Puasa serta jaga makan ketika sahur dan berbuka dengan mudah !

by - April 14, 2022


Ramadan dah masuk hari 12. Alhamdulillah.. setakat ni aku berjaya lalui dengan baik sekali. Sebelum ni risau gak sebab aku jarang puasa sunat. Heee.. satu kesilapan aku ! Memang rugi kalau tak amalkan puasa sunat ni. Cara mudah untuk jaga perut. Bila perut terjaga, inshaAllah kita sihat. 

Tapi masalah orang kita ialah.. puasa tu puasa cuma ketika berbuka tu, dia punya makan.. hurm ! Memang akan ada pembaziran sangat. Lauk pauk beraneka jenis atas meja. Bila gi bazar Ramadan , beli makanan ikut nafsu tapi bila makan.. sikit je ! Nafsu je lebih. 

Aku ? Alhamdulillah.. Berkat aku jumpa abang Sazali Samad dalam satu rakaman kendalian Nutrition Pro Malaysia , aku belajar menjaga makanan dengan mudah sekali. Dia kasi tips bagaimana nak leankan perut dengan cepat tapi sihat ! 

Sejujurnya , aku memang payah sangat nak hilangkan perut ni terutama bila umur dah lebih 30 tahun. Sado di lengan tapi berperut ! Nak cara mudah tu ada tapi aku tak nak amik risiko di masa akan datang. Aku nak buat cara sihat. Huhuh.. Lagi pun aku takda kepentingan untuk buat gitu melainkan kesihatan. 

Akhirnya.. dalam masa 4 minggu, aku dah berjaya turunkan berat kurang dari 90kg ! Sebelum ni memang payah la. Ada sekali tu berjaya turun tapi jadi kurus lak. Tak nak la macam tu. Nampak macam sakit jer. Aku nak turun berat tapi dalam masa yang sama.. masih kelihatan mantop gitu ! 

Yeargh...87kg sudah ! Nak 85 sebelum Aidilfitri. InshaAllah boleh je. Nanti nak balik kampung pun aku tak risau bab makan sebab memang akan aku usung dua benda ni sama.. satu , oats dan satu lagi , MMX Isolean. Kat kampung nanti, aku akan teruskan mengamalkan apa yang aku amalkan di rumah. Walaupun banyak makanan depan mata, aku akan terus berdisiplin. Kenapa ? Sebab aku selesa sangat perut macam ni. Rasa ringan je badan. 




Sahur aku mudah jer.. Kena ada susu rendah lemak , oats dan MMX Isolean. Kelebihannya ? Oats tu memang banyak kelebihan terutama nak menurunkan kolestrol dalam badan. Lagi ? Mengenyangkan. Walaupun tak lama tapi aku ada protein yang mana akan membekalkan tenaga yang diperlukan sehingga waktu berbuka ! InshaAllah.. Setakat ni memang berjaya la. Dan disamping tu , otot tak hilang. Hee.. lean lagi ! Baru nampak cun gitu. Sado sangat tu tak nak la. Dah tua dah. Hahaha.. 

Begitu juga ketika berbuka puasa. Lepas minum air suam panas serta kurma sebijik , terus aku minum oats bersama MMX Isolean. Pastu baru cari telur rebus, ayam dan sedikit nasi. Sayur salad pun kena ada. Dicicah dengan tempoyak. Penting kena ada sayur dan tempoyak ni ! Kenapa ? Korang kena baca bab probiotik dan prebiotik yang alami. Banyak manfaat untuk tubuh badan kita terutama usus ! 





 Alhamdulillah... MMX Isolean ni banyak membantu aku dalam penjagaan badan. Bukan nak amik banyak pon. Sekadar satu skop sekali kali nak makan pagi dan malam. Tu pun kalau workout. Kalau tak workout, aku tak amik. Jimat gitu. Heeee..

Mana nak dapatkan MMX Isolean ni ? Boleh je cari di Nutrition Pro. Ada macam macam lagi produk khas untuk mereka yang bersukan di situ. InshaAllah, sesuai untuk korang. 

Web Nutrition Pro : https://nutritionpro.my/

You May Also Like

1 comments

  1. Bulan pose ni mcm2 ada depan mata..smua nampak sedap..hahaha

    BalasPadam