BEN ASHAARI




Rasanya , selepas ni memang akan jadi tempat percutian wajib sekeluarga setiap tahun. Sebelum ni, perancangan nak jadikan Hard Rock Hotel Penang tapi nampaknya akan berubah fikiran setelah jatuh cinta dengan La Villa Cherating ni. 

Ada banyak faktor yang membuatkan aku berubah fikiran. Antaranya , La Villa ni mudah nak diakses. Tak perlu nak harung kesibukan bandaraya. Dari KL , terus je masuk ke Cherating. Senang dan mudah. Kos tol pun murah. 4 jam perjalanan. Bab makan minum , jangan cerita la. Depan hotel ada banyak kedai makan. 

Apa yang menariknya La Villa ni ? Permandangan dia memang superb la terutama ketika mentari naik dan tenggelam. Terasa tenang dan damai. Mereka yang tak da kampung tu , boleh la lepak sini. Yang stress bagai.. nak berendam dalam kolam tanpa segan silu.. silakan. Jangan bogel dah la.. Heee..

Bilik.. selesa ! Tandas bersih. Aircond...ada wifi tempat parking mudah. Restoran. Kolam terbuka yang luas. Pantai yang bersih. Layanan dari kakitangan hotel pun ok. Kebersihan kawasan sekitar , amat memuaskan hati. Kicauan burung sentiasa kedengaran. Deruan ombak , menenangkan.. 

Harga ? Hee... boleh tahan gak la. Kena check di Agoda. Wife aku amik di saat akhir... turun harga skit. Tengok sendiri la yer. Setahun sekali ok la sini. Lama dah anak anak mintak gi bercuti. Oh ya.. LaVilla ni di Holiday Villa Cherating. 



















 




 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Freedommmm !!! 

Yeargh.. aku tahu. Ramai nak jerit gitu ! Bebas dah tak perlu pakai pelitup muka. Ada yang rimas. Ada yang semput. Ada yang nak nampak gincunya. Ada yang nak nampak mulutnya. Atau hidungnya yang mancung. Dan sebagainya la. Atau paling tidak pun.. tak nak terlibat dengan sebarang konspirasi ! Huhuh.. 

Aku ? Hurm... Untuk pengetahuan, aku dah pakai pelitup muka ni sebelum pandemik lagi. Kenapa ??? Aku ada dua alasan. Pertama , asap rokok ! Rimas dengan asap rokok ni. Tu dulu la. Sekarang macam tak banyak dah tapi asap kenderaan pula jadi masalah. Semput aku nak bernafas. 

Yang kedua ? Heee.. Aku tak perlu nak risau bau mulut orang dah. Dan sejujurnya, sejak aku pakai face mask atau pelitup muka ni, payah dah aku nak dapat selsema berbanding sebelum ni. Begitu juga anak anak aku. Jika tidak , mereka kerap ke klinik. Kalau tak demam.. mesti selsema batuk punya ! Adanya SOP seperti face mask dan penjarakan fizikal, sedikit sebanyak menyelamatkan duit aku ! Bukan sedikit yer. Sekarang kos ke klinik dah berapa ! Huh.. 




Bagi aku.. pelitup muka ni sangat berkesan dari dijangkiti virus. Ada yang kata .. pakai pun kena ! Pakai on off memang la. Bila berbual, buka.. masuk kedai makan dengan kawan kawan , buka. Dalam pejabat buka.. Pastu sentuh sana sini , tak sanitize jari jemari tu. Bila berbual ,  takda penjarakan. Pastu nak salahkan face mask tak berfungsi. 

Kalau korang rasa gembira tak perlu pakai.. aku tidak sama sekali. Bila takda orang , baru aku buka. Bukannya nak pakai 24 jam. Bila ada orang je baru pakai. Tak kisah la orang tu sihat atau tidak.. aku lebih suka mengambil sikap berhati hati. Bukan takut mati tapi tak nak susahkan orang terutamanya keluarga ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Sejak wife aku kena pedih ulu hati baru baru ni, aku rajin mencari info info berkaitan dengannya. Bukan apa.. aku sendiri pun pernah kena tapi tak seteruk wife. Begitu juga dengan ibu aku. Sebelum ni dia kerap kena sehinggalah ubat doktor jadi peneman. Sampai bila nak gitu gak ? Ubat doktor ni pun bukan untuk diamalkan. Nak tak nak , kena ubah gaya hidup dan dan makanan tambahan yang lain untuk memperbaiki usus kita. 

Ini secara ringkasnya la. Aku nak terangkan macam medical punya infomasi , bukan aku punya bidang mahupun kepakaran. Aku sekadar cerita apa yang aku faham hasil dari bacaan aku. Yang aku tahu, setiap hari usus kita perlukan probiotik dan juga prebiotik untuk memastikan segala sistem berjalan dengan lancar. Usus adalah barisan pertama untuk tubuh badan menentang penyakit. Usus rosak, siap ler kita ! 

Pada tahun 2017, satu penyelidikan tempatan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati 1 dalam setiap 9 orang rakyat Malaysia mengalami sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome, IBS). Pesakit IBS juga mengalami gangguan berkaitan penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, ketidakselesaan perut, kekembungan atau kombinasinya.

Apa itu Probiotik ? 

Probiotik diringkaskan supaya mudah difahami ialah BAKTERIA BAIK yang terdapat pada usus, yang menjadikan USUS lebih kuat dan sihat. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.

Probiotik diperlukan untuk mewujudkan dan menyemai pembiakan bakteria yang baik serta menjauhkan pembiakan bakteria jahat. Probiotik juga membantu menyerapkan nutrien berkhasiat kepada tubuh badan. Bakteria baik bukan sahaja membantu membunuh bakteria jahat tetapi turut membunuh patogen yang terdapat didalam usus.

Apa itu Prebiotik ? 

PREBIOTIK secara ringkasnya ialah makanan kepada PROBIOTIK atau makanan kepada bakteria baik agar tumbuh lebih subur.  Contoh prebiotik ialah bawang putih , pisang , bawang bombay, sayuran hijau seperti brokoli dan asparagus , sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan . 

Prebiotik atau makanan kaya serat yang semakin popular seperti gum arab atau manna adalah antara pilihan prebiotik terbaik untuk usus kita. Adalah digalakkan agar ketika kita menikmati probiotik sebagai supplement kesihatan , kita patut juga menambahkan prebiotik untuk hasil yang lebih baik dan sempurna.

Kemudian aku singgah di satu grup Facebook. Setiap hari aku baca posting posing dari ahli grup. Penyakit yang mereka hadapi sangatlah menakutkan tetapi penawarnya ada di depan mata ! Apakah itu? Ubah gaya hidup kita ! Jaga pemakanan paling utama. Bila makan tak betul... segalanya rosak ! 

Ada yang syorkan EM DRINK+ ! Testimoni dari mereka yang pernah mengambilkan cukup mengagumkan. Ramai yang sembuh selepas minum EM DRINK +. Ianya bukan ubat doktor atau hospital tapi mengunakan bahan bahan  organik saja. Ditambah lagi pengakuan seorang selebriti terkenal yang terkena jangkitan Covid 19 , aku rasa memang patut cuba la..

Dan aku dah rasa. Ternyata testimoni yang diberitahu tu memang betul. Jika kita amalkan , inshaAllah akan dapat khasiat darinya. 

Apa itu EM DRINK+ ?

" EM Drink+ Advanced merupakan minuman berasaskan bakteria baik hasil kultur campuran daripada penapaian micro-organisms hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat, sekaligus membantu meningkatkan antibodi dalam badan.

Sebab itu, anda akan kekal aktif dan sihat, kerana kandungan EM Drink+ Advanced sendiri membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik serta imunisasi badan yang lebih tinggi.


Oleh kerana EM Drink+ Advanced ini berasaskan tebu hitam & 3 Mikrob baik, maka minuman ini terbukti tiada kesan sampingan dan 100% organik tanpa chemical. Bukan itu sahaja,
Minuman ini sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk bayi. Ya, tiada golongan terkecuali.
Kerana EM Drink+ Advanced bukanlah ubat mahupun supplement, tetapi bakteria hidup yang diperlukan badan serta kawasan persekitaran "

Cadangan aku , wajib simpan sebotol dua di rumah. Jika berkemampuan , amalkan je hari hari. Banyak khasiatnya. Dari kita minum minuman yang mampu merosakkan badan kita tu , baik minum yang berkhasiat. Kan kan kan ? 

Khasiat EM DRINK ? 

Kandungan dan kelebihan EM Drink+ Advanced ini : 
  • Mampu meningkatkan antibodi tubuh badan manusia.
  • Merawat serta mencegah penyakit bawaan virus seperti Selesema, Demam, Batuk, Sakit Tekak, Ulser serta Kulit.
  • Kekal Cergas, Aktif serta tidak mudah terkena jangkitan yang menyebabkan sesuatu penyakit.
  • Semua peringkat umur tanpa terkecuali.
  • Tiada kandungan gula tambahan. Ya, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.
Maklumat lanjut , korang boleh dapati sendiri di web mereka... 




 





Website : https://emdrinkplus.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/EmdrinkLover/

Instagram : https://instagram.com/emdrinkplus_hq
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
 " Bang.. turun 5 kilo dah berat badan Zila. Fuh.. ni kalau berterusan, kurus balik ni " kata wife. Aku senyum. Aku sendiri pun dah turun 2 kilo. Tapi aku kena naikkan skit sebab nampak kurus sangat lak. Aku takda masalah nak naikkan berat badan sebab aku kalau naikkan pun , aku tau apa kena isi. Aku sekeluarga memang dah pantang betul sejak wife sakit hari tu. 

Ada banyak hikmah wife sakit hari tu. Aku buat banyak kajian mengenai Gastrik , Gerd dan juga Anxiety. Punca utama ialah pemakanan ! Dan nombor satu patut hindari ialah GULA ! Inilah yang kegagalan kita. Sejak PKP diperkenalkan dalam negara kita, ramai  yang gagal kawal nafsu makan. Hari hari makan. Duduk rumah tak boleh keluar rumah... maka makan makan makan je la kerjanya. Nak bersenam pun tak boleh masa tu kan ? Sedikti demi sedikit baru dilonggarkan. Bila tak boleh bersenam.. nak buat apa lagi ? Masing masing mengadap gajet , tv dan sebagainya. Pastu lapar.. makan. Ditambah lagi dengan viralnya pelbagai jenis makanan serta minuman yang memang aku nampak tak berkhasiat langsung. Huhuh.. Punca kepada obesiti dan juga memberi masalah pada usus serta perut. 


Berat badan aku dari 89kg ke 87kg !


Sejak awal Ramadan hinggalah sekarang , setiap kali sahur dan berbuka... minuman yang dihidangkan atas meja makan kami cumalah air suam panas. Pastu makan suku nasi dan lauk yang biasanya dihidangkan ialah ayam ketika berbuka dan telur goreng atau setengah masak ketika sahur. Aku lak , akan bancuh oats dan dicampur dengan MMX Isolean protein. Letak air suam. Susu , aku terpaksa stop sebab aku dah kesan susu tu punca angin pada badan aku. 




Dapatkan MMX Metabolix Isolean sekarang di Nutrition Pro ! 


Lepas makan , barulah aku bancuh air lemon madu halia. Alhamdulillah... perut jadi selesa. Kalau tak, sebu je lepas makan ! Nak tunggu hilang sebu , matahari dah naik tinggi ! Huhuh. Begitu gak ngan wife. Alhamdulillah.. dah sebulan dia tak 'diganggu' dengan masalah sakit ulu hati atau angin dalam badan. 

Dan memang ternyata pantang larang yang dibuat ni, membuatkan badan dia nampak lebih elok dari sebelum berpantang ni. Kelmarin gi butik pakaian , dia mencari baju kurung raya. Mintak size yang biasa dia pakai.. gelebeh ! Staff tu pun kata tak sesuai. Kena cari size kecik sikit dan ternyatalah benar... badan dah menyusut ! 

Dia cerita kat aku. Aku senyum. Lama dah suruh berhenti minum KOPI KOPI ni kan. Kalau kopi  asli tanpa campuran tu ok la. Ni dengan krimer bagai.. tambah lagi gula ! Aduh. Menakutkan citarasa zaman ni. Bila dah sakit.. masa tu baru nak tepuk dahi. 

Oh ya.. MMX Isolean yang aku guna tu,  zero sugar dan zero fat ! Memang berkesan sangat untuk mereka yang bersukan mengambilnya. Otot kita perlukan makanan tambahan terutama jika kita kaki sukan. Kalau mampu nak ambil secara semulajadi seperti makan ayam telur dan sebagainya, lagi ok. Macam aku.. tak larat nak makan semua tu hari hari. Kos pun satu hal. Mahal je sekarang. Jadi aku amik je la MMX Isolean ni. Satu scoop je sehari. Boleh tahan sebulan lebih. InshaAllah. 

Bagi korang nak turunkan berat badan dengan cara yang sihat.. Boleh la ikut cara mudah aku. Mulakan dengan BERHENTI MENGAMBIL GULA ! InshaAllah.. badan lebih sihat dan lebih nampak muda dari sebelumnya ! 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 Cuba ajak anak anak kita tu, keluar rumah.. pastu tunjukan sesuatu yang agak jauh. Dalam 20-30 meter gitu. Kalau ada huruf , suruh dia baca. Kemudian tengok mata dia. Apakah dia mengecilkan mata dia ? Tergosok gosok mata dia ? Bagaimana respon dia. Jika dia berjaya membaca dengan baik tanpa masalah.. inshaAllah mata dia ok. Tapi jika sebaliknya , kena bawa buat pemeriksaan. 

Kebanyakkan mata anak anak kita ni berpunca dari akiviti harian mereka. Kerap tengok  skrin gajet terlalu lama  salah satunya. Antara kerosakan mata yang sering dialami oleh anak-anak kita ialah : 
  • kabur penglihatan
  • mata kering
  • rabun jauh (miopia)
  • kerosakan saraf mata
Sebagai ibu bapa , kita kena ambil tahu perihal anak anak. Mereka yang masih kecil ni, tak tau nak bagaitau kat ibu bapa mereka yang mereka ada masalah dengan mata mereka. Berikut adalah tanda tanda awal  kabur penglihatan pada anak anak kita. Sila ambil maklum yer.. 
  • kedudukan kepala yang senget ketika memfokus (contohnya ketika membaca atau menonton TV)
  • juling
  • membaca atau menulis pada jarak yang terlalu dekat
  • kesukaran menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam / putih
  • kerap meniru kawan kerana tak nampak apa yang ditulis atau ditunjukkan oleh cikgu di hadapan suka menonton TV dari jarak dekat
  • selalu menggosok mata dan kerap mengerdipkan mata walaupun tidak mengantuk
  • sensitif terhadap cahaya, mata kerap berair
  • menutup sebelah mata untuk memfokus pada benda yang ingin dilihat dengan jelas
  • mengadu sakit kepala / penat bahagian mata
  • sukar menganggarkan jarak
  • mengadu melihat objek menjadi dua (double vision)
Andai anak kita tu ada masalah , terus buat pemeriksaan komprehensif optometris bagi mengenalpasti masalah fungsi visual anak anda kerana ada beberapa jenis rawatan yang perlu disesuaikan dengan masalah yang dialami. 

Nasihat akan diberikan. Jika perlu pakai cermin mata , jangan risau sama sekali ! Pakai cermin mata tidak menyebabkan rabun itu bertambah. Melainkan kita beri mereka cermin mata yang tidak mengenakan cermin mata yang betul, itu bakal jadi masalah. Perlu kita tahu yang penggunaan cermin mata yang tidak sesuai dengan power yang diperlukan akan menjejaskan fokus pada retina dan akan sebaliknya mempercepatkan kadar peningkatan rabun jauh. Maka, ibu bapa perlu pantau dan periksa keperluan mata anak setiap tahun.

Yer... aku tahu. Nak buat cermin mata bukan murah kan ? Takut juga nak buat tapi tak berkualiti. Jika korang berada di sekitar Kuala Lumpur , aku boleh syorkan satu kedai cermin mata ni. Bukan baru lagi dalam bidang ni. Dah berpuluh tahun. Sejak aku remaja lagi , diorang dah wujud. 

Ramai dah kawan kawan aku gi buat kat situ. Semua berpuashati ! 








Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : 
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Samad Al Iraqi Restaurant , restoran masakan Iraqi yang kita tau masakan mereka ini memang sedap sedap belaka, terletak  di Menara Prestige , Jalan Pinang ni awalnya aku ingat harga dia mesti RM100+ punya. Tengok dia punya restoran yang nampak cukup cantik dan kemas ni memang mengujakan aku. 

Parking mudah sangat. Parking je dalam bangunan. RM4 jam pertama. Agak premium sedikit tapi kalau nak guna LRT pun , lagi mudah. Turun je kat KLCC pastu jalan kaki. Dekat sangat ! Tak sempat nak berpeluh, sampai dah. 

Restoran yang cukup berseri. Tandas bersih. Terurus. Pekerja dia awalnya nampak cam garang tapi rupanya mesra sangat ! Peramah dan sangat membantu. Nak solat Maghrib, diorang buka sejadah di depan restoran. Bersih ! 

Harga buffet Ramadan , RM87 untuk dewasa dan kanak kanak , RM39. Makanan dia ? Heee.. sejujurnya aku tak sabar nak rasa.. sebab ni pertama kali nak rasa masakan Iraq oleh chef chef terhandal mereka. Gulp... 

Sejujurnya.. awalnya aku nak batalkan makan kat sini tapi dek kerana hujan. Tapi Alhamdulillah , rezeki kami sekeluarga.. hujan berhenti. Huhuh.. Dan ternyata berbaloi sangat ! Bukan saja dari segi wang ringgit tapi makanan yang dihidangkan memang menyihatkan. Aku terlupa jap aku diet. Heee.. 

Oh ya... kat sini boleh makan di dalam mahupun di luar. Kalau kat luar , memang best sebab permandangan yang menarik. Tapi aku sekeluarga makan di dalam.  Ramai kan.. heeee..  Ikutkan nak makan di luar tapi dah meriah sangat. 

Aku kasi 8/10 bintang. Heeee... Kalau korang kaki makan yang sukakan kekenyangan yang puashati , aku syorkan sini. Memang akan balik kenyang sangat ! 























SAMAD AL IRAQI RESTAURANT

Facebook : https://www.facebook.com/samadiraqimy/
Instagram : https://instagram.com/samadiraqimy
Web : https://samadaliraqirestaurant.com.my/
Booking :  https://wa.me/601111100092

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ▼  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ▼  April 2022 (14)
      • Semalam di LaVilla Cherating , Pahang
      • Jika pelitup muka tidak lagi diwajibkan...
      • EM Drink+ ,mampu melindungi anda sekeluarga !
      • Tak boleh nak kurus walaupun berpuasa? Cuba buat m...
      • Cuba perhatikan mata anak anda tu !
      • Samad Al Iraqi Restaurant , cita rasa masakan Iraq...
      • Kenapa tidak ke Pusat Pakaian Hari Hari saja untuk...
      • Puasa serta jaga makan ketika sahur dan berbuka de...
      • Halia #1 untuk mereka yang ada pedih ulu hati dan ...
      • Bersedekah lebih mudah dengan aplikasi Sujood !
      • Aku cutikan mereka hari ni !
      • Dipermudahkan urusan aku..
      • Akhirnya mereka ke sekolah juga !
      • 3 hari keletihan !
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes