Gerd , Gastrik dan Anxiety antara penyakit yang semakin 'merebak' di kalangan kita !

by - Isnin, Ogos 05, 2024

Dulu aku sengih je bila kawan kawan cakap dia kena gastrik. Pastu terpaksa MC. Lebih lebih lagi bila Ramadan menjelma. Alasan nak ponteng puasa la tu. Aku bersangka baik je la. Penyakit kan. Nak kata apa dah. Cuma bagi aku... gastrik je pun ! Tu pun sebab tak makan. Kalau makan , sihat laaa..kan ?

Sang isteri pun ada gastrik tapi tak la teruk. Masa tu la. Kena makan pada masanya untuk elakkan gastrik menyerang. Ramai antara kita tau pasal penyakit dan puncanya tapi tak pernah nak ambil tahu bagaimana mereka dapat penyakit tu. Paling mudah.. salahkan genetik dan keturunan ! Mak ayah ada. Tapi ramai je atuk nenek sihat dan takda pun kena gastrik ! 

Dr.Mani

Jawapan mudah.. pagi pagi , cuba gi duduk kat kedai makan terutama restoran mamak. Apakah makanan yang mereka makan. Apakah minuman yang mereka pesan. Anak anak mereka pula camana ? Air apa di tangan. Kemudian bila pergi ke pusat membeli belah.. gi tengok di food court. Kaunter apa yang penuh ! 

Kau nak salahkan genetik dan keturunan ? Betullah tu.. didikan bab pemakanan ni dari sapa ? Kalau bukan mak ayah yang ajar dan kasi makan pada anak anak ! Makanan berkhasiat tu mahal katanya. Kau bukan kena makan sepanjang hari. Sehari cuma dua kali je makan. Dan bila makan, tak perlu sampai kenyang ! Sekadar cuma mengisi perut. Tu jer.. 


 



Di atas ni adalah luahan mereka yang hari hari diserang penyakit yang pernah aku dan isteri dapat. Ak ada Gerd dan Anxiety. Wife ada gastrik. Kami sekeluarga berubah. Tukar diet pemakanan setiap hari. Utamakan real food atau makanan sebenar. Elakkan makanan ultra proses seperti makanan segera dalam plastik dan tin.  Tiada lagi roti putih , susu putih , tepung putih , gula putih dan kurangkan nasi putih. 

Nasi putih ? Apa salah dia ! Senang je nak tau.. Cuba korang kurangkan pengambilan nasi putih. Sehari satu senduk je cukup. Tengok la apa kesannya pada tubuh badan korang. Banyakkan makan makanan berunsurkan protein dan tinggi fiber. 

Pengambilan herba seperti halia dan kunyit membantu pemulihan perut mereka yang bermasalah. Ramai tak percaya. Dan Alhamdulillah , ramai yang berubah setelah mendengar kata aku. Sayangnya mereka sekadar ambil bila sakit jer. Bukan amalkan. Cuma segelintir je berminat untuk terus sihat. 

Banyakkan membaca.. Ubat ada di depan mata... di dapur tu je ada ! Racun pun ada di dapur... Pilihlah...




You May Also Like

0 comments