Lebih baik berpuasa dari buat Intermittent Fasting ?
Berat badan aku selepas Ramadan lepas , dalam 80kg gitu. Kalau naik pun skit jer. Aku masih lagi kawal pengambilan karbohidrat. Tapi sejak dua menjak ni , rajin pulak dok melepak kat mamak. Aku terjebak walaupun aku tak minum manis dan makan roti canai. Sayangnya, aku makan karbohidrat yang telah ditapis pulak ! Tak boleh nak tahan nafsu bila nampak rojak dan mee goreng mamak. Serius.. jangan ikut perangai ni. Kalau nak sihat dan turunkan berat badan , jauhilah dari kedai kedai makan yang mampu membuka selera makan korang ! Hak hak..
Berat badan aku naik dalam 2kg dalam 2 minggu. Aiyokk ! Memang nampak la kat mana dia naik dulu. Hahaha.. serius laa ! Hilang dah durian di perut aku. Terpaksa mula semula operasi membakar lemak lemak ni sebelum dia mengeras dan payah nak dicairkan.
Camana nak buat ? Ada dua pilihan.. Puasa atau buat IF ? Mana mudah dan mana yang lebih sihat ? Kalau puasa.. buat puasa sunat Isnin Khamis. Kalau IF , buat hari hari tapi ada yang kata tak elok buat IF hari hari. Yang ni kena buat pembacaan sedikit. Banyak mazhab. Hahaha..
Isnin.. wife ajak buat puasa sunat. Aku on. Aku timbang berat dulu. 83kg ! Aiyok. Naik sekilo lagi. Apakah berat air atau berat taik ? Hahahaha.. Semoga dijauhkan la dari berat dosa. Sahur cuma telur rebus dan 2 biji kurma. Air suam. Terlupa nak minum air halia lemon.
Sejujurnya , lama dah tak buat puasa sunat ni. Asyik buat IF jer. Tengahari makan. Saja nak elak dari makan pagi. Kasi usus relaks. Tapi selepas aku ternampak posting ni , aku terfikir.. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Apa yang DIA nak kita buat tu ada rahsia yang cukup indah dan sihat !
Kenapa tidak aku berpuasa je dari buat IF ? Memandangkan aktiviti harian aku buat masa ni tidaklah begitu mencabar dan cuaca pula senantiasa sejuk.. Rugi tak berpuasa.. kerana Allah. Jangan kerana nak nampak kurus atau nak turunkan berat badan. Kalau buat kerana Allah, tak terasa sangat laparnya.
Nah... kenapa berpuasa ? Kita bersahur.Tengok pada gambarajah di bawah ni. Ketika sahur inilah asid perut aktif ! Dan waktu berbuka.. nah, kan cantik dah tu ! Kena pada masanya. Maka boleh elakkan dari berlakunya kerosakan perut kita.
Kalau buat IF , pastikan jaga pemakanan kita. Banyakkan fiber , lemak sihat dan protein.
Sahur . Jangan risau , boleh kira kalori guna aplikasi Dietiqa
Lepas gym , berat turun ke 80kg
Boleh guna penimbang canggih ni. Dapatkan di Lazada. Berbaloi !
Kesimpulan bagi aku, kalau tak mampu nak bepuasa.. buatlah IF. Belajar mengawal selera makan. Jangan keterlaluan dalam bab pemakanan ni. Ramai orang sakit sekarang ni kerana terlebih makan. Sebaiknya makan untuk hidup dan pastikan makanan yang nak dimakan tu , makanan yang sihat dan berkualiti. Jangan terpedaya pada rupa bentuk dan bau makanan yang melazatkan tapi tiada khasiat sama sekali. Tinggi dengan gula dan juga bahan bahan yang memudaratkan !
Sesekali ? Jika mampu kawal nafsu.. silakan.. Kalau tidak mampu , jauhkan diri atau akan terjebak. Pastinya pastu akan menyesal. Memang hidup sekali jer.. tapi jalan hidup bagaimana kita pilih ? Menikmati dunia atau bersederhana.
0 comments