BEN ASHAARI



Ada kawan tanya aku, kalau tak makan nasi.. camana nak ada tenaga yang banyak ? Pastu , nak makan apa je untuk pastikan kita tak kelaparan ? Dan macam macam soalan lagi la ditanya. Hurm.. dulu pun aku macam tu ! Ada yang kata kalau tak makan nasi , mengigil la perut ! Atau kalau mula makan nasi , akan balas dendam ! 

Serius betul la kata kata tu ! Aku dah lalui semua tu ! Tapi bila memikirkan kelebihan yang bakal kita perolehi bila tak makan nasi ni , pergh... mesti rasa berbaloi pengorbanan yang dibuat tu ! Lagi pun , nasi je yang tak dimakan. Lain , makan je la ! 

Selain nasi, gula putih pun aku tak ambil. Di rumah aku , tiada gula putih bila buat air. Anak anak pun cuma minum air putih. Atau paling tidak pun , aku buatkan diorang air halia dicampur dengan lemon serta madu. Sesekali tambah beetroot. Kalau di luar rumah , boleh la minum tapi akan diminta air kurang manis. Cenggitu. Ajar dari awal.

Sejujurnya kenapa aku buat semua ni , adalah disebabkan tekanan darah aku hari tu naik. Dalam 130+ dan 80+. Tinggi tu ! Ada yang kata sikit je tu. Tapi impak untuk aku , memang tak bagus. Aku akan mudah sakit kepala , hilang kawalan diri dan cepat stress ! Pastu bila tekanan darah kita naik, bermakna kita mengundang penyakit berbahaya yang lain. 

Alhamdulillah... berat aku tak banyak  turun tapi dari sudut lain, banyak beza ! Tekanan darah cantik , lemak di perut dan pinggang menyusut.  Perut tak nampak membuak dah. Aariz pun dah tak kata daddy buncit ! Dan sakit gigi pun hilang. Tu diaaa ! Sebelum ni ada rasa sakit gigi kat geraham tu. Tunggu masa nak gi klinik gigi jer tapi tiba tiba tak rasa dah ! 

Bangun pagi.. segar je rasa walaupun kurang tidur. Tak pening kepala. Mata pun mudah terbuka berbanding sebelum ni.. liat je rasa. Dan paling syok , cergas sepanjang masa. Tapi perlu juga dapatkan rehat di waktu tengahari. Dalam 5 minit pun ok dah. Aku curi lelap mata ketika tunggu anak keluar sekolah. 

Inshaallah, Ramadan nanti aku dah takda masalah bab makan ni. Boleh juga gi gym ketika berpuasa. Dah biasa.. 






 Pengambilan makanan aku mudah jer. Apa saja yang wife masak, aku makan. Tapi dia tau apa yang aku akan makan dan apa yang tidak ! Pastikan ada protein, sayur sayuran dan buah buahan. Sebenarnya, aku tak buat semua ni untuk aku jer. Aku nak anak anak tau betapa pentingnya penjagaan makanan ni. Zaman sekarang ni, macam macam jenis racun tersembunyi dah ada. Muda muda dah kena kanser ! Muda muda dah obesiti ! Dan ada diabetis ! Puncanya.. dari makanan sejak kecil la. 

Mereka dah faham dan ikut apa yang aku buat. Bersenam... jaga makan. Inshaallah, akan berterusan selagi mampu. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku suka makan. Kalau dah makan tu , payah nak ingat orang belakang ! Jenis payah nak kawal nafsu makan. Dah mula , susah nak berhenti sehingga abis segalanya atas meja. Kalau tak cukup , cari di dapur lagi !  Jika gi makan nasi arab... satu dulang tu aku boleh abiskan. Itulah aku... 

Bila periksa tekanan darah , memang akan melambung naik ! Apakah sebab lauk pauk ? Takkan nasi kot ? Hurm... Orang dulu makan camana ? Lauk pauk beraneka jenis. Pastu diorang kerja camana ? Kita kerja camana ? Duduk di pejabat.. stress..Apakah itu puncanya ? Aku sekarang ni lebih pada nak kawal tekanan darah tinggi dan juga kandungan gula dalam badan. 

Alhamdulillah.. aku memang dah lama tak ambil gula putih ni melainkan bila di luar rumah... apa yang ada depan aku, itulah rezeki aku. Jika nak order minuman , memang akan order tanpa gula. Cuma masalah bab makan jer. Apa yang nak di order ?

Baru baru ni , aku check tekanan darah tinggi. Lama dah tak check. Selagi bila check.. tu dia ! Dah naik semula. Cecah level hipertensi ! Biar betul kot ? Sebelum ni semua optimal jer ! Apakah puncanya ?? Jangan main main.. ramai tumbang kebelakangan ni punca dari situ. Tekanan darah tinggi !  

Maka aku cuba berhenti ambil nasi. Bila aku tak ambil nasi , maka aku tak makan banyak dah ! Sekadar ratah lauk pauk yang ada jer. Sayur , buah , ayam , ikan dan sebagainya. Tapi takda nasi ! Bila takda nasi, maka aku tak makan banyak la. Cepat kenyang. 



Sesekali layan belut. Tambah serbuk halia, jadi sedap sangat !

Dah kembali ke optimal

Sarapan pagi jika sempat nak rebus.

Setiap pagi dan malam sebelum tidur. Chia seed , beet root , halia dan lemon.


Hari ni.. dah masuk hari ke 18 aku tak amik nasi. Nasi je la.. Macam mee , bihun tu, ada la aku makan skit skit. Macam aku kata la.. kalau aku makan nasi, aku akan bertambah. Kalau mee atau bihun tu, makan kosong gitu je la. Tak macam nasi.. siap berlauk bagai. Wajib nak ada telur goreng bagai. Maka kalori akan berganda ganda la tingginya.. kan ? Sebab tu aku tak nak NASI...buat masa ni. 

Faham ? Ada yang kata bila kita makan nasi semula, kita akan balas dendam. Betul ! Aku tak nafikan. Maka sebab itulah kita kena belajar jaga niat. Bukan nak kurus tapi lebih pada kesihatan. Faedah dari tu, adalah rezeki kita... cenggitu ! 

 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 Wife ajak balik Kelantan guna Nissan Livana dah masuk usia 10 tahun. Aku dah buat servis dan baiki mana yang patut. Banyak juga kos dikeluarkan. Part tayar, aku bawa ke kedai tayar untuk buat pemeriksaan. Katanya boleh guna lagi. Aku cam.. hurm... Tapi disebabkan pakar ekonomi kata tahun 2023 ni kena berjimat , maka aku biarkan dulu tapi hati memang tak sedap sangat rasa.

Alhamdulillah.. pergi balik Kelantan, Allah lindungi kami sekeluarga. Setiap kali hujan turun , aku berdebar. 2 kali aku kemalangan, di kala hujan ! Bukan salah aku. Orang langgar belakang. Nasib baik takda apa apa... 

Pagi Selasa.. cuti lagi. Aku seperti biasa , dalam jam 8 pagi tu akan ke gym. Malas nak sambung tidur. Lepas gym cadangnya nak gi basuh kereta dan beli sedikit barang dapur . Ketika dalam perjalanan , hujan turun. Renyai. Aku pandu seperti biasa. Jalan raya di Sepang ni memang licin dan kualitinya ke laut dalam ! Bila masuk ke Bandar Baru Nilai , lagi teruk ! Pecah sana sini.. tampal sana sini. 

Selesai gym.. hujan renyai renyai membasahi bumi. Aku memandu pulang. Hati aku berdetik.. " Pakailah seat belt. " Aku terlupa nak pakai. Terus aku tarik dan sarungkannya. Alhamdulillah..Dan tak lama selepas tu, apa yang aku takuti , terjadi. 

Aku pandu laju ? Tak mungkin sebab aku memang tak suka bawa laju apatah lagi dengan keadaan kereta yang dah berusia tu. Jalan licin dan beralun membuatkan kereta aku pandu tu , gagal dikawal. Segalanya sekelip mata. Masih terbayang bagaimana kereta aku pandu tu, terbalik ! Nasib baik ada pokok untuk menahan kereta dari jatuh ke bawah. 



Aku tenangkan diri. Terikat kemas di kerusi pemandu. Nasib baik aku seorang diri. Biasanya anak anak ikut. Ambil barang berharga dan masukkan dalam beg. Kemudian periksa anggota badan. Takda kecederaan. Aku kuatkan kaki dan cari tempat untuk berpijak. Aku buat seat belt.

Tak lama kemudian aku terdengar suara orang di luar. Aku menyahut. Aku tolak pintu kereta ke atas dan bergerak keluar. Agak licin. Aku sambut tangan yang dihulurkan oleh seorang lelaki yang berhenti membantu aku. Kemudian ada sorang lagi berhenti. 

Aku keluar dan termenung setika. Camana boleh terjadi ??? Aku tenangkan diri. Orang yang tolong aku tu berikan air sebotol untuk aku minum agar dapat tenangkan diri. Aku istighfar berkali kali. Macam dalam mimpi je semuanya. Masa nak terpusing kereta tu , aku tawakal je pada Allah. Dah tak boleh nak buat apa.

Diorang tanya aku berkali kali.. Ok ke ? Ada cedera mana mana ? Sapa lagi dalam kereta ? Pastu yang membantu aku cakap situ memang selalu berlaku kemalangan. Abang dia pun baru kena baru baru ni. Dan tak lama kemudian , ada bantuan tiba. Diorang uruskan. 

Aku telefon wife. Camana aku nak cerita kat dia eh ? Mau dia pengsan gak nanti. Tak pe la.. Aku call dia. Dia tak caya. Dia ingat aku main main. Biasanya memang aku main main pun. huhuh... Aku video call kali ni. Dia cam nak pengsan dah ! Allahuakhbar...tu je yang keluar dari mulut dia. 

Aku suruh dia contact insuran. Call abang aku pastu sebab nak tanyakan bengkel kereta untuk baiki. Tapi kata mereka , kena hantar ke panel insuran kita juga untuk baiki. Takda pilihan.. biarkan mereka je uruskan. Dah check , bukan scam dan mereka memang uruskan kebanyakkan kemalangan di situ. 




Balik rumah.. mandi. Tenangkan diri pastu ke IPD Sepang untuk buat laporan. Sedih gak tengok keadaan kereta tapi tu la... yang penting takda yang cedera ! 

Nasihat aku... kalau tayar tu dah lebih 2 tahun , walaupun elok lagi bunganya.. tukar je la.. Dalam keadaan hujan sekarang ni , pastikan keadaan kereta elok dan selamat. Selebihnya minta perlindungan dari Allah. 

Alhamdulillah.. aku selamat dan masih mampu update blog.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Hari ke 12 tanpa nasi. Aku makan seperti biasa tapi cuma tiada nasi. Ada sayur, ada ayam, ikan , buah buahan dan apa saja yang aku boleh makan , aku makan. Tapi bukanlah makanan yang diproses pebuatannya seperti burger , hotdog dan sebagainya. Aku elakkan dalam masa ni. 

Alhamdulillah , tekanan darah turun. Sebelum aku buat gini, aku periksa setiap pagi.. tekanan sekitar 130/80+. Ketika PKP lepas, tekanan seperti sekarang ni tapi mungkin aku dah tak jaga sangat makan, tu yang naik balik. Nasi hari hari makan.

Maka aku periksa satu satu pemakanan aku. Satu satu aku berhenti dan akhirnya aku cuba berhenti amik nasi walaupun ada yang kata nasi tak bersalah ! Haha... Mungkin pada perut dia. Pada perut aku lain sedikit. Bukan tak boleh makan nasi tapi kena kawal. Masalahnya, aku tak leh kawal nafsu bila melibatkan nasi. Kena cari penganti nasi. 

Sesekali boleh la kot makan.. Pasni mungkin mulakan semula dengan hanya tengahari saja amik nasi dengan kuantiti yang kecil. Tak boleh dah gi makan kat kedai nasi arab. Hee.. satu dulang aku balun ! Tu aku kata, jangan mulakan ! Kalau mulakan , naya ! 

Sekarang ni aku cuma ambil chia seed + oats + whey protein di pagi hari. Telur setengah masak jika ada stok di dapur ! Hahaha.. Aparaa.. telur pun payah nak dapat. Kalau ada pun, harga serupa buah buahan import dah ! 

Bagi yang punya ada tekanan darah tinggi , cubalah buat cam aku buat ni. Cuba puasa nasi dan stop terus pengambilan gula. Apa ? Tak boleh stop gula? Lepas makan , minum air halia suam panas. InshaAllah gula akan pergi terus dari kemahuan diri. 

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments




Wife cuti sakit semalam. Setelah lebih 7 bulan dia tak diserang period pain dan gastrik, semalam dia tumbang. Perut kejang dan terasa pedih ulu hati. Puncanya ? Hurm... bermula dari pemakanan. Korang paham paham je la nafsu wanita tang makanan ni. Teringin sana sini. Pastu curi curi makan. Kalau dengan aku, boleh la aku kawal. Kalau aku takda ? Mesti ada punya ! Bila dah kena, masa tu kita bebel pun dia diam jer. Hahaha.. Sah sah bersalah. Menyesal ? Terbaring la atas katil tu sorang sorang ! Cakap tak nak dengar ! 

Pastu punca kedua, tekanan kerja. Yang ni aku rasa memang kawan baik para wanita yang bekerja secara profesional. Diorang komited seolah syarikat diorang punya. Sehinggalah jatuh sakit , masa tu rasa syarikat tu takde kaitan dengan diorang malah terima mesej bertanya pasal kerja. Haaa, amik kau ! Hehehe.. kan kan ? Sekadar " semoga cepat sembuh ya.." . Jauh sekali nak terima voucher makan percuma atau potongan diskaun percutian dari syarikat. Hahahaha.. Nasib la nak oii ! 

Punca ketiga... skip makan tengahari ! Ni satu kesalahan besar ! Kita stress pastu tak makan.Memang naya ke perut la. Kiranya masa makan malam nanti baru nak makan besar ! Huhh.. pastu ada cili atau pedas ! Memang meletup la asid dalam perut tu ! Tu yang kena pedih ulu hati ! 

Sepatutnya.. ketika wanita period , kena jaga emosi. Penting ni. Jangan stress stress ! Tak bagus untuk badan. Pastu bila nak makan , pastikan minum air halia suam panas dulu. Tambah la madu dan lemon skit. Tujuan untuk meredakan asid dalam perut tu. Barulah makan. Masuk dulu sayuran atau ulaman tanpa sebarang kepedasan. Ingat.. yang sedap tu rasa dari lidah jer. Pastu sama je rasanya. Yang penting khasiat dari pemakanan kita tu ada. Jangan sumbat makanan 'sampah' ketika lapar. Sian badan kita. Mahal ubat ubatan skang ni.

Untuk kes wife aku semalam , aku kas minum air halia 2-3 kali. Leganya berkurangan tapi kejang perut tu tak hilang. Dia mintak aku belikan ubat. Maka aku ke farmasi dan bertanyakan ubat untuk masalah tu. Dia kasi sejenis ubat.Alhamdulillah , lepas makan ubat tu sebiji , terus ok perut dia. Terus layan drama Korea kat Netflix.  Serik dah dia. Untuk semalam. Bila perut tu dah sembuh , hurm... datang balik perangai TERINGIN tu. 

Bab teringin ni , aku pun ada. Lelaki pun ada bab teringin sangat nak makan itu ini tapi boleh kawal. Bagi aku, memadailah makan untuk teruskan hidup dah. Tak perlu pikir makan sampai kenyang terlampau. Sangat tak selesa.

Jauhi gula ! Apa saja yang manis , jauhi. Yang ni ramai lelaki gagal lakukan. Bab minuman bila melepak. Untuk hilangkan ketagihan ni mudah jer. Jangan melepak di kedai kedai makan terlalu lama. Kalau memandu untuk jangka masa yang lama , air putih dah memadai. Mengantuk , berhenti jer. Jika amik minuman tambah tenaga , bermakna kita cari bala untuk jangka masa lama. Dia tak terus kena tapi satu hari nanti ! Tu yang ada lelaki perut boroi lain maciam walhal tak kuat makan. GULA bang.. GULA !

Ok penutup.... Jaga pengambilan makanan kita. Elakkan makan makanan viral yang boleh rosakkan diri sendiri. Ingat, bila kita sakit.. kita bukan saja susahkan orang lain tapi kita sendiri yang derita. Kesihatan , mahal harganya.



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Adik aku mesej. Katanya mak aku ajak makan di Nasi Ayam Mafia. Diorang asyik tengok aku posting di Instagram je makanan ni. Hahaha.. Dan diorang pelik aku sekeluarga gemar gi makan di sana. Apa yang menarik sangat Nasi Ayam Mafia ni ?

Aku cam.. What ??? Alamak.. apakah aku perlu sertai sama pesta makanan ni nanti ? Abang aku sekeluarga pun join sama. Diorang kaki makan. Aku sekeluarga lak, makan untuk kenyang jer. Nak jalan jalan cari makan sedap, bukan kami la. Huhuh.. Walaupun aku dulu rajin review makanan , tapi kami bukan food hunter. 

Aku hantar lokasi. Ajak jumpa di sana terus. Booking tempat dulu sebab atas jam 12 tengahari, tempat tu akan penuh sangat dan cuaca pun dah mula mendung. Alhamdulillah , kami sampai... orang baru nak ramai. Sup kaki ayam pun masih punya kaki ayam ! Hahaha.. Kalau tau, waktu waktu gitu tinggal sup je la.

Dapat tempat menarik. Cuaca cantik. Sejuk, Damai dan segar. Berlatar belakangkan kehijauan tanpa gangguan asap kenderaan atau pendingin udara , kami makan sambil menghirup udara segar. Baru puashati. 

Aku... makan ayam je. Nasi tak. Berjaya halang nafsu. Cuma aku jamah sedikit air cendol. Sedap weh air cendol dia ! Sagu Gula Perak dia jadi kegemaran anak buah aku. Siap tapau bawak balik gitu. Mak aku makan nasi ikan keli. Licin ! Ingatkan dia sekadar nak menjamah jer rupanya berselera sungguh.




 

Ada yang tanya aku camana aku kawal nasfu makan ? Berjaya elak makan nasi ? Mudah jer. Pertama , sebelum keluar rumah.. makan dulu ! Amik telur setengah masak atau buat air protein ditambah dengan kurma , chia seed dan oats. Memang perut akan penuh. Bila di kedai makan nanti, takda la teringin sangat nak makan nasi. 

Apa perbezaan yang aku dapati selepas diet nasi ni ? Aku rasa lebih segar di pagi hari. Tekanan darah pun cantik. Badan ringan je rasa bila bangun tidur. Mulut tak berbau. Berat badan mampu turun tapi aku tak nak turun banyak. Skit jer. Tak nak kurus. Lebih pada nak bakar lemak di bahagian perut dan pinggang. 

Berapa hari aku tak nak makan nasi ni ? Er.... inshaAllah , nanti akan mulakan semula cuma kuantiti tu sedikit jer. Ni tengah nak biasakan jer.. Tahun lepas dah buat masa Ramadan. Memang kurus abis la time tu hingga ada yang kata nampak tua. Erk... Maskulin kot ? Hahaha... 

Yang penting.. sihat ! 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Saja latih diri berpuasa sekarang ni. Orang kata di tahun 2023 ni kena banyakkan berpuasa sebab barang makanan semakin mahal. Betullah tu.. Sarapan pagi je sekarang dah berapa ringgit ? Nak jimat, buat je macam ni. Aku punya cara... sahur tu, makan je telur ayam separuh masak , dalam 3 ke 4 biji . Pastu untuk pastikan otot sihat, amik whey protein tambah oats dan juga kurma. Eh, banyak gak bajet tu. Kan ? Takda la pun. Tak nak tambah semua tu pun ok jer. Ikut kemampuan masing masing.

Perbezaan yang aku rasa kalau tak makan nasi ni sangatlah banyak. Pertama dari segi kesegaran diri di pagi hari. Lebih mudah bangun tidur. Tak mengantuk atau keletihan di pagi hari. Kemudian , di bahagian pinggang tu, takda dah lemak lemak lembik terkeluar. Kalau kita pegang pinggang kita tu, boleh tau la camana rasa lembik dia. Geram nak picit picit je. Hahahah..

Pagi hari, selesai yang utama di rumah.. ke gym sebelum hantar anak ke sekolah. Si Zahra ikut aku ke gym. Dia pun berlatih skit skit. Dia suka berlari. Maka aku nak fitkan dia. Mana la tahu kot kot tahun ni, dia leh masuk acara di sukan sekolah. Tak berharap pun tapi saja kasi dia semangat. Yang penting , sihat dan jangan biarkan anak anak rasa cam diri tu tak berharga.  Cenggitu ! 

Hari ke 5 tak makan nasi. Berat dari 90kg + dan menurut ke 89kg+ . Aku takda sasaran. Selagi lemak di perut tu ada, aku nak kasi dia 'kering' sedikit. 




Alhamdulillah.. boleh je gi gym pagi hari pastu teruskan kehidupan di kala berpuasa. InshaAllah, Ramadan akan datang ni, boleh buat gitu. Bukanlah untuk nampak sado atau gempak di pagi raya tapi aku nak sihat jer. Tu je niat aku. Takda niat nak kawin dua kat Thailand pon. Kalau nak, lama dah aku buat. Hahaha.. gurau gurau ! 

Banyak kelebihan berpuasa ni. Paling utama ialah merehatkan usus kita tu dari bekerja sehari hari. Kena kasi dia rehat gak. Pastu boleh tingkat imuniti kita. Haaa.. Cuma pastikan bila berbuka tu, janganlah makan makanan yang merosakkan mereka. Jauhi gula , makanan yang berminyak serta berlemak. Banyakkan sayur dan buah buahan.... Cenggitu ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah... hari ke 3 cubaan untuk hidup seminggu tanpa makan nasi. Tahun lepas , aku berjaya lakukan sepanjang Ramadan dan hasilnya memang lumayan sekali ! Cuma masalahnya ialah, bila dah mula makan nasi kembali , memang akan jadi ketagihan. Tu yang bahayanya ! 

Kenapa aku tak ambil nasi ? Apakah nasi merbahaya ??? Eh... tak pun ! Boleh je makan nasi tapi kita kena tahu sukatan nasi yang perlu diletakkan di dalam pinggan kita berdasarkan aktviti harian kita. Kalau kita sekadar duduk di dalam pejabat sepanjang hari , tak perlulah nak penuh sepinggan. Biarlah lauk je banyak. Dan jangan dibanjiri dengan kuah kuah pula. Sup kosong ok la. Jauhi kuah yang berminyak , berlemak dan tinggi rasanya.  Itu cara aku la kalau nak makan nasi.

Untuk aku, nasi memang mudah membuatkan perut aku kelihatan buncit ! Jika makan sedikit , akan rasa tak puas. Payah nak kawal nafsu. Sebaiknya aku elakkan terus untuk belajar mengawalnya. Bila dah rasa boleh kawal, barulah akan mula amik sedikit. Lagi pun aku rasa lebih ringan jika tak makan nasi. Lebih segar dan mudah bangun pagi. 

Kalau tak makan nasi, nak makan apa ? Apa yang aku ambil untuk ganti nasi ? Hurm.. aku minum whey protein ditambah dengan oats , chia seed dan kurma. Kalau ada pisang , aku campurkan sama. Heee... 

Selepas minum tu, aku tunggu dalam sejam atau aku ke gym terlebih dahulu sebelum baliknya aku makan telur setengah masa dalam 2-4 biji.Bergantung pada stok telur di dapur. Heee..Kalau makan tengahari dan malam , aku akan ratah sayur ulam bersama budu dan buah. Jika ada lauk seperti ayam dan ikan , itu lebih bagus disertakan sama. 

Makan skit skit tapi kerap. Tu formulanya. Pastikan air putih senantiasa diminum untuk elakkan kelaparan. Kita sebenarnya tak memerlukan makanan yang banyak untuk hidup melainkan kita menggunakan tenaga yang banyak untuk hari itu seperti mereka yang terlibat dalam kerja kerja fizikal.

Dalam perut kita tu nanti , semua makanan adalah sama je kelihatannya. Cuma yang membezakan ialah khasiat yang ada dalam makanan tu. Jika banyak khasiat, untunglah tubuh badan kita. Jika sebaliknya, tu yang kita kerap kurang sihat. Wallahualam.







Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

"Bang Ben, camana nak hilangkan buncit perut saya ni ? Dah bersenam tapi tak jugak hilang hilang. Payah betul. Dah rasa nak putus asa ni. Redha jer.. ". Satu mesej yang aku dapat di Instagram. Maka aku pun  berikanlah beberapa tips mudah untuk dia berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

Aku nak kasi nasihat pun sebenarnya aku sendiri bermasalah dengan buncit ni sehinggalah wife aku kena gastrik teruk , tahun lepas. Dari situ aku banyak membaca pasal PERUT atau GUT ni. Kemudian , sedikit demi sedikit aku baiki kesilapan aku terutama bab pemakanan ni. 

Faktor buncit perut ni banyak. Aku bukanlah pakar untuk memberikan pandangan tapi sekadar pandangan aku yang bukan profesional. Mana tau dapat membantu.. kan ? Tak cuba , tak tau. Dah cuba... sendiri tau. 

Mula mula aku betulkan cara pemakanan aku. Aku dapati aku suka makan makanan berkuah. Bila makan nasi , memang kuah melimpah. Ala ala nasi kandar walaupun bukan nasi kandar. Maka aku henti letak kuah banyak banyak. Tinggi kalori tu. Nasi putih, aku makan skit skit. Maksudnya , memula tu aku letak satu senduk kecil jer. Pastu lauk seperti ayam dan sayur ulam tu banyak. Makan sekali dengan budu. Heee.. Sedap ! Tu pasal akan bertambah satu senduk lagi. Itu pun hanya berlaku bila aku gi gym pada hari tu. Kelaparan. Jangan ikut part ni. Bertambah tu ! Aku lain la.. sebab aku di gym gemar buat HIIT. Maka pembakaran kalori tu memang banyak. Huhuh.. 

Lepas makan , aku elakkan minum air. Tunggu dalam setengah jam atau hingga sejam. Tapi sebelum makan tu, aku minum air dulu. Haaa ! Ni penting ni. Minum air dulu sebelum makan. Barulah bila makan tu, cepat kenyang. Inshaallah... 

Aku berhenti minum kopi segera dan susu segar kotak tu. Aku malas nak sebut jenama. Alhamdulillah, banyak sangat perubahan pastu. 





Dan ini paling penting. Sarapan pagi dan makan malam. Sarapan pagi ni biarlah yang berkhasiat. Aku dah elakkan roti canai lama dah. Aku amik telur setengah masak , oats dicampur dengan whey protein dan sebelum tu, air halia ditambah dengan lemon. Terbaru, aku tambah dengan chia seed. 

Di gym, aku abiskan masa dalam sejam setengah. Ikutkan 40 min je pun ok dah tapi aku buat lebih skit sebab tu je cara aku enjoykan diri. Hee.. rasa best je bila di gym. Takda orang. Takda gangguan dan tak perlu mengumpat orang lain. Selamat ! Walaupun badan penat.. 

Makan malam.. pastikan 4 jam sebelum kita nak tidur. Sesekali tu ada la makan berat tapi pastikan pagi tu, kita bersenam. Bakar kalori tu. Kalau nak berat , elakkan yang ada gula putih , berminyak dan tinggi kalori ! Pastu minumlah air halia. Elak dari kembung perut atau pedih ulu hati. 

Alhamdulillah... inshaallah berkesan. Kalau nak cepat bakar kalori, aku syorkan jump rope jer. Buat sehari 100x melompat. Yang penting konsisten. Korang brisk walk setengah jam depan umah. pastu melompat jap. Settle ! 

Moga membantu. 


 Untuk dapatkan serbuk halia seperti yang aku guna ni, boleh je whatsapp ke : https://Halia1.wasap.my

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Gitulah katanya tempohari bila dia bagitau yang kuiz Matematik di dalam kelasnya di salah satu je. Bila ditanya kenapa boleh salah, dia kata dia terlupa camana nak buat. Dia tau tapi terlupa. Gitulah. Pastu dia mintak maaf. Katanya dia tak pandai. 

Aku senyum. Aku bagitau dia yang mana dia dah dapat jawab banyak betul tu pun dah kira pandai malah lebih pandai dari ayah dia yakni aku la ! Heee.. Apa yang dia kena buat, kena lebih fokus di dalam kelas termasuklah kelas tambahan secara online. Kena rajin buat latihan tambahan dan ulangkaji. 

" Sebab tu daddy suruh Qhaliff beli barang di kedai. Tujuannya untuk Qhaliff faham kenapa pentingnya Matematik dalam kehidupan kita. Bukan nak kejar A tapi untuk kita teruskan kehidupan. Untuk elak kita dari ditipu orang lain dan paling penting , ilmu ni adalah dari Allah. Kalau kita tak manfaatkan , rugilah kita. Sampai kita tua kita kena belajar " kata aku.

" Hah ? Sampai tua ? " tanya dia. 

" Iyer. Belajar ni bukan di sekolah jer. Macam Qhaliff bila masuk kelas online tu.. Daddy duduk sebelah dan belajar sama. Macam karangan BM hari tu. Nampak mudah tapi rupanya ada ilmu yang daddy dah terlupa mengenai dia. Nah, sekarang berguna juga untuk daddy dalam memperbaiki tulisan daddy di blog. Padahal kelas Qhaliff tu untuk tahun 4 ! Cikgu yang ajar tu, banyak pengalaman. Luas ilmu dia. Tak rugi la kita sama sama belajar " sambung aku. 

Dengar kat Zahra , dia punya nyampuk..

" Zahra nak masuk kelas gak , daddy" katanya. 

" Tahun ni Aara masuk. Belajar Matematik, English , Sains , Bahasa Melayu. Ok ? " pujuk aku.

" Yeay... terima kasih daddy.. " gembira dia.

Aariz ? Dari kejauhan dia jawab... " Aariz tak pe. Aariz dah pandai " perlahan je suara dia sambil main kereta Buggatti kesayangnya. 

" Amboiii.... kalau pandai , meh sini daddy tanya soalan. " arah aku.

" Alaa.. Aariz saja je la.. Nanti Aariz belajar la. Aariz kan baru 6 tahun. " jawab dia.

Adeh.. gitulah aku setiap hari bersama anak anak. Nasib baik ada kelas Online bersama Rely dan Flyhigh Training Centre ni. Banyak sangat membantu aku ketika PKP dulu hingga sekarang. Cikgu cikgunya memang tip top ! 

" A tak penting Qhaliff.. Yang penting , daddy nak Qhaliff dan adik adik semua jadi orang berilmu. Manfaatkan ilmu dunia akhirat. Jangan susahkan orang. Jangan tipu orang. " sambung aku. 


Kelas online Rely boleh dapatkan info lanjut di www.relyedu.com manakala Flyhigh Training Centre , boleh hubungi terus mereka di : 
Wasap.my/60105433732
Wasap.my/601156899323
Wasap.my/60126509622
Wasap.my/60126877488
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Tahun lepas , aku pernah kena Covid 19 sekali. Puncanya ? Aku syak dari gym di hotel yang takda dijaga oleh staff. Mungkin awal pagi je bilik gym tu dibersihkan pastu pengguna keluar masuk tanpa ada sebarang spray pembersih dan juga kain. Bayangkan yang masuk tu dok batuk batuk pastu bersenam. Pastu keluar macam tu jer. Adeh... Berbeza dengan situasi di gym yang hari hari aku gi, walaupun ramai orang ada tapi kain dan spray pembersih tu diletakkan di setiap bahagian bagi memudahkan pengguna membersihkan sebelum menggunakan mesin senaman tu. Alhamdulillah, takda kes jangkitan pun di gym.

Batuk aku memang teruk. Keluar darah setiap kali batuk. Aku tak tau samada darah tu dari luka di tekak atau pun paru paru ! Nasib baik aku pernah buat review produk berasaskan cendawan susu harimau ni. Aku pernah belikan untuk mak aku. Dia batuk teruk masa tu. Alhamdulillah , batuk dia pulih selepas minum beberapa kali Tiggot. Yang aku review, jenama lain tapi yang tu.. 100% asli tanpa bahan campuran. Memang tak ramai boleh telan. Sebab tu aku belikan mak aku , Tiggot sebab ada campuran susu. Senang nak masuk perut.

Baru baru ni, anak anak aku batuk. Aku berikan diorang air halia ditambah madu dan lemon untuk kurangkan batuk. Disebabkan Zahra ada masalah dengan paru paru satu tika dulu, aku tambahkan Tygerberry untuk dia. Selepas minum air halia tu , dia minum tu. Qhaliff dan Aariz pun kena minum. Malam nak tidur je baru kasi ubat batuk yang doktor kasi. Alhamdulillah , batuk diorang cepat sembuh. 

Begitu juga wife yang baru balik dari London baru baru ni, suara dia hilang. Sakit tekak ! Aku buat cara yang sama. Alhamdulillah, beberapa hari pastu ok dah. Tapi dengan syarat bila amik semua ni ! Ada pantang larang dia.

Pertama.... berhenti semua minuman yang ada gula. Berhenti makan makanan bertepung. Gula gula atau susu juga tak boleh minum sehinggalah batuk hilang betul betul. 

Kedua.. banyakkan berehat. Paru paru tu kena rileks sehingga sembuh. 

Bila dah sihat , teruskan pantang larang tu untuk diorang dan juga kita terutama yang ada kaitan dengan GULA ! Hentikan ! Payah.. tapi berbaloi. Sesekali layan , ok la. Tapi sesekali tu bukanlah selang sehari. Kalau boleh seminggu sekali je ok la. Baru terasa nikmat. 

Sejujurnya , bila kita berhenti GULA, badan akan lebih kuat dan sihat. Tak caya.. try la ! Cara mudah dengan berpuasa ! 

Boleh cari produk ni secara online yer.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


" Ada ke orang nak baca ko tulis pasal kesihatan ni , Ben  ?" tanya seorang kawan bila berbual pasal blogging ni. Katanya orang sekarang suka tengok video lagi terutama bab makan , travel , drama pendek lucu lucu. Bab kesihatan ni, biasanya orang sakit atau orang tua je akan cari info. Tu pun bersebab. Bukannya sebab SUKA ! 

Betullah tu. Memang orang baca bab ni bila diorang dah sakit , dah gemuk atau dah mulai berusia dan mencari cara cara nak kelihatan muda ! Hahaha.. cam aku la ! Tapi aku dah buat semua ni, sejak umur 22 lagi. Masa tu, aku dah mula obes !  Ditambah lagi masa tu , aku kerap diserang sakit kepala yang amat sangat. Sampai terpaksa ambil cuti dua hari , setiap minggu ! Reputasi kerja memang  turun la. Pastu mudah angin dan panas baran. 

Bila orang tua kata , jaga makan.. aku jawab aku rajin bersenam. Bukan sebab makan jadi macam tu ! Aku tak percaya. Aku lagi pandai dari orang tua aku.  Kononnya la. Tapi bila kena baru baru ni, baru sedar ! Rupanya betullah tu. Jaga makan. Tu jer puncanya. Nasib baik tak terlambat lagi. Sempat perbetulkan. 

Bersenam ? Eh... kemas rumah pun bersenam ! Bersenam ni bukanlah sekadar mengeluarkan peluh. Bersenam ni, kita chill chill mengerakkan tubuh badan. Paling best , bila dapat satukan diri dengan alam terutama di pagi hari. Bayangkan setiap pagi, kita berjalan kaki menghirup udara segar ditemani kicauan burung. Tenang je rasa kan ?

Ah.. aku tulis panjang pun , bukan orang nak baca.. Baik aku gi brist walk dulu.. pastu gym. Sebelum tu, solat sunat Dhuha.. Jaga diri yer. Terima kasih pada yang setiap membaca blog ini. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Tarik nafas dalam dalam. Tenang ! Itu yang aku buat. Jika aku, dua tahun dulu mesti dah diserang anxiety! Tapi kali ni, aku redha dan tawakal. Disamping tu , aku kena berhati hati. Tingkat imunisasi badan dengan makan makanan berkhasiat dan tinggalkan makanan yang boleh merosakkan seperti gula , makanan yang diproses seperti hotdog, burger dan banyak lagi. Sesekali layan ok la. Dan banyakkan bersenam cara sihat. Tujuan bukan untuk sado tapi untuk boost pertahanan diri. 

Bab makan ni sebenarnya ramai gagal. Mereka takut diserang virus tapi tak pulak takut dapat penyakit 3 serangkai ! Kalau kita tak jaga bab pemakanan ni, perut akan dapat balanya ! Bila perut dapat bala , seluruh badan kita bakal bermasalah. Kalau mati terus , takpe. Senang cita. Tapi kalau kena ulang alik hospital... rasa rasa sapa yang bakal susah dan disusahkan ? 

Camana nak jaga makan ? Ramai yang cakap dia dah ketagihan manis. Atau nak kena makan sedap memanjang jer. Tak leh berlapar ! Erk... puasa tak di bulan Ramadan ? Boleh kan ? Kalau boleh berpuasa, mesti la boleh hindari semua tu. Maka berpuasa sunatlah seminggu 2 kali. Itu permulaan. Bila buka puasa tu, buat air suam panas. Minumlah. Nak kena ada rasa ? Tambahlah halia atau kunyit. Bagus dua ni untuk bersihkan lidah kita tu. Bila lidah dah clean , makanan yang punya gula.. kita akan terasa manis lain macam ! Itulah yang berlaku pada aku.

Alhamdulillah , aku dah berjaya elakkan gula ni yang mana satu ketika dulu, aku memang bermasalah dengannya dan kesannya, aku dapat penyakit tekanan darah tinggi ! Sesungguhnya cukup nikmat kehidupan bila dapat menjauhi semua tu ! Ada orang kata rugilah kalau tak makan semua tu ! Tapi bagi aku rugilah kita di pagi hari masih lesu.. tak bemaya serta kemalasan dek kerana apa yang di makan semalam , memberi kesan pada kita. Yang untung cumalah lidah.. yang menangis adalah perut dan bahagian lain dalam sistem enjin tubuh kita.

Jaga badan... badan jaga kita. Bila diserang virus , inshaAllah mereka kuat untuk melawan ! Ke korang nak gi cucuk dos 4 ??? Aku ? Tak pe la... cukuplah 3 ! Hahahaha.. Tu pun terpaksa ! 

Kepada Allah, kita berserah. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
2022 dah pergi meninggalkan kita semua. Penuh cabaran. Suka dan duka. Mendidik kita untuk lebih bersedia menghadapi hari hari yang bakal mendatang. Apakah ujian yang akan kita lalui ? Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Selamat tahun baru 2023 dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat isteri tercinta. Setiap tahun , semua orang di dunia sambut harijadi dia.. kata dia la Heee... Alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan umur dengan keberkatan , dimurahkan rezeki dan.. yang lain tu nanti aku bisikkan kat telinga dia. Hee.. Tak semua menda kita leh cerita kat blog ni. Yang rahsia , biarkan rahsia. Kan kan.. Hahaha..

Ok... cuti panjang ni, aku abiskan sedikit masa dengan menonton cerita bersama anak anak. Dua cerita yang menarik membuatkan aku terasa bersemangat ialah The Rise Of Ottoman dan Mili. Memang best layan cerita ni.. Berbaloi. 



The Rise Of Ottoman , kisah pasal Sultan Mehmed atau Fatih. Ada dua kisah ni. Satu kisah, dalam 8 episod rasanya. Tapi memang syok. Bukan senang nak tawan kota Constantinople atau Istanbul tu. Cuma kena hati hati skit la bila menonton dengan anak anak. Ada babak kena skip. Skit jer. Pastu season 2 , pasal dia ngan Vlad Dracula. Di sini permulaan dongeng pasal Draculan yang kononnya suka hisap darah tu ! Memang mendebarkan bagi mereka yang tak tau mengenai kisah ni. 

Mili, aku tonton semalam. Sejam sebelum tahun baru 2023. Cerita mengenai seorang gadis yang terperangkap dalam peti sejuk simpanan makanan di tempat kerja dia. Bagaimana dia nak selamatkan diri dia ? Apa pula tindakan kawan kawan dan ahli keluarganya setelah dia tak pulang ke rumah seperti biasa ?

Dua dua cerita ni boleh tengok di Netflix. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (39)
    • ►  Jun 2025 (2)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ▼  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ▼  Januari 2023 (14)
      • Day 21 tanpa nasi ! Apa kesannya pada aku ?
      • Nasi tak bersalah!!
      • Jangan tunggu sehingga terjadi !
      • Tekanan darah tinggi ? Cara untuk kawal..
      • Period pain disertai gastrik !
      • Hari ke 8 tanpa nasi ! Ujian di Nasi Ayam Mafia.
      • Hari ke 5 tanpa nasi !
      • Bolehkah turunkan berat badan tanpa makan nasi ?
      • Cara mudah hilangkan buncit !
      • Qhaliff tak pandai la, daddy !
      • Ubat untuk batuk ?
      • Orang tak baca pasal kesihatan ni melainkan bila d...
      • Bila pelancong China ke Malaysia awal tahun..
      • Penutup tahun 2022 dan pembuka tahun 2023 !
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes