Semalam di LaVilla Cherating , Pahang

by - Jumaat, April 29, 2022


Rasanya , selepas ni memang akan jadi tempat percutian wajib sekeluarga setiap tahun. Sebelum ni, perancangan nak jadikan Hard Rock Hotel Penang tapi nampaknya akan berubah fikiran setelah jatuh cinta dengan La Villa Cherating ni. 

Ada banyak faktor yang membuatkan aku berubah fikiran. Antaranya , La Villa ni mudah nak diakses. Tak perlu nak harung kesibukan bandaraya. Dari KL , terus je masuk ke Cherating. Senang dan mudah. Kos tol pun murah. 4 jam perjalanan. Bab makan minum , jangan cerita la. Depan hotel ada banyak kedai makan. 

Apa yang menariknya La Villa ni ? Permandangan dia memang superb la terutama ketika mentari naik dan tenggelam. Terasa tenang dan damai. Mereka yang tak da kampung tu , boleh la lepak sini. Yang stress bagai.. nak berendam dalam kolam tanpa segan silu.. silakan. Jangan bogel dah la.. Heee..

Bilik.. selesa ! Tandas bersih. Aircond...ada wifi tempat parking mudah. Restoran. Kolam terbuka yang luas. Pantai yang bersih. Layanan dari kakitangan hotel pun ok. Kebersihan kawasan sekitar , amat memuaskan hati. Kicauan burung sentiasa kedengaran. Deruan ombak , menenangkan.. 

Harga ? Hee... boleh tahan gak la. Kena check di Agoda. Wife aku amik di saat akhir... turun harga skit. Tengok sendiri la yer. Setahun sekali ok la sini. Lama dah anak anak mintak gi bercuti. Oh ya.. LaVilla ni di Holiday Villa Cherating. 



















 




 

 

You May Also Like

0 comments