BEN ASHAARI



Dalam rumah aku ni, ada 3 orang yang sukakan krim cendawan ni. Boleh berebut la kalau ada atas meja. Dan biasanya , Aariz akan menang ! Hahaha.. Kali ni , tak payah nak berebut dah ! Aku dah jumpa satu jenama krim cendawan segar yang original. Takda guna tepung banyak. Terasa sangat keenakannya ! 

Simple Bites.. halal ! Boleh beli kat CU Mart yang mula berkembang di Malaysia. Dalam tu ada ! Harga pun murah jer. Menariknya.. boleh tahan setahun ! Tapi dengan syarat.. simpan dalam peti ais. Nak guna.. baru keluarkan. Nyahbeku ( defrost ) dalam 5 minit. Masukkan dalam microwave atau pun panaskan dengan menggunakan dapur gas tu haa.. Dalam 5 minit jer. Pastu siap dah untuk dimakan. 

Sangat sesuai untuk korang yang bekerja di pejabat dan takda masa untuk keluar makan mahupun persediaan anak sebelum ke sekolah atau pulang sekolah. Kan bila diorang balik.. diorang kelaparan yang amat. Maka bagi je dulu krim cendawan segar tu. Pastu kalau ada roti , kasi taruk dalam tu. Perghhh ! Memang terbaik aahhh rasa dia ! 

Untuk mereka yang tak makan daging tu.. sesuailah sangat Simple Bites ni. Cubalah.. Berbaloi ! 









Instagram: Instagram.com/simpbites
Facebook: Facebook.com/simpbites




 



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


TERINGIN dalam bab makanan ni takkan habis ! Bila ada makanan baru viral , akan kita terliur. Kita pun cubalah. Esok.. lusa , begitulah seterusnya. Selagi ada duit. Selagi sihat. Selagi tu kita cuba dan terus mencuba. Makan dan terus makan. Selagi hidup, selagi itu kita nak nikmati kesedapan.

Salah ke ??

Tak salah pun. Makanlah selagi berkemampuan. Tapi yang salahnya ialah , bila kita tahu yang kita tu tak sihat. Kita tahu kita ada kelemahan. Kita tahu yang apa yang kita nak makan tu bakal memudaratkan diri. Apakah kita nak tepuk dahi selepas tu ??

" Allah.. menyesal aku makan. Ikut sangat menda menda viral ni ! "

Bukan tak pernah terjadi. Banyak aku baca.. banyak kali aku tengok orang berhampiran aku jadi gitu. Malah aku sendiri pun pernah lalui. Nak kata TERINGIN , sejujurnya aku pun teringin banyak benda nak buat ! Tapi aku tahu semua tu bakal memudaratkan. Yang sedang ini pun memberi kesan sampingan, kita nak tambah lagi ? Hurm..

Nak makan tu boleh.. tapi kalau kita baru baik dari sakit tu, berjaga jagalah. Jangan kita terus lupa apa yang pernah berlaku pada kita , satu tika dulu dan bagaimana orang terhampir berkorban menjaga kita. Bila dah sihat , terus kita nak ikut kembali nafsu makan kita tu ? 

Kalau dah sihat sekali pun, dalam usia dah lebih 30an ni.. kena hati hatilah. Kita di luar nampak sihat dan gagah. Dalaman ni dah berusia. 30 tahun usia dah dalaman kita. Yang di luar kita boleh nampak. Dalam ? 

Makan ala kadar tu oklah. Tapi kalau kita dah beli pastu nak makan segigit dua.. yang baki tu sapa nak makan ? Buang ? Kasi orang sebelah kita ? Kita nak merek pulak sakit ke ? 

Ada benda boleh tolak.. kita tolak. Lawan nafsu tu ! Tak perlu nak diikut sangat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Jenis jenis jerawat yang ada di muka
 

Jerawat ni , bukan senang nak hadir di muka ! Haaa.. Kena tau yang tu. Bila datang seketul dua , memang ada menda yang kita dah buat salah ! Samada pemakanan atau penjagaan kulit kita sendiri tu. Oh ya , faktor hormon ya gak. Terutamanya golongan remaja ni. Bila dah naik jerawat, sedap picit ! Heee.. kan ? Selebihnya , korang tau apa yang berlaku selepas tu. Part meletupnya jerawat tu , pastu mula keluar isinya. Bau dia ? Perghh... Pastu mula keluar darah. Dibiarkan , jadilah parut ! Yang ada duit , senang la.. Boleh beli ubat parut atau ubat jerawat. Tapi masalahnya ialah.... jika salah beli , makin teruk jadinya ! Ditambah sekarang ni , macam macam ubat jerawat ada di pasaran. Adeh... Camana nak dapat yang bagus dan tidak merbahayakan kulit kita untuk jangka masa panjang ??

Betul.. cara mudah ialah kawal semula pemakanan kita. Segalanya dari pemakanan. Kemudian, rajin rajin bersihkan muka dengan pencuci muka yang betul Tapi bagaimana pula kes muka mereka yang dah teruk ni ? Bermacam cara dah buat tapi tak menjadi. Malah lebih teruk ! Hurm...  Aku nak olah bab jerawat ni , bukan bidang aku la. Hee.. kena tanya pada yang lebih berpengalaman ! 




Aku terbaca baru baru ni.. ada kawan ke klinik kulit di Bangi , Klinik Dr Bazilah untuk mendapatkan rawatan kulit muka dia yang bermasalah dengan jerawat. Dia memang jenis jaga bab pemakanan ni. Tapi puncanya ialah salah guna produk pencuci muka. Ahh.. sian dia ! Naik berjerawat. Nasib baik ada face mask untuk tutup bahagian bermasalah tu.  Macam macam cara dia buat untuk selesaikan masalah dia tapi gagal. Akhirnya , ada kawan dia syorkan untuk dapatkan rawatan di klinik Dr Bazilah ni. 

Aku seperti biasa.. Sebelum nak percaya bulat bulat , aku akan baca review dulu.. Di Facebook Klinik Bazilah ni , memang banyak la komen komen positif mereka yang dah pernah pergi untuk mendapatkan rawatan di sana. Ok la kan ? Komen yang diturunkan tu pun memang nampak asli. Bukan tipu tipu punya ! 





Selain cawangan di Bangi , mereka turut ada cawangan di Shah Alam dan Kajang. Klinik kulit Dr Bazilah ni memang mendapat kepercayaan. Ditambah lagi kakitangan dan doktornya adalah orang kita sendiri. Pastinya tertanya bab halal dan juga ada yang nak doktor tu orang perempuan..  ? Haa.. senang jer. Hubungi je mereka terus ! 



Bagi yang nak dapatkan khidmat nasihat dan juga rawatan , korang boleh terus whatsapp atau call Klinik Dr Bazilah di : 

Whatsapp : wasap.my/6019-6571563
Temujanji http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Telefon  : 03-89229681 (Bandar Baru Bangi) / 03-50357359 (Shah Alam)
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : www.facebook.com/klinikdrbazilah
Instagram : www.instagram.com/klinikdrbazilah

p/s: Bagi yang mencari klinik kulit di kuala Lumpur, dengar kata mereka akan buka cawangan di kuala Lumpur tak lama lagi. Mungkin boleh hubungi mereka untuk dapatkan kepastian.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Pagi pagi dah redah kesesakkan di jalan raya begini ! Apa dah jadi ? Semakin ramai rakyat Malaysia mendapat tekanan perasaan. Stress... hypertension ! Keluar lepas subuh pun dah sesak. Walhal rumah ke pejabat bukan dari KL ke Kelantan pun. Haishhh.. Dekat jer ! 

Apa solusinya ? Dah ada LRT.. MRT dan sebagainya. Semua pemuh pagi pagi. Kos pengangkutan makin bertambah.. makin naik ! Dari aku usia 20an.. ingatkan ada LRT dah ok. Tapi tidak.. makin teruk jadinya. Kenapa ? Bila dihitung hitung... naik LRT atau naik kereta lagi cepat sampai opis ? Hurm..Kos lagi.. Parking.. Keselamatan kenderaan bila parking , kena tanggung sendiri. Tu satu hal lagi. 

Nak lagi syok.. datang Pak Menteri , semua kena kasi laluan terus pada mereka. Atas alasan TUGASAN NEGARA. Semoga Allah membalas 'kejujuran' kalian yang terlibat. Ingat.. setiap kesusahan rakyat , anda perlu menjawabnya di akhirat. Aku sama sekali tidak mengampunkan kalian. Kenapa ? Kamu di atas bersenang lenang anak cucu... Kami ?

Ok.. Tu satu hal.. Ni satu hal lagi.. Jalan raya banyak makin teruk ! Kekadang aku rasa macam naik kuda jer dan kekadang aku risau gak la.. enjin kereta aku jatuh  ke atas jalan raya ! Dah melompat lompat jadinya tiap kali lalu jalan gitu ! 

Pak menteri woii.. Jangan tunggu jadi rakyat jelata kembali baru nak bersuara ! Masa ada kuasa ni la gunakan apa yang ada untuk perbaiki. Hidup jangan nak membuncitkan diri jer.. Ingat.. korang kena menjawab semua ni kat akhirat. Tu pun kalau percaya la ada Hari Akhirat.

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dapat jemputan rumah terbuka Aidilfitri samada dari rakan rakan mahupun organisasi tapi aku cam.. berat hati nak pergi. Teringin nak pergi tapi rasanya buat masa ni , aku terpaksa tolak. Nak pergi sorang sorang tu ok jer tapi aku risau terlanggar pantang bab makanan. Bukan nak sangat berketul tapi aku tahu aku punya masalah dengan perut dan juga lemah bila tengok makanan ! 

Berpada pada bila makan ? Hurm.. tu kelemahan aku ! Bila dah sedap , tak boleh nak berhenti. Bila dah jumpa kawan , payah nak berhenti berbual. Apatah lagi lama dah jumpa kawan kawan. Hurm.. Memikirkan ada 3 orang anak masih kecil di rumah.. tu yang bikin aku serba salah. Bukan saja Covid 19 tapi dengan kenaikan kes HFMD sekarang ni yang 'mencari' mangsa tak kira usia tu yang buat aku berhati hati bila ke mana mana.. 

Di gym... aku senantiasa bersihkan jari jemari. Alhamdulillah.. mereka yang datang gym pun buat begitu. Selepas guna , cepat cepat bersihkan. Ok la kan ? Aku sendiri pun pilih gym yang pentingkan kebersihan. 

Jumpa kawan kawan.. yang mana bawa anak kecil , aku pastikan aku jarak dengan mereka. Aku perlu jaga mereka. Maaf. Aku dah terbiasa. Aku takut aku jadi punca. Huhu... InshaAllah.. bila segalanya dah reda, aku ok..




 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sedih baca kisah yang berlaku kebelakangan ni. Macam macam kejadian yang ditakuti selama ini , makin terjadi. Kenapa ? Apakah disebabkan faktor kecuaian atau penguatkusaan yang lemah ? Atau kena lebih tegas seperti naikkan lagi nilai saman dan juga kompaun ? 

Lori lori besar semakin banyak di atas jalan raya. Bukan saja lori , tapi kenderaan pacuan 4 roda yang laju laju, berdesup di atas jalan raya. Jika sedikit kecuaian berlaku ? Kenderaan kecil inilah yang bakal jadi mangsa tanpa belas kasihan ! 

Kelmarin... aku nak ke gym. Di depan aku ada lori membawa muatan tanah. Apa yang aku buat ?? Aku jarakkan kenderaan aku.  Dah banyak kali berlaku aku nampak. Batu jatuh dari lori. Bukan seketul dua. Malah ada yang kena bahagian depan kereta aku. Abis rosak cat. Dan seperti yang aku jangkakan , tanah merah jatuh dari lori tersebut ! Nasib baik aku dah jarakkan kenderaan aku. Tapi kereta di belakang aku sibuk nak memotong aku ! Dia ingat aku saja bawa perlahan. Hurmm... 

Dan tengok motor tu ! Bayangkan jika tanah dari lori tu jatuh ketika dia nak memotong tu. Tak ke merbahaya ?? Hurm.. Sikap sesetengah pemandu yang tak sabar pun satu hal ! Sibuk menghimpit ! Ada yang sibuk nak berlumba ! Bila berlaku kemalangan.. IM SORRY ! IM SORRY kepala hotak kau ! Ada yang kehilangan nyawat ! Tak pun rosak kenderaan. Kau nak berlumba, gi cari tempat lapang.. sewa SIC tu ke.. gi la menggila kat sana ! Takda sapa nak kisah dan nak amik tahu. Duit kau.. cara kau ! Tapi di atas jalan raya, bukan tempatnya ! 

Penguatkuasaan ? Hurmm bak kata Aariz.. KALIAN LEMAH ! Bukan tak buat tapi tak cukup tegas. Kejap ada.. kejap takda ! Kenapa ini boleh berlaku ? Well.. semua orang tau.. INI MALAYSIA.. Boleh land ! 

Tunggu mereka yang ada VVIP atau keturunan dia kena.. baru mengelupur nak buat kerja ! 

 

Ada masalah angin ? Perut kembung ? Payah nak membuang ? Cuba HALIA #1 !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sejak terlibat dalam menjual serbuk Halia #1 ni secara kecil kecilan , aku belajar menghantar produk ke pembeli. Yang dekat dekat aku je la. Kenapa aku sanggup ? Biasanya mereka yang nak segera ni mesti ada masalah dengan perut ! Haaaa.. Macam aku dan isteri aku la. Masalah angin kalau salah makan ! Wife aku lak, dengan gastrik. 3 kali kena dah ! Cukup insaf dia ! 

Dah guna serbuk halia #1 ni , sebelum Ramadan lagi. Alhamdulillah.. wife puasa pun ok. Aku pun ok. Dan rakan rakan yang membeli pun kata dapat berpuasa dengan baik. Malah ramai dah membeli untuk kali kedua. Alhamdulillah.. Rasa bersyukur sangat dapat membantu mereka yang memerlukan. 

Dan yang aku perasan la.. sejak aku guna serbuk Halia #1 dan seimbangkan pemakanan aku , berat badan aku turun bawah 90kg ! Dulu sikit punya susah nak dapat bawah 90kg. Dah diet.. dah jaga makan.. bersenam , jangan cerita la ! Akhirnya, berjaya gak ! Faktor kejayaan... ialah pelawasan perut ! Jika perut lawas, memang segala dalaman akan berjalan dengan elok. InshaAllah. 

Baru baru ni.. aku bancuh protein. Aku gi letak 3 biji telur ayam. Mentah ! Pastu blend. Biasa dah buat aku dari zaman berzaman. Heee.. Tapi kali ni , aku terasa lain macam telur ayam tu ! Aduhhh.. naya ni. Jangan keracunan dah la.. Dan , betullah tekaan aku ! Perut aku terus kembung lepas tu. Memang naya tul. Terus aku bancuh air halia panas. Pastu letak jus lemon. Perah sebijik. Kasi masam kaw kaw ! Pastu minum 2 kali.. Nasib baik dapat tidur ! Kalau tidak ? Berdasarkan pengalaman lepas , memang wife aku kena tolong urut perut ! Huhuhu.. 

Dan bangun tidur, rasa sebu takda dah. Terus membuang dengan jayanya di tandas. Angin tu masih terasa sikit sikit. Keluar melalui sendawa. Dan minum lagi air halia suam panas.. Tengahari , clear dah ! Alhamdulillah. Nasib baik tak keracunan. 

Serbuk Halia #1 ni bukanlah ubat. Tapi dari zaman berzaman kita dah tau , halia ni bagus untuk tubuh badan kita. Banyak kelebihan dia. Tak kira la dibuat air atau ditambah dalam masakan. Menurut kajian pakar , jika halia segar tu, kelebihannya lain. Bila dijadikan serbuk , makin bertambah kelebihannya. Gitulah... 

Yang penting ialah.. disiplin penjagaan makanan. Bila dah ok perut tu , jangan gi bantai enjoy makan macam macam. Haish. Kalau muda lagi perut tu , lain citer. Bila dah cecah 30an usia tu , jangan cari pasal la. Cukup cukuplah dengan makan macam macam tu yer.. 





Seronok gak antar barang ni. Tapi serius penat la. Ditambah lagi dengan teriknya cuaca.. fuh ! Caj delivery pon sama macam caj pos produk tu gak. Saja nak buat kerja kerja gini. Hahaha.. Dapat gak kenal kenal orang. Gitu... 

Jika berminat untuk membeli : Whatsapp : https://wa.link/164mxs
Untuk membaca testimoni pembeli : Instagram : www.instagram.com/halianosatu
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments




Dapat satu video mengenai 'masa depan' . Termenung jap aku. Kalau dulu , aku mengelabah abis dah ! Seriusss... memang mengelabah gila ! Tahu apa jadi dengan aku pastu ? Huhuh.. Aku dapat anxiety ! Aduh.. tak pasal pasal aku hidup dalam ketakutan. Nak keluar rumah pun risau. Nak ke sana sini pun penuh dengan risauan. Abis segala sudut aku fikir dan rancang. Kalau gini.. camana ? Kalau gitu.. camana lak ? Ah, sudah.. camana ni ? 

" Bang , rileks la bang.. kita nak hidup esok lusa pun kita belum tentu lagi. Entah entah , jap lagi Allah jemput kita pulang. Tak sempat nak merasa 'masa depan' yang dirancang ! " kata seorang kenalan. 

Betul jugak. Terlalu jauh sangat fikir. Banyak sangat membaca.. banyak sangat tengok movie omputeh ! Secara automatik , kepala otak aku dibasuh abis ! Dengan zombienya.. dengan perang masa hadapan.. dengan kisah kisah konspirasi ! Aduh... banyak betul nak kena pikir sedangkan.. dalam diri ni , penuh masalah ! Gagal perang dengan diri sendiri satu hal ! Ni pulak pikir nak perang di 'masa hadapan' ? 

Pastu ada pulak bijak pandai dok menularkan pendapat pendapat peribadinya. Makin tergaru kepala aku. Bila tengok latar belakang.. hurm.. bukan la pakar mana pun. Tapi dia punya cerita dari awal awal sebelum PKP lagi aku dah tengok. Eh , semua benda la dia pakar ! Hahaha.. Yang bestnya , ramai pulak bangsa aku ni percaya abis abis sedangkan dia sendiri... haaa ! Aku malas nak abiskan. 

Tahu tak ? Kalau kita sendiri terlalu banyak memikir isu isu di luar kemampuan kita , tak payah la sembang pasal masa hadapan.. esok lusa pun dah boleh mati kita ! Punca ? Masalah mental ! Jantung jadi laju... hilang keseimbangan pemikiran. Tak lalu nak makan... dapat gastrik ! Gerd ! Aduh... Atau ada yang jadi kaki makan ! Makan je macam macam. Haaaa.. Maka berjayalah agenda mereka untuk takut takutkan kita sedangkan.. kita ada Allah ! Apa dah jadi ? Dimana pegangan percaya pada Al Quran ? Dah tetiba pulak percaya pada kata kata mereka yang bukan ahlinya ? 

Ah... malas nak  cerita panjang. Kita fikir fikir je la sendiri. Teruskan kehiduan. Tabahkan diri. Kuatkan iman. Apa yang ada dihadapan kita , kita lalui jer. Yang pasti, camana pun kita akan tetap mati ! Tapi nak mati camana ? Dengan ketakutan nak hadapi dunia ? Atau ??? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dua dua laptop aku , 'bermasalah'. Aku hanya mampu geleng kepala jer. Redha. Baru nak simpan duit skit untuk masa depan. Maklumlah, katanya tahun depan bakal inflasi. Huhhu.. Maka jangan wujudkan hutang baru. Kalau dah dua dua laptop rosak , maka kena beli la yang baru. Kalau tak , camana nak buat kerja , kan ? Takkan nak aku bersara dari dunia blogging ! Gatal la jari jemari aku nak menaip.  



Kos nak repair tu , aku rasa mau gak nak RM1K. Rasanya dua dua laptop ni dah beberapa kali masuk wad. Dua dua sebab skrin. Huhuh.. Tapi nak buat camana kan ? Dah memang guna dia hari hari. Sekarang ni, Qhaliff dan Zahra ada kelas tambahan setiap malam. Belajar online bersama Flyhigh Training Centre. Banyak perubahan la sejak belajar online ni. Zahra berkeyakinan tinggi terutama dalam kelas Matematik. Tak sangka lak aku. Huhu.. Qhaliff , dalam English. 

Maka sebab itulah aku kena repair secepat mungkin laptop ni. Berapa kena bayar , aku redha je. Demi masa depan anak anak dan aku juga. Hee.. Aku kan cari makan guna laptop. Dan awal pagi tadi ,aku ke OK Komputer di Bandar Baru Nilai. Jam 10 pagi buka. Aku  suka kat sini sebab layanan dia. Harga pun murah jer bagi aku. 

Setelah diberitahu apa masalah laptop aku ni, aku pun balik. Tunggu dia mesej atau call. Dalam kepala aku, dah set RM1K untuk diterbangkan. Kalau nak beli laptop baru. ada dalam 3k gitu. Tapi rasanya tak perlu la kot laptop baru buat masa ni. Kalau boleh baiki, guna je apa yang ada. Lagi pun aku cuma nak guna untuk update blog dan kerja kerja basic. Takda la pulak nak edit video , gambar atau main game. Huhu.. 

Petang.. dalam jam 3 lebih cam tu. Aku dapat mesej. Aku segera ke sana. Setelah berpuashati dengan baikpulih , aku cuma dikenakan dalam... RM160 untuk dua laptop !! Fuh... lega sangat la aku weh !  Rezeki sungguh.. Terus batal niat nak beli laptop baru. Alhamdulillah... Katanya , mereka tak perlu gunakan barang baru untuk gantian. Maka sebab tu harga pun lebih pada kos servis je. Huhuh.. Ok la kan ? 

Syukur... alhamdulillah...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Alhamdulillah... Seminggu sudah berlalu. Hari ni, di minggu lepas... aku sekeluarga tiba di Kelantan. Beberapa hari sebelum 1 Syawal menjelma. Sejujurnya, memang aku risau nak beraya di sini. Kenapa ? Sebabnya... ramai yang datang ke rumah mak mertua , beraya. Huhuh.. Adik beradik ramai kan. Lagi pun, 2 tahun dah tak bersua muka. Nak tak nak.. kena 'buka pintu' gak la. 

Aidilfitri tahun ni bermula dengan kejutan. Raya sehari lebih awal dari yang dijangkakan. Heee.. Aku , ikut je la. Yang penting, aku tetap kena jaga makan. Raya atau tidak , dengan usia sekarang ni.. aku kena hati hati dengan apa yang bakal masuk ke dalam perut aku. Salah makan, aku merana. Bukan calang calang punya merana woo ! Dari perut tu , naik ke kepala.. turun ke kaki ! Boleh terbaring seharian ! Silap silap.. mau makan seminggu macam wife aku kena sebelum Ramadan lepas. 

Raya tahun ni , memang tak gi mana mana. Tak berani nak keluar rumah. Kereta banyak... kemalangan sana sini. Orang tak sabar pun ramai. Emosi terganggu. Cuaca pun memainkan peranan. Panas terik.. Sesekali hujan membasahi bumi. Aku duduk rumah diam diam je la. Meniaga halia ! Hahaha.. 

Bila cakap bab meniaga halia ni.. hurm.. aku nampak makin ramai bermasalah dengan perut ni. Ramai ! Punca ? Aku syak bermula dari PKP yang lepas. Kan lama memasing duduk rumah. Bila duduk rumah ni, apa je boleh buat selain makan..makan dan makan ! Makan lak tu, macam macam dicubanya. Sana sini jadi makanan viral. Manis , masin.. confirm dah ! Kesannya ? Bukan sehari dua lepas tu tapi di masa akan datang. 


Paling ketara ialah... jenis suka makan malam ! Fuh.. pastu tidur ! Memang sedap !! Sedapnya seketika tapi deritanya bakal berpanjangan ! Sebab itulah aku tak henti henti buat awareness bab ni. Bukan apa..aku kesian tengok kawan kawan dok update sakit tak tau punca ni. Pastu gi spital. Kos rawatan tinggi tapi tak tau sebab apa. Walhal kebanyakkannya berpunca dari sikap makan tak henti tu. Makan tu boleh tapi berpada padalah.

Lepas ni ramai galak nak buat open house lak. Hati hati je la yer. Sayangi perut anda tu. Jangan ingat perut boroi je boleh kena angin ni..yang tak boroi pun boleh yer !!!

Selamat Hari Rayaa ! Maaf Zahir Batin.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Entri Pilihan

Kedai cermin mata viral di Sungei Wang jadi pilihan kawan kawan..

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk ma...

Blog Archive

  • ▼  2022 (97)
    • ▼  Mei 2022 (10)
      • Simple Bites, Krim Cendawan Segar wajib dicuba !
      • Sesekali ku rasa TERINGIN...
      • Masalah jerawat muka ? Cuba dapatkan rawatan di Kl...
      • Jom kita jadi Menteri !
      • Aku bukan tak suka rumah terbuka tapi..
      • Penguatkuasaan lemah ke atau ?
      • Serbuk Halia#1 redakan gastrik dan bantu pelawasan...
      • Terlalu banyak 'tahu' pun masalah gak !
      • Repair laptop di OK Komputer Nilai. Memang ok !
      • Aidilfitri 2022 , suatu kenangan...
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4968)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (490)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (168)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (28)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Catatan Popular

  • Bagus ke aircond Midea ni ? Setelah gunakan sejak 2016, aku rasa..
    Setiap hari ada pertanyaan berkenaan aircond Midea ni. Aku pernah buat entri santai mengenai Midea ni pada tahun 2016. Masa tu beli seba...
  • “ Jangan tampal cool fever di dahi anak anda ! “
    Lama dah aku dengar info ni hinggalah aku upload gambar Zahra di bawah ni  di Instagram , dan ada rakan bagi nasihat. Maka aku seperti bia...
  • Tips camana nak ajak awek seks
    Kebelakangan ini , carian di internet CAMANA NAK AJAK AWEK MAIN ni makin tinggi pulak. Oklah.. aku bagi tips eh .. nak ? Free je nih .. S...
  • Jom kita jadi Menteri !
    Pagi pagi dah redah kesesakkan di jalan raya begini ! Apa dah jadi ? Semakin ramai rakyat Malaysia mendapat tekanan perasaan. Stress... hype...
  • "Ala...nantilah pergi.. "
    Aku tau. Aku pun macam korang gak. Duduk termenung. Berdoa agar Covid 19 ni dapat diselesaikan dengan segera. Tak larat dah nak hidup d...

Memuatkan ...

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes