Pastikan Pulau Payar di dalam senarai pelancongan anda sempena Visit Malaysia 2020 ! Dan menariknya Alor Setar !

by - Khamis, Januari 02, 2020

Lama dah teringin nak gi snokeling di Pulau Payar. Terlalu banyak cerita menarik yang aku baca mengenai Pulau Payar ni. Tapi aku nak ke situ bukan sebab nak snorkeling jer tau. Ada banyak sebab lagi aku nak ke sana. Antaranya ialah... Hehee... Meh baca lagi ! Pengalaman aku ke Pulau Payar dan 'melancong' di Alor Setar !

Buat pengetahuan korang, Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah, Malaysia di kawasan perairan Selat Melaka dan merupakan  pulau taman marin yang pertama di Malaysia dan boleh dikunjungi pada bila bila masa saja ! Berbeza dengan sesetengah pulau yang terpaksa mengikut musim.  

Apa yang menariknya Pulau Payar ni ? 
  • Pulau Payar ni boleh diakses beberapa cara. Satu melalui jeti Kuala Kedah , Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Kalau naik bot laju, perjalanan sekitar 30-40 minit jer. 
  • Pulau Payar adalah satu-satunya tempat di luar pantai barat Semenanjung Malaysia yang mempunyai terumbu karang yang eksotik dan kehidupan laut sama dengan lautan India. 
  • Boleh melihat pelbagai jenis marin seperti kuda bermata bicu, belut Moray, ikan badut, dua meter kerapu panjang, hitam disebut-sebut jerung terumbu, hitam belang puffers, alu dan pelbagai spesis marin eksotik lain.
  • Pulau Payar juga mempunyai pelbagai jenis spesis terumbu karang di seluruh Malaysia yang merangkumi Tubastrea Micrantha, Semi Precious Antipathes lain-lain Semua terumbu ini menjadi tempat pembiakan untuk pelbagai jenis ikan dan juga bertindak sebagai halangan semula jadi kepada hakisan laut yang mengambil meletakkan di garis pantai di pulau-pulau kecil.
Apakah antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Payar ?
  • Bersnokel untuk melihat pelbagai jenis ikan yang menarik seperti ikan nuri, ikan malaikat, dameselfish, rabbitfish yang jarang berlaku, butterflyfish, anemonefish .Salah satu tempat yang terbaik untuk bersnorkel adalah di bawah  jeti  di mana korang boleh melihat jumlah maksimum ikan dan kehidupan laut. 
  • Jungle trekking 
  • Off Shore snorkeling 
Untuk pengetahuan korang , kat sini ada bilik persalinan , tandas dan juga boleh bersihkan diri. Tapi kena jimatkan air yer. Segala plastik yang korang bawa , kena pastikan bawa balik yer. Tolong jaga kebersihan pulau ini, tau ! 



Agensi Travel yang aku percaya dan syorkan pada korang untuk ke sini. Mereka boleh uruskan segalanya dari lokasi korang hingga ke Pulau Payar.

1 : Laksana Sutera Travel & Tours ( Zila Ali )
No Tel :  019-2882252 / 06 761 5906
Email :  laksanasutera1@yahoo.com

2 : Naqiu Services ( TG Nash )
No tel : 019 395 5120
Email : nash_den2002@yahoo.com

Sebelum aku ke Pulau Payar ni , aku dan menginap di Hotel Urban Inn , Alor Setar. Dari situ nanti , cuma perlu ke  jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Payar.Dan pastinya tiap kali cari hotel , yang akan aku cari terlebih dahulu ialah gym.  Maka , sebelum nak gi snorkeling.. leh gi gym dulu ! Lalalaa...  Bukan apaa.. Kalau tak gi gym , aku akan berselera nak makan. Eh , lupa lak.. Hotel ni bersambung dengan Ampang Business Centre yang mana korang boleh  lepak makan minum di sini. Dan jika korang datang atas urusan perniagaan , sini ada juga disediakan ruang mesyuarat yang disewakan mengikut jam.

Hotel Urban Inn
 Menyediakan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan Wifi percuma. Boleh seterika baju tapi bukan dalam bilik tu la.. Kena gi bilik seterika gitu.. Hee..Harga dalam RM98 - RM100++ gitu. Untuk tempahan , boleh call terus ke 04-7719331












Selesai bab penginapan. Bagaimana pula tempat tempat menarik yang ada di sekitar Alor Setar ni ??  Haaaa.... Aku dulu tak kisah sangat mengenai Kedah dan Alor Setar ni walaupun aku sering je lalu bila pulang ke Pulau Pinang. Bagi aku , sejarah di negeri negeri ni tak penting sama sekali ! Biarkanlah ianya berlalu ! Rupanya itulah kesilapan terbesar aku ! Uhuk !! 

Tempat menarik di Alor Setar

Sejujurnya 2 malam di Alor Setar tak cukup untuk pusing abis Alor Setar. Walaupun tak sesak tapi bagi aku , Alor Setar sangat menarik seperti bandar bandar lain di Malaysia terutama dari segi sejarah dan juga tempat makan ! Tetapi , jika korang buat percutian singkat dan fokus utamanya adalah ke Pulau Payar , maka korang boleh singgah beberapa tempat menarik ni sebelum berangkat pulang !

Keriang Hill

Keriang Hill terletak 10 km dari bandar Alor Setar. Berkeluasan 15 ekar dan memiliki 15 rumah penginapan berkonsepkan rumah kampung yang mana setiap reka bentuknya adalah berlainan.




Muzium Padi, Kedah

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika korang berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. 

Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.




Muzium Kota Kuala Kedah

Sejarah Kota Kuala Kedah ni sangat menyayat hati. Namun ianya mampu membangkitkan semangat selepas mengetahui akan sejarahnya terutama melibatkan peperangan dengan kuasa kuasa asing. Sedikit kisah dari Kota Kuala Kedah ini...

Kisah Orang Kedah Diseksa

12 November 1821 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Kedah kerana pada detik itulah Kota Kuala Kedah diserang setelah 5 bulan sebelumnya Pulau Langkawi telah dimusnahkan.

Setelah menyerang Kota Kuala Kedah dan membunuh seluruh penduduk kota tersebut, angkatan Ligor telah melakukan pelbagai jenis penyeksaan kepada orang-orang melayu yang berjaya ditangkap.

Selain daripada wanita dirogol, para lelak di pasung atau dipenggal kepala. Terdapat bentuk penyeksaan yang lain dikenakan keatas mereka yang tertewas itu.

Sesungguhnya peristiwa inilah yang paling kejam sekali sepanjang Kedah berada dibawah penjajahan Thai. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan yang sangat sengsara yang perlu di hadapi oleh orang – orang Kedah pada waktu itu.

Disini admin kongsi sebahagian bentuk penyiksaan yang dijalankan ialah

1) dengan cara memasak banduan hidup-hidup di dalam pokok yang berlubang dengan mangsa dibogelkan dan tangan terikat ke belakang. Mangsa diletakkan di dalam lubang itu dan lemak diletakkan atas kepala mereka. Lubang dan pokok itu kemudiaanya dilumur dengan lumpur agar pokok tersebut tidak terbakar dan mangsa dibiarkan masak hingga mati.

2) Mangsa di bawa ke kuala sungai yang berlumpur dimana di tempat itu mempunyai pokok-pokok yang baru tumbuh dan sangat tajam. Mangsa diletakkan dalam kedudukan bersila dan dibiarkan hingga usus mereka ditembusi hingga mati.

Terdapat pelbagai lagi bentuk penyiksaan ketas mereka yang tidak pernah diceritakan kepada umum namun pernah dicatatkan oleh penjajah barat ratusan tahun dulu! dan kami bongkarkan untuk suatu kebenaran!

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut mengenai pelbagai sejarah yg cukup menarik termasuklah asal usulnya, Nahhh.. Korang boleh follow page Histourism



Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman 

Keistimewaan Rumah Merdeka ini adalah susun aturnya yang mana ianya adalah susun atur yang asal. Pelbagai peristiwa sejarah dicatatkan di sini.



Kompleks Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad


Kompleks ini merupakan sebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah dan rumah satu bilik ini telah diisyiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992. 


Masjid Zahir


Antara masjid tercantik di dunia !  Dikenali sebagai Masjid Zahrah , merupakan Masjid Negeri Kedah dan juga merupakan masjid Diraja. Terletak di perkarangan Istana Pelamin serta merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar dengan ciri kubah hitam di mana satu kubah utama dan 5  kubah lebih kecil yang melambangkan 5 rukun Islam.

Perasmian Masjid Zahir diupacarakan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari itu, Tunku Mahmud bertugas sebagai khatib manakala Sultan sebagai imam Solat Jumaat.

Ciri-ciri senibina Masjid Zahir mempunyai pengaruh Timur Tengah dan India yang mempunyai banyak kubah. Di samping bangunan utama masjid, turut diletakkan meriam-meriam yang diambil dari Kota Kuala Kedah yang disusun di laluan Sultan iaitu di bahagian kanan masjid.

Masjid Zahir pernah mengalami proses pembesaran, iaitu kali pertama pada tahun 1960 dan kali kedua pada tahun 1975.


Menara Alor Setar


Menara Alor Setar adalah menara telekomunikasi  di dunia.  Setinggi 165.5 meter dan ianya merupakan mercu tanda terkenal dan moden yang menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. Turut mempunyai restoran berputar di bahagian atas menara. Sedap sedap gak makanan dia. Hee..


Pekan Rabu

Pekan Rabu mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia berkonsepkan 'One Stop Centre' . Di sini terdapat  kira kira 277 orang peniaga dari pelbagai jenis jualan seperti makanan ,  kuih serta pakaian tradisional , barangan kraf , songkok , buku kitab , serta produk produk industri kecil dan sederhana. 


Tempat makan menarik di Alor Setar 

Restoran Jeragan Alor Setar


Restoran Jeragan terletak di bersebelahan Sungai Kedah yang boleh menampung seramai 300 pengunjung dalam satu satu masa.  Beroperasi setiap hari kecuali Isnin , bermula pada jam 4 petang hingga 12 malam. Masakan kampung yang cukup menyelerakan. Boleh buat tempahan majlis di sini. 




Haji Jamil Gulai Ikan Termenung

Terletak di batas paip , Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan kilang Bernas. Sajian utama di sini ialah gulai kari termenung yang dimasak panas panas dan juga pelbagai masakan lain yang sekejap jer akan habis ! Huhuh.. 

Aku puashati makan kat sini. Walaupun hanya untuk menyorok ( sarapan pagi ) , dia punya sedap .. memang terbaik la !



Restoran Bamboo Garden Alor Staq

Pertama kali aku makan tom yam yang cukup enak ! Masakan original resepi Thai - Chinese yang mana korang confirm cukup berpuashati punya di sini ! Di Kuala Lumpur , korang boleh dapat rasa di Summit Subang USJ. Antara yang wajib korang cuba ialah Daging Harimau Menangis, Tom Yam, Udang Butter, Sotong Telur Masin dan banyak lagi.

Boleh tengok menu menu dia di Aloq Staq Bamboo Garden . Aku kasi 5 bintang !



Amacam ?? Ada banyak lagi yang aku tak cerita dalam ni sebab tak sempat nak pergi lawat. Kalau tidak , mau sampai esok korang baca tak abis ! Huhuh..

Antara perkhidmatan agensi travel yang aku syorkan bagi menerokai  Alor Setar ini ialah...

MyHistourism Sdn Bhd ( Histourism )
Nama :  Fred / Hanan / Akhmal
No Tel : 017 2843317 /


You May Also Like

7 comments

  1. best yer tengok aben jalan2 alor setar dan cantik yer pulau payar. baru tahu boleh lawat sepanjang tahun

    BalasPadam
  2. Menariknjuga ye ke Alor Setaq ni. Pernah pergi Menara je. Kena susun tempat menarik untuk 2020 ni

    BalasPadam
  3. wooow best...kedah mmg ohsem...restoran bamboo garden tu mmg sedap makanan dia... terbaik

    BalasPadam
  4. menarik..lagi menarik maknan kt sini sedap2

    BalasPadam
  5. bagus.. nak bookmark lah entri ni. Padat dgn info!

    BalasPadam