Mintak resit lain kali !!

by - Isnin, Mei 28, 2012

 

Semalam kan , nak dicerita panjang panjang kan .. Aku dan keluarga aku sampai laa kat Kelantan dan check di satu hotel bajet berhampiran giler dengan Wakaf Che Yeh .. Perfect ! Sangat menarik .. Tapi sayang aku tak leh join tidur ngan diorang sbb aku nak kena settle urusan persiapan kenduri anak manja aku sorang ni .. Ada anak dah rupanya aku .. Cam tak caya jeer .. Jap je masa berlalu .. Patut ramai dah panggil aku UNCLE .. huhu ..

Bila tanya harga .. berlainan dari apa yang memula wife aku cakap .. Hurm.. Ok la .. Aku tak kisah la .. Janji keluarga aku dapat menginap dengan selesa dan selama .. Tu paling penting ..

Aku pon bayar la untuk 3 malam .. Dan kemudian , kunci diserahkan lalu aku pon ajak semua naik atas .. Semua tu , ahli keluarga aku la.. tak ajak pon staff hotel tu naik sekali ..

Bila tengok bilik .. hurmmmm … aku rasa nak solat pon susah sebab sempit .. Berlainan dari dalam gambar yg ditunjukkan dalam pamplet yg wife aku tengok  waktu datang booking ari tu ..

Ni kira untuk tidur dan mandi je la jawabnya ..

Dan tadi , aku dan wife datang ke bilik mereka untuk ajak pergi shopping kat Pasir Mas .. Wife aku ni , spesis kalau dah janji harga tu , dia nak harga tu gak .. Dia g jumpa orang yg dia deal memula ..

Jumpa staff tu .. Dia layan dengan baik sekali .. Setelah dibincangkan dengan lemah lembut dan sopan santun tanpa sebarang perhimpunan BERSIH dibuat depan hotel tu , maka dapatlah harga yang dijanjikan tu ..

Adik tu pon check la rekod pembayaran .. Dia terkejut .. Sbb dalam komputer tu tulis untuk 1 malam jer ! Tapi bayaran dibuat untuk 3 malam .. Nasib baik ada tulis duit yg diterima .. Cuma hari menginap tu je salah masuk ..

Segala urusan tanpa resit ! Silap aku tak mintak resit .. Nasib baik staff tu tak berkira sangat dan sanggup check rekod .. Kalau tak ? Mau boleh bikin gaduh mulut gak ..

Alhamdulillah .. dapat baki duit walaupun aku tak kisah tapi wife kisah .. Dia mmg gitu .. Aku jenis tak berkira .. hahahah .

You May Also Like

8 comments

  1. orang pompuan, haruslah..
    nak jimatkan poket suami gak :)

    BalasPadam
  2. bagus betul wife bro. terbaik. hehehe.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  3. perempuan..that's the speciality comes first..haha

    BalasPadam
  4. kalau ai pun, ai akan buat macam ur wife buat..

    BalasPadam
  5. perempuan slalu fikir masa hadapan..hehe~

    BalasPadam
  6. dia takod duit abang ben habis :)

    BalasPadam
  7. nasib baik ada jenis yang KISAH... kalau tak mesti tak dapat harga murah

    Saya pun jenis KISAH...orang pompuan memang gitu la BEN :P

    BalasPadam