Hari ke 5 tanpa nasi !

by - Jumaat, Januari 13, 2023

Saja latih diri berpuasa sekarang ni. Orang kata di tahun 2023 ni kena banyakkan berpuasa sebab barang makanan semakin mahal. Betullah tu.. Sarapan pagi je sekarang dah berapa ringgit ? Nak jimat, buat je macam ni. Aku punya cara... sahur tu, makan je telur ayam separuh masak , dalam 3 ke 4 biji . Pastu untuk pastikan otot sihat, amik whey protein tambah oats dan juga kurma. Eh, banyak gak bajet tu. Kan ? Takda la pun. Tak nak tambah semua tu pun ok jer. Ikut kemampuan masing masing.

Perbezaan yang aku rasa kalau tak makan nasi ni sangatlah banyak. Pertama dari segi kesegaran diri di pagi hari. Lebih mudah bangun tidur. Tak mengantuk atau keletihan di pagi hari. Kemudian , di bahagian pinggang tu, takda dah lemak lemak lembik terkeluar. Kalau kita pegang pinggang kita tu, boleh tau la camana rasa lembik dia. Geram nak picit picit je. Hahahah..

Pagi hari, selesai yang utama di rumah.. ke gym sebelum hantar anak ke sekolah. Si Zahra ikut aku ke gym. Dia pun berlatih skit skit. Dia suka berlari. Maka aku nak fitkan dia. Mana la tahu kot kot tahun ni, dia leh masuk acara di sukan sekolah. Tak berharap pun tapi saja kasi dia semangat. Yang penting , sihat dan jangan biarkan anak anak rasa cam diri tu tak berharga.  Cenggitu ! 

Hari ke 5 tak makan nasi. Berat dari 90kg + dan menurut ke 89kg+ . Aku takda sasaran. Selagi lemak di perut tu ada, aku nak kasi dia 'kering' sedikit. 




Alhamdulillah.. boleh je gi gym pagi hari pastu teruskan kehidupan di kala berpuasa. InshaAllah, Ramadan akan datang ni, boleh buat gitu. Bukanlah untuk nampak sado atau gempak di pagi raya tapi aku nak sihat jer. Tu je niat aku. Takda niat nak kawin dua kat Thailand pon. Kalau nak, lama dah aku buat. Hahaha.. gurau gurau ! 

Banyak kelebihan berpuasa ni. Paling utama ialah merehatkan usus kita tu dari bekerja sehari hari. Kena kasi dia rehat gak. Pastu boleh tingkat imuniti kita. Haaa.. Cuma pastikan bila berbuka tu, janganlah makan makanan yang merosakkan mereka. Jauhi gula , makanan yang berminyak serta berlemak. Banyakkan sayur dan buah buahan.... Cenggitu ! 

You May Also Like

0 comments