Hurm .. Awal awal dulu , sewaktu aku mula berkecimpung dalam dunia blog ni .. aku terikut cara mereka yang gemar membezakan antara blog A dengan blog blog yang lain dari segi populariti dan sebagainya ..
Kesannya , ramai yang berada rendah diri dan juga ‘segan’ . Apa yang berlaku selepas itu , penulisan blog mereka berubah menjadi lebih mengarut yang mana mereka lebih terkejarkan populariti dan juga trafik ..
Betul , populariti dan trafik tu penting untuk permulaan . Tapi kenalah dengan cara yang betul ..Apa yang berlaku di zaman aku tu , banyak yang mengarut .. Kesan dari tu , entri di blog jadi mengarut gak .. Tiada lagi perkongsian hidup seorang blogger yang mana mungkin berguna untuk pembaca dia atau maklumat maklumat terkini yang dia sendiri perolehi tanpa copy paste dari blog atau web lain .
Ya , aku akui aku antara mereka yang jadi ‘ termengarut ‘ kejap tapi sebenarnya aku punya alasan tersendiri. Aku mengkaji apa sebenarnya yang menjadi minat bacaan pengguna internet ni .. Apa yang aku tau ialah , sensasi ..
Isu sensasi terutama selebriti dan politik sering menjadi pilihan diikuti oleh fesyen dan juga gaya hidup .. Blog blog infomasi seperti blog masakan , petua petua dan juga pendidikan , punya pembaca tersendiri ..
Blog blog peribadi ni lak , amatlah kurang pengikut kerana mereka ni bukanlah terdiri dari mereka yang dikenali ramai . Maka , ramailah mula bertukar arah .. kan ?
Rugi sebenarnya .. Apa yang membezakan antara blogger ialah penulisannya . Setiap penulis blog ada gaya penulisan tersendiri .. Itulah daya tarikan sebenarnya ..
Malangnya , dari mula aku berblog hingga sekarang .. tumbuhnya blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah semata mata ingin mendapatkan pulangan yang lumayan ..
Tak salah untuk dapatkan pendapatan dari blog tetapi macam aku kata , kalau nak berjaya seperti blogger yang popular tu , kemaskinikan blog dan wujudkan keunikkan di blog kita tu .. Cari kekuatan blog kita ..
Kebanyakkan kesilapan yang berlaku ialah , tanam pokok hari ni , esok nak kait dah buahnya .. Boleh ke ?