremban dan banyak lagi. 

Ternyata peserta amat berpuashati dengan apa yang mereka lalui dan pelajari. Dan paling penting, mereka pulang dengan semangat yang mana mereka sudah nampak apa yang mereka akan lalui bila dah tamat belajar !

Dan aku... inilah pengalaman pertama yang cukup berharga dan juga kenangan manis buat aku selama aku bergelar blogger ! InshaAllah, ada beberapa trip lagi yang akan aku lalui dan pastinya akan lebih menarik dan mencabar ! Fuh... 

Yang paling penting.. moga aku kuat ! Hahahaha.. 


________________________________________________________


30 bright students accompanied by 4 faculty members from STIKES PEMKAB in Joining,  Jawa Timur attended a program organized by En Nasaruddin Mohiden of NQ Services Ent. The said program aims to give insight on the, relatively new to tourism segment, Healthcare Tourism. 

During the length of this special program,  participants were taken on informative visits to KPJ  Ampang Puteri Specialist Hospital,  MAHSA University and Klinik Kesihatan Kuala Pilah to gain knowledge on the healthcare industry in Malaysia. They were also taken around to other tourist hotspots like KLCC, Central Market and Batu Caves.

At the end of the program, participants gained valuable knowledge and insights on the Healthcare Tourism segment. They left for home with an iron clad resolution to develop this tourism industry segment in Indonesia. 

As for myself, this was a beautiful new experience added to my resumé as a blogger. There'll be more beautiful and challenging adventures in the future, in shaa Allah. 

May Allah grants me the strength to endure 😁
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Mengelupur si Zahra nampak baju Frozen. Dia pandang aku. Aku tau dah apa dia nak. Aku suruh mintak izin kat ibu dia yang mana aku tau , takkan dapat punya ! Hahahaha.. Dia tak pedulik. Terus dia ke tempat baju baju Frozen tu. 

Aku berjalan ke arah dia... 

" Aara nak yang mana ? Amik jer... " kata aku. 

Wife bersuara.. " Mahal tu.. " 

Aku tengok harga yang terpamer.. Hurm... 

" Amik je la.. Duit boleh cari.. " kata aku lagi. 

Wife geleng kepala. Aku ngan Zahra di rumah macam anjing ngan kucing. Ada jer 'pergaduhan' dan juga babak babak pujuk memujuk. Memang dengan dia ,aku lebihkan tapi aku tetap tegas dengan dia. Bukan sebab anak dara sorang tapi sebab dia perempuan. Kena pastikan dijaga betul betul. Dengar kata kita.. bukan kita dengar kata dia.. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Abis workout. Aku dapat 'arahan' dari wife untuk gi ke kedai runcit atau 7 Eleven. Dia kirim roti dan susu coklat. Terus aku 'set' otak aku nak ke mana. Dan dalam perjalanan ke sana , aku seperti biasa memandu ikut peraturan. Yelah , bawak Bezza aku tu mana leh laju sangat pun. Rasa cam nak tertanggal enjin je bila memecut. Huhuh.. 

Dan di satu batang jalan.. terperasan satu kereta ni. Memandu agak perlahan dan 'duduk' di satu posisi yang mana kau nak potong pon tak boleh. Bila aku kasi signal nak masuk ke lorong kiri , dia pun masuk ke lorong tu gak..tanpa kasi signal ! Ni aku geram ni. Kau dah nak potong tapi dia di depan tu tiba tiba masuk tanpa kasi signal ! 

Cermin gelap. Tak tau sapa bawak. Kalau orang tua , aku maafkan la.. Kalau orang muda ? Kau baru ada lesen ke apa ? Mana P  ? Perempuan ? Lelaki ? Apahal kau bawak macam siput babi je tu ? Di simpang traffic light , dia berhenti berhampiran aku. Sah sah dia boleh nampak aku tapi aku tak leh nampak dia ! Gelap kau ! Bayangkan jika dalam kereta tu ada ramai orang dan turun lalu serbu aku ? Fuh... dasat imaginasi. Tak pe.. tunggu berlaku pada anak menteri , baru sedar diri kot ?

Kemudian aku berusaha potong dia.. Geleng kepala.. Cam hanat bawak keta. Memang slow je dia bawak. Aku tengok cermin pandang belakang selepas berjaya potong dia. 



Selepas beli barang barang kat 7 Eleven , aku memandu pulang. Dan dalam perjalanan tu , ada sebuah mpv yang juga gelap gelita permandangan dia. Perlahan je dia pandu ! Adoi.. macam D7 punya van la pulakkkk !! Bahaya tul. Tak tau berapa ramai MPV tu dan apasal dia memandu perlahan macam tu ! Walhal boleh je dia pecut. Ketika tu jam dah menunjukkan 11 lebih malam. 


Kenapa aku bising ? Sebab kes pecah rumah sudah kembali di kawasan perumahan sekitar taman aku ni. Tu pasal aku bising ! Kalau kereta kereta ni masuk ke taman perumahan dengan cermin gelap... camana ? Nak tunggu ada kes baru nak buat kajian semula ? 

Kalau boleh... perbanyakkan roadbloack.. kasi saman je spesis kereta yang gini.. nak sangat lawa tapi menyusahkan orang ! Kenapa menyusahkan ? Cuba berhenti di satu simpang.. Kereta di sebelah kau tu... nak tengok kereta dari arah bertentangan pun payah ! Selalu berlaku pada aku. Geram weh ! Mengundang sumpah seranah jer.



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Ari tu gi servis keta ,  aku suh check tayar sekali. Katanya dah botak. Kena tukar. Aku senyum jer. Dah tau nak tukar kat mana tayar. Yang penting , aku cuma perlu bayar duit tayar jer. Takda kos kos sampingan seperti... korang rasa apa ??? 

Yup.... tenaga kerja , alignment dan balancing. Dan juga basuh kereta ! Dah jimat banyak woo. Ditambah lagi , tayar pun murah tapi berkualiti seperti yang biasa aku guna. Cuma yang ni jenama bukanlah dari yang popular dan terkenal tapi kualiti sama jer ! 

Kat mana ? Kat Shah Alam. Seksyen 15. Nama , Casumina @ Supremo One Stop Service.


Perbezaan bunga antara tayar lama aku dan tayar baru. Yang ada 4 'longkang' tu , tayar baru.  Perhatikan di longkang tu ada jaluran jaluran yang mana bertujan untuk elakkan batu batu kecil melekat dan 4 longkang tu bertujan memberikan lagi cengkaman terutama bila hari hujan.




Sejam siap semua. Berkilat. Oh ya, kereta biru tu... kereta orang lain. Terlupa nak amik gambar kereta aku tengah dibasuh. Tak sabar nak cuba tayar baru. Maklumlah , dah 2 tahun tak tukar tayar..2 ke eh ? Lupa lak.. Tapi yang pasti..

Lepas tukar... perghhh... dia punya sedap bawak , memang terasa la sangat! Lembut je langgar lubang atau batu.  Berbaloi tukar tayar kat situ. Kalau korang nak tukar gak , boleh jer terus whatsapp ke Alywin di 012 398 9507 . Cakap je korang reader blog Ben Ashaari. Dapat diskaun gituuu ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Minggu ni aku rehat dari segala kerja luar. Minggu depan , kembali sibuk untuk seminggu. Aariz , aku akan letak dia di rumah mak aku dan juga Tadika Arina , Putrajaya. Aku dapati , bila aku kerja luar , bila aku balik rumah.. aku dapati mereka 'berbeza'. Terasa matang lain macam ! Zahra pon dah suka ke tadika berbanding sebelum ni , memanjang nak ponteng. Aariz pun gitu gak cuma ke tadika tu kurang skit sebab dia gemar tidur di sebelah tengahari. Zahra lak , kalau boleh dia nak gi ari ari ! Qhaliff , seronok di tahun dua. 

Bila semua dah ke sekolah , terasa aku punya banyak masa.. tapi boring ! Sunyi lak. Huhuh.. Perlu ke tambah wife anak ? 



Zahra di tahun baru ni , nampak banyak perubahan ketika aku takda ! Aku ada .. dia jadi mengada ngada ! Tapi Tadika Arina banyak mengubah dia. Syukur dapat cikgu yang prihatin dan sabar. Harap dia bersedia untuk ke tahun 1 , tahun hadapan. 

Apa yang aku nampak.. anak anak aku leh berdikari tapi bila aku ada ... rosak semua ! Sampaikan Qhaliff , nak pakai baju sekolah pun aku kena buatkan ! Bila aku tanya.. dia jawab , saja jer ! Huhuh... Tapi betullah... aku jadi mudah tapi jangan amik mudah ,kan ! Bahaya !
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku mula berblog , hujung 2009. Sekarang dah 2020. Dah masuk tahun ke 10 aku dalam dunia blogging dan media sosial. Macam macam dah aku alami. Menyeronokkan dan hampa ! Resam yang berulang kali namun aku cekal demi mencari rezeki buat keluarga aku. Asalkan berduit. Dapat bayar hutang dan besarkan anak anak dengan duit berkat lagi halal. InshaAllah. 

Setiap apa yang aku buat , aku ada plan jangka panjang. Sampai bila nak di takuk tu je kan ? Kena ada sesuatu yang lebih menarik dan mencabar. Aku tahu aku akan bosan bila sampai masanya tu nanti. Dan yer,  aku dah mula bosan. Aku nak sesuatu yang baru dan pada masa yang sama , ada pendapatan. Tak de la sekadar untuk happy happy dan membuang masa gitu. Aku dah ada keluarga dan berumur kot ? Takda nak pikir untuk gitu dah ! 

Dan Alhamdulillah.. Allah bukakan jalan untuk aku. Segalanya bermula ketika aku ikut trip Pesona Seremban. Di sana aku berjumpa dengan ramai kenalan dan juga 'network' yang menarik.  Yer , ini antara sebab aku ikut trip trip pelancongan begini. Peluang untuk maju ke hadapan , terbentang luas. Nak atau tak nak je aku manfaatkan ! 

Januari 2020.. aku mulakan dengan langkah kanan ! Aku teruskan impian aku yakni membantu negara dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia dalam cara yang berbeza ! Inilah yang aku nantikan sejak aku mengenali dunia pelancongan. Buat pengetahuan korang , aku dulu bekerja di Kementerian Pelancongan. Sejak tu aku ada impian untuk mempopularkan produk produk pelancongan negara ini ke pelancong luar. 

Menariknya , apa yang aku lakukan ini bukan sekadar perkenalkan produk pelancongan tetapi juga melibatkan pendidikan dan juga perubatan ! Fuh.. satu peluang yang aku tak jangka sama sekali ! Dulu aku cuma dengar je semua ni ketika di kementerian. Tapi tak paham sepatah haram pun ! Hahahaha.. Sekarang , yer ! Aku dah faham sangat sangat. Apa pentingnya health tourism dan juga education tourism ni untuk negara kita ! Huhuh... 














Ikut trip bersama Mr. Nash atau Nasaruddin Mohiden yang juga pemilik NQ Services di mana sudah mengendalikan program skills and training ni selama 8 tahun , adalah sesuatu yang aku tak jangka sama sekali. Ditambah lagi pula aku kena turut sama jadi tour guide ( secara tak langsung aku turut kena bagitau sedikit sejarah bila ada di lokasi atau bagitau tempat tempat menarik ). 

Pada program pertama ni , aku berpeluang bersama sama pelajar pelajar dari Jombang , Jawa Timur dari jurusan Nursing dan Midwifery. Barulah aku kenal erti pertukaran budaya yang selama ni aku cuma baca dan tonton di tv jer. Rupa rupanya sangat menarik dan inilah dikatakan serumpun ! Banyak yang aku belajar perkara baru pada trip ni ! 

Mereka ni , akan alami sendiri apa yang mereka belajar selama ini di kolej mereka untuk persediaan selepas abis belajar. Antara tempat mereka pergi ialah Mahsa Universiti , KPJ Ampang Puteri , Klinik Desa , Klinik Kesihatan . Di sana mereka akan bertemu dengan tenaga pengajar yang akan berpeluang untuk bertanya apa jua soalan dan juga menerokai teknologi teknologi perubatan yang terkini. Best kan ? Dan melawat tempat tempat menarik mestilah ada kan ! Antaranya , KLCC , Central Market , Bukit Bintang ,Seremban dan banyak lagi ! 

Terima kasih pada Mr. Nash dan juga NQ Services atas peluang begini. Satu usaha yang cukup aku kagumi terutama bila tengok dia layan dan berikan yang terbaik pada mereka. Banyak aku kena belajar ni dan menyeronokkan. Penat ? Jangan cakap laa.. sampai demam demam aku ni ! Hahaha..

Inilah antara pengalaman pengalaman baru yang aku tagihkan selama bergelar blogger ! Aku pernah belajar mengenainya tapi tak pernah merasainya...Dan akhirnya...

________________________________________________________


2020. More or less 10 years I’ve dwelled in the realm of social media and blogging since I started the end of 2009. Much have I experienced. The good, the bad and the ugly. Cest la vie. Alhamdulillah, life’s lessons taught me to keep pushing, everytime. I did it for the sake of my family. As long as it is halal. As long as it pays the bill. As long as it feeds the family. In shaa Allah.

In everything I do, I always have a long term plan. I’m not the kind to settle for mediocrity. I crave challenges. I yearn for new things. New experiences. Just so long as it puts food on the table. I’m all  in.

Alhamdulillah, Allah answered my prayers. I got what wanted. It started when I joined the ‘Pesona Seremban’ trip. I got to make new contacts, at both personal and professional level. It’s why I like to go on tourism trips. A good opportunity came rolling in front of my eyes and grabbed it with both hands.

January 2020 started off really well. I got to put Malaysia on the map. Only I got to do that in a different way. It’s what I always dreamt of doing since I stepped into the tourism industry. Few people know this but I, once, worked at MOTAC. That was where I had the thought of marketing local tourism products to the world at large. Now I have the opportunity.

What’s interesting for me was, this is not about the conventional tourism industry. I learned that there are a lot more types of tourism. I finally understood health tourism and study tourism. I heard it all while working at MOTAC but it never made sense to me. Now I understand the importance of these two types to our country. Call me slow.

I went on a trip and it was a whole new experience. I was even a stand in tour guide when I was asked to explain to others on the trip about the history of some places we went to visit. On this trip there were nursing students and faculty members from Jombang, Jawa Timur exploring and learning about health and study tourism in Malaysia.

They got to see the way things work in real life vs what they learned in college. We were all taken around to Mahsa University, KPJ Ampang Puteri, Klinik Kesihatan and Klinik Desa as part of the study tour. They met and interacted with real professionals of the health industry. We also visited other tourist hot spots like KLCC, Central Market, Batu Caves and a whole lot more. It was a good trip.
A special thanks to Mr Nash @ Nasaruddin Mohiden of NQ Services for organizing the trip. It was a real eye opener. I was always amazed by how Mr Nash so tirelessly gives his absolute best everytime. And he’s been doing this for the past 8 years. That explains how good he is. He loves what he does.
I learnt a lot. Especially the fact that there’s so much I don’t know and also how tiring it is to organize tours and being a tour guide. I felt like passing out once or twice.

This has been the kind of experience I crave for as a blogger. Heard about it, never understood it. But now , I’m experiencing it first hand. Superb.. It’s going to be a fun year of learning.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Selalu terkena begini... Masa nak amik wudhu , tangan gatal nak gunting atau cukur sedikit  janggut aku tu.  Pisau cukup lak, dah lama punya. Nak  tukar , tak tertukar  sebab terlupa nak beli. Kesannya , pisau tu tumpul menyebabkan luka di bahagian dagu ! Ini memang kerap kena ! 

Dan terpaksa tunggu lama untuk darah berhenti ! Dah lewat nak solat. Huhuh.. Tapi baru baru ni , terjadi lagi dan aku bernasib baik. Azyma jadi penyelamat ! Disebabkan kandungannya tu la aku yakin dapat berhentikan darah pada luka tu dalam masa yang cepat. 

Ternyata berkesan ! Apakah kandungan yang aku rasa mampu berhentikan aliran darah tu ? Tanah liat kaolin aka clay ! Tak pedihkan sama sekali. Huhuh.. Tak sampai 2 minit pun selepas aku sapu. Pastu leh solat dah. 



Dan satu lagi masalah aku selesai. Trip ke Pulau Payar baru baru ni, dan juga berpeluh ketika di gym. Sebelum ni , memang risau dengan bau ketiak dan bau badan ! Seriusss.. korang yang ada masalah ni , tolonglah... tolonglah amik berat yer ! Jangan biarkan badan dan ketiak tu berbau. Ni antara penyelesaian mudah aku kasi. Pakai ketika mandi jer. Sama cam body wash yang lain. Tak susah pun!

Sangat berkesan pada aku dan juga pada kawan kawan yang turut punya masalah dengan bau badan.. Kalau terlupa pakai perfume atau deodrant ke gym pun aku tak risau.. Bukan apa..banyak kali laaa aku terhidu bau badan orang di gym. Pergh.. boleh mati nasfu nak workout woiii ! Meloyakan ! Sebab tu aku kena pastikan badan aku tak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan orang lain terutamanya. 



Produk ni milik bumiputera dan pastinya punya status HALAL ! Kalau korang punya masalah seperti di aku nyatakan di atas , sebaiknya cubalah guna  AZYMA ! Jangan tunggu kena tegur dengan orang, baru nak mencari solusinya. 

Berminat..boleh whatsapp terus ke AZYMA .
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Berdiri di hadapan masjid yang awalnya bagi aku , sekadar sebuah masjid sehinggalah aku dimaklumkan bahawa masjid ini antara masjid tertua di dunia ! Aku cam... what ???? Aku nak masuk ke dalam masjid ni tak tak berkesempatan kerana terpaksa ikut jadual ketat yang telah diaturkan. Malah ketika azan Zohor berkumandang , kaki ni ringan je nak melangkah ke sana tapi semua peserta 'diarahkan' bersedia untuk pulang ke hotel selepas makan tengahari. Terkilan tapi tak pe.. aku akan kembali ke sini bersama keluarga aku. 

Apakah yang menarik sangat masjid ni ? Hurmm... Dimaklumkan sebelum Masjid Zahir ni dibina , tapak masjid ini adalah tapak bagi masjid  yang dibina pada tahun 1735. Menariknya , tapak masjid ini juga adalah makam dan juga kubur pahlawan Kedah yang gugur ketika serangan Siam di Kedah pada tahun 1821. 

Masjid Zahir diinspirasikan dari Masjid Azizi di Sumatera Utara yang ketika itu adalah masjid paling cantik di Nusantara. Masjid Zahir siap pada tahun 1915 yang mana telah memulakan pembinaannya pada tahun 1912. Masjid asalnya , telah dipindahkan ke Alor Merah. 

Nampaknya, jika aku kembali ke Alor Setar.. Masjid Zahir ni wajib aku singgah pada siang hari dan juga malam hari. Dan restoran Bamboo Cafe yang terletak diseberang jalan tu , akan aku singgah untuk makan tengahari ! Rindu pulak sotong telur masin dia. Huhuh.. Tom yam dia power ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Lama dah teringin nak gi snokeling di Pulau Payar. Terlalu banyak cerita menarik yang aku baca mengenai Pulau Payar ni. Tapi aku nak ke situ bukan sebab nak snorkeling jer tau. Ada banyak sebab lagi aku nak ke sana. Antaranya ialah... Hehee... Meh baca lagi ! Pengalaman aku ke Pulau Payar dan 'melancong' di Alor Setar !

Buat pengetahuan korang, Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah, Malaysia di kawasan perairan Selat Melaka dan merupakan  pulau taman marin yang pertama di Malaysia dan boleh dikunjungi pada bila bila masa saja ! Berbeza dengan sesetengah pulau yang terpaksa mengikut musim.  

Apa yang menariknya Pulau Payar ni ? 
  • Pulau Payar ni boleh diakses beberapa cara. Satu melalui jeti Kuala Kedah , Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Kalau naik bot laju, perjalanan sekitar 30-40 minit jer. 
  • Pulau Payar adalah satu-satunya tempat di luar pantai barat Semenanjung Malaysia yang mempunyai terumbu karang yang eksotik dan kehidupan laut sama dengan lautan India. 
  • Boleh melihat pelbagai jenis marin seperti kuda bermata bicu, belut Moray, ikan badut, dua meter kerapu panjang, hitam disebut-sebut jerung terumbu, hitam belang puffers, alu dan pelbagai spesis marin eksotik lain.
  • Pulau Payar juga mempunyai pelbagai jenis spesis terumbu karang di seluruh Malaysia yang merangkumi Tubastrea Micrantha, Semi Precious Antipathes lain-lain Semua terumbu ini menjadi tempat pembiakan untuk pelbagai jenis ikan dan juga bertindak sebagai halangan semula jadi kepada hakisan laut yang mengambil meletakkan di garis pantai di pulau-pulau kecil.
Apakah antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Payar ?
  • Bersnokel untuk melihat pelbagai jenis ikan yang menarik seperti ikan nuri, ikan malaikat, dameselfish, rabbitfish yang jarang berlaku, butterflyfish, anemonefish .Salah satu tempat yang terbaik untuk bersnorkel adalah di bawah  jeti  di mana korang boleh melihat jumlah maksimum ikan dan kehidupan laut. 
  • Jungle trekking 
  • Off Shore snorkeling 
Untuk pengetahuan korang , kat sini ada bilik persalinan , tandas dan juga boleh bersihkan diri. Tapi kena jimatkan air yer. Segala plastik yang korang bawa , kena pastikan bawa balik yer. Tolong jaga kebersihan pulau ini, tau ! 



Agensi Travel yang aku percaya dan syorkan pada korang untuk ke sini. Mereka boleh uruskan segalanya dari lokasi korang hingga ke Pulau Payar.

1 : Laksana Sutera Travel & Tours ( Zila Ali )
No Tel :  019-2882252 / 06 761 5906
Email :  laksanasutera1@yahoo.com

2 : Naqiu Services ( TG Nash )
No tel : 019 395 5120
Email : nash_den2002@yahoo.com

Sebelum aku ke Pulau Payar ni , aku dan menginap di Hotel Urban Inn , Alor Setar. Dari situ nanti , cuma perlu ke  jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Payar.Dan pastinya tiap kali cari hotel , yang akan aku cari terlebih dahulu ialah gym.  Maka , sebelum nak gi snorkeling.. leh gi gym dulu ! Lalalaa...  Bukan apaa.. Kalau tak gi gym , aku akan berselera nak makan. Eh , lupa lak.. Hotel ni bersambung dengan Ampang Business Centre yang mana korang boleh  lepak makan minum di sini. Dan jika korang datang atas urusan perniagaan , sini ada juga disediakan ruang mesyuarat yang disewakan mengikut jam.

Hotel Urban Inn
 Menyediakan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan Wifi percuma. Boleh seterika baju tapi bukan dalam bilik tu la.. Kena gi bilik seterika gitu.. Hee..Harga dalam RM98 - RM100++ gitu. Untuk tempahan , boleh call terus ke 04-7719331












Selesai bab penginapan. Bagaimana pula tempat tempat menarik yang ada di sekitar Alor Setar ni ??  Haaaa.... Aku dulu tak kisah sangat mengenai Kedah dan Alor Setar ni walaupun aku sering je lalu bila pulang ke Pulau Pinang. Bagi aku , sejarah di negeri negeri ni tak penting sama sekali ! Biarkanlah ianya berlalu ! Rupanya itulah kesilapan terbesar aku ! Uhuk !! 

Tempat menarik di Alor Setar

Sejujurnya 2 malam di Alor Setar tak cukup untuk pusing abis Alor Setar. Walaupun tak sesak tapi bagi aku , Alor Setar sangat menarik seperti bandar bandar lain di Malaysia terutama dari segi sejarah dan juga tempat makan ! Tetapi , jika korang buat percutian singkat dan fokus utamanya adalah ke Pulau Payar , maka korang boleh singgah beberapa tempat menarik ni sebelum berangkat pulang !

Keriang Hill

Keriang Hill terletak 10 km dari bandar Alor Setar. Berkeluasan 15 ekar dan memiliki 15 rumah penginapan berkonsepkan rumah kampung yang mana setiap reka bentuknya adalah berlainan.




Muzium Padi, Kedah

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika korang berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. 

Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.




Muzium Kota Kuala Kedah

Sejarah Kota Kuala Kedah ni sangat menyayat hati. Namun ianya mampu membangkitkan semangat selepas mengetahui akan sejarahnya terutama melibatkan peperangan dengan kuasa kuasa asing. Sedikit kisah dari Kota Kuala Kedah ini...

Kisah Orang Kedah Diseksa

12 November 1821 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Kedah kerana pada detik itulah Kota Kuala Kedah diserang setelah 5 bulan sebelumnya Pulau Langkawi telah dimusnahkan.

Setelah menyerang Kota Kuala Kedah dan membunuh seluruh penduduk kota tersebut, angkatan Ligor telah melakukan pelbagai jenis penyeksaan kepada orang-orang melayu yang berjaya ditangkap.

Selain daripada wanita dirogol, para lelak di pasung atau dipenggal kepala. Terdapat bentuk penyeksaan yang lain dikenakan keatas mereka yang tertewas itu.

Sesungguhnya peristiwa inilah yang paling kejam sekali sepanjang Kedah berada dibawah penjajahan Thai. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan yang sangat sengsara yang perlu di hadapi oleh orang – orang Kedah pada waktu itu.

Disini admin kongsi sebahagian bentuk penyiksaan yang dijalankan ialah

1) dengan cara memasak banduan hidup-hidup di dalam pokok yang berlubang dengan mangsa dibogelkan dan tangan terikat ke belakang. Mangsa diletakkan di dalam lubang itu dan lemak diletakkan atas kepala mereka. Lubang dan pokok itu kemudiaanya dilumur dengan lumpur agar pokok tersebut tidak terbakar dan mangsa dibiarkan masak hingga mati.

2) Mangsa di bawa ke kuala sungai yang berlumpur dimana di tempat itu mempunyai pokok-pokok yang baru tumbuh dan sangat tajam. Mangsa diletakkan dalam kedudukan bersila dan dibiarkan hingga usus mereka ditembusi hingga mati.

Terdapat pelbagai lagi bentuk penyiksaan ketas mereka yang tidak pernah diceritakan kepada umum namun pernah dicatatkan oleh penjajah barat ratusan tahun dulu! dan kami bongkarkan untuk suatu kebenaran!

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut mengenai pelbagai sejarah yg cukup menarik termasuklah asal usulnya, Nahhh.. Korang boleh follow page Histourism. 



Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman 

Keistimewaan Rumah Merdeka ini adalah susun aturnya yang mana ianya adalah susun atur yang asal. Pelbagai peristiwa sejarah dicatatkan di sini.



Kompleks Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad


Kompleks ini merupakan sebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah dan rumah satu bilik ini telah diisyiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992. 


Masjid Zahir


Antara masjid tercantik di dunia !  Dikenali sebagai Masjid Zahrah , merupakan Masjid Negeri Kedah dan juga merupakan masjid Diraja. Terletak di perkarangan Istana Pelamin serta merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar dengan ciri kubah hitam di mana satu kubah utama dan 5  kubah lebih kecil yang melambangkan 5 rukun Islam.

Perasmian Masjid Zahir diupacarakan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari itu, Tunku Mahmud bertugas sebagai khatib manakala Sultan sebagai imam Solat Jumaat.

Ciri-ciri senibina Masjid Zahir mempunyai pengaruh Timur Tengah dan India yang mempunyai banyak kubah. Di samping bangunan utama masjid, turut diletakkan meriam-meriam yang diambil dari Kota Kuala Kedah yang disusun di laluan Sultan iaitu di bahagian kanan masjid.

Masjid Zahir pernah mengalami proses pembesaran, iaitu kali pertama pada tahun 1960 dan kali kedua pada tahun 1975.


Menara Alor Setar


Menara Alor Setar adalah menara telekomunikasi  di dunia.  Setinggi 165.5 meter dan ianya merupakan mercu tanda terkenal dan moden yang menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. Turut mempunyai restoran berputar di bahagian atas menara. Sedap sedap gak makanan dia. Hee..


Pekan Rabu

Pekan Rabu mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia berkonsepkan 'One Stop Centre' . Di sini terdapat  kira kira 277 orang peniaga dari pelbagai jenis jualan seperti makanan ,  kuih serta pakaian tradisional , barangan kraf , songkok , buku kitab , serta produk produk industri kecil dan sederhana. 


Tempat makan menarik di Alor Setar 

Restoran Jeragan Alor Setar


Restoran Jeragan terletak di bersebelahan Sungai Kedah yang boleh menampung seramai 300 pengunjung dalam satu satu masa.  Beroperasi setiap hari kecuali Isnin , bermula pada jam 4 petang hingga 12 malam. Masakan kampung yang cukup menyelerakan. Boleh buat tempahan majlis di sini. 




Haji Jamil Gulai Ikan Termenung

Terletak di batas paip , Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan kilang Bernas. Sajian utama di sini ialah gulai kari termenung yang dimasak panas panas dan juga pelbagai masakan lain yang sekejap jer akan habis ! Huhuh.. 

Aku puashati makan kat sini. Walaupun hanya untuk menyorok ( sarapan pagi ) , dia punya sedap .. memang terbaik la !



Restoran Bamboo Garden Alor Staq

Pertama kali aku makan tom yam yang cukup enak ! Masakan original resepi Thai - Chinese yang mana korang confirm cukup berpuashati punya di sini ! Di Kuala Lumpur , korang boleh dapat rasa di Summit Subang USJ. Antara yang wajib korang cuba ialah Daging Harimau Menangis, Tom Yam, Udang Butter, Sotong Telur Masin dan banyak lagi.

Boleh tengok menu menu dia di Aloq Staq Bamboo Garden . Aku kasi 5 bintang !



Amacam ?? Ada banyak lagi yang aku tak cerita dalam ni sebab tak sempat nak pergi lawat. Kalau tidak , mau sampai esok korang baca tak abis ! Huhuh..

Antara perkhidmatan agensi travel yang aku syorkan bagi menerokai  Alor Setar ini ialah...

MyHistourism Sdn Bhd ( Histourism )
Nama :  Fred / Hanan / Akhmal
No Tel : 017 2843317 /


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ▼  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ▼  Januari 2020 (15)
      • McDonald's tempat makan dan blah !
      • Health Tour 2/2020: Pengalaman bersama STIKES Ha...
      • Virus Corona : Perlu atau tidak kerajaan menghalan...
      • Pengalaman kedua menjadi pembantu ' Tour Guide' ta...
      • Kenapa lipas ditakuti lelaki lelaki kacak seperti ...
      • HealthCare Study Tour 1/2020
      • Bila anak dara mintak kat daddy !
      • Sebab tu aku anti kereta bercermin gelap ni !
      • Tukar tayar dapat percuma 4 benda ni !
      • Anak-anak dah sekolah, aku jadi mudah ?
      • Pengalaman baru di tahun 2020 !
      • Hilangkan bau badan , luka punca dari bercukur dan...
      • Masjid Zahir , aku pasti kembali !
      • Pastikan Pulau Payar di dalam senarai pelancongan...
      • Akhirnya, berpijak di 'Wawasan 2020'
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes