Kenapa lipas ditakuti lelaki lelaki kacak seperti aku?
Aku tak takut pun lipas. Tapi... Bunyi sayapnya bila terbang. Perghhh , cukup mengerikan ! Tu belum lagi jika warnanya yang cukup gelap.. seolah olah dia baru lepas keluar dari gym ! Kira baru abis workout la ! Nampak kesadoaannya di situ ! Pergh... Bila dia terbang , kelihatan begitu gagah sekali ! Terasa nak hayun je ngan hammer !
Bila dia hinggap di satu tempat... kegeraman begitu memuncak ! Persoalannya.. nak bunuh dia dengan apa ??? Nak secara halus ? Kejam ? Atau perikemanusiaan ? Biasanya aku akan lakukan mengikut keganasan dia ! Kalau dia nampak agak lembut , aku akan guna Magic Spray jer. Aku dah lama tak guna spray spray yang berbau busuk tu ! Tak suka ! Aku risau... lipas tak mati tapi aku yang koma ! Dek kerana bau spray tu.
Biasanya , aku akan guna selipar tapi itu akan mengotorkan serta menyebarkan kuman yang terhasil dari keburaian perutnya tu ! Pergh... kotor siott ! Iyewwwww ! Penuh dengan.. arghhh ! Nak aku letak gambar perut lipas terburai ke ? Aku takut Google blocked lak aku nanti ! Hahahah...
Tangkap dengan tangan kosong ? Tak leh nak bayangkan dia mengelupur di dalam genggaman aku ! Hahahaha... Kaki dia yang berbulu tu. Pergh... geli siot ! Hahahaha...Terasa cam pegang tangan sesama jantina lak weh !
Tu belum lagi dia masuk dalam kain ! Perghhh.. aku boleh pecah rekod dunia Usain Bolt untuk semua acara dia sertai wehhh ! Haaa.. ni sambil menaip pon terasa meremang dah membayangkan adegan tu ! Huhuhu...
Kesimpulan.. Aku tak takut lipas pun. Cuma kadang kadang bila berdepan dengan dia , macam berdepan ngan Terminator lak ! Haaa...
2 comments
hahahahha
BalasPadamSaya tak takut lipas, tapi saya selalu jadi mangsa utk jadi penyelamat rakan-rakan saya untuk halau lipas tu.
BalasPadam