BEN ASHAARI



 

Memandangkan mereka terlalu dekat la sangat dengan gym dan rumah mak aku di mana aku membesar disitu , maka aku ajak mereka g gym bersama aku sewaktu di gathering cikgu blogger tempohari ...

image

Akhirnya hari ni , diorg g menjengokkan diri ke BIONIC GYM ... hahaha... Malu malu diorg neh .. hahaha.. Maunya tak malu , 99% lelaki.. sorang jer perempuan !

Tapi kat situ , perempuan tak boleh usik ... Lelaki dalam tu pon tak boleh nak mengatal .. Sila tengok saja yer .. Kalau berani usik , mmg kena perambat keluar punya laa ..

Setelah diorng sampai kat situ , aku bawak diorg pusing gym yang besarnya tak sampai sampai... erk... kecil je la tapi untuk membina badan , sesuai la.. untuk perempuan , lepas buat kardio jer.. tapi masih boleh bersenam.. cuma tkde la nak bersenamrobik ke.. nak poco poco ke .. hehehe..

Apa pon , aku mmg galakkan diorng ke gym tu seawal dibuka... sbb tak ramai orang.. ada sorang dua jer.. boleh la diorng bersenam sampai pengsan .. kan kan ? Dari petang petang membina perut tu ada baiknya membakar lemak itu.. hehehe .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Huh.. kot ye pun bergaduh , jangan la gaduh tempat sunyi... dah la gitu .. tengah malam pulak ! Giler ke apa ??? Grrr... bikin panas betul ...

Bila gaduh , nak balik sendiri ! Giler ke apa ??? Tengah malam buta pastu nak balik sendiri .. naik teksi la konon eh ? Tak pon tunggu bas ?? Gilo ko ??

Ego ego gak kak oiii.. tapi bila bergaduh tu , suruh la antar balik rumah dulu .. Jangan memandai nak balik sendiri.. Geram camana pon pastikan sampai rumah dulu .. Kalau siang tu lain ceritanya.. Ni malam .. kang tak pasal pasal .. haaa.. ada je  'geng' kat situ.. Tak ke naya ..

Akhirnya apa yang aku kata menjadi kenyataan .. mmg kena dah perempuan ! Mmg kena dah ! Naik teksi hantu .. Hantu la konon.. Grrr... Tak menakutkan langsung ..

Haih.. kena buat lagi real la drama MISTIK ALAM HITAM kat ASTRO neh... jalan cerita best dah tapi hantu dia , agak kureng skit .. Kasi mabeles skit  okeh !

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Bosankan ? Isu kutuk mengutuk .. kata mengata tak abis abis .. Aku terasa ker ? Serius aku kata , aku malas nak terasa .. Malas nak sakit hati ... Tidak menguntungkan di dunia langsung...

Aku ada baca beberapa entri dari rakan blogger yang cuba mengeluarkan pendapat mereka .. Bagi aku tak salah.. Tapi bila mereka mengelarkan seseorang dengan gelaran yang tak sepatutnya , itu mengaibkan .. Tak tau erti mengaibkan ? Bukak kitab ! Jangan bagi takfsiran berdasarkan akal serta logik yang masih cetek ilmu tu ..

Isu kononnya blogger mengedik di dalam vlog ... Bagi teguran dengan bijak.. Sertakan dengan fakta dan dalil .. Gunakan pendekatan psikologi.. Bukan gunakan cara yahudi ... Terus mengecop seseorang itu dengan sesuatu yang memalukannya .. Banggakah dapat memalukan seseorang ?

Jangan suka suka menjatuhkan air muka orang .. Ari ni mungkin dia mengedik.. Sapa tau satu hari nanti dia pulak bagi khutbah agama kat korang , mana nak taruk muka ? Nabi sendiri pon tak terus gunakan kekerasan bagi melembutkan hati orang orang kafir.. Diberinya peluang .. Disampaikan dengan kata kata dari Allah bagi melembutkan hati orang orang kafir.. Inikan pula kita nak berdakwah sesama saudara ??

Dia mengedik.. Bagitau , tak manis anak dara berkelakuan begitu.. Susah ke? Terus nak kata dia pelacur blogger ? Siapa 'kau' nak berkata sedemikan rupa ? Apa hak kau ? Cermin diri tu dulu .. Orang mungkin tak nampak dosa kau tapi Allah Maha Mengetahui.. Jangan berlagak suci !

Kalau nak kutuk aku .. silakan...nak keji aku ... silakan .. Tapi bukan dalam blog aku.. bukan dengan cara menjatuhkan air muka aku .. Kalau itu berlaku , aku pon tau perjalanan undang undang dalam negara ini .. Aku ikut prosedur ... Bukan ikut hukum rimba .. Aku manusia .. Manusia yang berpelajaran.. Ada akal , hati dan perasaan ..

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

atau sila klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Yang mengeji .. ramai ... yang puji pon ramai ... Mana lagi bagus eh ?

 

http://onlymezue.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bromondayslife.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://shares-something.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://niezmostory.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://terowonginformasi.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia-segmen.html

http://yslgalz213.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://faizalfredley.com/2011/02/28/saya-sokong-vlogger-malaysia/

http://xtwnameape.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://puteri-katek.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://imanazraf.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://eyqasara-marie.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://ahmadnoraznizam.com/blog/2011/02/28/saya-sokong-vlogger-malaysia/

http://reality2fantasy.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://azfar9897.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://akukanila.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://azzeyatin.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://suzila-anggun.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hajarhasan.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://titinyetnyet.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://www.izamirridzwan.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://missedura.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://adialuvluze.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/02/vlogger-malaysia-satu-kenyataan.html

http://adeqfai.blogspot.com/2011/02/segmen-kami-sokong-vlogger-malaysia-ben.html

http://rumahwarnacoklat.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://khaiartzfar.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://twinkleohbutterfly.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://twinkleohbutterfly.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://gadishanim.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://faziera193.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://iniblogana.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://apisv3.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://www.anakulucheka.com/?p=837

http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://ninenov91.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://nurelleohnurelle.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://em-a-wai-a.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bahulucom.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://wanieydush2.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

" ni nak cite pasal issue BF ak plak ni,. haishh,. nak marah tapi lawak,. nak gelak tapi geram,. penyudahnye ak gelak kan jelah dia tadi.,hahahaha~ dah lama agaknye dye pendam pasal ni,. baru tadi dia buat confession,. kih3,. yelah selalu nyer klu dye msg atau kol ak soklan bese yg akan ditanye "u tgh buat ape tu",. ak pon bgtau je la yg ak tgh,.,..,.,.,.,,.. "

 

Bukan entri aku... sila baca seterusnya di > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Hehe.. kali pertama aku dengar perkataan VLOG adalah dari orang kuat 1TUBE.MY .. Waktu perbincangan melalui YM antara aku dan mereka , mereka mencadangkan aku buat satu vlog ... Tujuannya adalah satu , promosi !

Aku buat vlog ? Hurm.. serius aku malu .. aku segan.. aku mmg cukup segan bila berdepan dengan kamera .. tak reti nak senyum tak reti nak cakap ... aku tak fotogenik mahupun fotogedik ..

Tapi kenapa aku buat ?? Satu sebab saja ... 1TUBE.MY ! 1TUBE.MY adalah satu produk tempatan yang akan naik satu hari nanti dan aku tak nak ketinggalan ... Aku nak berada bersama sama mereka ..

Mereka melakukan rakaman dan suntingan dengan percuma .. Apa yang aku perlu buat cumalah meluangkan masa dan bercakap ! Tu saja ..

Disamping itu , aku boleh mempromosi blog aku .. Tetapi aku tak nak makan sorang ! Aku ajak rakan rakan blogger yang lain .. Bermula di gathering SAHABAT BLOGGER kemudian di PUTRAJAYA seterusnya gathering blogger cikgu , aku ajak 1TUBE.MY merakamkan segala kenangan tersebut !

Kenangan !! Kita dalam dunia blog ini tak tau sampai bila .. Entah esok lusa kita tutup blog.. Entah esok lusa kita mati .. Sekurangnya ada sesuatu untuk pengubat rindu ... Aku fikirkan yang itu ...

Populariti ? aku tak nampak blogger blogger yang buat vlog itu mengejar populariti dengan buat vlog ! Mereka tau risiko buat vlog tu.. tapi mereka tetap buat.. KENAPA ?? Sebab mereka sukarela untuk menaikkan 1TUBE.MY.. Mereka nak sama sama bantu menaikkan produk anak tempatan !

Kalau benar mereka nak populariti , aku rasa blog saja dah memadai ! Aku sendiri pon dah terlebih kenyang dengan trafik .. Dah naik bosan ! Aku inginkan menyumbangkan kreativiti aku dalam bentuk lain dan Alhamdulillah , 1TUBE.MY adalah tapak pertama aku untuk menaburkan jasa ..

Aku tak harapkan balasan .. Cukup bangga bila 1TUBE.MY dikenali dikalangan blogger sekarang ini .. Sejarah tercipta .. Jangan ingat segalanya adalah kerana populariti atau $$ ... Sila buka minda anda !

SILA CERMIN DIRI SEBELUM NAK MENGATA .. Sebab itulah wujud slogan KITA BOLEH ! Kalau dok fikir , tak boleh atau tak mampu atau  .. hurm... AKU TAK LAYAK maka sampai tua la duduk dalam tempurung !

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Kasar ke bunyinya ? Bodoh ? Atau patut guna kurang cerdik ? Neh.. maksudnya tetap sama .. cuma agak bertapis ..

Teringat zaman kecik kecik dulu.. sewaktu aku bergiat cergas dalam arena berguli atau bergasing bawang .. haa.. aku pasti ramai tak tau dah sukan rakyat ni ... Konda kondi tau ? Haa.. tau dah.. kaki playstation korang neh.. ATARI pon mesti tak tau kan ? Eceh.. lari tajuk..

Sambung .. Kalau dah bergaul dengan rakan sebaya maka pelbagai isu dibualkan .. tapi paling menikam kalbu ..

" Bodoh betul la kau nih " atau dengan selambanya , " Weh bodoh.. sini jap "

Maka yang dipanggil itu pon teringat la kata kata ustazah dia .. lalu dengan dia mengucapkan Alhamdulillah ...  Dia cakap , " kau punya pahala aku amik eh.. Yeahoo "

Tapi ada gak yang tak tahan...

" Sapa bodoh ? Bapak kau la bodoh ! " Tak pon .. " Mak kau laaa "

Tak pasal pasal orang tua jadi mangsa .. kan kan ? Kesian kat orang tua kita .. dah la diorng bersusah susah cari rezeki untuk membesarkan kita tapi jadi bahan kutukan kawan kawan lak.. Grrr...

Siapa yang bodoh sebenarnya ? Yang memanggil atau dipanggil ? Sehingga dewasa pon , kita masih lagi dok dengar perkataan 'bodoh' itu ditujukan pada orang .. Apakah benar dia lebih bijak dari orang tu ?

Bahasa melambangkan peribadi seseorang itu .. Maka berhati hati dalam penulisan blog kita .. Blogger yang bijak pasti tau mana yang boleh dan mana  yang tidak ..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Tujuan kita atas muka bumi ini hanyalah satu ... beribadat kepada Allah s.w.t  .. Tiada yang lain selain itu saja .. Apa saja yang kita buat segalanya berniatkan kerana Allah ..

Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan , kita lebih kerap leka dari mengingatiNYA .. Lalai dan cuai .. segala perintahNYA , kita engkar .. malah ada yang lakukan tanpa rasa bersalah lagi .. seolah olah kita akan hidup selamanya .. Paling teruk ,  ada siap boleh fikir , 'nanti aku tua , aku bertaubat la.. skang aku nak enjoy dulu ' ..

Hurm.. terkenangkan kawan aku yang terdampar di hospital akibat ketumbuhan dalam kepala tu , sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa semalam kita sama sama bergelak ketawa tapi kita tak sedar sebenarnya bilakah ajal kita ? Sedap mengumpul dosa dari pahala dengan berfikiran lambat lagi kita akan mati !

Kawan aku tu , sama cam aku dulu .. Kitorang kerap sakit kepala dan akhirnya dua dua ada penyakit darah tinggi ! Huh.. Pada mulanya aku fikirkan dia stress sbb kerja tapi setelah rakan aku bagitau punca sebenar , barulah aku tau hakikatnya ..

Aku sendiri pon selalu sakit kepala .. kebelakangan ini saja dah kurang sedikit .. Aku malas nak fikir masalah dunia lebih lagi bab remeh temeh terutama bab blog ni ..

Aku sayangkan blog aku.. aku sayangkan rakan rakan blogger yang aku kenali .. Kita sama sama jaga dan semai .. Ingat , blog adalah satu jambatan penghubung yang amat pantas menyebarkan maklumat .. Kita gunakan dengan betul dan bijak .. Jangan salahgunakan sama sekali ...

Sebagai blogger , kita mati tinggalkan blog .. Apakah kandungannya yang akan dibaca oleh pembaca kita nanti ?

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

Segalanya bermula dari merepek... mengarut... dan cakap cakap kosong .. tapi itu lebih baik dari merempit , meragut atau berpelesiran tak ketahuan !

Vlog atau video log yang dihasilkan oleh blogger kebelakangan ini adalah salah satu usaha mereka untuk mempromosi blog mereka .. Salah satu cara marketing yang  digunakan disamping cuba menengahkan bakat yang mungkin mereka ada ... Tak cuba , kita tak tau kan ?

Kritik , boleh kritik.. Kritik pastinya akan membuatkan vlogger tersebut cuba membaik penyampaiannya pada vlog akan datang .. Tapi kritiklah dengan bijaksana .. Bukan mengutuk .. Vlogger bukanlah rejim zionis yang patut dikutuk ! Mereka sekadar cuba menyampaikan mesej dengan cara tersendiri .. Jika tidak suka , kritik tapi bukan kutuk atau mengeji mahupun mengelarkan mereka dengan panggilan tertentu .. Tak pun , sila tekan butang close atau 'X' .. Mudah bukan ?

Bagi mereka yang menyokong VLOGGER MALAYSIA , mari sama sama kita beri mereka semangat !! Jangan lupa , satu vlog sama seperti satu entri .. beri mereka peluang ... Jika mereka naik satu hari nanti , bukankah mereka itu kawan kita juga ??

Jika korang menyokong VLOGGER MALAYSIA , sila buat entri khas :

  1. Sila letak banner diatas itu ...
  2. Tulis tajuk SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tulis kata kata semangat buat mereka ...
  4. Tu je.. sila tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ...

TERIMA KASIH !

 

MEREKA YANG MENYOKONG > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
73 comments

 

image

Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara.

Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap. Pueraria Mirifica menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi.

Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita.

Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

Thanyaporn produk membesar dan menegangkan payudara no. 1 di dunia dengan kadar keberkesanan 97% !

Nak tau dengan lebih lanjut ? > sini

 

 

ps: Jangan tengok aku !! tanya tuan punya kedai tu.. hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Kenal dua dua manusia ni ? Sapa tak kenal kan ?  Jaguh dunia badminton tuu ...  Tapi kan , kalau kedua dua pemain ni bersua di atas gelanggang , pasti Chong Wei kerap 'sakit kepala' punya kan ? Kenapa yer ?

Chong Wei , pemain no 1 dunia .. Lin Dan pulak , sememangnya jaguh dan sudah menjadi lagenda badminton .. Dari segi taktikal dan kemahiran , kedua dua seimbang tapi kenapa Chong Wei kerap kalah ?

Penguasaan mental ! Lin Dan dengan mukanya yang sombong serta gayanya yang sering 'psiko' Chong Wei setiap kali berjaya mendapat mata .. Bijak kan ? Hanya perlu kuasai mental sudah memadai ... Tapi hakikatnya Chong Wei lagi bagus kan ?

Ini adalah sama dalam dunia blog .. Mereka yang sering 'mencuit' blogger tak kira muda atau tua , mmg tunggu melatah saja dan kemudiannya 'menganga mulut' ... Secara percuma jee trafik akan masuk ke dia ..

Blog aku tak terlepas dari dicuit mereka.. Aku malas nak layan .. Kalau diorg bayar aku untuk melatah , aku buat la.. tapi kalau takat nak tengok aku sakit kepala , hahaha.. tak pe la...

Gini jer... bila mereka kata blog kita sampah ... kita tengok , berapa ramai yang suka dengan blog kita .. kalau 10 orang suka dan takat dia sorang je tak suka , bermakna mmg dia 'bermasalah' la.. Mmg betul , tak semua orang akan suka .. Bila ada kes sebegitu , kita tengok.. dia ada blog atau tidak.. Perhatikan corak penulisan dia.. Apakah citarasanya .. Sapa sebenarnya 'sampah' .. Dan tak perlu melatah .. Senyum dan keluar dari situ .. Puashati kan ?

Tak perlu ikut corak permainan mereka .. Lama lama , diorng main guli sesama mereka .. Kita terus je layan main 'saidina' ... masyuk siut...

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Bosan.. aku tarik balik entri aku tu.. Takde manfaat punya entri tu... Sekadar meluahkan perasaan .. boring boring .. Tak membantu langsung .. kan kan ?

Tutup kes kes sampah tu .. Cam biasa , aku bangun awal pagi walaupun tidur lewat .. Pastinya hari ini membawa sejuta kerja di pejabat.. Haih.. nak masuk hujung bulan dah ni ... Grrr.. statistik statistik statistik.. apa mau buat... dah keje aku ..

Dulu aku gembira bila setiap kali g kerja .. sekarang ni , aku gembira bila ada kat rumah .. Er... aku mmg gembira pon bila ada kat rumah.. suka lepak rumah apa aku ni ?

Petang , g gym... g gym pon kena ada 'suka' .. kalau tak, jawabnya melepak je la kat gym tu tanpa berpeluh .. Buang masa je kan ? aku g gym.. workout dan terus balik rumah.. hehehe.. kalau lepak ? berjam lamanya baru berpeluh..

OK ok.. aku nak sambung workout skit lagi.. Ops.. pelik.. ada orang kata blog aku , blog sampah .. Persoalannya , rajin betul dia masuk blog aku ni kan ? Camana dia tau segala perjalanan blog aku ni ?

"  ;) , adik manis , g cari keje lain okeh ? "

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Bercanggah pendapat , itu biasa .. Tapi memusnahkan semangat  itu bukan biasa tapi sifat keji ! Melihat jatuhnya seseorang itu kerana dengki atau irihati sama juga seperti menyakiti hatinya .. Maka bersoraklah syaitan atas kemenangan itu !

Apa yang sebenarnya kita dapat dari berbalah sesama sendiri ? Agenda mereka agenda bisikan syaitan .. Kita ? Jika berpendirian , kita mampu membina satu komuniti seterusnya menjalinkan persaudaraan sehingga bila bila ..

Apa lagi yang tinggal pada kita sekiranya di dalam dunia maya ini pon kita sering bertelingkah ? Kononnya nak mempertahankan pendapat tetapi tidak membawa ke mana mana pon ! Tang tu gak.. sekadar gah atas kemenangan saja ... Kemajuan ?? Ada peningkatankah ?

Aku dapat lihat , kebelakangan ini banyak gathering bloggers dibuat di merata rata .. Alhamdulillah .. ini bermakna bloggers di Malaysia terutama yang muda muda ini inginkan sesuatu yang segar .. Mereka ingin keluar dari dunia kebiasaan mereka lalu membina satu komuniti yang baru .. Komuniti blogger ! Di situ mereka berkenalan diantara satu sama lain.. Berkawan .. Bertukar tukar pendapat.. bukankah itu satu aktiviti yang sihat ?

Bayangkan jika dunia blog ini hanya bergerak secara kumpulan kecil atau individu tertentu saja... Apakah kemanisannya yang boleh kita ceritakan pada mereka yang tidak tau langsung mengenai dunia blog ??

Hanya satu.. $$$ ! Tu je ke ???? Aisey... Atau kutuk mengutuk ? Atau gossip sana sini ? Kecewa siot ! Baik layan FACEBOOK !

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Ehem... Dah berapa kali cerita ni lalu depan mata aku di tv tapi sedikit pon aku tak terfikir nak layan sampai abis.. Entah kenapa , kenapa cerita ni tak pernah menarik minat aku .. huhu ..

Dan sekarang .. sekali lagi aku layan ... kali ni aku nak tengok bagi abis .. kot .. hehe.. kalau sempat la... heheh.. Yelah , esok kije maa..

Bila aku tengok sedikit cerita ni , mmg terkena kat batang hidung aku .. Dulu aku cam tu la... Brutal siut... Tapi tak la sampai pakai subang.. hehe.. rantai tu pakai la.. tapi sekadar memain gitu .. hurm.. Nak kata apa kan.. zaman jahilliyah ..

Tapi alhamdulillah.. sebijik cam cerita Syurga Cinta .. aku berubah disebabkan oleh seorang wanita... Kena tegur... baekk punya weh... Sejak tu , mmg aku berubah ...  Leh rujuk entri INI ..

Cinta ... ada dua .. satu membawa ke jalan duniawi .. dan satu lagi membawa ke jalan Allah .. Pilihlah yang mana satu ...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Siapakah yang pernah dikutuk sebelum benah benar berjaya dalam bidangnya ? Sat nak pk.... hurm.. hurm.. hurm... Ramai siottt... Terlalu ramai .. Setiap kali kena kutuk , setiap kali itulah satu semangat baru menjelma ..

Perlu ke aku sebut nama nama tu ?  Aku rasa korang pon dah belajar sejarah kan ? Atau paling tidak pon kita lihat je contoh pelakon serta artis tanahair kita sekarang ni.. Walaupun ada yang tak layak dijadikan contoh tapi ada bahagian yang boleh kita ambik ikhtibar.. Tak semua negatif kan ?

Aku ? Puas dah kena kutuk.. Tiap kali aku kena kutuk , aku mmg bengang.. Grr.. rasa cam nak g tumbuk je muka diorng tu .. Tapi bila aku fikirkan semula , itu yang diorng nak ! Diorng nak aku melatah dan buat entri khas untuk diorng ! Giler trafik siuttt... Trafik murahan .. Aiseyman.. Tamo laa.. aku tersedar ..

Seperkara yang member aku pesan.. Itu tandanya blog kita semakin dikenali ! Kalau takde orang kutuk atau kritik , maka takde feedback la kan ? Betul .. Tapi tak perlu sampai mengeji... Tu sangatlah kejam dan buruk ! Ingat , nak kutuk , sila kutuk yahudi ! Yang nak dikutuk itu adalah saudara seagama .. Nak kritik , sila.. guna akal ..

Aku dan segmen aku.. Pergh.. ramai benci siut !! Diorg kata segmen aku takde faedah !! Takde kebaikkan !! Dah pernah join ke ? Ke segan nak join ? Malu eh ? Tak cuba tak tau kan ? Segmen aku ada satu platform untuk blogger berkenal kenalan.. Nak sesuatu yang berfaedah ? Tutup blog tu .. G perpustakaan.. baca buku kat sana .. Penuh dengan ilmu kat sana ..

Kadang kadang , mereka yang suka mengkritik ni , guna kepala lutut bila menghuraikan fakta fakta mereka .. Tak cuba lagi tapi dah buat kesimpulan .. Macam Putrajaya dan Cyberjaya .. Baru dalam perancangan , ramai dah kata membazir duit rakyat .. Tapi sekarang ?? Mmg membazir tapi untuk jangka masa panjang ??? Sampai bila kita nak tercengang tengok negara orang ??? Sampai bila nak kagum tengok negara orang ? Negara sendiri , diperli perli lak !! Cait !

Dan sekarang .. setiap kali diorng kutuk aku lebih lebih lagi segmen aku , aku buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi !!! Contoh segmen aku tu ... GEGAR 1000 BLOG !! 1000 BLOG sertai weh !!! Ko ada ??

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Siapakah yang pernah dikutuk sebelum benah benar berjaya dalam bidangnya ? Sat nak pk.... hurm.. hurm.. hurm... Ramai siottt... Terlalu ramai .. Setiap kali kena kutuk , setiap kali itulah satu semangat baru menjelma ..

Perlu ke aku sebut nama nama tu ?  Aku rasa korang pon dah belajar sejarah kan ? Atau paling tidak pon kita lihat je contoh pelakon serta artis tanahair kita sekarang ni.. Walaupun ada yang tak layak dijadikan contoh tapi ada bahagian yang boleh kita ambik ikhtibar.. Tak semua negatif kan ?

Aku ? Puas dah kena kutuk.. Tiap kali aku kena kutuk , aku mmg bengang.. Grr.. rasa cam nak g tumbuk je muka diorng tu .. Tapi bila aku fikirkan semula , itu yang diorng nak ! Diorng nak aku melatah dan buat entri khas untuk diorng ! Giler trafik siuttt... Trafik murahan .. Aiseyman.. Tamo laa.. aku tersedar ..

Seperkara yang member aku pesan.. Itu tandanya blog kita semakin dikenali ! Kalau takde orang kutuk atau kritik , maka takde feedback la kan ? Betul .. Tapi tak perlu sampai mengeji... Tu sangatlah kejam dan buruk ! Ingat , nak kutuk , sila kutuk yahudi ! Yang nak dikutuk itu adalah saudara seagama .. Nak kritik , sila.. guna akal ..

Aku dan segmen aku.. Pergh.. ramai benci siut !! Diorg kata segmen aku takde faedah !! Takde kebaikkan !! Dah pernah join ke ? Ke segan nak join ? Malu eh ? Tak cuba tak tau kan ? Segmen aku ada satu platform untuk blogger berkenal kenalan.. Nak sesuatu yang berfaedah ? Tutup blog tu .. G perpustakaan.. baca buku kat sana .. Penuh dengan ilmu kat sana ..

Kadang kadang , mereka yang suka mengkritik ni , guna kepala lutut bila menghuraikan fakta fakta mereka .. Tak cuba lagi tapi dah buat kesimpulan .. Macam Putrajaya dan Cyberjaya .. Baru dalam perancangan , ramai dah kata membazir duit rakyat .. Tapi sekarang ?? Mmg membazir tapi untuk jangka masa panjang ??? Sampai bila kita nak tercengang tengok negara orang ??? Sampai bila nak kagum tengok negara orang ? Negara sendiri , diperli perli lak !! Cait !

Dan sekarang .. setiap kali diorng kutuk aku lebih lebih lagi segmen aku , aku buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi !!! Contoh segmen aku tu ... GEGAR 1000 BLOG !! 1000 BLOG sertai weh !!! Ko ada ??

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

" Apa ?? 1 ribu pembaca sehari ? Mak aih.. camana nak dapat tu ? Blog aku bukan best pon ... cerita aku biasa biasa je.. camana aku nak dapat sampai 1000 pembaca sehari ? .. Itu baru  fikirkan soal pembaca.. bila fikir soal bagaimana aku nak dapatkan income dari situ ? Mmg aku pening .. mmg aku bingung "

Itulah yang ada dalam kepala aku setiap hari .. tapi dulu la... skang ni , aku dok pk camana nak bagi sampai 10 ribu pembaca sehari .. Pembaca yang benar benar masuk untuk baca entri aku .. Pembaca yang tak sabar menungggu aku update setiap hari .. Pembaca yang senantiasa tersenyum dan ketawa bila membaca entri aku .. Itu yang aku nak .. Soal duit adalah soal no 2 .. kalau ada , ada la.. rezeki kan..

Satu angan-angan yang aku tak langsung rasa akan menjadi kenyataan .. mustahil !! Sapa nak kenal atau baca blog BEN ASHAARI ??? Takkan ada punya ... BEN ASHAARI bukan artis.. bukan selebriti.. bukan lelaki bujang.. eceh..

Impian aku , ibarat mengejar pelangi .. Cantik .. menyinari langit selepas hujan .. aku berlari mengejarnya .. makin lama makin jauh .. makin cantik ... makin aku sedar ... biarlah pelangi itu dilangit sana .. aku cuma perlu menikmatinya saja ...kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Aku kerja.. wife aku pon kerja.. gaji kami digabung berdua , mmg terlebih makan .. Alhamdulillah ..rezeki.. entah sampai bila , kitorang tak tau.. Selagi Allah memberi nikmatNya , dengan kedua belah tangan disertai syukur kepadaNya kami ucapkan ..

Tapi aku perlu pandang ke hadapan .. sampai bila ? Mmg benar , duit dicari sampai bila takkan cukup .. Tapi pengalaman mengajar aku , selagi terdaya , carilah... simpan untuk masa hadapan.. Siapa tau , sewaktu susah itulah duit itu diperlukan.. Siapa tahu , ada anak beranak kita memerlukannya nanti ? Siapa tahu kan ? Kalau tak digunakan , bolehlah gunakan ke arah amal ibadat seperti mengerjakan umrah atau haji kan ?

Aku nampak , blog antara sumber pendapatan yang paling mudah nak dilombong ... Aku hanya perlu bekerja keras dari sudut penulisan dan juga kreativiti .. Nampak mudah tapi sebenarnya perit !

Andaikata , aku meniaga burger bersama kawan kawan disebelah malam .. Ditolak dengan masa yang mana patutnya aku bersama dengan wife dirumah tetapi aku bekerja part time di luar , berbaloikah $$ yang aku dapat ? Dah la siang kerja.. malam pon nak kerja lagi ?

Dengan berblog , aku boleh bekerja dengan bijak .. Walaupun nampak susah tapi senang sebenarnya .. Aku bukannya anak orang kaya .. Bapak aku takkan tinggalkan harta untuk aku ... Dia suruh aku carik sendiri ! Sbb itu aku nampak blog antara sumber pendapatan sampingan aku.. Aku tak nak harap duit warisan orang tua.. Aku tak nak harap duit gaji sebulan sekali jer.. aku ada perancangan masa depan.. Perlu ke aku cerita ? Tapi tu la , mereka yang ' cetek' akal takkan nampak semua ini.. Apa yang mereka nampak adalah zahirnya saja .. Heh.. sbb itulah hasilnya cuma zahir saja .. Masih cetek pengalaman hidup ..

Bukan tamak .. bukan gila $$ tapi aku gunakan kederat aku untuk mendapatkan setiap satu sen.. Aku tak perlu pinjam PTPTN atau MARA bagi menghasilkan pendapatan sampingan aku .. Aku cuma perlu buat blog .. Duit dari tu , aku simpan .. dan aku akan kembangkan.. Jadikan satu bisnis ...

Dari blog , kita ke perniagaan .. Jangan cetekkan pemikiran .. Sila fikir jangka panjang ... Aku bangga dengan hasil aku sekarang .. Aku tak perlu berlagak mulia seolah olah tak perlukan duit sampingan .. aku perlukan sebab aku nak duit dari hasil titik peluh aku.. Aku update entri , aku kena fikir .. aku kena menaip.. aku kena bukak mata dengan terang.. aku kena berjaga setiap malam.. aku bekerja bagi menghasilkan entri aku .. Simple tapi aku tetap kena fikir ..

Aku enjoy berblog disamping dapat pulangan .. Dan sesungguhnya , aku bersyukur dengan pemberianNya.. Entah sampai bila , aku tak pasti tapi selagi DIA memberi , aku menerimanya dengan ALHAMDULILLAH ... Jangan ego dan jangan sombong ...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image 

http://revolusichinta.blogspot.com/ ( header pilihan )

 

Aku terima sms... hurm.. aku lama dah jangkakan semua ni... Biasalah , takkan ada yang senang hati punya .. Tapi memanggil seseorang dengan sesuatu gelaran yang tidak sepatutnya ... apakah hukumnya ?

 

"Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi Huraian : i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak. "

sumber : SINI

Ada banyak lagi... Cuma apa yang aku nak katakan , jangan suka suka menjatuhkan air muka seseorang .. Ingat , kita semua ini manusia.. Jangan berani bersuara jika tutup muka !

Aku malas amik tau semua ini kerana yang biasa 'menyalak' bukit ni jenis yang memerlukan perhatian orang ramai .. kononnya berani bersuara tapi dengan menjatuhkan air muka orang lain ? Cermin la diri tu sendiri ...

Semua orang tau , buat blog boleh menghasilkan duit .. Cara dan teknik  saja berbeza.. Dah jadi seperti satu pekerjaan... Seperti jual burger tepi jalan suka suka .. Ada rezeki , ada la... sekurangnya tak menjatuhkan air muka orang lain ..

Dunia maya ni ada dua ... satu yang berani .. satu yang penakut .. Yang penakut ni , berani baling batu pastu lari jauh jauh .. sembunyi.. Orang yang kena baling ni mesti la angin kan ? Pastu yang membaling ni ketawa berdekah dekah .. Lupa ke Allah Maha Melihat ??

Sekarang ini , aku lebih kesiankan rakan aku yang terdampar koma  di hospital kerana ketumbuhan dalam kepala .. Perlu ke aku amik kisah korang punya kritikan yang berbaur cemburu dan dengki tu ? Aku tak kisah dan aku tak peduli kerana sebenarnya korang sedang sedekahkan pahala korang kepada orang yang korang kutuk dan keji tu..

Wallahualam.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita semua ...

Share
Tweet
Pin
Share
49 comments

 

Masih aku ingat lagi .. bagaimana pensyarah memberi tugasan tanpa sebarang point .. Apa yang dia suruh buat ialah , 'CARI' ... Pergh.. dah la tak tau apa apa .. '0' wehh !! Bengang giler .. maki hamun je dalam hati .. Tensen .. rasa nak g jerit je kat telinga pensyarah tu tapi tak berbaloi.. dia pakai tudung.. takkan tinggal kesan sangat kot .. hehehe ..

Tapi Alhamdulillah , berkat arahan dia itu , aku memahami maksud 'CARI' ! Bila aku dah bekerja , kebanyakkan kerja aku melibatkan ' CARI' .. Disebabkan aku terlibat dengan banyak perisian baru terutama dalam bidang multimedia , maka aku kena 'CARI' samada dalam internet dan juga di kedai kedai buku.. Perpustakaan ? Jangan cerita la.. mmg ulat dulu.. hehe ..

Dan pekerjaan aku sekarang ini pon tak kurang dengan tugasan yang memerlukan aku senantiasa 'CARI' dalam internet.. Bila bos nak maklumat , maka aku dengan pantas kena cari dan seterusnya menghubungi pihak terbabit bagi mendapatkan info yang dikehendaki ..

Bayangkan jika segalanya depan mata ... Apakah yang akan terjadi pada aku ? Segalanya 'disuap' jer .. Kesannya , aku jadi 'gemuk' dan malas ! Segalanya aku hanya perlu mintak saja ..

Kali pertama aku buat blog , aku pon tak tau apa apa .. Walaupun aku mmg tau buat web tapi blog adalah asing bagi aku .. Tak semudah itu walaupun mudah jeeee ..

Macam macam info ada berkaitan dengan blog.. Kalau tanya blogger , penerangan adalah ringkas tapi jika mereka buat entri mengenainya maka lebih jelas lagi cerita tersebut..

Sebab itulah aku gemar suruh blogger baru GOOGLE dulu baru bertanya .. Kenapa begitu ? aku nak mereka dapat info dengan membacanya terlebih dahulu kemudian baru bertanya ..

Bayangkan jika ada blogger tanya , " BEN , nuffnang tu apa ? " .. aku takkan jawab.. sebaliknya aku akan suruh dia google.. Kenapa ? Sbb dalam tu akan jumpa banyak entri berkaitan NUFFANNG .. Dia juga akan jumpa entri berkaitan cara pemasangan , tujuan , kelebihan malah juga cara cara nak tarik trafik ke blog.. macam macam ada .. Kalau bertanya , maka jawapan yang akan dia dapat cukup ringkas.. Dan dia akan tau yang asas je la .. Seterusnya dia akan bertanya , bertanya dan terus bertanya sedangkan jawapan ada dihujung jarinya ..

Aku bukan nak berlagak sombong bang... Jangan lupa .. kalau kita asik disuap jer , akal kita tu nak digunakan untuk apa ?

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Dalam satu mesyuarat ... Cadangan diperlukan untuk mengeratkan lagi perhubungan kejiranan di taman itu .. Maka keluarlah pelbagai jenis cadangan ... Paling tidak pon ada 5 cadangan setelah puas berfikir ..

Bila dah bagi cadangan , maka tibalah masa untuk mengkritik cadangan itu .. Pergh.. bukan sorang yang akan kritik tapi ramai !! Pergh.. bab kritik atau tentang ramai.. tapi bila bab nak membantu atau bagi cadangan semua pakat malas nak fikir ..

Ini yang aku nampak .. bila nak kritik , mmg sedap !! Bila suruh buat atau bagi cadangan , haprak !!!: " Lu pandai cakap je la bai .. Takat cakap aku pon boleh.. Cuba usahakan sesuatu dari dok cakap kosong jer !! " ..

Kalau pk dengan akal sebenarnya , nak membangunkan sesuatu lebih sukar dari nak memusnahkan... Blogger yang ada sekarang ni .. majoriti dicop blogger sampah , sebenarnya bijak ! Mereka tak bodoh sebenarnya.. Mereka menggunakan apa saja isu atau publisiti untuk menarik pembaca.. Kena bijak ! Bila pembaca masuk ke blog mereka , penyampaian mereka jika kreatif pasti akan mengujakan pembaca tersebut seterusnya membuatkan pembaca tersebut berminat untuk kembali ke sana .. Jika sebaliknya , maka itu adalah yang terakhir ..

Mmg benar .. dunia blog ni , dunia pelbagai pelbagai pendapat .. macam macam pendapat boleh kita baca .. Tapi ada yang bertindak selamat dengan berdiri diatas pagar.. Mungkin ada sebab .. Jadi tak perlu nak fikir bukan bukan ..

Kesimpulan .. DIGI , MAXIS , CELCOM dan TELEKOM.. Masing masing ada strategi untuk menjual produk mereka .. Terpulang pada citarasa pengguna .. Tak perlu nak kutuk .. Ari ni kita kutuk yang itu , entah esok esok kita guna yang itu..

Jangan lupa .. dunia blog ni kecil ... jangan berlagak sombong ..atau nak tunjuk bijak .. Takat keluar pendapat nak bagi ramai sokong , ramai boleh ... tapi cuba usahakan sesuatu.. Meriahkan dunia blog.. Jangan omong kosong jer ...

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Masa bercinta.. segalanya manis belaka ....

" Eee.. dia sendawa la .. comel je rupa "

"Eh.. ayang kentut ke ? Bau cam One drop perfume jee .. wangi jer "

" Ayang , tu.. bulu hidung terkeluar.. meh anja cabutkan "

" Ala.. baju ayang terkena kuah sos yer tadi ? Jom g beli baju baru "

Dan banyak lagi laa...

 

Setelah  menikah dengan sahnya ..

" Ya Allah ... buruk benor laa awak sendawa.. serupa badak sumbu sendawa "

" Awak kentut ke ?? Mak aih.... dah berapa bulan tak buang air besar ? "

" Kot ye pon , gunting gunting la bulu hidung tu.. geli la saya tengok .. dah la.. kensel keluar g beli barang dapur ! "

" Teruknya awak makan.. sampai baju baju awak cicahkan dengan sos tu ? Buat malu saya jer .. lain kali malas nak makan luar ! "

 

Mmg nampak kejam kan ? Aku saja bagi nampak kejam .. sebenarnya la sekejam ni tapi inilah yang berlaku pada kebanyakkan mereka yang dah berkahwin.. Manisnya hanya seketika jika tidak reti memeliharanya ...

Share
Tweet
Pin
Share
50 comments

 

Kalau lepas tension secara berhemah , mungkin ok... Kalau lepas tension dengan tulis bukan bukan .. maki hamun .. kutuk mengutuk .. keji mengeji ... blog amatlah tak sesuai lagi .. Serius.. Kecuali kalau kita privatekan .. tu tersangatlah okeh ..

Kalau korang , "ala .. blog aku mana ada orang baca..jadi leh la cerita macam macam " .. Yo bro ... korang silap .. Hari ni mungkin takde .. esok tau ke ? Kalau diorg google ? Terkena ada keyword ? Tak ke parah ?

Lagi satu .. kalau korang dok lepas tension dalam tu.. siap ada caci maki .. Sapa dapat dosa setiap kali ada orang membaca entri tersebut ?

Maka relevan lagi tak blog dijadikan tempat lepas tension ? Tak ! Blog , bagi aku adalah tempat curahan cerita kehidupan seharian dan juga perkara perkara diseliling kita .. Kecuali blog yang bercerita pasal politik , agama atau isu isu penting negara .. maka tak sesuailah dibincangkan oleh mereka yang bukan ahli ..

Nasihat aku, bila buat entri ... guna pendekatan selamat .. hari ini korang post caci maki.. tapi tak delete dan biar je dalam tu... Lagi beberapa bulan.. datang blogger baru .. dia godek blog korang.. dia jumpa entri tu.. camana ? Dia boleh jadikan isu wooo.. Kena pulak masa skang ni korang dah bertaraf ahli masjid.. haaa ..tak ke segan ??

Maka berhati hati dalam menulis entri .. Lepas tension tu boleh tapi guna 'akal ' sebelum hilang akal !

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Vlog.. skang kecoh pasal vlog ? Huih.. lama dah weh .. vlog ni lama dah bertapak dalam malaysia .. Cuma ada yang perasan atau tidak jer ..

Ok .. aku cerita satu cerita kuno la eh ... 1TUBE.MY ... sebuah website buatan tempatan dan dimiliki oleh orang melayu ... Satu bangsa dengan aku dan juga satu agama .. Alhamdulillah .. Aku bangga beb ! Aku pernah keje dengan company multimedia dan aku tau betapa sukarnya untuk menaikkan satu satu produk.. Yang nak bagi jatuh ni ramai siott !! Mata buta .. hati pon buta .. Yang penting nafsu puas walaupun tak tau apa apa !

Aku dijemput oleh pihak 1Tube.My untuk buat vlog pertama aku bersama mereka.. Sebenarnya lebih pada  suka suka je disamping memperkenalkan 1TUBE.MY kepada pembaca blog aku .. Apa salahnya kan ? Kalau Youtube milik orang luar boleh meletup , takkan anak tempatan kita nak biar sepi kan ?

Bila aku buat vlog pertama aku tu , aku tak nak la aku sorang sorang buat.. Aku tau , ramai blogger di malaysia ni berbakat .. Apa salahnya aku ajak ramai ramai buat .. Saja memeriahkan lagi 1TUBE.MY tu .. kan ? Salah ke ?

Bagi aku , diorg nak cakap apa dalam tu.. nak buat apa dalam tu.. nak  mengedikss ker.. nak terlompat ke.. nak menjerit ke.. selagi tak salah di sisi agama dan undang-undang , ok je kan ? Yang tak puashati ni nape ? Tak suka jangan tengok.. sapa suruh tengok gak ??

Cuba fikir ek.. blog kita tu.. ingat bagus sangat ke ? Nak tunggu bagus baru boleh buat blog ? Baru nak buat entri ? Weh.. cermin diri tu dulu ... Awak punya blog dulu camana ? Skang ni camana ? Dah taraf Tun Mahathir punya ? Dah taraf Dr Maza punya yang mana setiap entri punya dalil , dan fakta ?? Jangan main sedap tembak bang .. Bukak mata sebelum nak bom orang !

Aku bukan nak backup sapa sapa.. Bagi aku , blogger yang dah suka rela bantu 1TUBE.MY untuk menaikkan produk anak tempatan secara sukarela tu , dah cukup bagus dah .. Sekurangnya mereka dah cuba berbakti.. Ko ??? Cakap lebih pon tak guna .. Habuk pon tarak ..

Kutuk boleh kutuk.. kritik boleh kritik... Tapi pandang kiri kanan .. Sekurangnya blogger kita ni ada gak mencuba sesuatu yang baru .. tak de dok mengarut membohong orang jer !

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Grr... aku kat Sg.Buloh skang .. Internet , dari tadi asik EDGE ! Tensen tak ? Giler tensen ...  Nak update , nak blogwalking pon susah giler ..

Tensen .. bila aku tensen... aku makan .. bila aku makan , aku risau lak aku gemuk.. bila aku gemuk , kena pulak bersenam... bila dah bersenam , kurus balik .. bila dah kurus balik , aku tensen.. bila aku tensen , aku makan .. adeh.. dok pusing pusing gini jer ..

Petang tadi , sampai rumah .. layan hindustan .. tah hapa hapa tak cerita dia .. sikit sikit nyanyi .. sikit sikit nyanyi .. pastu siap tukar baju dan tempat .. abis nyanyi , gaduh.. tumbuk , 10km jauhnya tercampak.. tak mati mati tak.. bila tembak , 10 das  kena penjahat , 12 mati.. hero ..100 das , baru 1 kena.. tu pon kena tang rambut ! bosan tul ..

Ok.. ni adalah contoh entri mengarut.. entri mengarut ni lebih pada entri suka suka je bagi aku .. Saja saja mengarut .. Bukan  mengarut cama tah hapa hapa tu.. saja nak ngomel dalam blog .. cuma kekurangannya ialah info.. Kalau takat cerita macam aku buat tu, korang rasa pembaca happy bila baca ? Ada yang suka.. tapi ada gak tak suka .. Apa kata tambah sedikit dengan info ...

" Tapikan , bersenam ni bagus sebenarnya .. Walaupun badan naik gemuk , itu tandanya kita perlu mula jaga tubuh badan kita.. Kalau kurus jer , kita asik dok pk , badan kita sihat jer .. Tak la aku kata gemuk tak sihat tapi gemuk ada lemak.. lemak perlulah dibakar kan ? Tak sihat dibiar gitu kan ? "

Ok... kita selitkan satu info .. apa kata entri hindustan tadi pon kita selitkan sedikit info ..

" Tapi bagus gak diorng ni kan .. dalam dok nyanyi dok diorg sempat promosi tempat tempat menarik.. Cuba tengok cam filem yang Shah Rukh Khan .. ada gak terselit tempat tempat menarik di malaysia dalam filem dia kan ? Diorg ni suka promosi tempat tempat yang cantik ... bukankah kita juga patut promosi blog blog yang bagus bagus pada pembaca kita ? kan kan ? "

Mengarut tu boleh.. tapi selitkan dengan info dan juga pendapat sendiri .. Amacam ? Boleh buat ?

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Grr... tak tengok kata tak sokong citer melayu.. tapi bila tengok , sama jer hantu dia ... Paling best skang , hantu bleh bunuh orang .. aiyooo.. apa kes neh ??

Mungkin la itu cuma satu cerita rekaan tapi kena la tau , yang tengok cerita ni bukan orang tua cam aku je... tapi budak budak pon ada tengok .. Terpengaruh ? Sudah tentu laa... Akan meninggalkan kesan terhadap kanak kanak ... hurm..

Ok..part tu patut diserahkan pada orang tua la kan.. diorg leh control remote tv.. mana yang  patut ditonton dan mana yang tak payah langsung ditonton. ..

Tapi bagi yang minat nak tengok cerita hantu ni , cam aku .. hehehe .. tolong la.. asal nak kasi ngeri , ngintai bawah katil.. sah sah takde.. bila takde bawah katil , tau tau belakang dia.. tapi pun bila dia bukak pintu.. Aiyo... sama je rentak .. dari hantu omputih , jepun sampai ke melayu.. sama jer .. Takkan takde ide lain kot ?

Kreatif la skit ... nak kasi rekaan , kasi la betul betul punya rekaan .. ni asik main bawah katil , atas pokok jer .. haih ..

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

Sebagai seorang blogger terutamanya yang baru nak bertapak dalam dunia blog ini , pastinya tercari cari apakah sebenarnya pembaca nak dari blog kita ?

Mereka masuk dan lalu baca ... Kalau entri kita mendatar jer cerita , maka pembaca akan keluar dengan muka yang hampa.. Apakah akan kembali mereka ? Mungkin.. sekali dua lagi.. Peluang akan diberikan.. Jika sama jer aku rasa , pasti mereka akan tukar id lalu jadi anonymous lalu mengkritik ...  hehehe.. tapi tak la semua kan .. kan ? ada yang baik hati.. kan kan ?

Sebenarnya pembaca suka baca blog yang ada sedikit tips ...tak payah banyak bayankk.. skit pon dah memadai .. Apa kata cuba selitkan sedikit tips .. tak kira apa pon tips .. walaupun pasal rambut.. pasal baju.. mahupon pasal selipar sekali pon .. aku pasti mereka akan berterima kasih ..

Kalau nak mengarut sekali pon dalam blog , silakan .. tapi kena mengarut berinfo .. Selitkan di penghujung entri.. Baru la best kan ? Dari dok mengarut kosong , baik ada sesuatu kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Duit belum tentu menjanjikan kebahagian..betul ? Eceh... zaman sekarang duit menjanjikan kebahagiaan... sapa kata ?? Aku kata ... hah ! Tak setuju ??? tak kisah !! Grr... mau gaduh ka ?? Sat aku cari payung pink aku .. huh !

Tapi duit bukanlah segala galanya .. tu baru betul ... Tapi duit mampu beli segala-galanya .. hehehe... sudah pasti keimanan kita  terhadap Allah kita tak boleh beli dengan duit ... kan ?

Tadi , di gathering bersama geng geng cikgu blogger , cik Mas selaku chief de mission ada buat satu game mudah .. Dia suruh semua keluarkan wallet masing masing .. Weh.. mana bleh.. aku segan laa.. Wallet aku buruk weh.. tapi selepas cik Mas memaksa juga.. eceh.. tak la.. dia tak paksa .. dia guna psikologi dan akhirnya aku tertewas .. Maka aku keluarkan segala apa yang ada dalam poket aku.. Aku takde wallet ! aku kata .. Ala... tak best tipu.. aku keluarkan je ler..

Sebenarnya aku tau dah apa dia nak suruh buat ... aku keluarkan terus duit satu ringgit.. hehehe.. Kemudian dia suruh ( seperti yang aku jangkakan ) semua blogger amik barang paling berharga yang ada dalam wallet tersebut..

Aku , rm1 adalah berharga.. Dia suruh terangkan kenapa aku pilih 'duit' ... Aku terangkan ... Wallet adalah tempat simpan duit.. Kalau wallet hilang ,pastinya duit yang penting.. kecuali wallet takde duit la kan .. Dengan duit , aku boleh g buat repot polis tentang kehilangan segala dokumen penting seperti mykad,lesen dan kad atm .. Aku mmg nak tukar semua tu.. buruk benar dah semua tu.. hehe.. Kalau takde duit , camana aku nak g balai polis.. kan ?

Keadaan yang sama.. jika perompak menahan kita.. dia suruh kita pilih satu barang yang ada dalam wallet kita .. apa yang akan kita pilih ? takkan aku nak pilih mykad kot ?? Aku nak la duit.. kan kan ? Hehe..

Duit penting bagi aku .. Aku bukan hidup kerana duit tapi duit , aku perlukan untuk hidup.. Aku dah cukup merana dulu hidup tanpa duit .. Aku dipandang hina disebabkan takde duit .. Aku tiada makna di mata mereka .. Tapi sekarang SAZALI sudah kaya !! Satu Singapura sudah kenal SAZALI .. eceh.. skrip Anakku Sazali plak ..

Tapi tu la.. aku bukan hamba duit tapi aku memerlukan duit.. setiap satu langkah pergerakkan aku dibandaraya ini memerlukan duit.. Nak minum air suam pon kena bayar ! Masuk tandas jangan cerita la kan .. semua orang tau ...

Tiada apa yang percuma di bandaraya KUALA LUMPUR ini .. Lain la aku di kampung atau bandar bandar kecil ... parking pon percuma kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

DSC_0191

DSC_0184

Tadi , bertempat di Times Square , Kuala Lumpur  ... sekali lagi aku menghadiri gathering yang dianjurkan oleh blogger blogger yang bakal bergelar guru dan juga telah digelar guru..

Menarik dan best ! Peluang itu aku amik untuk meluahkan perasaan aku terhadap mereka memandangkan mereka belum bergelar guru .. Aku secara jujur menceritakan apa perasaan aku terhadap guru guru masa sekarang ..

Guru adalah satu kerjaya yang mulia .. Paling mudah mendapat pahala dan juga dosa .. Aku nasihatkan mereka mengikut pengalaman aku sewaktu mengajar dulu.. Walaupun hanya beberapa tahun aku mengajar tetapi pergaulan aku bersama mereka sewaktu kelas dan juga selepas kelas banyak memberitahu aku tentang kerjaya ini ..

Aku mahukan mereka menjadi guru terbaik .. Bukan saja seorang guru tetapi pendidik yang berjaya melahirkan insan yang cemerlang untuk negara ini .. Sbb tu aku 'membebel' kat mereka.. Tak pe , biar hari ni diorg terasa dengan aku ... Aku tak nak mereka 'terasa' satu hari nanti bila dah menjawat jawatan tersebut..

Aku nampak mereka bakal menjadi guru yang benar benar ikhlas dan jujur malah bakal menjadi guru yang menarik .. Bertuah anak murid mereka nanti ..

Disamping itu , aku juga tinggalkan beberapa nasihat ... hehe.. ada la.. diorng je tau ...

Buat mereka .. nama pun aku lupa nak copy tadi.. tak pe.. nanti aku cari balik ... Jika terasa dengan kata kata aku , aku mintak maaf.. aku meluahkan agar mereka menjadi guru yang sebenar benar guru.. Bukan hanya untuk mengiisi ruang jawatan GURU pada borang pinjaman  rumah atau mana mana je.. Faham tak ?  :)

Kita g gym nanti eh.. hehehe... Diorg dekat je ngan rumah aku.. So leh lepak kat gym nanti... Grr...

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

IMAG0093 IMAG0092 Berposing macam jurugambar pro jer ...

DSC_0153 DSC_0156 Takat amik pic ni jer sebenarnya .. Gaya je lebih .. orang duk lalu lalang tengok je gelagat aku .. Eceh... aku pon beraksi je la... Mesti diorg ingat aku ni mamat seni.. ewahh.. hehehe ..

Balik rumah.. bukak baju.. ok .. patut la diorg tengok aku.. aku pakai baju terbalik !

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

"Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku."
(H.R. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.)

Dunia ini dijadikan Allah penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan hidup adalah isteri yang solehah."
(H.R. Muslim)

"Janganlah kamu menikahi wanita karena kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita karena harta / tahtanya mungkin saja harta / tahtanya membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita karena agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang shaleh, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
(H.R. Ibnu Majah)

"Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk menikah, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya."
(H.R. Bukhori-Muslim)

-sumber : SINI

Ramai lelaki takut nak mendirikan rumahtangga.. Perempuan pun begitu ..  Mereka risau tidak dapat mengemudi bahtera mereka .. Atau paling tidak pon tidak berkemampuan dari soal kewangan ..

Aku , terus terang kata masa aku nak kawin dulu pon takde duit .. Pening gak mencari duit .. Dengan gaji saja mana cukup .. Waktu itu blog pon takde ...

Tapi aku gagahi nikah juga .. Berkat duit simpanan yang ada , aku buat kenduri dengan ala kadar saja tapi alhamdulillah , tetamu yang hadir semua gembira ..

Majlis yang sederhana telah menyelamatkan aku dari berhutang .. Malah baki duit yang ada , aku dan isteri aku mampu beli barang perabut dengan tunai .. Bukan semua la .. ada gak amik hutang tapi tidak membebankan langsung ..

Alhamdulillah , lepas nikah .. rezeki aku murah sangat ... Tapi kena rajin usaha la .. terutama dalam bidang blog ini .. hehehe.. kita tak nampak pintu rezeki kita tapi Allah menyuruh kita meminta padaNya .. Berdoa .. berdoa.. berdoa dan berusaha .. seterusnya tawakal ..

Bagi aku la kan , kalau ada kerja .. elakkan beban hutang.. Mana yang gila nak pakai kereta gempak atau berpakaian mahal , cuba tahan dulu nafsu tu .. Simpan duit , nikah ..

Dari bercinta tak de kesudahan .. Kalau hati dah suka ... sama sama nak .. Menikah jer .. buat ala kadar ... Lepas kawin tu , insyaAllah .. sama sama cari .. sama sama senang.. sama sama susah .. Barulah dikatakan cinta sama cinta ..

Lelaki yang takde keja ... takde duit ..Tahan dulu nafsu tu.. Bukan aku risau nanti bila dah kawin , akan membebankan si isteri lak ..Harap isteri punya duit pulak ...  Kang bergaduh je keje..tamo la gitu .. Cari kerja .. simpan duit.. Semua orang ada nafsu tapi jangan sampai nafsu menguasai akal dan fikiran ..

Elakkan zina.. elakkan maksiat.. InsyaAllah .. tenang kita di dunia dan di akhirat ..

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

Pengumuman.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada blog readers Hanis, jangan panic bila click Hanis punya blog lama http://h0n3yt0th3b33.blogspot.com tak ada... bukan tak ada but now Hanis dah berpindah ke blog baru iaitu http://www.hanishaizi.com/

hanis haizi

Harap anda semua akan terus membaca dan beri sokongan kepada hanis. InsyaAllah hanis akan update selalu.


CDM Hanis

Business back as usual, kalau ada sesiapa yang berminat untuk buat business dengan hanis boleh drop email : hanishaizi@gmail.com atau pun call/sms : 0126443185

Have a pleasant stay! :)

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Sejak dari kecil lgi.. ada 2 tempat aku paling tak suka pergi.. mmg menci menci menci !!Kalau mak aku g , masa tu gak aku wat wat kena senggugut !!

G pasar basah dan Chow Kit .. dua tempat aku tak suka sangat pergi.. Tapi betul la kan .. kat situ banyak jin n syaitan melepak .. huhu ... kira aku ada 6th senses ? Perghh ..

Bukan apa.. kat pasar tu sah sah bau hanyir... pastu takde awek kat sana ... haaa.. Masa tu aku muda lagi laaa.. baru umur 12 tahun .. hehhehe..

Chow kit.. aku tak suka pergi sbb terlalu ramai orang ... senang sangat budak nak tercicir...Nak g beli kain ela pon aku malas.. aku main kirim jer.. apa yang mak aku beli , aku pakai jer...

Bercakap pasal kain ela ni , aku sebenarnya suka kain ela perempuan yang coraknnya kosong... Aku suka nak beli pastu buat baju melayu.. hehehe..

Bila dah besar ni , wife aku lak suka g tempat tempat tu.. Grr.. ni pon baru balik dari pasar borong selangor.. besar dan murah jer ..Wife aku ? seronok giler .. grrr.. maunya tak , murah abis ... nak g lagi katanya.. Abis aku ????

 

p/s : menaip entri dalam keadaan sangat penat .. berapa kali nak tersalah tulis.. Nak tulis " sebab tu la aku pura pura mati .. nak mewariskan semua harta aku " ... nasib baik sempat sedar !!

Share
Tweet
Pin
Share
47 comments

IMAG0082 

Tengok... aku berpayung pink g gym ! Hujan lebat tadi memaksa aku meminjam payung adik aku .. Payung kat umah aku banyak dah rosak... kebetulan tu pulak depan mata aku.. aku pakai je la ..

Dalam perjalanan ke gym , ada la motor dok hon.. giler ke pe ? adoiii.. ingat aku pondan keee... grrr ...

 IMAG0080

IMAG0074

Tu pondan !! Bengong.. buta ke apa ??

Share
Tweet
Pin
Share
69 comments

 

 

Pernah dengar nama nama ni ?

TOM ANuAR  ,Zulkif ,Yazid , Shahrin  dan Eddie ... Amacam ? Pernah dengar tan mana nama ni ?? Aku kerat jari laa korang tau !!

Nama nama diatas tu semuanya otai ! Otai tapi bukan dalam bidang blog ,vlog atau goblog ... Bukan bukan bukan !! Nak tau ??? Haa... ini nama nama yang terkenal pada suatu masa dulu ... Hehe..

Nak tau ??

image

Nak tau dengan lebih lanjut ??? Sila redah sini  > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ari tu aku ada keluarkan entri yang mana aku kata tu antara yang panjang selepas ada komen mengatakan entri aku pendek pendek.. Hehehe..

Entri aku sebenarnya dulu banyak panjang panjang .. Larat atau tidak je nak baca.. aku rasa ramai tak larat kot nak baca.. hehehe.. Pembaca dulu mungkin tau la kot.. hehehe

Tagline pertama aku gunakan ialah " PABILA JARI JEMARI KU MULA MENARI " kemudian aku tengok ada orang guna.. aku tuka " JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL " .. pon kena kebas.. dan skang aku guna SANTAI BERSAMA BEN ASHARI .. senang.. hehe..

Ok.. entri yang aku kata tu.. sini laaa..  > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Bertarikh 17/9/2009

Pengenalan

Salam . Akhirnya ada juga ruangan untuk aku meluahkan perasaan aku. Satu ruangan dimana pandangan aku akan dibaca dan dikomen oleh orang lain. Itu pun kalau sudi nak komen.

Selang beberapa hari lagi akan tibanya Aidilfitri. Dan ini bermakna kali pertama juga aku beraya di rumah ibu mertua aku iaitu di Kelantan. Tak tau la macamana keadaannya lagi.Nak mengharungi jalan raya yang sahihnya penuh dengan kereta memandangkan ramai warga kelantan yang mencari rezeki di perantauan. Pening kepala dah tentu. Dijangkakan aku akan bertolak pada esok , yakni Jumaat persamaan 18 Sept 2009 , selepas solat Jumaat. Ramai yang berkata waktu itu mesti penuh dengan kereta.Bagi aku , tidak mengapa sebab yang penting , sampai ke destinasi dengan selamat.Perlahan-lahan bergerak asal selamat.

Yang aku tak puashatinya , hubungan darat ke pantai timur ni. Amatlah tidak memuaskan hati.Terlalu berbeza dengan laluan ke utara dan selatan. Bagi aku , ini tak sepatutnya berlaku.Memang terdapat perbezaan politik tetapi pihak yang berwajib kena la prihatin.Sekurang-kurangnya buatlah tempat rehat yang selesa untuk pemandu berhenti berehat. Nasib baik aku gunakan kenderaan sendiri. Bagi yang gunakan perkhidmatan awam ? Bila berhenti kat perhentian sementara , nak masuk tandasnya pun kena fikir berkali kali !!

Takkan masa nak pilihanraya baru nak tabur janji n baru nak buat itu ini ! Buat je la ! Guna duit rakyat gak tu .Bukannya guna duit pemimpin-pemimpin yang memerintah !! Bila dah selesa, pengunjung / pemandu atau penduduk tempatan pasti akan berterima kasih dan mereka tau sapa yang buat semua tu. Bila tiba masanya diorang pasti akan terpikir sapa yang membangunkan kawasan itu. Sedih betul bila mengenangkan perkara ini. Yang bagusnya , yang nak ke pantai timur ni majoritinya melayu. So fikirlah sendiri.. Yang pastinya , seminggu aku berhari raya di sana...

 

Manakala yang pertama dapat komen ialah entri ini .. dapat 2 komen !! .. hehehe .. Pon bertarikh 17/9/2009 ... Hari tu 2 entri je aku buat ...

 

Keinsafan

Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan . Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang ! Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..

Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

Share
Tweet
Pin
Share
47 comments

 

Tujuan buat blog ? Memula sbb ramai buat blog pastu jadi suka suka  .. pastu dengar cerita blog leh buat duit .. pastu blog boleh dapat ramai kawan.. pastu blog leh dapat maklumat .. pastu blog leh ... jadikan seseorang tu popular .. berapa banyak 'pastu' daa !

Kalau susun balik niat sebenar nak ada blog ni majoritinya sekarang sbb nak popular diikuti dengan money money ! Kawan ? Persahabatan ? Eceh.. serius .. hari ni kawan.. esok leh jadi lawan dalam masa sekelip mata hanya disebabkan percanggahan pendapat ..Banyak sangat kelapa .. eh.. kepala ..

Jangan bohong la semata mata nak dapatkan ramai kawan .. Apakah kawan yang depan mata tu tak cukup pastu nak tambah dengan kawan yang tak tau langsung akan keikhlasan dia ? Nak popular dan $$ ... grrrr...

Aku ? Kan aku kata dah.. mmg aku nak tambah pendapatan sampingan aku dari melepak atau layan tv dikala masa lapang aku.. Haa.. Persahabatan ? Haha.. berapa ramai yang memula kononnya kawan pastu sekarang ni dah jadi lawan ? Tapi yang lawan dah jadi kawan pon ramai gak ...

Dunia maya ni , seronok berkawan .. Hanya berkawan.. Untuk mengenali hati budi , maaf ..belum tentu dapat walaupun 10% .. Segalanya yang kita nampak hanyalah tulisan .. Kejujuran ? Belum tentu ada lagi sebab setiap ayat tu entah berapa kali dia baca dan edit agar nampak kemas , cun dan ikhlas.. Tapi kalau berbicara , sekali terlepas .. maka selamat jalan romeo ..

Bersahabat belum tentu jadi sebenar benar sahabat .. Belum teruji lagi persahabatan ... Bukan mudah untuk memanggil mereka sahabat ..

Sejak aku mengenali dunia maya ini , dari umur aku 21 tahun hingga sekarang , 24 tahun.. eceh.. turun lak .. ari tu 25.. ok ok..serius.. umur aku skang 23 tahun.. haha.. 34 tahun laaa.. haih.. ok..35 !! Puashati ?  Ok.. sambung ... sepanjang itu , hanya seorang kawan maya aku kekal sampai sekarang ! Aku rasa korang tau sapa la kan .. Mmg bagi aku , dia paling ok ! Jujur.. kalau dia nak kritik , dia kritik.. dia nak kutuk dia kutuk.. bila nak bagi pendapat , dia bagi pendapat .. Dari sama sama susah dan kini sama sama dah kira ok masih lagi berkawan ..

Lari tajuk !!!  Blogger gila glamour ... Sedikit sebanyak , ramai yang teringin nak terpacak dalam majalah kan ? tak semestinya muka  ,blog  saja pon  dah best dah ! Kan kan ?

Nafikan ? Eceh.. dah tu , suka suka ? Kalau suka suka , kenapa dok gilablogwalking dan tinggal jejak ? Nak orang masuk baca eh ? Kalau suka suka , buat je blog tu.. taip n publish ! Ada orang ke takde orang ke .. lantak la.. nak lagi best.. sila private blog itu ..

Hurm... lumrah .. Popular bermakna ramai kawan ... tapi tak semestinya sahabat .. Mereka rapat , pastinya mempunya agenda tertentu.. Lumrah kehidupan... Terima je ..

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

Sebab ada cerita cerita ni haaaa... karya agung blogger !! G la baca sendiri.. ahaks ... i likee ...

  • Nurul Afifah
  • mukmien
  • ...AmALinA....~
  • Syarifah Nornazrah Al Yahya
  • mynameismy
  • mas.saari
  • author faethal
  • iqbalhakimi
  • nur
  • cik pulau
  • AdyBudika
  • a n a . i z z t y
  • putERi-kAtEk
  • Sunah Mohammad
  • d_tieah
  • Muslimah Optimis
  • :: Little Kouru::
  • mynameismy
  • AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
  • fadzli
  • Share
    Tweet
    Pin
    Share
    15 comments

     

    Kenal tak kedua dua orang yang aku maksudkan tu ? Eceh.. Kalau tak kenal Tun Mahathir , sila buang warganegara Malaysia tu  yer .. Zizan Raja Lawak ? Kenal ? Tak ? Ok..yang ni tak kenal , tak pe.. tak rugi satu sen pon .. ;)

    Dua personaliti tapi lain bidang .. Bayangkan jika kedua dua ini buat vlog ... Yang mana satu pasti hits ? Jeng jeng jeng .. Apakah Tun Mahathir yang mana semua orang tau kandungan pasti penuh dengan ilmu dan info ?

    Atau Zizan Raja Lawak yang mana banyak mengarut tah hapa hapa tapi ada yang ketawa berdekah dekah  .. Tak kisah la .. Janji terhibur kan ?

    Vlog .. bukan semata mata untuk mereka berkongsi cerita atau ilmu mahupun info .. Bebas.. Sama cam blog .. Tengok contoh mereka mereka yang dah buat vlog .. Mengarut tapi popular gak .. Berinfo tapi kena bantai .. Mana satu pilihan kalbu ?

    Tak nak buat , tak pe.. tak larang .. teruskan dengan apa yang korang buat.. Bagi yang nak mencuba , tak salah .. Bukan rugi apa pon.. Mereka yang menonton akan menilainya seterusnya akan membuat kesimpulan sendiri , sekiranya terdapat vlog orang tu akan datang , apakah dia akan menontonnya atau tidak ?

    Tepuk dada tanya selera. .. Tak salah mencuba sesuatu yang baru ... KLCC pon dulu dikatakan membazir.. Proton Saga pon kena kutuk permulaan dulu...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    14 comments

    Terbaca satu entry dari seorang sahabat blogger .. Menarik .. Tinggi kandungannya .. tapi sayangnya dia terlupa sesuatu ..

    Untuk menjadi yang terbaik , segalanya bermula dari yang terburuk .. Tiada ada sapa yang lahir terus jadi terbaik.. Bermula dari merangkak dah diakhirinya dengan terbaring ..

    Aku .. entri aku sehingga sekarang pon masih lagi 'sampah' ... Takde apa yang aku nak banggakan dengan entri aku .. Tapi nak dibandingkan dari mula aku berblog , aku rasa ada peningkatan la sedikit dari segi penyampaian ..

    Berkaitan dengan vlog .. Bukan senang nak buat vlog.. Yang buat ni pulak bukan pelakon.. Sudah pasti mereka cuba sedaya upaya untuk melakukan dengan terbaik .. Jika itu hasilnya , maka anggaplah itu permulaan kepada sesuatu yang baik .. Apa salahnya mereka nak bervlog ? Kalau tak suka tengok , maka pangkah.. Sama konsep dengan blog .. Tak semua blog itu menepati citarasa pembaca .. Tak suka ? Pangkah.. g cari yang lain .. Tapi jangan lupa , setiap kali mereka buat , setiap kali itulah mereka akan perbaiki.. Pengalaman akan mematangkan mereka ..

    Tengok contoh pelakon .. bandingkan lakonan Rosyam Nor pada mula dia berlakon dan sekarang ? Segalanya memerlukan masa dan tekad... Jika benar nak berjaya , perbaiki segalanya .. Jangan tunggu mahir baru nak buat.. Gamaknya , kita tengok omputih je la merapu ..

    Jangan patahkan semangat rakan rakan .. Mereka memerlukan sokongan .. Apakah itu lebih teruk dari melalak di tepi longkang atau dok berpelesiran di pusat membeli belah ? Mereka cuba mengcungkil bakat mereka.. Sapa tau , salah seorang dari mereka boleh jadi JUSTIN BIBIAQ ? Kot la..

    Asalkan tidak lari dari matlamat dan menyalahi hukum agama , buatlah .. janji berbaloi untuk semua orang .. InsyaAllah ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    41 comments

     

    Yeargh... idea ni lama dah .. tunggu masa nak jadikan kenyataan .. hehehe.. apakah bisa menjadi realiti ? Perbincangan antara aku dan Mat Gebu membuahkan hasil .. Dia okeh .. Manakala orang kuat 1Tube.My , Phil okeh gak .. dan Mia selaku pengurus pon dah okeh.. Aku ? Lagi la okeh..

    Projek ni kalau menjadi , aku nak terjah semua dapur blogger masakan seperti Kak UmmiZaihadi ( Home Sweet Home ) , Kak Chef Hanielieza , Kak Nor ( Secubit Garam ) , MamaFami , kak LG ?? Kak LG tak leh la.. bujet besar.. luar negara tu.. hahaha ..

    Tapi takat ni plan bersama Mat Gebu dulu .. Samada tunggu masa je .. Tarikh ? Tengah bulan Mac ,insyaAllah ... Dan rasanya , nak buat gathering terus kat rumah Mat Gebu tu.. Untuk blogger blogger yang berada di JOHOR lak.. Amacam ? Kat Sedenak , Kulai.. Tak jauh kan.. tengah tengah je tu...

    Amacam ? menarik tak ??

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    25 comments

     

    Pada suatu hari...Ayin bersama adik perempuan nya Qaseh sedang membeli ikan di pasar basah...kemudian dengan secara tiba-tiba, Ujang terlanggar Ayin yang kebetulan Ujang sangat tergesa-gesa akibat kena berleter dengan ibu nya iaitu Mamaleesya..dan..Ujang pada masa itu rasa sangat marah dan rasa ingin memarahi orang yang dia langgar...akan tetapi...setelah terpandang, Ujang seolah terpaku..kemudian..

    sambungan >> SINI

    _________________________________________________

    Esok hari minggu..maka dengan tanpa berfikir panjang..Jamal mengajak si makwenye keluar makan…

    makwenye  Jenab dengan gembiranya menerima pelawaan itu dan mnyuruh si Jamal meminta izin dari Ayah dan Ibu..maka  Jamal pon terpaksa aku dan bertolak ke rumah Jenab untuk meminta izin..

    sambungan >> SINI

    _________________________________________________

    “Abang, bila abang nak masuk meminang? Abah dah bising-bising,” pertanyaan itu dibiar sepi.

    Niq terkedu. Bukan dia tak nak meminang Sunah kekasih hatinya. Tapi hutang keliling pinggang membuatkan dia mengambil langkah mendiamkan diri.

    Sunah geram. Dia melemparkan pandangan ke arah pantai. Sedih hatinya. Dia tak tahu bagaimana lagi yang dia perlu lakukan untuk memujuk Niq untuk hantar rombongan meminang. Umurnya kian meningkat. Abahnya Faizal sudah beri kata dua. Antara Niq atau seorang lelaki bernama Izamir. Sunah pun tak berminat dengan orang yang diperkatakan oleh abah dan maknya, Khumaera.

    sambungan >> SINI

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    4 comments

     

    Aku mmg pernah dengar nama dia .. Cuma nama dia ..Aku tak tau siapa dia pon ..  Justin Timberlake aku tau... tapi dia ? Maaf la yer ... aku tak tau dan tak terpikir nak download lagu dia ..

    Kalau dulu mungkin aku berminat benar dengan menda menda gini tapi bila dah gini usia aku , aku lebih suka dengan lagu lagu di zaman aku jer...

    Aku layan lagu omputih cuma entah .. tak berminat dengan lagu lagu di zaman ini .. Mungkin aku tak nak kenangan zaman aku pudar dari memori aku .. Setiap lagu lagu punya kenangan tersendiri ...

    Si Justin ni , aku terdengar nama dia lagi semalam di berita Sinar.. katanya dia akan dapat pengiktirafan dengan didirikan 3 patung lilin dia di .. mana eh.. ala.. malas tul nak google... sbb bagi aku , tak penting kot ..

    Macam macam orang yahudi ni nak buat bagi kita semua ni sesat.. Hurm...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    25 comments

    185881_195913300432314_100000409372347_666383_5562825_n

    Member aku gatal g tag aku dengan poster movie I AM NUMBER FOUR .. Grr... terus membuak nafsu aku nak tengok ..

    YM wife aku .. tanya nak tak ? Dia ok jer . Sms member aku .. mintak dia booking kan .. hehe .. Dia ajak esok jer ..tapi esok malam aku ada projek lain .. Mau tak mau , dia booking aja ..

    Dapat tiket.. kul 10.30 malam di Alamanda... Cun.. tempat duduk pon best.. senang nak layan ..

    Balik rumah cam biasa.. tak g gym ari ni sbb smlm dah g.. esok lak g .. hehe... tak leh g selalu .. nanti rosak badan aku.. aku bukan nak masuk competition pon.. tak layak langsung.. hehe ..

    Lepa maghrib.. plan nak update blog tapi mata aku tak larat nak bukak dah.. terlalu penat tengok komputer gamaknya.. Terus terlena dpn laptop.. sampai kul 9 lebih.. Wife kejut... bergegas mandi..solat isyak..siap .. keluar..

    Kul 10.15 baru keluar rumah.. Show kul 10.30 ! Pergh... 10.20 sampai Alamanda.. hehhe.. bukan jauh pon... Hurm.. terus g amik tiket.. masuk panggung ..

    Cait...masuk masuk tgk , member aku ada dalam tu.. Aku dah agak dah ..mmg dia tak leh tahan punya kalau aku tengok dulu.. hahaha ...

    OK.. movie start .. I AM NUMBER FOUR ... hurmm... intro... ok..best.. tengah tengah ... best .. boleh tahan ... penghujung .. menarik ! Mmg best !!

    Hero ? Hensem ... sempoi...  Heroin .. Comel arrr.. i like !! hehehe... Pembantu dia ? Pergh.. hahaha.. suka watak dia.. muka baik tapi bijak...

    Keseluruhan .. tak sabar nak tengok kalau ada sambungan atau series kat tv nanti .. hehehe ..

    Dan ini  kali pertama aku tk usung laptop aku dan update blog sebelah malam ... saja nak rehat ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    23 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ►  2025 (40)
      • ►  Jun 2025 (3)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (174)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (17)
      • ►  Julai 2023 (16)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ▼  2011 (4967)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ▼  Februari 2011 (489)
        • Akhirnya , cikgu2 blogger g gym bersama BEN ASHAARI !
        • Ego punya perempuan !
        • Panaskah aku ?
        • Aku suka vlog neh !! hahahha... sempoi !
        • Kenapa mereka menyokong vlogger malaysia ?
        • Bf dia jeles dengan aku ? Aisey..
        • Kenapa aku buat vlog ?
        • Siapa bodoh sebenarnya ?
        • Kita hidup hanya sekali ..
        • SEGMEN : KAMI SOKONG VLOGGER MALAYSIA !
        • Perempuan jek !
        • Kenapa Lin Dan lagi bagus dari Chong Wei ?
        • Tamo entri macam tu !
        • Bloggers , bersatu kita teguh !
        • Layan Syurga Cinta ...
        • Mereka pon pernah dikutuk akhirnya .. lihatlah dun...
        • Mereka pon pernah dikutuk akhirnya .. lihatlah dun...
        • Jom lari mengejar pelangi ..
        • Jual burger atau nak buat blog ?
        • Spesis murahan ...
        • Aku akan 'paksa' mereka google ..
        • Cadang dan kritik dalam dunia blog dan kehidupan k...
        • "Eh.. ayang kentut ke ? "
        • Blog tempat lepas tension ? Sapa kata ??
        • Vlog ? Apa kes beb !!!
        • Entri Mengarut ?
        • Nyampah tengok citer hantu melayu neh !
        • Apa yang sebenarnya pembaca nak dari blog ?
        • Duit tak penting .. erk ??
        • Melepak bersama Blogger Cikgu-cikgu
        • Lu jangan perasan la , BEN !!
        • Takde duit , jangan mengatal nak menikah ?
        • Khas buat pembaca blog ...
        • Mmg aku tak suka , tak suka , tak suka !
        • Chess... aku kena ngorat siutt ngan jantan !
        • Jom layan OTAI !!
        • Entri gila dari aku dan itu yang terakhir ..
        • Entri Pertama aku dalam dunia Blog ...
        • Blogger gila glamour , popular !
        • Anda bosan ? Aku tidak .. kenapa ?
        • Tun Mahathir dan Zizan Raja Lawak buat vlog
        • Jangan lupa ! Segalanya bermula dari 'sampah' !
        • vLog BEN ASHAARI terjah Dapur Mat Gebu ?
        • Tuan Direktor !! Pilih Kasih Eh !! : Pilihan ?
        • Justin Bieber ?? Siapa dia ??
        • Tutup blog kerana ...
        • SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!
        • Blogger Sabah diperlukan .. Ehem ...
        • Tuan Pengarah ! Pilih Kasih Eh !! : 4
        • Wah ... Dah cecah 4 ribu !!
        • Tuan Pengarah ! Pilih Kasih Eh !! : 3
        • Tuan Pengarah Pilih Kasih Eh : 2
        • Headar Pilihan Hari ini ...
        • Tuan Pengarah Pilih Kasih eh !! : 1
        • Akhirnya aku betul betul terkantoi !
        • SEGMEN : PELAKON DIPERLUKAN !
        • Best ke bercinta sesama blogger ??
        • Perkara yang dilakukan bila blog dikritik ..
        • Tiada lagi kedamaian ..
        • Gathering lagi ?
        • BEN ASHAARI mmg berlagak !
        • Macam tak percaya je kan ?
        • Bila blogger jadi pelakon
        • Apa perlu dilakukan sekiranya blog tiada pengunjung ?
        • Kalau lelaki pegang lelaki punya ..
        • Header Blog Pilihan ..
        • Bukan ku sengaja intai ..
        • Aku kena gelak sebab buat blog ..
        • Ada ke orang nak baca blog kau ??
        • Malas tapi perlu !
        • Benarkah kita punya sahabat di zaman ini ?
        • Patahkah semangat juang ku ini ?
        • Tips Blog ..
        • Jangan jadi PAK TURUT !
        • Berlari mencari pelangi ..
        • Baca blog guna mata .. Tinggal komen guna..
        • VLOG kedua dari BEN ASHAARI @ Putrajaya
        • Sapa kata wife tak marah aku blogging ?
        • AKu tak nak kawin lagi ..
        • Jom layan 'otai' !!
        • Tips tarik pembaca blog ?
        • Tips memilih lelaki sebagai pasangan hidup ..
        • Grr... khas untuk perempuan .. lagi !
        • Lelaki bujang vs oh Lelaki tak bujang ...
        • Header Pilihan BEN ASHAARI ..
        • Susah betul nak puji kan ?
        • Besar sangat ke badan aku ni ???
        • Wahai Suami ! Awas !!!!
        • Popularkan blog atau popularkan blogger ?
        • Header Blog Pilihan Malam ini ...
        • Aku mencontohi PAPADOM
        • Wah .. dah 1ribu kengkawan TWITTER
        • Ayam pon aku tak kisah dah !
        • Aku sedar aku ini sudah berpunya ...
        • Jangan benci LELAKI !!
        • Ehem.. khas buat Heliza...eh.. perempuan saja..
        • Bosan ? Jom serbu !!
        • Blogger Pilihan BEN ASHAARI
        • Hasil 10 ribu FOLLOWER
        • Maaf !! Aku tiada peminat !!
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes