Tak sampai hati aku nak post gambar makanan sedap sedap di media sosial !

by - Jumaat, Ogos 16, 2024


Kalau dulu , seronok ambil gambar makanan yang kelihatan menarik susun aturnya bila makan di hotel. Tak kira la samada jemputan atau menginap dengan duit sendiri , adalah wajib untuk merasai sarapan pagi atau tengahari mereka. Kalau dua dua ni sedap , maka kena rasa makan malam pula. 

Tapi sekarang , nak post gambar makanan yang menyelerakan pun dah terasa bersalah di hati. Aku tahu.. ramai kawan kawan aku dalam berkira kira nak makan sedap sedap ni. Ada duit untuk makan pun dah satu kenikmatan. Asalkan anak anak dapat makan. Kalau dapat makan sedap , itu bonus ! Alhamdulillah..

Sesungguhnya.. apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Walaupun sekadar makanan biasa tapi pastinya yang ibu dan ayah kita hidangkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Takkan mereka nak hidangkan sampah untuk anak anaknya. InshaAllah.. selagi mereka terdaya , akan diusahakan anak anak tidak kelaparan. 

Di IBIS hari tu, memang makanan yang dijamukan pada pelanggan mereka sedap sedap belaka. Kuih muih pun sedap. Kek.. dan makanan berat seperti nasi ayam , mee goreng , lauk pauk.. sangat membuka selera. Kamera aku dihalakan pada makanan tu tapi tak sampai hati nak post gambar ke media sosial. Sian nanti kawan kawan yang tengok. Ramai terliur. 

 

Tak pe la. Kita doakan kawan kawan kita yang sedang dalam kesempitan kewangan tu, dipermudahkan urusan mereka dan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat lagi halal. Dua ni penting.. Biar berkat dan halal. Orang sekarang , ramai dah tak kisah bahagian ni. Asalkan ada duit.. dah ! Berkat atau tidak.. halal atau haram , belakang kira. Janji poket terisi. 

Dan.. percayalah... apa yang berlaku ni, ada hikmahnya. Orang yang berduit , nak makan pun takda selera. Mereka tengok makanan pun dah tak tau nak makan apa. Walhal , duit banyak. Sebab tu kita tengok.. orang kaya kaya ni.. makan mereka sedikit jer. Bukanlah memilih makanan sihat pun tapi selera nak makan tu dah berkurangan... Hee.. kan ?

You May Also Like

0 comments