BEN ASHAARI




Alhamdulillah. Sesungguhnya sebenarnya aku sangatlah penat fizikal dan mental. Allah Maha Mengetahui. Nak luahkan tak terluah sebab ramai ingat aku macam fit jer walhal sebenarnya aku dah cukup penat. Hahahah.. 

Sekeluarga ke sini kali ni dan aku benar benar manfaatkannya. Gym takda.. Aku cuma mampu berjalan dan buat senaman ringan je di sini. Dalam erti kata lain.. aku makan , tidur , berjalan , berak , makan dan tidur lagi. Pantang baring skit je , terus lena. Haaa.. Makan banyak tapi aku fokus pada makan fiber dan protein. Alhamdulillah.. rezeki sekeluarga. 

Walaupun biasanya aku balik kampung dan berehat di sana tapi sejak aku tahu selok belok ke Kota Bharu tu, aku tak dapat berehat pun ke sana. Awal pagi lagi dah keluar rumah dan tidur juga di malam hari. Berbeza dulu yang aku malas nak ke Kota Bharu.. hahaha... Memang tak bergerak langsung. 

Bayangkan kalau gi gym pun dah rasa lemau. Tengok besi pun dah bosan. Tak tau nak buat apa.. Haa , kali ni aku benar benar dah recharge 100%. Dan bersedia untuk hadapi Ramadan. 

Cuaca cantik seminggu ni. Tiap pagi bangun dapat berjalan. Tengahari.. petang. Dapat tengok bintang bertaburan di langit. Anak anak pun gembira dapat tengok laut membiru dan kedamaian suasana sebelum kembali sibuk di sekolah. 





 Aku rasa.. dua hari ni bikin aku berlemak semula. Hahahha.. Tak pe la. Ramadan ni kita kasi hilang balik lemak lemak tu yer..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Alhamdulillah.. Jumaat sudah. Hari hari yang mendebarkan sudah aku lalui. Sebelum ni aku asyik terfikir bagaimana nak uruskan si abang yang bersekolah menengah. Aku uruskan pergi dan balik ke tiga tiga anak aku ni. Wife , aku suruh dia fokus dalam persiapan persekolahan seperti makan minun dan pakaian serta dokumentasi online mahupun offline. 

Seronok sebenarnya bila menjemput anak anak di sekolah ni. Aku akan berjumpa macam macam orang. Berbual macam macam isu. Yelah , aku kan tak gi pejabat dah. Dunia aku agak terhad sudah. Jarang nak jumpa orang luar dan berbual. Tapi aku suka je begini. Kurang skit masalah kehidupan aku. Hahahaha..

Semalam... aku berbual dengan dua orang. Sang isteri dan sang suami. Di waktu yang berbeza. Tajuk perbualan kesihatan. Kisah satu.. ketika menunggu Zahra keluar sekolah, aku terpandang seseorang yang aku kenali. Kelihatan dia sedang memicit micit dahinya. 

" Sakit kepala ? Angin kot ? " tanya aku dan dia pun menjawab. Dan di situlah aku dapati masalah utama dia mendapat sakit kepala tu berpunca dari gaya hidup. Menurutnya dia menjaga pemakanan tapi suaminya tu yang sedikit payah nak jaga makan. Tabiat sang suami membuatkan si isteri lama lama terikut caranya. 

Aku pun memberikan sepatah dua kata seperti biasa la. Aku bukanlah pakar tapi aku tak nak la orang jadi macam aku , satu tika dulu. Aku suruh dia bawa suami dia buat full medical check up. Nanti suami dia akan tau apa masalah dan manalah tau kan.. dia nak berubah ! Bukan apa.. kesian kat anak anak jika mereka pun terikut gaya hidup kita. Tu pasal nanti jadi kata ini penyakit keturunan ! 



Nak dijadikan acara wajib bila cuti. 


Petangnya , aku gi jemput si Qhaliff lak. Seperti biasa, aku akan menunggu di taman bersebelahan sekolah dia. 40 minit ! Tapi aku ok jer sebab aku boleh berjalan kaki di situ. Nak capai lebih 10 ribu langkah sehari , setiap hari. Heeee... 

Dan semalam , aku berkenalan dengan seorang lagi yang menunggu di situ untuk menjemput anaknya. Berbual isu kesihatan juga. Dia masih muda tapi kena strok selepas PKP dan terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Walaupun sudah pulih tapi dia 'bermasalah' pada mengimbangi diri. Strok yang dia kena tu memberi impak pada otaknya. 

Perbualan berterusan hinggalah ke bab pemakanan. Katanya dia berjaya turunkan berat badan dari 130kg ke 110 kg tapi sayangnya... Haa.. di sinilah punyanya. Aku tak nak la cerita kat sini. Nanti risau secara tak sedar akan mengaibkan orang tapi itulah... Jika pasangan kita tak berminat untuk turut menjaga kesihatan dan pemakanan , seluruh keluarga akan terkesan. 

Sebelum pergi.. aku berikan beberapa tips dan nasihat. Aku tunjuk gambar aku dulu. Aku bagitau pada dia , yang aku juga bermasalah dulu tapi kita kena disiplin dan ubah gaya hidup. Kerana Allah... 

Nasihat aku pada korang.. jika pasangan korang jenis tak nak jaga kesihatan , korang jangan ikut. Bukan apa.. kalau kita sakit , kita sendiri derita. Dia tak nak jaga.. dia punya pasal. Fikirkan anak anak kita..  Apakah mereka nak membesar dengan cara begitu ? 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Grand Livina aku yang dibeli pada tahun 2012 , akhirnya memerlukan enjin baru. Terpaksa tukar kerana kerosakan yang agar besar. Sebelum ni aku dah repair. Sedikit demi sedikit. Tapi masalah kehilangan air di tangki simpanan tak dapat diselesaikan. Pernah aku jumpa mekanik otai. Katanya bahagian atas tu yang bermasalah. Kena buka enjin dulu baru boleh kesan punca. Cuma kosnya besarlah. Beribu. Aku ketika tu cam.. Woww ! Ribu tu. Baik tukar keta baru. 

Bulan demi bulan.. kerja aku setiap hari ialah tambah air dalam tangki simpanan. Air akan hilang suku. Kalau cuaca panas, mau setengah hilang. Ini bukan petanda yang baik. Satu lagi masalah, bila hidupkan enjin , dia berbunyi bising. Sakit telinga. Begitu juga ketika memandu. Dah betulkan part tu. Siap tukar yang baru tapi lama kelamaan ,dia kembali. 

Sehinggalah bulan September tahun lepas, wife aku yang memandu Livina ni ke pejabat bagitau , enjin tersentak sentak. Alhamdulillah , dia berjaya pulang ke rumah. Aku hubungi kawan aku yang juga seorang pegawai bomba. Part time mekanik. Dialah yang dok baiki kereta aku ni. Dia bawa pulang ke bengkel kereta miliknya. 

Esoknya , dia bagitau aku.. punca. Dia kata kena buat top overhaul. Air masuk ke enjin dah ! Gasket bahagian atas tu pecah. Aku tanya pendapat dia jika tukar enjin. Dia kata terpulang pada aku. Samada nak buat overhaul atau tukar enjin. Cuma akan masa masa la. Dia cuma boleh buat bila dia cuti jer. Aku takda pilihan. Nak ke bengkel lain , risau lak kaw kaw kena charge. Hahahaha... 

Kerja kerja tukar enjin dibuat. 3 kali kawan aku tu gi tukar enjin ! Katanya enjin yang dia tukar , bermasalah. Jadi dia tak nak aku dapat enjin bermasalah. Bila dah pasang.. test , problem ! Dia gi amik yang lain. Cari di kedai kedai half cut yang terletak di Sungai Buloh. Jauh gak la dari Sepang nak ke sana. 

Sementara tunggu kereta tu siap , akulah yang hantar amik wife di pejabat. Aku tak kasi dia naik ERL. Aku masih hidup. Aku boleh hantar ambil dia dan anak anak. Tak pe.. aku susah sikit jer. Yang penting, aku uruskan semua.

 Alhamdulillah... syukur kepada Allah. Penantian demi penantian, akhirnya siap ! Enjin ditukar. Radiator pun tukar sebab ada masalah juga. Kos , hampir RM5K ! Dan hasilnya , enjin yang aku dapat.. buat masa ni memang ok sangat. Jauh beza dengan enjin lama. Huhuhu.. Selesa memandunya. Lega rasa. Wife kembali memandu ke pejabat. Aku uruskan anak anak jer. 


Tak nak amik kereta baru... Tak nak hutang baru ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Sekejap je si abang masuk sekolah menengah. Tak hantar pun ke asrama atau sekolah jauh jauh. Biar je masing masing membesar bawah ketiak mak ayah dia. Kalau nak berdikari , kat rumah pun boleh didik mereka untuk berdikari. Di sekolah biasa pun ada cabaran tersendiri. Pengalaman mendewasakan kita semua. InshaAllah. Lagi pun aku ada kat rumah kan ? Kalau pakat pakat hantar gi asrama , aku nak buat apa lak ? Bosan lak aku nanti. Hahahaha.. 

Korang yang ada anak kecil tu, jangan la mintak diorang cepat membesar. Hahaha.. Nikmatilah setiap saat bersama mereka. Sesungguhnya hari hari yang terlepas , tak boleh dikembalikan. Kalau masih berdukung , dukunglah puas puas. Kalau masih berpipi tembam , ciumlah puas puas. Kalau masih tak reti bercakap , bergelaklah bersamanya. Jangan terlepas saat saat begitu. Bila mereka dah reti bercakap , reti nak malu.. hurm... 

2 orang sekolah rendah. Sorang sekolah menengah. Hurm.. Pengalaman baru untuk aku sebab si abang sekolah lain. Alhamdulillah, rezeki sebab dekat dan mudah untuk aku uruskan pergerakkan pergi dan balik.  Hari pertama je sedikit kalut. Tu pun sempat aku gi hiking ngan wife. Heee..

Bila tengok gambar diorang masa kecil dul, tak sangka masing masing dah besar panjang. Si Zahra pun dah mula sibuk nak mencantikkan diri. Si bongsu dah siap pakai perfume bila gi sekolah. Si abang je serupa macam baby baby lagi. Hahahha.. malas nak berdandan bagai. Sekarang aku faham maksud kawan kawan , 'rindunya bau baby..' ! 

Hari ketiga persekolahan.. 

Ketika aku menunggu si abang balik sekolah, aku berjalan jalan di taman berhampiran sekolahnya. Kemudian aku disapa seorang lelaki yang aku rasakan umurnya hampir 60 gitulah. Dia tanya aku mengenai arah di situ...

" Jalan tu menuju ke mana ya ? tanya dia. 

Aku bagitau la panjang lebar. Dia kata dia nak ke Kota Warisan. Aku tergamam. Apa dia buat kat sini ? Walaupun Kota Warisan tak jauh dari situ tapi dengan keadaan sesak setiap petang , berpeluh gak la nak harunginya walaupun berkereta. 

" Ooo.. saya tunggu anak. Tinggal di sana. " jelasnya. Aku cam.. Hah ??? Jauhnya. Aku yang hanya 5 minit dari rumah pun dah rasa cam jauh.. dia apatah lagi ! 

Dia pun bercerita. Dia tak nak masukkan anak dia ke asrama kerana masalah zaman sekarang. Dulu dia bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang cukup popular di Kuala Lumpur. Zaman 70an. Katanya , zaman tu pun dah ada isu 'adik angkat jambu' walhal sekolah lelaki ! Biar besar sedikit dah boleh jaga diri , barulah dia masukkan ke asrama. Tunggu tingkatan 4 nanti. Biarlah membesar depan mata dulu buat masa sekarang. 

Aku angguk tanda setuju. Hurm... Kemudian kami berpisah. Dia teruskan berjalan membakar kalori , seperti aku juga sementara menanti anak masing masing keluar dari sekolah. Tengok jam ada lagi setengah jam sebelum waktu pulang ! Hahahaha.. Hari hari aku beginilah jawabnya. 40 minit menanti si sulung abis sekolah. Dari sekolah ke rumah , cumalah 5 minit ! Dekat tapi kalau aku datang lewat.. tiada parking untuk aku jawabnya. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku ni bukanlah nak tunjuk pandai bab bab pemakanan sihat ni. Aku takda kelayakan pun. Yang aku ada ialah pengalaman dan sedikit infomasi berdasarkan apa yang aku lalui dan juga aku dapat di media sosial kemudian aku manfaatkan. Ternyata memberi kesan positif pada aku sekeluarga. 

Aku pernah ada tekanan darah tinggi yang mana aku ingatkan ianya berpunca dari KETURUNAN ! Arwah ayah aku pun ada kencing manis dan juga masalah dengan kolestrol. Setiap hari , aku tengok dia makan ubat ikut jadual. Balik kampung pun dia bawak ubat ubatan dia. Berbeza dengan mak aku... dia tak suka sama sekali makan ubat doktor malah tak berminat langsung nak buat pemeriksaan doktor. Apa yang dia buat ialah makan makanan yang sebenar jer ketika muda muda. 

Aku perasan.. arwah ayah aku ni jaga makan dia. Pagi hari , dia makan roti putih sekeping dua , dicicah dengan milo kosong. Pastu makan ubat. Tengahari , dia makan nasi skit bersama kari ikan kegemaran dia. Pastu makan ubat. Malam , roti putih dengan milo atau kopi pekat tanpa gula. Kalau nak letak gula pun, dia guna pemanis tiruan. 

Tapi dia tak pernah sembuh penyakit dia. Masih ada darah tinggi , kolestrol dan kencing manis ! Walhal makan dah ubat. Siap ikut jadual jumpa doktor di HKL untuk dapatkan ubat setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali. Patutnya kalau dah makan ubat, sembuh la kan ? 

Dan ketika aku berumur hujung 20an , aku kerap sakit kepala. Bila buat pemeriksaan , doktor cakap aku ada tekanan darah tinggi ! Doktor tanya , apakah mak ayah ada penyakit yang sama? Aku jawab ya. Maka automatiklah penyakit keturunan ! Haahaha.. 

Yang dia tak tanya ialah gaya hidup aku. Suka melepak malam hari hingga ke subuh. Pastu makan megi berbungkus. Roti canai berkeping keping sehari. Milo panas bergelas. Nasi kandar. Mee goreng ayam. Keow teow lagi ! 

Datang pulak zaman blogger , boleh dikatakan hari hari review makanan. Siang malam makan.. makan dan makan ! Eh... aku bersenam dari usia 20an lagi. Hari hari gi gym ! Tapi pelik... kenapa perut gagal untuk diturunkan. Aku tak minum manis pun. Aku minum susu putih je banyak. Pastu kopi 3 in 1 tu , dah kira wajib la.. Ketagih ! 

Hahahahha... adoilah. Masuk umur 40.. Betullah kata orang dulu dulu.. nanti kau masuk 40 an tahu la.. Masa tu nanti akan sakit sana sini.  Maka benarlah. Aku  dapat penyakit serupa arwah ayah iaitu kembung perut ! Mudah angin. Pastu panas baran. Penyakit keturunan ? Adeh.. 

Dulu vs sekarang

Dulu vs sekarang


Ketika PKP, aku diserang anxiety. Aku jadi seorang yang penakut tiba tiba. Tak boleh berbual dengan orang luar. Nak berbual dengan wife pun takut terutama bila dia baru balik kerja. Aku suruh dia mandi bersih bersih dulu. Pastu nak keluar rumah pun tak berani. Nak gi gym pun pakai double face mask ! Macam orang giler jer. 

Satu hari , wife aku jatuh sakit. Gastrik yang teruk ! Dulu aku ingatkan gastrik ni cuma penyakit mereka yang tak jaga makan atau malas nak makan. Tapi bila kita 'belajar' , rupa rupanya gastrik ni satu penyakit yang sangat merbahaya ! Bila melibatkan usus, jangan pandang remeh sama sekali. Ianya cukup merbahaya. Akan melibatkan segalanya. Macam enjin kereta la.. Bila dia problem , apa jadi ??

Bila aku buat sedikit pembelajaran mengenai usus ni.. barulah aku faham kenapa arwah ayah aku tak sembuh sembuh dari penyakit dia. Begitu juga dengan aku. Kenapa perut aku membuncit walhal hari hari pergi gym ! Hurmm.. dan kenapa wife aku boleh kena gastrik dan setiap kali datang period , dia akan sakit teruk ! 

Segalanya disebabkan pemakanan kita sejak dari kecil lagi !! Di rumah... di luar rumah dan paling bahaya di sekolah ! Mak ayah kasi duit.. suruh beli nasi tapi anak anak akan beli jualan di luar pagar sekolah. Aduh... 

Aku ubah diet pemakanan sejak tahun 2003. Selepas tu aku dijangkiti Covid 19. Alhamdulillah.. ok jer. Anak anak dijangkiti Influenza. Alhamdulillah , mereka ok. Sembuh dalam seminggu dan tiada kesan sampingan . Bila kita jaga makan , rendahkan keradangan dalam tubuh badan. Bila diserang virus , kesannya tak lama. Sistem imun perlu tinggi untuk melawan. Tu gunanya makanan sebenar dan elakkan makanan sampah dimasukkan dalam tubuh badan ! 

Kalau korang perasan... anak anak bila jatuh sakit akan meleret leret sakit mereka. Selsema berminggu minggu pastu batuk berkahak pula. Kenapa boleh jadi macam tu ? Kahak dan selsema tu datang dari mana ? Kalau rajin buat pembacaan , akan faham dan korang pasti akan berubah. 

Manfaatkan herba dan rempah ratus yang ada di dapur tu. 

Ajak anak anak amalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan sebenar dan aktiviti kehijauan. 


Kita usaha. doa dan tawakal kepada Allah. Moga Allah melindungi keluarga kita. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ramai dah kanak kanak seawal 7 tahun mengalami kerabunan. Aku sendiri pun pakai cermin mata ketika di darjah 1. Cikgu sendiri kesan. Seingat aku , ketika tu aku kena duduk belakang sekali sebab aku tinggi tapi setiap kali cikgu menulis di papan hitam , aku terpaksa ke depan untuk menyalin. Tak nampak ! Cikgu minta aku bagitau mak ayah untuk buat pemeriksaan mata dan ternyata aku rabun dan lebih tepat lagi aku silau ! Aku tau puncanya apa.. Aku suka membaca dalam gelap dengan menggunakan lampu suluh ! 

Baru baru ni aku bawa anak anak aku buat pemeriksaan mata di kedai cermin mata yang terletak di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Yelah, sambil mencari barangan keperluan kembali ke sekolah.. singgah buat pemeriksaan mata.  

Dan dalam 3 orang anak anak aku , Qhaliff dah mula ada rabun sedikit. Zahra pun gitu. Aariz belum lagi. Cuma mereka belum perlu pakai cermin mata lagi. Kena kawal punca utama kerabunan anak anak di zaman ni termasuklah memberikan makanan berkhasiat yang membantu kesihatan mata mereka. 



Aku pun kena buat pemeriksaan mata gak ni. Nak tau apakah aku perlukan cermin mata baru ? Yelah.. orang kata bila makin berumur ni , makin rabun mata terutama rabun dekat. Dan biasanya bila aku check mata ni , aku bermasalah pada silau ! 

Masalah bila silau ni ialah ketika memandu ! Datang kereta lampu putih atau lampu tinggi dari depan atau belakang, mata akan terus hilang pandangan dalam sesaat dua ! Bahaya sangat ketika tu. Sangat menganggu penglihatan sama sekali. Aku pelik mereka ni tak prihatin sungguh dengan masalah ni. Kalau lampu putih tu original , takda masalah. Tak menyilaukan. Ni jenis tiruan dan murahan. Aduhai.. sakit hati sungguh ! 



Solusinya di kedai cermin mata yang aku pergi ni ada satu jenis kanta yang membantu mengurangkan masalah silau ni. Sangat membantu aku ketika memandu di waktu matahari mula naik dan juga malam hari. Kekadang bila hujan lebat pun sangat membantu dalam pemanduan dengan memberikan penglihatan yang jelas.

Pemilihan bingkai amatlah penting. Ada orang dia fokus pada kanta jer. Bingkai bagi aku perlulah yang tahan lasak dan tahan lama. Macam aku guna sekarang ni, dari titanium. Kenapa aku pilih yang ni ? Aku kan rajin berpeluh. Ada beberapa bingkai aku yang guna sebelum ni , bermasalah bila berpeluh. Kalau yang cerah , akan 'berlumut' hijau.. Yang besi , akan karat. Pastu pelindung di bahagian hidung juga akan masalah gitu. Jadi pemilihan bingkai ni penting ya termasuk juga pada anak anak jika mereka menggunakan cermin mata. 
 

Ha , tunggu apa lagi ? Persekolahan dah nak bermula. Bawa anak anak dapatkan pemeriksaan mata dan jika perlu guna cermin mata , aku syorkan korang ke sini... Jika nak tanya apa apa , korang boleh terus je whatsapp mereka. InshaAllah akan dibantu. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku nak cipta seberapa banyak memori bersama anak anak supaya mereka belajar erti kehidupan bersama aku. Aku tak nak mereka dapat semua tu bersama orang lain di kala usia mereka yang masih mentah ini. Dan pada masa yang sama aku nak membina keyakinan diri dan juga semangat juang bersama sama. Sepasukan ! 

Kali ke dua naik bukit 527 yang terletak di Sepang. Cabaran sebenar bukanlah di dalam bukit tapi nak berjalan kaki ke bukit tu. Hahaha.. Kena jalan dalam 10 minit meredah jalan raya yang panas dan naik bukit. Heeee.. 




Bila dah masuk ke kawasan bukit, sejuk mula terasa. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup. Kalau hujung minggu , ramai orang. Hari biasa, ada orang tapi tak la ramai. Ok la.. takda la sunyi juga. Dan anak anak wajib bawa makanan bersama. Nak makan di puncak. Lepas makan , boleh turun naik bukit guna tali lak. Tu yang diorang suka. 

Ketika naik turun bukit tu, bagi aku la.. satu cabaran. Aku tak sangka sebenarnya anak anak aku ni boleh buat memandangkan diorang ni bukan budak main luar rumah. Dan bukit yang kami turuni tu memang curam. Awalnya aku ingat diorang tak berani tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Diorang berjaya naik turun dengan selamat malah berminat nak melakukannya lagi. 



 Tak mnat ke nak gi hiking bukit lain ? Sejujurnya aku tak minat nak gi pun melainkan anak anak ada bersama. Kalau ngan kawan kawan tu, aku rasa tak perlu la. Cukuplah masa aku bujang berpuluh tahun.. aku bersama kawan kawan. Buat masa ni , dengan baki usia aku ni.. biarlah aku didik mereka menjadi insan yang berguna pada agama , masyarakat dan juga negara. 

Apa yang aku lakukan bersama mereka ni adalah saham akhirat aku. Nanti ianya akan dipanjangkan pada anak anak mereka pula. InshaAllah.. Dan paling penting sekali aku nak mereka bersatu walaupun aku dah tiada atas dunia ini. Bersatu bukan kerana nak membahagikan harta tapi bersatu kerana Allah.. 

Anak anak pun dah semakin membesar. Seronok berbual dengan mereka ketika berjalan jalan. Macam jalan ngan kawan kawan. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Dua drama bersiri dari Korea yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. The Trauma Code dan Study Group ni masing masing ada kekuatan tersendiri membuatkan masing masing tak duduk diam depan tv terutama anak anak. Bila tamat satu episod , meminta nak menonton lagi tapi aku tak kasi. Satu hari , satu atau dua episod saja boleh tengok. Tu pun bergantung pada masa. Tak boleh lebih jam 11 malam. 

Bagusnya dua dua drama ni takda la menonjolkan sangat hero atau heroin yang kacak dan cantik lain macam. Kekuatan pada jalan cerita dan juga skrip yang melucukan. Jadi anak anak takda la boring menontonnya. 

Kalau korang tanya aku mana yang best . aku akan kata Study Group lebih menarik berbanding The Trauma Code yang dikatakan telah pun memintas kepopularitian drama Squid Game. Masing ada kekurangan pada drama kedoktoran ni. Study Group ni , dah boleh level cerita Tamil bila masuk babak bergaduh. dia. Hahaha.. Bak kata Zahra la.. ni kan cerita je ! Haa.. layankan je la. 

The Trauma Code , kekuatan pada karektor Dr. Baek yang penuh dengan ketegasan tapi masih ada taman dalam hatinya. Segalanya bersebab kenapa jadi macam tu. Manakala Study Group lak mengisahkan seorang pelajar yang bersungguh sungguh nak berjaya dalam pelajarannya tapi rezeki belum memihak padanya. Kelebihnya ialah dia pandai bergaduh ! Gitu... 

Oh ya... Study Group belum abis la sirinya. Heee.. Korang layan la dulu The Trauma Code. Abis dah semua episod. Aku leh kasi dua dua ni 8/10 la gitu.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lama dah teringin nak naik bukit ni sejak PKP. Waktu tu dah kecoh la ramai penduduk sini naik turun bukit ni. Kasi hilang stress gitu ! Maklumlah, tak leh rentas daerah. Jadi main dekat dekat je la. Huhuh.. Tapi aku tak berani nak naik sorang sorang. Maklumlah , bukan kawasan permainan walaupun hari hari aku lalu sini. 

Dan baru baru ni , kawan aku bagitau otai otai hikers buka trail kat sini ! Wahhh.. macam macam diorang buat untuk memudahkan dan menjadikan trail ni laluan mesra keluarga. Alhamdulillah.. Banyak pahala diorang . 

Tak lama kemudian , viral dah di media sosial. Hujung minggu , memang penuh la orang datang. Untung aku cuma perlu jalan kaki je dari rumah. Rezeki. Untuk pengetahuan korang ,  sebelum ni aku ke Bukit Melati jika teringin nak berpeluh lencun. Rasanya selepas ni tak perlu dah la ke sana. Main depan umah pun ok dah. Anak anak pun suka ! 

Pintu masuk. Nak tenang tenang, datang hari biasa je. Kalau hujung minggu , memang pakat macam gi mall la ! 

Rasanya kalau takda pembangunan terbaru , bukit ni lebih sejuk ! Dulu awal pagi dah meriah dengan kenyamanan dan kedinginan. Tapi itulah... manusia kan ? Selagi ada tanah lapang.. diorang mesti sauk punya ! 

Jalan kaki je dari rumah.. Sini pun dah mencabar sebab naik bukit. Masa ni , masing masing belum makan. 


Bagus team Tebas Hikers ni. Diorang buat macam macam kemudahan kat sini. Sapa sapa yang datang, mesti terkejut punya ! 


Awal awalnya aku nak tengok je laluan tapi diorang dah buat petunjuk arah dan trail mesra keluarga. Pergh.. best ! Aku risau anak anak jer. Aku tak pe.. dah biasa. Eceh.. 


Alhamdulillah.. sampai ke kem diorang. Bergambar pastu patah balik. Saja tak nak maju ke depan lagi sebab plan nak naik lagi dan lagi. Biar sikit sikit kita unlocked ! Hahahaha.. 

Seronok naik ngan anak anak. Bawak je air minum. Cuaca panas tapi tak la membahang. Bila turun nanti , ada banyak tempat makan sedap sedap di Sepang ni. Boleh je redah seperti ke Nasi Ayam Mafia atau Lubooking. Eh.. ada banyak laaa.. 

Untuk ke sini , korang waze ke ke Bukit 527 , Bandar Baru Salak Tinggi. Betul betul terletak di Jalan Salak Perdana. Masuk untuk hiking , RM10 seorang. Heee.. gurau ! Freee jer ! Oh ya.. jaga kebersihan ya. Dan patuhi arahan. Jangan gatal gatal naik waktu Maghrib. Ada kes dah orang sesat. Huhuh.. 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Menikmati kehidupan. Seminggu lebih aku tak update blog. Saja gitu. Nak rehatkan kepala otak kali ni tanpa membebankan fikiran. Kalau dulu, kena bawak kamera bagai.. sibuk nak update blog setiap masa tapi kali ni.. biarlah. Cukup cukuplah 10 tahun aku buat gitu. Nak tenang tenang ngan keluarga lak sementara diorang masih kecil dan nak mengekor kita. 

Ok.. percutian kali ni , wife aku yang uruskan. Sejak sejak aku dah malas nak amik job travel dan review makanan ni , maka takda la jemputan ke hotel hotel lagi dah. Lagi pun aku malas nak buat video video yang bikin orang gempak dan tertarik tapi... 

Destinasi utama , ke Kelantan tapi nak singgah Pahang untuk bercuti. Pilihan , Kuantan dan Cherating. Dua tempat ni memang best bagi aku. Kalau ke Utara, aku suka Kedah dan Perlis. Aku suka pantai belah pantai timur ni sebab landai. Pastu bila matahari terbit atau terbenam, kelihatan cantik sekali. Tenang dan damai rasa. Ditambah pula rezeki kali ni, cuaca cantik dengan angin yang cukup nyaman sekali.  Rezeki.. 

Apa yang menarik di sini ? Banyak sebenarnya. Ramai dah buat content. Korang kena rajin mencari jer. Ikutkan aku, nak bawak anak anak naik bot menyusuri sungai di sini sebelah siang dan malam tapi diorang tak nak. Nak mandi kolam dan main kat pantai. Aku turutkan je la. Hee.. jimat duit. Hahahaha..

Bilik di Swiss-Bellhotel ni memang puashati la. Tapi kali ni aku tak menginap kat sini. Aku sekeluarga amik AirBnb terus. Boleh masuk 2 keluarga sekali. Jimat banyak. Dalam RM500 gitu. Pastu nak makan, bersepah kedai makan depan hotel. Jalan kaki dalam 200-300 meter je gitu. Kalau malam jalan kaki, pergh.. macam kat Jepun je.. Sejuk ! 




Awal pagi.. briskwalk lepas subuh. Masjid pun dekat jer. Nak sarapan pagi pun banyak dah kedai buka. Sedap sedap menu pagi. Hahaha.. Cuma aku tak la makan. Aku nak terus ke tengahari gitu. Bakar lemak lemak yang ada dulu. 

Check out.. gerak ke Cherating lak. Ke Holiday Villa lak. Sini ikutkan kalau stay kat Vivilla , sangat puashati tapi harga dia tercekik gak la. Jadi amik bilik hotel yang boleh masuk 2 keluarga juga. Jimat ! Cuma bilik lama tapi bersih. Tak kisah la.. 

Yang best sini ialah kolam mandi dan pantainya. Allahuakhbar.. Korang yang nak healing healing tu, sesuai la melepak sini. Pagi , tengahari , petang atau malam.. memang cantik. Cuma jangan hujan je la. Heee.. 





Alhamdulillah.. Rezeki sungguh. 2 hari , tak hujan. Bila nak gerak ke Kelantan , baru hujan turun. Segala perjalanan , Allah permudahkan. Sampai di Kelantan pun selamat. Seminggu di sana. Banyak aktiviti. Aku, seperti biasa.. ke gym di Kota Bahru selepas solat subuh. Walaupun perjalanan mengambil masa 40-50 minit , aku redah juga demi menjaga kesihatan. Hahaha.. Ok tak alasan ? Saja tukar angin gym.. 

Selain gym, main badminton dengan ipar duai. Anak anak buah pun join sama. Besar besar memasing.  Tunggu si Aariz lak pandai main. Kena hantar gi kelab badminton gitu. Hahaha.. Bapak ajar, melawan. Malas nak bergaduh. Hahaha..


Kali ni , percutian aku rasakan sangat berbaloi berbanding dulu.. Kalau balik , mesti abiskan masa di rumah jer. Jadi cam.. boring. Aku rasa aku makin selesa kot di Kelantan ni. Hahahaha.. Apakah aku akan bersara di sini ??? 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ▼  Februari 2025 (10)
      • Betul punya berehat kali ni !
      • Bila pasangan korang tak berminat nak jaga kesihat...
      • Bila air di tangki simpanan kereta , berkurangan !
      • Cepat masa berlalu. Hargai setiap detik detik yang...
      • Ubah diet pemakanan anak anak sebelum doktor mengu...
      • Persiapan ke sekolah , jangan dilupakan yang ini !
      • Seronok hiking bersama anak anak !
      • Dulu anak anak mengata mak ayah ! Sekarang diorang...
      • Memanjat bukit 527 di Bandar Baru Salak Tinggi, Se...
      • Dari Swiss-Bellhotel , Kuantan ke Holiday Villa , ...
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes