Cuba perhatikan mata anak anda tu !

by - Rabu, April 20, 2022

 Cuba ajak anak anak kita tu, keluar rumah.. pastu tunjukan sesuatu yang agak jauh. Dalam 20-30 meter gitu. Kalau ada huruf , suruh dia baca. Kemudian tengok mata dia. Apakah dia mengecilkan mata dia ? Tergosok gosok mata dia ? Bagaimana respon dia. Jika dia berjaya membaca dengan baik tanpa masalah.. inshaAllah mata dia ok. Tapi jika sebaliknya , kena bawa buat pemeriksaan. 

Kebanyakkan mata anak anak kita ni berpunca dari akiviti harian mereka. Kerap tengok  skrin gajet terlalu lama  salah satunya. Antara kerosakan mata yang sering dialami oleh anak-anak kita ialah : 
  • kabur penglihatan
  • mata kering
  • rabun jauh (miopia)
  • kerosakan saraf mata
Sebagai ibu bapa , kita kena ambil tahu perihal anak anak. Mereka yang masih kecil ni, tak tau nak bagaitau kat ibu bapa mereka yang mereka ada masalah dengan mata mereka. Berikut adalah tanda tanda awal  kabur penglihatan pada anak anak kita. Sila ambil maklum yer.. 
  • kedudukan kepala yang senget ketika memfokus (contohnya ketika membaca atau menonton TV)
  • juling
  • membaca atau menulis pada jarak yang terlalu dekat
  • kesukaran menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam / putih
  • kerap meniru kawan kerana tak nampak apa yang ditulis atau ditunjukkan oleh cikgu di hadapan suka menonton TV dari jarak dekat
  • selalu menggosok mata dan kerap mengerdipkan mata walaupun tidak mengantuk
  • sensitif terhadap cahaya, mata kerap berair
  • menutup sebelah mata untuk memfokus pada benda yang ingin dilihat dengan jelas
  • mengadu sakit kepala / penat bahagian mata
  • sukar menganggarkan jarak
  • mengadu melihat objek menjadi dua (double vision)
Andai anak kita tu ada masalah , terus buat pemeriksaan komprehensif optometris bagi mengenalpasti masalah fungsi visual anak anda kerana ada beberapa jenis rawatan yang perlu disesuaikan dengan masalah yang dialami. 

Nasihat akan diberikan. Jika perlu pakai cermin mata , jangan risau sama sekali ! Pakai cermin mata tidak menyebabkan rabun itu bertambah. Melainkan kita beri mereka cermin mata yang tidak mengenakan cermin mata yang betul, itu bakal jadi masalah. Perlu kita tahu yang penggunaan cermin mata yang tidak sesuai dengan power yang diperlukan akan menjejaskan fokus pada retina dan akan sebaliknya mempercepatkan kadar peningkatan rabun jauh. Maka, ibu bapa perlu pantau dan periksa keperluan mata anak setiap tahun.

Yer... aku tahu. Nak buat cermin mata bukan murah kan ? Takut juga nak buat tapi tak berkualiti. Jika korang berada di sekitar Kuala Lumpur , aku boleh syorkan satu kedai cermin mata ni. Bukan baru lagi dalam bidang ni. Dah berpuluh tahun. Sejak aku remaja lagi , diorang dah wujud. 

Ramai dah kawan kawan aku gi buat kat situ. Semua berpuashati ! 








Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : 
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464

 

You May Also Like

1 comments

  1. Juju bawa kawan-kawan juju ke sini pun diorg pun suka ben... kita yg rekemen kita pulak seronok. Memang best sini!

    BalasPadam