Halia #1 untuk mereka yang ada pedih ulu hati dan seangkatan dengannya!

by - April 11, 2022



Masih aku ingat lagi kali pertama wife kena sakit ulu hati ni ! Adoi.. masa tu aku yang cuak. Kenapa ? Sebab dia punya sakit tu lain macam. Nak berdiri pun tak leh. Terbaring jer sambil pegang perut dia. Asyik mengurut perut jer. Berpeluh gak aku. 

Nak bawa ke hospital , dia tak larat nak bangun. Nak call ambulan, dia tak kasi. Katanya nanti ok. Aku lak jadi serba salah. Nekad nak call.. sekali dah ok ! Tapi sesekali menyerang semula. Esoknya , ok dah.. Alhamdulillah.. Tapi bila abis period, dia akan menyerang lagi terutama bila lewat makan ! Punca.. lewat makan ! Sejak tu memang jaga la bab makan ni. Alhamdulillah.. ok dah pastu.

TAPI ! Nah... dia ada satu masalah. Ketagihan kopi susu ni. Sekarang ni kan dah banyak kedai kedai kopi ni. Kalau kopi kosong tanpa gula, ok la. Biasanya itu yang aku akan order sama. Tapi dia tak leh nak minum kosong semata. Huhuh... 

Kali ketiga dia kena baru ni. Seminggu lebih cuti ! Anak anak pun tak gi sekolah. Aku bawak gi klinik. Doktor kasi suntikan. Jika sejam selepas suntikan tak ok , bawa dia ke hospital. Mungkin apendik ! Kena segera. Tapi selepas tu dia ok. Bukan apendik maknanya. Angin ! 

Dia serik ! Insaf. Dia kena jaga makan dah. Antaranya kopi ! Memang tak nak dah kopi tapi dia ketagihan. Camana ??? Hurm... Alhamdulillah... ada kawan aku ni, dia mesej aku. Katanya nak jumpa aku. Nak kasi satu barang ni. Aku ok je la. 

Petang tu.. dia sampai depan umah aku. Dia kasi SERBUK HALIA ! Memang aku kasi wife minum air halia tapi aku kena hiris , rebus dulu dan baru dapat airnya. Tapi adanya serbuk halia ni, sangatlah memudahkan. Boleh minum pada bila bila masa je. Malah aku boleh letakkan dalam sup yang dah disiap masak ! Senang gitu.

Sejak tu.. memang aku buat pagi dan malam. Secawan tu, aku kongsi dua. Kenapa HALIA ? Sebab halia dapat menenangkan perut yang berasid. Halia mempunyai sifat anti-radang semula jadi, dan ia adalah rawatan semula jadi untuk pedih ulu hati dan masalah gastrousus lain. Korang boleh menambah akar halia parut atau hirisan pada resipi atau smoothie atau minum teh halia untuk meredakan gejala. Macam aku , aku guna serbuk halia tu jer. 

Kebaikan halia ni banyak. Kalau korang rajin google , memang akan jumpa macam macam. Aku nak cerita dalam ni , jadi panjang lak. Sekarang , aku tolong kawan aku jual SERBUK HALIA ni. 100% asli tanpa bahan campuran. Dan ianya dari Sabah.. tanah yang tak pernah ditanam apa apa tanaman dan penggunaan bahan kimia. 

Tapi tak guna minum air halia atau sebagainya jika kita tak kawal pemakanan kita. 


SERBUK HALIA yang aku jual tu, ramai kawan kawan beli. Rupa rupanya ramai ada masalah begini. Ternyata gaya pemakanan kita yang menjadi punca. Bila masuk Ramadan ni, mereka risau tak boleh puasa. Alhamdulillah... bila mereka turut amalkan air halia ni, dengan izin Allah.. ianya membantu mereka sangat termasuk wife aku. Dia boleh berpuasa dengan tenang. 

Aku tak benarkan wife makan makanan berminyak yang banyak. Tiada lagi kopi yang dibeli. Nak kopi , bancuh sendiri di rumah tapi sejak minum air halia ni, nafsu nak minum kopi takda dah ! Aku pun gitu gak. Tak teringin sangat dah kopi. Kalau dulu , teringin sesekali. Ni dah nak sebulan tak minum kopi. Aku ok jer.. 

Sebenarnya aku risau je nak jual SERBUK HALIA ni. Kot kot ada yang tak serasi dengan mereka. Tapi bila mereka kasi testimoni penggunaan... aku rasa lega sangat. Jika korang ada amik ubat ubatan doktor tu, kena rujuk dulu la.. 










Alhamdulillah.. dengan izin Allah.  Nak minum dia tak susah pun. Macam aku, guna secawan air suam panas pastu masukkan secuit je serbuk halia tu atau suku sudu kecil tu. Tak perlu banyak pun. Boleh campurkan dengan madu atau lemon. Kalau masakan tu, biasanya aku campurkan selepas masakan tu siap. Contohnya sup ayam atau sup sayur. 

Dan paling penting... kita kena tau yang kita kena jaga makan. Jangan ingat ada halia tu, boleh bedal dah macam macam ! Salah tu. Masih kena jaga makanan. Elakkan makanan yang pedas pedas , berminyak, tinggi asid dan sebagainya. Korang boleh je google bab ni. 

Walaupun aku takda masalah kronik angin ni, aku masih jaga disebabkan faktor umur ni. Walaupun nampak muda tapi dalaman tak tau kan ? Masa muda kita lasak. Makan tak ingat dunia. Maka aku beli makanan yang berkhasiat gini untuk aku dan wife. Pada masa yang sama, anak anak pun digalakkan jaga pemakanan . 

Makan jangan sampai kenyang sangat !! Tak bagus. 



Nak beli serbuk halia ni , korang boleh PM aku kat Facebook Ben Ashaari atau email terus ke benashaari@yahoo.com  Nanti aku balas yer.. Jangan lupa sertakan no telefon untuk aku hubungi melalui whatsapp. Kalau malas, boleh terus je whatsapp ke SINI




You May Also Like

0 comments