Virus Corona : Perlu atau tidak kerajaan menghalang pelancong dari China ?

by - Isnin, Januari 27, 2020

Pelbagai pendapat dah dilontarkan oleh mereka yang ada 'kuasa untuk bersuara' tetapi yang punya kuasa , menolak segala pendapat ! Kata mereka , segalanya dalam keadaan terkawal. Tak ramai pun yang mati !



Gulp... Yeke ? Er , yang bawah ni leh percaya ke tak ???? Bukan apa.. kita tau , kerajaan China memang power part part sembunyikan rahsia. Belajar dari sapa ? Haaa... Sendiri mau tau je la naa.. Sekarang ni , banyak dah kerajaan yang kuat mengencing rakyat. Tak kisah la apa sekali pun tujuan , ianya tetap hancing. Demi kebaikan katanya. Belasah je la..


Kenapa kerajaan Malaysia buka pintu sedangkan banyak negara tutup ? Aku tak tau pun tapi kalau mengikut pengetahuan aku yang amatur ni , ekonomi negara kita dari tahun lepas memang lembab. Harapan tahun ni , dengan adanya kempen Tahun Melawat Malaysia, dapatlah menarik ramai pelancong dari luar negara terutama dari China. Dan kebanyakkan mereka dah pun buat tempahan hotel. Bayangkan jika mereka batalkan semua tu.. Fuh ! 

Maaf.. aku pun tak sokong kerajaan buka pintu pada mereka ni dah lama dah ! Kita tau dan mereka pun tau. Tak ramai yang masuk ke dalam negara ni benar benar nak melihat keindahan alam semula jadi. Negara diorang lagi gempak ! Kan kan ?  

Berdasarkan pengalaman aku la...kat Malaysia ni selagi tak terkena pada orang orang kenamaan.. selagi tu laaa diorang SEGALANYA TERKAWAL ! Bila dah terkena , dia punya kelam kabut.. fuh ! Terus keluar arahan serta AKTA baru kau ! Rakyat , sekadar rakyat jer... 

Entah la labu... Banyak sangat spekulasi pun kasi dunia panik ! Bila terlalu banyak menipu.. bercakap jujur pun orang tak percaya dah ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Itulah kita kena waspada, bahaya sangat penyakit ni..mohon dijauhi..

    BalasPadam
  2. moga kita dilindungi dari wabak menular skrg ni...aamiin

    BalasPadam
  3. kawal diri sendiri dan keluarga :)

    BalasPadam