Pergh.... lama aku tak update blog. Sibuk dengan Tik Tok dan Facebook. Tertanya juga.. masih ada yang sudi nak baca blog ke ? Tak kisah la. Sapa tak membaca dia rugi kan ? Heee... Ok ok. Jom ke isu sebenar kali ni iaitu ketagihan kopi.
Tau tak ada bahaya menanti jika kita ketagihan kopi ? Ke korang tak perasan yang korang ketagihan kopi ni ? Nak tau.. senang je. Jangan minum kopi untuk 2 - 3 hari. Kalau korang rasa lain macam je , tu tanda korang ketagihan. Kalau korang tenang , tahniah. Tu tanda kopi tak menguasai diri.
Kesilapan ramai orang termasuk aku bab kopi ni ialah yang ada campuran 3 dalam 1. Kan ? Awal awal minum , satu sachet ok dah tapi lama kelamaan akan bertambah. Sekali jalan , mau masuk 2 - 3 sachet baru puas. Ya, itulah kesilapan bila dah ketagihan. Sedap tapi merbahaya.
Aku ni bukanlah pengemar kopi sebelum bergelar blogger. Tapi minuman aku ketika tu pun dah ada kafein dalam aku tak sedar dan kurang ilmu mengenainya. Minuman tenaga dan minuman bergas seperti Coke dan Pepsi kegemaran aku. Adeh..
Bila jadi blogger , aku banyak berjaga malam dan aktif sebelah siang. Jadi faham fahamlahkan apa yang diminum untuk berjaga malam dan kekal aktif. Haih... Dalam tak sedar badan jadi rosak ! Ya , di zaman muda tak rasa.. dah masuk 40an baru terasa perubahan !
Ketagihan kafein ni jangan buat main main ya. Boleh semakin teruk jika tidak dijaga. Antaranya boleh dapat tekanan darah tinggi , gerd , gastrik dan akhirnya anxiety ! Fuh.. aku dah kena. Wife aku pun dah. Sebab tu aku buat perubahan dalam hidup aku. Walaupu ada yang kata mengarut , aku tak kisah. Badan aku.. kesihatan aku. Aku ubah , aku je tahu kesannya. Yang cakap banyak tu , ok la.. dia kenal badan dia atau belum merasa lagi tapi aku harap dia tak merasa la sebab ianya bikin derita jika tidak dielakkan.
Kebaikan kafein
☕ Meningkatkan kewaspadaan – membantu mengurangkan rasa mengantuk dan meningkatkan fokus buat sementara waktu.
🧠 Meningkatkan prestasi mental – boleh membantu perhatian dan masa tindak balas.
🏃 Menyokong prestasi fizikal – kafein boleh meningkatkan daya tahan dan mengurangkan persepsi terhadap keletihan ketika bersenam.
😊 Meningkatkan tenaga dan mood sementara – sesetengah orang berasa lebih bertenaga selepas mengambil kafein.
Keburukan kafein
😴 Mengganggu tidur – terutama jika diambil pada lewat petang atau malam.
❤️ Jantung berdebar – pengambilan banyak boleh menyebabkan degupan jantung terasa laju pada sesetengah individu.
😰 Gelisah atau cemas – dos tinggi boleh menyebabkan rasa resah, menggigil atau sukar bertenang.
🤢 Masalah perut – sesetengah orang mengalami pedih ulu hati, loya atau ketidakselesaan perut.
🤕 Sakit kepala – pengambilan berlebihan atau berhenti secara mendadak selepas penggunaan biasa boleh menyebabkan sakit kepala.
🔄 Kebergantungan – penggunaan harian boleh menyebabkan badan terbiasa dengan kafein dan mengalami gejala seperti mengantuk, sakit kepala atau mudah marah apabila pengambilan dihentikan.
Nak tahu lebih lanjut , korang boleh cari aku di Facebook dan juga Tiktok. Kalau berminat nak ubah la. Takda bayaran pun. Takda kelas. Aku selalu je cerita kat dua medium ni..
Facebook : https://www.facebook.com/share/1FSE146i2P/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@benashaari
