Jangan tunggu sehingga terjadi !

by - Rabu, Januari 25, 2023

 Wife ajak balik Kelantan guna Nissan Livana dah masuk usia 10 tahun. Aku dah buat servis dan baiki mana yang patut. Banyak juga kos dikeluarkan. Part tayar, aku bawa ke kedai tayar untuk buat pemeriksaan. Katanya boleh guna lagi. Aku cam.. hurm... Tapi disebabkan pakar ekonomi kata tahun 2023 ni kena berjimat , maka aku biarkan dulu tapi hati memang tak sedap sangat rasa.

Alhamdulillah.. pergi balik Kelantan, Allah lindungi kami sekeluarga. Setiap kali hujan turun , aku berdebar. 2 kali aku kemalangan, di kala hujan ! Bukan salah aku. Orang langgar belakang. Nasib baik takda apa apa... 

Pagi Selasa.. cuti lagi. Aku seperti biasa , dalam jam 8 pagi tu akan ke gym. Malas nak sambung tidur. Lepas gym cadangnya nak gi basuh kereta dan beli sedikit barang dapur . Ketika dalam perjalanan , hujan turun. Renyai. Aku pandu seperti biasa. Jalan raya di Sepang ni memang licin dan kualitinya ke laut dalam ! Bila masuk ke Bandar Baru Nilai , lagi teruk ! Pecah sana sini.. tampal sana sini. 

Selesai gym.. hujan renyai renyai membasahi bumi. Aku memandu pulang. Hati aku berdetik.. " Pakailah seat belt. " Aku terlupa nak pakai. Terus aku tarik dan sarungkannya. Alhamdulillah..Dan tak lama selepas tu, apa yang aku takuti , terjadi. 

Aku pandu laju ? Tak mungkin sebab aku memang tak suka bawa laju apatah lagi dengan keadaan kereta yang dah berusia tu. Jalan licin dan beralun membuatkan kereta aku pandu tu , gagal dikawal. Segalanya sekelip mata. Masih terbayang bagaimana kereta aku pandu tu, terbalik ! Nasib baik ada pokok untuk menahan kereta dari jatuh ke bawah. 



Aku tenangkan diri. Terikat kemas di kerusi pemandu. Nasib baik aku seorang diri. Biasanya anak anak ikut. Ambil barang berharga dan masukkan dalam beg. Kemudian periksa anggota badan. Takda kecederaan. Aku kuatkan kaki dan cari tempat untuk berpijak. Aku buat seat belt.

Tak lama kemudian aku terdengar suara orang di luar. Aku menyahut. Aku tolak pintu kereta ke atas dan bergerak keluar. Agak licin. Aku sambut tangan yang dihulurkan oleh seorang lelaki yang berhenti membantu aku. Kemudian ada sorang lagi berhenti. 

Aku keluar dan termenung setika. Camana boleh terjadi ??? Aku tenangkan diri. Orang yang tolong aku tu berikan air sebotol untuk aku minum agar dapat tenangkan diri. Aku istighfar berkali kali. Macam dalam mimpi je semuanya. Masa nak terpusing kereta tu , aku tawakal je pada Allah. Dah tak boleh nak buat apa.

Diorang tanya aku berkali kali.. Ok ke ? Ada cedera mana mana ? Sapa lagi dalam kereta ? Pastu yang membantu aku cakap situ memang selalu berlaku kemalangan. Abang dia pun baru kena baru baru ni. Dan tak lama kemudian , ada bantuan tiba. Diorang uruskan. 

Aku telefon wife. Camana aku nak cerita kat dia eh ? Mau dia pengsan gak nanti. Tak pe la.. Aku call dia. Dia tak caya. Dia ingat aku main main. Biasanya memang aku main main pun. huhuh... Aku video call kali ni. Dia cam nak pengsan dah ! Allahuakhbar...tu je yang keluar dari mulut dia. 

Aku suruh dia contact insuran. Call abang aku pastu sebab nak tanyakan bengkel kereta untuk baiki. Tapi kata mereka , kena hantar ke panel insuran kita juga untuk baiki. Takda pilihan.. biarkan mereka je uruskan. Dah check , bukan scam dan mereka memang uruskan kebanyakkan kemalangan di situ. 




Balik rumah.. mandi. Tenangkan diri pastu ke IPD Sepang untuk buat laporan. Sedih gak tengok keadaan kereta tapi tu la... yang penting takda yang cedera ! 

Nasihat aku... kalau tayar tu dah lebih 2 tahun , walaupun elok lagi bunganya.. tukar je la.. Dalam keadaan hujan sekarang ni , pastikan keadaan kereta elok dan selamat. Selebihnya minta perlindungan dari Allah. 

Alhamdulillah.. aku selamat dan masih mampu update blog.

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah Ben selamat and takda apa apa serius . 🥰🥰🥰

    BalasPadam
  2. Moga aben dan family sentiasa di lindungi Allah.

    BalasPadam
  3. Mujur tak bawak anak2 sekali.
    Alhamdulillah Ben.

    BalasPadam
  4. Syukur Alhamdulillah

    BalasPadam