Terlalu banyak 'tahu' pun masalah gak !

by - Mei 10, 2022





Dapat satu video mengenai 'masa depan' . Termenung jap aku. Kalau dulu , aku mengelabah abis dah ! Seriusss... memang mengelabah gila ! Tahu apa jadi dengan aku pastu ? Huhuh.. Aku dapat anxiety ! Aduh.. tak pasal pasal aku hidup dalam ketakutan. Nak keluar rumah pun risau. Nak ke sana sini pun penuh dengan risauan. Abis segala sudut aku fikir dan rancang. Kalau gini.. camana ? Kalau gitu.. camana lak ? Ah, sudah.. camana ni ? 

" Bang , rileks la bang.. kita nak hidup esok lusa pun kita belum tentu lagi. Entah entah , jap lagi Allah jemput kita pulang. Tak sempat nak merasa 'masa depan' yang dirancang ! " kata seorang kenalan. 

Betul jugak. Terlalu jauh sangat fikir. Banyak sangat membaca.. banyak sangat tengok movie omputeh ! Secara automatik , kepala otak aku dibasuh abis ! Dengan zombienya.. dengan perang masa hadapan.. dengan kisah kisah konspirasi ! Aduh... banyak betul nak kena pikir sedangkan.. dalam diri ni , penuh masalah ! Gagal perang dengan diri sendiri satu hal ! Ni pulak pikir nak perang di 'masa hadapan' ? 

Pastu ada pulak bijak pandai dok menularkan pendapat pendapat peribadinya. Makin tergaru kepala aku. Bila tengok latar belakang.. hurm.. bukan la pakar mana pun. Tapi dia punya cerita dari awal awal sebelum PKP lagi aku dah tengok. Eh , semua benda la dia pakar ! Hahaha.. Yang bestnya , ramai pulak bangsa aku ni percaya abis abis sedangkan dia sendiri... haaa ! Aku malas nak abiskan. 

Tahu tak ? Kalau kita sendiri terlalu banyak memikir isu isu di luar kemampuan kita , tak payah la sembang pasal masa hadapan.. esok lusa pun dah boleh mati kita ! Punca ? Masalah mental ! Jantung jadi laju... hilang keseimbangan pemikiran. Tak lalu nak makan... dapat gastrik ! Gerd ! Aduh... Atau ada yang jadi kaki makan ! Makan je macam macam. Haaaa.. Maka berjayalah agenda mereka untuk takut takutkan kita sedangkan.. kita ada Allah ! Apa dah jadi ? Dimana pegangan percaya pada Al Quran ? Dah tetiba pulak percaya pada kata kata mereka yang bukan ahlinya ? 

Ah... malas nak  cerita panjang. Kita fikir fikir je la sendiri. Teruskan kehiduan. Tabahkan diri. Kuatkan iman. Apa yang ada dihadapan kita , kita lalui jer. Yang pasti, camana pun kita akan tetap mati ! Tapi nak mati camana ? Dengan ketakutan nak hadapi dunia ? Atau ??? 

You May Also Like

1 comments

  1. Betul.. Sangat banyak dan mudah untuk kita membaca macam-macam sekarang ni. Dunia teknologi beginilah.. Yang penting kita usaha dekatkan diri pada Yang Maha Esa..

    BalasPadam